Aku sekeluarga menziarahi sebuah rumah sahabat, bersempena dengan perayaan Tahun Baru China. Aku mendapati pelbagai juadah yang disediakan. Terlintas difikiranku untuk mengambil juadah seperti – Lontong / Sate dan pelbagai makanan tradisional Melayu. Namun akhirnya, aku menukar fikiran, apabila mendapati yang Juadah Makanan China, juga tidak kurang hebatnya, dan mampu menaikkan selera. Apatah lagi dengan masakan dari sebuah restoran China - Nyonya Kitchen, yang dijamin Halal.
Aku dan keluarga tidak menghadapi masalah untuk menikmati makanan itu, kerana selain dari makanannya yang tidak pedas, dengan pelbagai bentuk dan citarasa, kami sekeluarga juga mahir dalam penggunaan “chopstick”. Hingga rakan ku menegur “waa … lu punya anak pun pandai makan pakai chopstick hooo …?”
Ya, bukankah penggunaan “chopstick” itu adalah cara tradisional masyarakat China.
# Nasib baik, aku tidak turut serta sewaktu tetamu memekik perkataan – “Yam Seng”.
KISAH 2 - Kong Xi, Kong Xi.
Aku dan isteriku tidak menghadapi sebarang masalah, bila bertamu dirumah rakanku, kerana setiap kali bertemu dan bertegur sapa dengan tetamu yang lain, kami cuma mengangkat dua belah tangan (seperti yang semua ketahui, sebagai simbol persahabatan dan perkenalan) sambil mengucapkan – Kong Xi, Kong Xi.
Itu adalah cara mereka dan kebudayaan mereka sewaktu bertemu, dan mengucapkan kalimah yang baik, dan menghargai antara satu sama lain.
# Tidak perlu bimbang, kerana tidak perlu untuk menghulurkan tangan sewaktu bertemu.
KISAH 3 - Ang Pow.
Ini adalah satu lagi yang begitu digemari oleh semua orang, sewaktu berkunjung ke rumah rakan taulan sempena Perayaan Gong Xi Fa Chai. Dimana Ang Pow, akan diberikan kepada mereka yang belum berkahwin.
Aku telah berpesan, supaya anak – anakku menghormati orang tua yang berada didalam majlis itu, supaya mengucapkan Gong Xi, Gong Xi.
Tanpa kusedari, anak – anakku telah bertemu dengan setiap tetamu yang datang, sambil mengucapkan Gong Xi, Gong Xi.
Hasilnya, sewaktu kami pulang, didalam kereta, anak – anakku telah menyerahkan Ang Pow yang mereka terima kepada isteriku.
# Isteriku menjerit, “bang… banyak betul ni”.
# Aku tersenyum sambil menjawab “itu namanya rezeki”.
KISAH 4 - YE SANG / YAM SENG.
Kali ini aku berkesempatan untuk turut sama memeriahkan upacara menggaul makanan didalam dulang besar, yang lebih dikenali sebagai Yee Sang.
Andainya maklumat tentang perkara ini salah, maka aku mengharapkan pembetulan dari rakan – rakan Bloggers.
Selepas itu, masing – masing tetamu menjamu selera.
Isteriku bertanya “bang, Yamg Seng tu apa benda ?”.
Aku menjawab “bila orang China dah mabuk, mereka akan memekik Yang Seng”.
Aku bertanya pula “kenapa, sayang nak tengok ke ?”.
# Yang baik kita ikut.
KISAH 5 - Tuhan Buncit.
Sewaktu berkunjung itu, anak – anakku telah bermain didalam rumah rakanku. Lalu anak ku yang kedua, datang kepadaku dan bertanya “abah, kat dalam tu ada patung, tuhan dia ke ?”.
Aku menjawab “ya, itu tuhan dia” (aku guna bahasa yang mudah, dan demi menyelamatkan suasana).
Tapi dengan bersahaja anakku terus bertanya “kenapa tuhan dia tak pakai baju, dah lah tu perut buncit” (sambil menggayakan bentuk patung “tuhan” yang buncit itu).
Aku terpana, isteriku diam, rakan ku tersenyum sambil menggaru kepala.
# Seharusnya semua pihak bersikap lapang dada, dalam menangani perkara seumpama ini, dan sebagai masyarakat majmuk, kita sewajarnya memahami dan menghormati ugama dan budaya masing – masing.
1 comment:
besh tol abg long bwat citer macam2 kisah cam nieh :P...
Post a Comment