Friday, February 16, 2007

TAZKIRAH

Aku rasa, ramai yang telah atau pernah menerima peringatan seumpama ini, atau peringatan yang hampir sama. Tetapi kali ini aku sengaja menyiarkan kembali, terutamanya untuk mengingatkan diri ku sendiri. Dan supaya insan yang mengunjungi Blog Abang Long mendapat manfaat bersama.

Ya, sebagai manusia, ada ketikanya kita terlupa.

1 – dulu bujang, sekarang sudah berkahwin.
2 – dulu pakai motor ‘kapcai’ – kancil – wira – Honda – dan seterusnya.
3 – dulu bermain badminton – golf.
4 – dulu rumah sewa – rumah mewah – rumah teres – banglo.
5 – dulu -kerani – ‘technician – supervisor – engineer – manager.
6 - dulu memiliki tv 14’ – 21’ – 29’ – ‘home theater’.
7 – dulu berkelah disungai – Tanjung Tuan – Langkawi – Haadyai – Bangkok.
8 – dulu memancing dekat parit / longkang – sungai – kolam bayar – laut dalam (sewa bot murah).
9 – dalam semua segi, kita mahukan perubahan kearah yang lebih baik dan ‘glamour’.

TIDAK SALAH, tetapi, ada ketikanya kita juga lupa >

Semakin banyak kita mengecap KEJAYAAN, semakin hampirlah kita dengan saat KEMATIAN…

DIBIMBANGI, semakin kita berjaya, kita semakin lupa, semua yang kita perolehi adalah pemberian ALLAH > “ON LOAN”.

Setiap kali kita membuat ‘action plan’ atau buat ‘revision’, berapa banyakkah kita masukkan item – item yang membawa kearah > PERSEDIAAN untuk MATI.

Umpamanya:

1 – dari - tidak bersolat > pastikan bersolat > jadikan amalan
2 – dari banyak membuat maksiat > kurangkan > hapuskan
3 – dari Pelabuhan Klang > Madinah > Makkah
4 – dari bersedekah Cuma RM1.00 > RM10.00 ? RM100.00 /
5 – dari bersoat dirumah > kepada solat disurau / masjid
6 – dari 2,3 jam sehari menonton tv > 2,3 jam sehari ke majlis ilmu
7 – dari 2,3 jam sehari membaca suratkhabar / majallah / internet > 2,3, jam sehari membaca Al – Qur’an / berselawat dan berzikir.
8 – dan seterusnya, melakukan apa sahaja aktiviti yang hasilnya adalah untuk BEKALAN di AKHIRAT.

Tetapi, apa yang banyak berlaku pada AKHIR ZAMAN ini adalah PERSONAL ‘improvement’, banyak yang kearah KEDUNIAAN semata. Perkara yang berkaitan AKHIRAT, secara perlahan, seolah – olah diketepikan…

CONTOHNYA:

kalau dulu rajin dan tidak pernah tinggal solat 5 waktu, tetapi beransur – ansur …

kalau dulu tidak kenal dangdut / karaoke, bila ALLAH beri kenaikan pangkat dan gaji lebih, maka perkara seperti ini jadi kebiasaan…

macam – macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu, malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita, jiran tetangga dan lain – lain.

Jadi, sama – samalah kita membuat – BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

ALLAH beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiada seorang pun, yang mendapat kurang atau lebih walau sesaat. ALLAH juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk dimanfaatkan sepenuhnya dan dengan sebaik mungkin. ALLAH hanya mahu kita ber’amal selama lebih kurang 40 – 50 – 60 tahun demi untuk mendapat balasan SYURGA untuk SELAMA – LAMANYA.

Infiniti >>>

Semoga ALLAH terus memberikan kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya didunia dan akhirat. Dan mendapat balasan seumpama:

1 – Roh para Nabi dan utusanNya menuju ke Syurga Adnin.
2 – Roh para ulama’ menuju ke Syurga Firdaus.
3 – Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4 – Roh para Syuhada, yang berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.
5 – Roh para mukmin, yang berdosa, akan tergantung diudara, tidak dibumi dan tidak dilangit sampai hari kiamt.
6 – Roh anak – anak orang yang beriman akan berada digunung dari minyak misik.
7 – Roh orang – orang kafir akan berada didalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasad hingga sampai hari kiamat.

Rasulullah S.A.W telah bersabda:

“Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tanggannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1 – Orang – orang yang mati syahid.
2 – Orang – orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
3 – Orang yang berpuasa dihari Arafah.


Sekian, wassalam, sekadar untuk peringatan dan dikongsi bersama.

6 comments:

dhiya zafira said...

bagus n3 kali ni....hihihiih...

Pawana Malam @ Ct Nur Jane Makni said...

bagus sekali abg long...
sangat bernas...dan yang penting, seakan telah menjentik hati dalam ct ni..hehe...

dan lagi abg long...ct nak bg komen utk previous entry yang :"demam"...abg long mmg pandai ambil hati..best sgt time baca tu...abg long mmg very cncern dgn keinginan perempuan...tahniah abg long...semoga diteruskan hingga ke akhir hayat yer...ct terharu sgt time baca tau..hehhehe...

oh...how i really wish my 'husband to be' mcm abg long..hehhe..

abg long nk tau tak..ct suka baca kata2 abg long...tegas, penekanan terhadap objektifnya nmpak..tp dgn lembut sekali..very berhemah...very gentle..ct mmg suka dgn org2 yg gentle...sbb ct x suka org yg kasar...i hate them so much..

ok abg long, take care..assalamualaikum..kalau abg long x kisah,kirim slm pada isteri abg long ya..

Abang Long said...

violet, sesuatu yang baik perlu untuk dikongsi bersama.

pawana malam, berhikmah itu adalah uslub dakwah yang paling berkesan.

Elhakim said...

ya.
betul.

nobody deny that.

wsalam.

karl Firdaus said...

Salam Abang Long ,
Terima kasih banyak banyak abang Long.........Abang Long rajin mengingatkan kita yang leka dan khayal ........ Contohnya ,
Karl merengek dan mengeluh kerana tak dapat tiket nak berholiday .....
Kata abang Long belum ada rezeki .... Karl rasa macam kena penampar Jepun pun ada ......heeee

Terima kasih terima kasih ........

zf_zamir said...

salam perkenalan abg long..

semakin baik, insyaAllah..

dari individu, menjadi kolektif, semoga negara kita juga bernafas dalam iklim perubahan nanti..