Tuesday, June 30, 2009

KISAH SEKS (5) NAFSU MATI


Menangis kerana Nafsu.


Setelah lebih dari dua minggu berada di Singapura atas urusan kerja. Akhirnya suami aku pulang kerumah. Sepanjang suami aku berada disana, aku tidak putus - putus berdoa agar suamiku sentiasa berada didalam keadaan sihat dan selamat.


Aku masih ingat, sebelum ke Singapura, aku berada didalam keadaan haid. Ini bermakna hampir 3 minggu, suami aku tidak dapat memenuhi tuntutan syahwatnya. Tetapi, Alhamdulillah, suami aku kelihatan seperti dapat mengawal nafsunya.


Dan kejadian yang berlaku pada malam itu, tidak akan dapat aku lupakan sepanjang hayat aku. Suami aku seperti seekor kucing yang benar - benar 'kelaparan.' Namun yang pasti aku sudah kehilangan tenaga akibat urusan pejabat yang benar - benar meletihkan.


Aku sudah tidak bermaya, aku sudah terlalu letih dan hilang tenaga, aku sudah kehilangan semangat untuk melayan tuntutan nafsu suami aku sendiri.


Sewaktu suami aku mengusap rambutku, aku biarkan sahaja. Sewaktu suami aku mencium leherku, aku buat tak peduli. Sewaktu jari jemari suami aku sdang menuju ke sasarannya, tiba - tiba sahaja aku menepis !


"Abang ni ... saya penatlah ! Aku melepaskan kemarahan aku dan terus menepis tangannya dari menyentuh tubuh ku.


Aku mendengar dengusan marah suami aku. Tetapi, aku peduli apa ! Aku terlalu letih.


Suami aku terus berbaring dan membelakangi aku. Suami aku tidur dalam kekecewaan yang teramat sangat.


Esoknya, tepat jam 6 pagi. Jam loceng berbunyi dengan bingitnya. Aku terjaga dan terus masuk kedalam bilik air untuk mandi, dan terus berwuduk.


Sewaktu aku keluar dari bilik mandi, aku melihat suami aku masih 'nyenyak' tidur. Aku gerakkan tubuhnya. Masih tidak terjaga. Aku biarkan sahaja. Aku terus bersolat Subuh.


Usai bersolat, aku terus menghampiri tubuh suami aku dan mengerakkan tubuhnya. Namun, aku terasa satu kelainan yang teramat sangat. Wajahnya kelihatan pucat dan seperti ada buih dibahagian bibirnya.


Aku kaget sebentar. Tidak tahu hendak buat apa. Setelah 10 minit masa berlalu, aku masih menggerakkan tubuh suami aku, dan aku cuba mendengar degup jantungnya. Tidak ada sebarang tanda. Aku semakin resah.


Tiba - tiba aku teringat kepada seorang sahabat aku yang merupakan seorang Doktor dan tinggal selang dua buah rumah dari banglo aku. Aku menghubunginya. Sahabat aku tiba hampir 15 minit selepas itu.


Nadi suami aku terus diperiksa. Setelah beberapa minit kemudian. Sahabat aku dengan wajah tenang meminta aku supaya banyak bersabar.


Aku terus meraung semahu - mahunya ... dan terus merangkul 'tubuh' suami aku yang telah pergi buat selama - lamanya.


# Kisah ini diceritakan oleh seorang Ustazah di kawasan tempat tinggal aku dalam satu siri kuliah.

Sunday, June 28, 2009

Mickey Mouse di Tanjung Harapan


Santai di Tanjung.


Sudah lama aku tidak membawa keluarga duduk berehat dan bersantai menenangkan fikiran ditepi benteng Tanjung Harapan atau lebih dikenali sebagai Bagan, Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang.


Walaupun tempat itu bukannya jauh sangat dari rumah, hanya mengambil jarak masa selama 15 minit sahaja dari rumah. Tetapi disebabkan oleh pelbagai faktor, maka kami tidak berkesempatan untuk pergi ke Bagan.


Maka malam tadi, usai bersolat Maghrib, maka kami pun berangkat menuju ke Bagan dengan empat orang anak. Yang paling jelas kelihatan seronok ialah si kecil, Adam Muhammad Behjad. Dengan memakai lampu berkelip dikepala ala - ala Mickey Mouse. Adam kelihatan begitu riang. Dan yang pasti, mulutnya begitu becok dan menghiburkan kami sekeluarga.


