Friday, June 19, 2009

LEMBU kejar ORANG kejar LEMBU (bersunat)


Nostalgia selepas ber-sunat.
(Kisah tanpa tapisan)


Sewaktu memandu pulang ke Klang. Dikawasan berhampiran Puspakom, Kampong Jawa. Tiba - tiba sahaja anak - anak aku menjerit dibahagian tempat duduk belakang. "Ummi, abah ... lembu kejar orang ... eh ... orang kejar lembu!"


Waktu itu lampu isyarat sedang merah. Jadi aku terus memandang ke bahagian kanan, dan didapati ada beberapa orang lelaki sedang berlari dengan lajunya akibat dikejar oleh 3 ekor lembu, dan dibelakang lembu itu pula terdapat beberapa orang lelaki sedang mengejar atau menghambat lembu untuk menangkap lembu yang terlepas lari.


Pecah berderai kami ketawa. Dan aku lihat pemandu lain juga ada yang membuka tingkap cermin kereta masing - masing untuk melihat adegan yang 'serius dan melucukan' itu.


Dan yang paling aku tidak tahan bilamana melihat seorang 'mat bangla' yang berkain pelikat sedang lari dihambat lembu yang sedang naik minyak itu. Kalaulah ditakdirkan kain itu terlondeh, boleh juga dibuat slot 'adegan terlampau.'


Bila lampu isyarat sudah hijau. Aku lalu meneruskan perjalanan. Dalam hilai tertawa yang masih tidak berhenti.


Yang paling kuat ketawa ialah aku sendiri. Entah kenapa, tiba - tiba sahaja aku terkenangkan kembali 'detik - detik cemas' dalam kehidupan aku 30 tahun yang lalu. Itulah peristiwa yang menyebabkan aku terus ketawa hinggakan air mata aku mengalir keluar.


Bila sampai sahaja dirumah, aku masih ketawa menahan dan menahan sakit perut akibat ketawa. Rahang aku terasa membesar.


Bila isteri aku bertanya "kenapa Abang ... ketawa sampai tidak boleh berhenti ?"


Lalu aku menceritakan detik - detik cemas tetapi indah dan penuh nostalgia serta dramatik itu.


"Waktu itu, abang baru sahaja beberapa hari bersunat... lalu teringin hendak menonton budak - budak bermain sepak takraw ... dan abang, bersama dengan seorang lagi kawan yang juga baru bersunat berjalan perlahan - lahan ke tempat perlawanan yang tidak jauh dari rumah ... kami hanya berkain pelikat ... tiba - tiba suasana jadi riuh ... rupa - rupanya seekor lembu sedang naik minyak ... dan meluru ke arah kami ... apakan daya ... abang cuba lari dalam keadaan kelam kabut ... dan terus terjun ke dalam semak ... dan selepas itu ... lembu itu pun hilang ... bila balik ... abang rasa sakit di bahagian 'anu' ... dan malam itu, Tok wan abang mengurut telur supaya tidak 'bentan' ... itulah sebabnya abang ketawa tadi."


Aku mengakhiri cerita itu, dan isteri aku terus menyambung ketawa.


Apa punya isteri daa ...

7 comments:

silversarina said...

Hahahaha..memang kelakar kisah kejar lembu ni... nasib baik kain abang long tak terlondeh kalau tak adalah adegan 'terlampau' ..hehehe.

Irfa said...

eee tak dapat bayang kena kejar ngan lembu.mesti takut kan?

Mulan said...

eiiyy... gerun gak dengar kisah kena kejar lembu ni.. buat nya tanduk dia tajam gila, disondol nanti.. eiiyy..!!

cikceriacorner said...

heheheh...kelakonye..
tp kalo sy pon kecut perut dikejaunya lembu tu..hehhe

ANAKIRANA said...

dah lupa rasa sakit masa lari ek..heheheh

ikan emas said...

hahahaaa..

huu..huu..dah mengah ni..

Sarnia Yahya said...

Salam abg Long. Mesti kecut perut masa tukan. Sy pernah dikejar dek kerbau, sms kerja kat Langkawi suatu masa dahulu, tp mujur naik motor. Kerbau kat sana bersepah2. Kwn sy tu apa lagi, merempit le... Menggigil2 masa tu. Tapi bila dikenang2kan terasa lucu...