Wednesday, February 21, 2007

HADIAH HARI LAHIR

HADIAH HARI JADI.

Rasanya, setiap orang pernah mendapat hadiah hari jadi, namun tidak dinafikan, ada juga yang seumur hidup tidak pernah mendapat hadiah hari jadi.

Ada yang mendapat hadiah yang begitu kecil, malah tidak kurang juga yang mendapat hadiah yang begitu besar, dan mungkin paling besar dan tidak terduga.

Ada yang sudah boleh mengagak, apakah hadiah yang berkemungkinan akan diterima, dan yang pasti tidak ramai yang dapat menduga atau meneka apakah hadiah yang bakal diterima.

Walau apapun, apabila seseorang itu menerima hadiah, kebanyakannya akan tersenyum ceria, malah ada juga yang masam mencuka.

Selama umur hidupku ini, aku menerima pelbagai jenis hadiah, dari yang sekecil – kecilnya, hingga yang paling besar, dan ada juga yang paling bermakna.

Setiap hadiah, memberikan seribu makna dan kenangan yang tidak akan dapat dilupakan. Seingatku, hadiah pertama yang aku terima ialah sebuah buku, sewaktu sambutan hari jadiku yang pertama (sebenarnya maklumat ini diberikan oleh ibu ku), yalah, mana mungkin aku boleh ingat, hadiah yang aku terima sewaktu umurku 1 tahun.

Dan yang pasti, aku sendiri tidak tahu kemana “perginya atau hilangnya” buku itu.

Dan saban tahun aku menerima hadiah harijadi, tapi ada juga dimana aku langsung tidak menerima hadiah harijadi dalam bentuk material, dimana aku hanya menerima hadiah yang berupa sms dari ahli keluargaku, yang berbunyi “Selamat Hari Jadi buat abang, dari kami, semoga panjang umur, murah rezeki dan bertambah iman @ anak”.

Sepanjang sejarah aku menyambut hari jadi, ada tiga kali, dimana hadiah yang aku terima begitu bermakna, dan tidak akan dapat kulupakan. Pertama hadiah sebatang pen Parker, pemberian dari datuk ku yang datang dari Singapura, seminggu selepas itu, datukku meninggal dunia. Kedua, sebuah buku – Harry Porter (edisi pertama, dan dibeli di Changi Airport), hadiah pemberian dari ayahku. Dan yang ketiga, sewaktu dalam urusan untuk mengadakan majlis sambutan hari jadiku, isteriku terpaksa dimasukkan ke hospital, dan bersalin anak yang pertama, inilah hadiah paling bermakna dalam hidupku.

Secara peribadi, aku lebih menyukai hadiah buku, namun hadiah yang lain juga tetap kuterima dengan penuh perasaan sukacita, gembira dan teruja.

Eh … kenapa tiba – tiba sahaja aku postingkan tajuk ini, sedangkan hari jadiku lambat lagi ?. Yalah … hari ulangtahun kelahiranku pada 21hb 10.

Sebab, ada saudara ku yang menghantar hadiah hari jadi buatku, dari luar negara, nun jauh dari Norway, hadiahnya sebuah buku, dengan ucapan “happy birthday to you my dear brother”.

Hadiah kiriman dari sepupu aku, yang telah lama bermastautin disana.

Hadiah tiba melalui FedEx, dan diterima oleh isteriku. Kami tersenyum, dek pelbagai persoalan yang timbul.

Isteriku bertanya “dia tersilap tengok tarikh lahir abang kot ?”
Aku bertanya “abang musykil, sebab selama ini, dia tak pernah kirim apa – apa barang, malah surat pun tak pernah hantar”.

Dan timbul lagi pelbagai persoalan dibenak fikiran kami, yang tidak mampu dijawab.

Namun, sebagai seorang Muslim, aku memanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi, atas apa sahaja anugerahNya.

Hari ini, aku menghantar sekeping poskad, tanda ucapan TERIMA KASIH, atas susah payah beliau mengirimkan hadiah buatku.

Sewaktu aku mengirimkan poskad itulah, aku terkenangkan sesuatu. Adakah saudara dan sahabat Bloggers yang lain, mengetahui TARIKH LAHIR, sesama sendiri ?

Emmmm …. Bilakah tarikh lahir pengunjung SETIA – BLOG ABANG LONG ?, seperti – Nur Raina, Karl, Zalisa Maz, Violet, Mersik, Qaseh, AttOkz, Noushy, Nieys, Ija, Farah, CD, Am dan lain – lain ?

Andainya kalian tidak keberatan, aku memohon supaya kalian mengirimkan emel kealamat abang long, dan disertakan TARIKH LAHIR. Supaya aku juga tidak tersilap dikemudian hari.

# Hadiah yang diberikan, dan disertai dengan keikhlasan itu jauh lebih berharga, dan mampu membuatkan penerimanya – TERSENYUM.

7 comments:

Mersik said...

Iksh iksh.. nih kalau besday pokcik pun tak tahu, hmm.. mmg saja ler tuh nak minum teh taruh garam kekekek..

Tak pe, biasanya sebelum2 tuh pokcik akan mewar2kan nye sehingga menjadi mimpi2 ngeri pd diri abg long sendiri kekekek alahaii

(Lebih suka hari2 yg dilalui menjadi..selain mengingat kejadian manusia yg serba hina ini, hamba kepada tuanNYA..alahaii )

Abang Long said...

mersik, abang long tak reti nak komen ... sebab nak tergelak ... dan terus gelak sampai tak leh nak berenti gitu ...ekekekek ....hik hik hik ...gegegegegeg ....alahaiiiii ....

Unknown said...

Abb Long, Nirhri Nuwa baru je sambut hari jadi ke 37 pada 18hb Februari. Tak apa. Nanti Nirhri Nuwa hantar mimpi kat Abb Long.. huhu..sabar sabar... Pokcik lak, 18 Disember... cewah.. cam iya iya je.. sabo je aku.. jangan marah Pokcik...

karl Firdaus said...

Salam abang Long ,
Dah sihat ? Kalau dah syukur ..... Karl nak bagi tarikh lahir pun naik segan .........nanti abang long ingat Karl nak presen pulak .....hee hee.........ikut stail pokcik ....gegegeeee

Pawana Malam @ Ct Nur Jane Makni said...

hai abg long...sihat dah?slamat kembali dr cuti...hehheh...selalunya ct malu benar kalu nk beritahu tarikh birthday..anyway, birthday ct dh lepas dah 17 feb hari tu..hehhe..abg long pun dh wish dah.....
semoga sihat sentiasa abg long..tata

Abang Long said...

@Nirhri Nuwa, tarikh lahir Opah De dah disimpan dalam Buku Log.

Adinda Karl, maksud abang long jauh dari itu ...

pawana malam, Terima Kasih kerana masih setia berkunjung kesini.

Noushy Syah said...

Hi abg long..ngeh ngehh...aiyakkk besday Noushy lambat selambatnya lagi,tapi senang untuk dingati sebab sentiasa dirayakan oleh semua org dlm dunia ngehh...31DEC @23.45hrs!!..kan dekat nak cambut newyear tuh!! lallalallaa..ade mase tuh kalau Abg Long nak sediakan prezen..tehehehhehehhe!!