Air laut sedang pasang dan berombak di tepi benteng, dan bayu laut agak kuat. Ada ketikanya aku seperti terasa seram dengan keadaan itu. Masih teringat bagaimana teruknya tsunami yang melanda dan begitu banyak nyawa yang telah terkorban.


Sampai sahaja di Bagan. Kami terus membuka bungkusan nasi lemak yang dibeli di tepi jalan, berdepan dengan Flat Seri Perantau. Sebungkus nasi lemak yang dimakan berkongsi beramai - ramai begitu terasa kebahagiaan diantara keluarga. Aku hanya memerhatikan sahaja, maklumlah, aku tidak makan makanan berlemak. Aku hanya hanya makan roti buku sahaja.


Suasana sekitar amat mendamaikan. Walaupun kehadiran manusia agak ramai, kerana malam minggu. Namun tidaklah hingga penuh sesak dan merimaskan. Yang nyata, begitu ramai muda mudi yang berjalan santai sambil berpegang tangan, dan ada yang berjalan sambil memeluk pinggang si gadis.


Aku hanya tersenyum memandang gelagat manusia yang berjalan mundar - mandir disitu. Hampir semua pasangan yang berada disitu kelihatan begitu romantik. Malah, ada yang berbicara dengan begitu asyik memandang wajah pasangan masing - masing, hingga kelihatan begitu dekat wajah masing - masing kelihatan seperti hendak berkucup.


Suasana malam yang agak dingin, dihembus sang bayu, dan hanya kedengaran desiran ombak, seolah - olah membisikkan kata - kata sakti supaya setiap insan itu memahami bahasa badan pasangan masing - masing untuk melangkah lebih jauh dalam meneroka kehendak sanubari.


Isteri aku melentokkan kepalanya ke bahuku .... sambil anak - anak bermain dihadapan kami ...


Kami melepaskan lelah masing - masing ...

Friday, June 26, 2009

Seminar tentang IBNU ARABI


Seminar Ibnu Arabi.


Sudah lama aku tidak menjejakkan kaki kedalam mana - mana universiti. Dan baru - baru ini, aku tidak melepaskan peluang untuk menghadiri satu seminar mengenai tokoh pemikir Islam yang hebat, iaitu seminar yang membincangkan kehebatan ilmu dan pemikiran Ibnu Arabi.


Terlupa dan terleka sebentar dengan penderitaan hidup aku selama 15 bulan yang penuh azab dan derita ini. Apabila pemikiran aku fokus kepada kisah sejarah dan hasil pemikiran Ibnu Arabi yang dibincangkan oleh tokoh - tokoh cendekiawan terkini.


Seminar tentang Ibnu Arabi - "The Relevance Of His Thoughts In The Quest For Sustainability."


Anjuran bersama - Centre Dialogue University of Malaya (Secretariat) dan Cultural Counsellorship, Embassy of Iran, Malaysia.


Alhamdulillah, kertas kerja yang dibentangkan oleh tokoh - tokoh yang tidak asing lagi itu benar - benar menarik dalam beberapa sudut.


Yang paling menarik ialah, bilamana aku turut bertemu dengan beberapa orang sahabat yang sudah lama tidak bertemu, dan masing - masing sudah berjaya dalam bidang masing - masing.


Sesekali menadah ilmu di luar dari lingkungan surau dan masjid terasa begitu enak dan begitu besar perbezaannya. Alhamdulillah.

Monday, June 22, 2009

WALIMATUL URUS

Walimah.


Syukur Alhamdulillah. Selesai sudah majlis walimatul urus. Berjalan dengan jayanya seperti yang dirancangkan. Majlis yang diadakan pada waktu malam itu, telah menghimpunkan sanak saudara dari Perlis hinggalah ke Singapura.


# Cuba teka, yang mana satukah isteri Abang Long ?


Sederhana tetapi meriah. Maklumlah, ini adalah majlis perkahwinan yang terkahir bagi keluarga mertua aku. Ramai sanak saudara yang telah bertahun tidak bertemu, akhirnya berkumpul dan beramah mesra.


Yang paling seronok apabila lima generasi bertemu, dari moyang, datuk, anak, cucu dan cicit. Makanan untuk majlis dimasak sendiri oleh ibu mertua aku. Memang meletihkan. Waktu bila hendak memasak, waktu bila hendak melayan tetamu yang datang berpusu - pusu.


Pada sebelah paginya, hujan telah turun mencurah - curah selama hampir setengah jam. Dan Alhamdulillah, cuaca bertambah baik, hinggalah majlis selesai pada tengah malam.


Yang pasti. Walupun penat, tetapi AHLI keluarga telah bertambah.

Saturday, June 20, 2009

KENDURI NOVEL


Kisah Pertama: 2 JIWA BERSATU.


Pada 20hb, hari Sabtu. Akan berlangsung majlis kenduri kahwin antara adik ipar aku dan pasangannya, isterinya berasal dari Medan, Indonesia. Ini adalah majlis kenduri kahwin yang terakhir buat keluarga mertuaku. Dimana kesemua anak - anaknya telah berkahwin.







Kisah Kedua: Cinta Dua Jiwa.


Sebenarnya novel ini sepatutnya menunggu giliran untuk dibaca. Dimana ada terdapat hampir 30 buah novel yang menunggu giliran untuk dibaca, tidak termasuk beberapa buah buku dan makalah ilmiah.


Entah kenapa, sewaktu sedang membelek - belek helaian mukasurat didalamnya. Aku tepandang begitu banyak nama yang ada kaitan dengan keluarga aku. Adakah ini satu kebetulan ?


Nama - nama anak - anak aku, anak saudara aku dan beberapa nama ahli keluarga aku tertulis didalam novel ini. Aku lantas cuba membaca permulaan cerita dari muka pertama. Hinggalah tanpa aku sedar, aku telah membaca helaian demi helaian, dan akhirnya, aku mengambil keputusan untuk meneruskan pembacaan hingga tamat.


Sejujurnya, bukan mudah untuk aku memberikan mood terbaik untuk membaca sesebuah novel tanpa henti. Andainya sesebuah novel itu agak membosankan atau atas pelbagai sebab, maka aku akan 'skip' atau melompat ke halaman seterusnya. Tetapi bagi novel Cinta Dua Jiwa ini. Pembacaan aku berterusan dan dapat menghayati seluruh kisah sepenuhnya.


Secara peribadi, aku merasakan bahawa novelis Cinta Dua Jiwa ini, satu ketika kelak akan mampu menyaingi novelis Damya Hanna yang menjadi penulis prolifik terkini. Bagi hasil karya pertama, novelis ini sudah mampu meraih minat pembaca, tidak mustahil penulis ini mampu membuat kejutan dimasa hadapan.


Disebabkan adik ipar aku berkahwin dengan 'orang seberang' maka, sebagai hadiah atas kedatangan ahli keluarga dari Medan. Aku telah memberikan 'cenderahati' kepada salah seorang ahli keluarga mereka yang berminat dengan novel. Maka, novel Cinta Dua Jiiwa telahpun dibawa 'terbang' ke Medan, Indonesia.


Kisah Ketiga: 2 Novel - NAMUN KUPUNYA HATI ~ Zalisa Maz.


Ini adalah novel hasil karya Zalisa Maz. Beliau juga adalah seorang insan yang banyak membantu aku dalam penulisan. Aku lebih cenderung untuk memanggil beliau dengan panggilan Puan Sifu.


Kenapa ada DUA novel dalam gambar foto disebelah ?


Bukan untuk aku. Kerana aku sudah mendapatkannya dahulu. Tetapi novel itu adalah untuk diberikan kepada dua orang insan istimewa. Sebuah untuk adik ipar aku, dan sebuah lagi untuk seorang tetamu yang akan tiba dari Singapura, bersempena dengan majlis kenduri kahwin adik ipar aku.


Aku sengaja hendak menjadikannya sebagai satu sejarah dalam hidup aku. Diwaktu ini, kehidupan aku memang tidak stabil. Aku termasuk didalam kategori dhaif, fakir dan miskin. Tetapi demi kasih sayang kepada orang yang istimewa ini. Maka, aku meminjam dari seorang sahabat untuk membeli novel ini.


Kenapa aku membeli novel ini, dan tidak novel novel lain ? Jawabnya kerana novel ini adalah sebuah kisah perjalanan hidup seseorang yang terpaksa menempuh pelbagai ujian dalam hidupnya. Yang penting, terlalu banyak pengajaran yang boleh dikongsi bersama.


'Ayah, walaupun aku bukan puteri di hatimu, tetapi ... akulah puterimu.'


Sangat baik untuk dijadikan koleksi.

Friday, June 19, 2009

LEMBU kejar ORANG kejar LEMBU (bersunat)


Nostalgia selepas ber-sunat.
(Kisah tanpa tapisan)


Sewaktu memandu pulang ke Klang. Dikawasan berhampiran Puspakom, Kampong Jawa. Tiba - tiba sahaja anak - anak aku menjerit dibahagian tempat duduk belakang. "Ummi, abah ... lembu kejar orang ... eh ... orang kejar lembu!"


Waktu itu lampu isyarat sedang merah. Jadi aku terus memandang ke bahagian kanan, dan didapati ada beberapa orang lelaki sedang berlari dengan lajunya akibat dikejar oleh 3 ekor lembu, dan dibelakang lembu itu pula terdapat beberapa orang lelaki sedang mengejar atau menghambat lembu untuk menangkap lembu yang terlepas lari.


Pecah berderai kami ketawa. Dan aku lihat pemandu lain juga ada yang membuka tingkap cermin kereta masing - masing untuk melihat adegan yang 'serius dan melucukan' itu.


Dan yang paling aku tidak tahan bilamana melihat seorang 'mat bangla' yang berkain pelikat sedang lari dihambat lembu yang sedang naik minyak itu. Kalaulah ditakdirkan kain itu terlondeh, boleh juga dibuat slot 'adegan terlampau.'


Bila lampu isyarat sudah hijau. Aku lalu meneruskan perjalanan. Dalam hilai tertawa yang masih tidak berhenti.


Yang paling kuat ketawa ialah aku sendiri. Entah kenapa, tiba - tiba sahaja aku terkenangkan kembali 'detik - detik cemas' dalam kehidupan aku 30 tahun yang lalu. Itulah peristiwa yang menyebabkan aku terus ketawa hinggakan air mata aku mengalir keluar.


Bila sampai sahaja dirumah, aku masih ketawa menahan dan menahan sakit perut akibat ketawa. Rahang aku terasa membesar.


Bila isteri aku bertanya "kenapa Abang ... ketawa sampai tidak boleh berhenti ?"


Lalu aku menceritakan detik - detik cemas tetapi indah dan penuh nostalgia serta dramatik itu.


"Waktu itu, abang baru sahaja beberapa hari bersunat... lalu teringin hendak menonton budak - budak bermain sepak takraw ... dan abang, bersama dengan seorang lagi kawan yang juga baru bersunat berjalan perlahan - lahan ke tempat perlawanan yang tidak jauh dari rumah ... kami hanya berkain pelikat ... tiba - tiba suasana jadi riuh ... rupa - rupanya seekor lembu sedang naik minyak ... dan meluru ke arah kami ... apakan daya ... abang cuba lari dalam keadaan kelam kabut ... dan terus terjun ke dalam semak ... dan selepas itu ... lembu itu pun hilang ... bila balik ... abang rasa sakit di bahagian 'anu' ... dan malam itu, Tok wan abang mengurut telur supaya tidak 'bentan' ... itulah sebabnya abang ketawa tadi."


Aku mengakhiri cerita itu, dan isteri aku terus menyambung ketawa.


Apa punya isteri daa ...

Tuesday, June 16, 2009

Rempuhan TSUNAMI.


Melutut dan tersungkur jua akhirnya ...


16 bulan aku dan keluarga bertahan dengan pelbagai cara. Setelah aku tidak bekerja dan jatuh sakit, setelah itu hingga kini, ujian dari Allah telah datang berturut - turut dan tidak menunjukkan kesan atau tanda akan berhenti.


Aku dan keluarga pasrah. Aku berusaha dan mencuba pelbagai cara. Dan kesemuanya gagal. Hinggalah tiba di satu ketika, hendak membeli beras dan susu tepung pun sudah tidak mampu.


Setiap manusia yang berada diatas muka bumi ini memberikan satu nasihat yang begitu berharga - BERSABARLAH.


Aku dan isteri terus sahaja tersenyum.


Aku terus sujud menyembah Allah.


Buat pengetahuan anda. Hanya PEMBACA TERPILIH dan TERHAD sahaja yang boleh akses atau masuk kedalam blog ini. Seperti yang telah aku war - warkan bahawa Blog Abang Long akan mengalami tsunami.


Kemungkinan, pelbagai rancangan drastik telah dan akan dilaksanakan dalam jarak waktu tidak berapa lama lagi.


Buat pengetahuan pembaca sekalian. Jika ada sebarang perkara yang hendak diutarakan sila emelkan ke alamat baru iaitu - mohamad.feroz@gmail.com

Monday, June 15, 2009

Apa Erti Saya Menganut Islam.


Bila Ulama' tiada ...


Tahun ini, sehingga bulan Jun, telah 2 orang ulamak besar pergi meninggalkan kita buat selama - lamanya.


Bulan Mei, Ayatullah Al Uzma Muhammad Taqi Behjad telah kembali ke rahmatullah. Dan beberapa hari lepas As Syeikh Fathi Yakan telah menghembuskan nafas terakhir dan meninggalkan umat Islam.


AL FATIHAH buat mereka.


Aku tidak bijak mengulas mengenai dua ulamak besar dan hebat ini. Cuma, kedua - duanya meninggalkan kesan yang tidak sedikit dalam mencorak kehidupan aku sekeluarga.


Aku masih terkesan dengan usrah yang dipimpin oleh Syeikh Muhammad Nur Mansur Al Hafiz, Imam Besar Masjid Negeri Perak. Dimana, buku - 'Apa Erti Saya Menganut Islam' karangan Syeikh Fathi Yakan telah dijadikan teks usrah. Diwaktu itu, Syeikh Muhammad Nur masih belum menjawat jawatan sebagai Imam Besar Masjid Negeri.


Diwaktu itu juga telah berlaku apa yang disebut sebagai kebangkitan Islam. Bermula dari Revolusi Islam Iran, kemudian berlaku perubahan yang dibawa oleh Al Arqam, dan bermulalah episod dimana wanita Islam semakin ramai yang berpakaian menutup aurat, hinggalah tersebarnya fitnah dengan kemunculan 'hantu kum - kum' sebagai usaha 'puak dajjal' untuk menghalang pemakaian secara Islam yang menepati syariat.


Oh ... terlalu banyak nostalgia di tahun 80'an yang bersangkutan dengan Islam. Yang pasti dunia ini telah mengalami pelbagai jenis tsunami. Dan Blog Abang long juga akan mengalami tsunami.

Saturday, June 13, 2009

KISAH SEKS (5) Aksi Spontan


Bila kita sudah lama berkahwin susah untuk memulakan sesuatu yang dulunya lazim kita lakukan semasa baru kahwin. Kadangkala akibat dari perpisahan yang lama atau sesuatu pertengkaran masing -masing malu untuk melakukan gerakan pertama. Dibawah ini ada sedikit tips bagaimana untuk melakukan ‘aksi spontan.’ Harap-harap anda akan berjaya.


1. Cuit-cuit.

Yang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat si dia sibuk dan kelihatan tertekan serta tegang semasa sedang membuat kerja, cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sedikit rasa stresnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedang dibuatnya. Kemudian fikirkan, jika semasa anda ganggu itu, okey ke tidak? Bukan apa, bimbang nanti kalau tidak kena gayanya, bukan untuk menambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula naik ke muka. Bukankah naya namanya.


2. Kenyit-kenyit.

Satu lagi, sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu pada yang tersayang. Masakan anda terlupa bagaimana hendak mengenyitkan mata. Buatlah seperti semasa waktu mengurat dulu. Mesti seronok mengusik si dia dengan cara ini. Respons dia juga tentu menggemberikan hati anda.


3. Ops, maaf terpegang.

Tidak salah rasanya kalau minta tolong pasangan ambilkan barang kemudian semasa dihulurkan barangan itu, ambil tangannya, bukan ambil barang itu. Lepas itu, pandai-pandailah minta maaf, 'ops, maaf terpegang, tak sengaja'. Kalaulah ini anda lakukan, pasti si dia akan melirik manja pada anda. Aduh, boleh cair jadinya.


4. Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air.

Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia. Tetapi sebelum itu, pastikan bahawa tiada orang luar yang berada di rumah anda dan ketika itu anak anda sedang tidur. Jika tidak, susah untuk anda melakukannya. Sekali sekala, semasa mandi, biarkan pintu terbuka sedikit tetapi jangan besar sangat. Bukalah cukup-cukup untuk si dia melihat anda seperti mengendap. Bukan apa, kalau nampak sikit kan lebih menyeronokkan daripada nampak banyak. Kemudian, buatlah macam anda tak perasan pintu tu tak berkunci. Barulah ada 'ummphhh!'.


5. Tersentuh tangan.

Kalau duduk sebelah menyebelah, rajin-rajin gerakkan tangan, kononnya tersentuh. Lepas itu minta maaf seperti anda tidak sengaja. Mesti seronok menyakat si dia dengan cara ini.


6. Urut mengurut.

Sekali sekala, apa kata kalau anda urut-urut manja badan pasangan anda. Lakukanlah pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, ketika menonton televisyen atau semasa berbual-bual.


7. Usik melalui telefon.

Sekali sekala, apa kata jika anda mengusik si dia dengan menelefonnya dan berpura-pura hendak bercakap dengan seseorang. Anggaplah seperti orang salah nombor. Lepas itu, usik-usiklah dia, biar dia marah. Bila sudah sampai ke kemuncak perbualan dan si dia memang dah marah pada anda perkenalkan lah diri anda. Tentu menarik. Tetapi perlulah kena gaya dan waktu agar gurauan anda itu boleh diterima. Silap gaya, anda pula dimarahinya.


8. Suapkan makanan.

Bukan anak sahaja makan nak kena suap. Si dia pun sekali sekala nak juga rasa makan bersuap. Alahai, macam masa makan beradap ketika bersanding dulu. Jadi tunggu apa lagi, suapkanlah si dia. Barulah mesra.


9. Betul-betulkan rambut.

Kadang-kadang terlalu sibuk buat macam-macam kerja, diri sendiri pun kurang terurus. Jadi pandai -pandailah ambil kesempatan. Kalau rambut si dia terjurai sehingga menutup matanya, betul - betulkanlah rambut tu. Buat dengan lembut. Kemdian hadiahkanlah si dia dengan ciuman. Wah, romantiknya.


10. Jalan macam itik pulang petang.

Asyik berjalan laju saja, macamana nak tarik perhatian si dia? Apa kata, cuba ubah cara anda berjalan. Biar lembut dan sedikit melenggok. Barulah terancam si dia memandang.


11. Sewaktu memandu, hendak masukkan gear, ops, terpegang tangan.

Walaupun cara ini dah agak basi, tetapi masih relevan untuk diamalkan. Nampak macam drama swasta tak apa. Janji anda bahagia. Alah, apa salahnya kalau terpegang. Dah sah pun.Tetapi pastikan adegan ini hanya dilakukan sewaktu anda berdua sahaja berada di dalam kereta.


12. Ops ! tuala terlepas.

Jika si dia berada dalam bilik semasa anda ingin salin baju selepas mandi, ambillah kesempatan ini. Buat-buatlah macam tuala terjatuh semasa hendak pakai baju. Pasti terbeliak matanya melihat anda. Bukan tidak biasa tetapi tidak sangka. Lepas itu, terpulanglah kepada anda untuk melakukan ‘aksi terlampau.’

13. Jeling-jeling.

Kalau tenung lama-lama nanti orang marah. Dalam masa yang sama, mereka tentu rasa tidak selesa. Untuk tidak menyakitkan hati orang sebaliknya menambat hati si dia, apa kata anda jeling-jeling manja padanya terutamanya ketika dia sedang asyik membaca surat khabar contohnya. Mesti konsentrasinya terganggu. Dan perhatiannya tentulah beralih pula pada anda.


14. Gesel-gesel.

Kalau berjalan di tempat sempit, janganlah malu-malu untuk bergesel dengan si dia. Tak payahlah hendak elak-elak. Lagi rapat lagi bagus. Barulah mesra namanya. Selain meningkatkan kemesraan, cara ini juga boleh dijadikan mukadimah untuk hubungan seterusnya!


15. Cubit-cubit.

Cubitan itu biarlah cubit-cubit sayang. Janganlah pula melampau sampai merah telinga kawan itu menahan sakit. Bimbang nanti, lain pula jadinya. Elok-elok hendak bermesra, tiba – tiba bertukar jadi perang. Tak ke kes naya jadinya..


16. Hembusan lembut pada telinga.

Walaupun nampak macam biasa, cara begini jarang dipraktikkan. Jika duduk bersebelahan dengan si dia, hembuslah lembut pada telinganya. Pasti hatinya tersentap. Jangan tunggu lama-lama. Apa kata hari ini, balik ke rumah dan anda lakukanlah taktik ini dan pasti pasangan anda terasa dirinya lebih disayangi.


17.. Ciuman di dahi

Yang ini, kalau diamalkan pasti ramai yang cemburu. Apa tidaknya. Wah, mesranya pasangan tu. Jadi tunggu apa lagi, buatlah cepat, tidak perlu tunggu-tunggu lagi.


18. Sembur wangian pada bilik.

Bukankah kita semua tahu, rumah adalah syurga sesebuah keluarga. Oleh itu pastikan rumah anda sentiasa bersih dan wangi. Dengan cara ini, setiap kali melangkah kaki masuk ke rumah, hati anda pasti tenang. Bila dah tenang, mudahlah untuk ke adegan yang seterusnya.


19. Tolong betulkan baju

Waktu bersiap untuk ke pejabat adalah antara masa yang paling sibuk. Tidak dinafikan saat itu memang tegang. Masing-masing terkejar-kejar, takut lambat ke pejabat. Bagi yang inginkan kemesraan suami isteri, ambil peluang saat sedang sibuk itu dengan tolong si dia betul-betulkan pakaiannya. Biar lagi kemas. Barulah boleh digelar pasangan bahagia.


20. Bisikkan kata romantik pada telinganya.

Bisikkan kata-kata romantik pada telinga si dia. Mesti senyum lebar si dia. Selamat berumahtangga.

SUMBER : Forum Sahabat Interaktif Malaysia (SIM)




Wednesday, June 10, 2009

KISAH SEKS (4) POLIGAMI


Mata Isteri, Nafsu Suami.


'Bila suami sedang berbicara, isteri perlu menundukkan atau merendahkan pandangan tanda hormat.'


Selama ini memang aku rasa janggal dengan ayat nasihat atau panduan tersebut. Aku tidak jelas dimana 'kekuatan' ayat tersebut.


Tiba - tiba seorang wanita ataupun isteri telah datang kepada aku. Sambil menahan perasaan yang bercampur baur. Si wanita itu menceritakan tentang hal rumahtangganya yang sedang bergelora. Isunya adalah. Si suami hendak berkahwin lagi.


Aku benar - benar terkesima. Aku bukannya seorang ustaz. Aku bukannya seorang perunding motivasi. Jauh lagi dari menjadi seorang Kadhi. Aku hanya seorang lelaki yang ada ketikanya turut 'menjeling' kearah wanita yang cantik. Ini kenyataan ! Isteri aku juga tahu.


Cuba tanya pada kaum lelaki. Siapa yang tidak ada niat untuk beristeri lebih ? Ini hukum kejadian tuhan. Cukup ! Aku tidak mahu berbicara lebih.


Kalau suami sudah nekad hendak berkahwin satu lagi. Tiada siapa yang mampu melarangnya. Dalam hal ini, bagaimana isteri boleh bertindak ? Hendak bertumbuk ? Hendak menangis ? Hendak ketawa sekuat hati ? Hendak menjerit sekuat hati ? Hendak minta cerai ?


Si wanita berbicara "apa kurangnya diri saya ?"


Aku lantas mengambil keputusan untuk mendengar butir bicara si wanita tersebut, tanpa mencelah atau memintas percakapannya. Yalah ... aku bukannya perunding rumahtangga.


Setelah si wanita itu habis berbicara. Akhirnya dengan senyuman aku berkata "Bila suami puan bercakap, tolong jangan melawan, 'rendahkan' pandangan mata puan, perlu diingat, kalau suami sudah nekad... tidak ada banyak perkara yang puan boleh lakukan ...tetapi, dengan merendahkan pandangan mata puan akan menyebabkan timbul perasaan belas dihati suami. "


1 - Bila suami sedang bercakap, terutamanya sewaktu nafsu amarah sedang menguasai dirinya, jangan melawan, 'rendahkan' pandangan mata, pandanglah suami dengan perasaan 'mohon belas.'


2 - Jika selama ini para isteri melayan suami dalam kategori 'kelas ekonomi,' maka selepas ini, cuba berikan 'perkhidmatan layanan kelas bisnes.'


3 - MESTI sentiasa bersiap - sedia untuk menjadi 'tanah' kepada suami.


4 - Perkara ini dipandang remeh oleh para isteri. Tetapi sebenarnya menjadi 'perhatian utama' kepada suami. Jangan malu atau cuba mengelak untuk bersalin pakaian dihadapan suami. Ada suami yang berkata "aku teringin hendak melihat isteri aku menanggalkan pakaian dalamnya dihadapan aku..."


5 - Masaklah makanan yang digemari suami. Hidangkan dengan sepenuh perasaan kasih sayang, walaupun diwaktu itu perasaan isteri sedang berkecamuk dan terasa bagaikan hendak 'berdemonstrasi.'


6 - Jadilah 'ISTERI' bila dihadapan suami, dan kurangkanlah menjadi 'IBU' dihadapan suami.


7 - Sewaktu sujud. Sewaktu dahi sedang mencecah tanah. Berdoalah, bercakaplah, merayulah dihadapan Rabb. Mohon petunjuk, mohon limpah kasih dari tuhan. Berikan yang terbaik untuk diri anda.


Sebenarnya banyak lagi tips yang boleh digunakan secara spontan untuk 'menghalang kemaraan' suami untuk berkahwin lagi.


Masih ingat entri tentang - TEGANG dikendurkan ?


Suami yang hendak berkahwin lagi, salah satu puncanya ialah kerana NAFSU. Maka, tugas puan ialah untuk 'mengurangkan nafsu' suami yang sedang bergelora. Lakukan apa sahaja tindakan yang boleh supaya suami merasa terangsang dengan puan, dan penamatnya ialah suami akan 'mengalirkan gelora' keluar.


JANGAN sesekali melakukan KONFRONTASI dihadapan suami. Dengan tidak menjaga dan membelai suami. Bila wanita mengamuk, bila wanita bermasam muka, bila wanita melawan cakap suami, bila wanita memboikot suami. ANDA juga yang rugi !


Hakikatnya ialah, pada hari ini. Wanita bukan sahaja terpaksa bersaing dengan lelaki. Tetapi wanita juga terpaksa bersaing dengan wanita lain untuk 'merebut' lelaki yang bernama suami !


# Isu poligami tidak akan selesai, hinggalah HARI KIAMAT.

Monday, June 08, 2009

TEWASNYA PEJUANG TULEN (1)


Pandangan dari tepi jalan ...


Pada tahun ini, aku mengambil kesempatan untuk melihat dari dekat akan perjalanan mesyuarat sebuah parti yang kini sedang mendapat perhatian dari rakyat Malaysia. Iaitu Mesyuarat Agung Parti Islam Se Malaysia – PAS. Ianya lebih dikenali sebagai Muktamar Agung. Dan pada tahun ini, suasana agak panas kerana terdapatnya pemilihan pucuk pimpinan parti tersebut.



Itupun kebetulan kerana tempat berlangsungnya Muktamar itu ialah di Shah Alam, berdekatan dengan tempat tinggal aku. Mudah untuk aku kesana dengan menaiki motor buruk aku.



Aku bukannya seorang ahli parti politik, apatah lagi pengamat politik. Jadi tidak akan ada ulasan tentang parti politik diblog ini.


Jika ada tulisan aku yang kurang memuaskan dari sudut politik, tidak ada apa yang mampu aku lakukan. Kerana sudah hampir 20 tahun aku tidak membeli sebarang akhbar arus perdana. Dan aku tidak merasa sebarang kerugian dengan perbuatan aku. Kerana itulah ada ketikanya aku merasa takjub bila ada pembaca yang taksub dan mempercayai sepenuhnya apa yang dilaporkan oleh akhbar arus perdana, tetapi agak malang kerana mereka tidak menjadikan Al Quran sebagai ‘bahan berita utama dan WAJIB dipercayai.’



Pemilihan pucuk pimpinan parti PAS sudahpun selesai dan diketahui umum.


Semenjak usia aku meningkat remaja, Cuma beberapa nama sahaja yang aku kenal dalam PAS. Antaranya ialah Haji Hadi, Dato’ Nik Aziz dan Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Abang Mat Sabu.


Sebagai orang yang hanya memerhatikan perjalanan politik PAS dari dahulu. Aku dapati Mat Sabu adalah orang yang sering menjadi sasaran dalam perjuangan politik.


Aku merasakan bahawa hampir seluruh rakyat Malaysia kenal atau pernah dengar nama Mat Sabu. Beliau adalah orang yang paling dekat dan paling hampir dengan perjuangan rakyat. Mat Sabu seperti yang aku pernah dengar dan kenal, beliau bermula dalam PAS sebagai ahli bawahan, beliau bermula dari bawah. Dengan bermula dari ceramah yang hanya dihadiri oleh beberapa orang hinggalah kini ceramahnya mampu memukau ribuan manusia. Tidak dinafikan malah aku berani menyatakan bahawa beliau adalah seorang yang bijak berpidato. Tidak ramai pimpinan PAS yang mampu melakukannya.

Mat Sabu adalah pemimpin PAS yang paling banyak kena tangkap. Hingga pernah beberapa tahun merengkok didalam tahanan ISA. Namun semua itu tidak mematahkan perjuangannya. Lihatlah, sewaktu demonstrasi walau dimana juga, wajah Mat Sabu yang akan tersiar.




Mat Sabu yang paling banyak keluar masuk lokap. Dan rasanya beliau adalah orang dalam PAS yang paling banyak mendekatkan rakyat kepada PAS itu sendiri.


Jika ada yang bertanya siapakah pemimpin pembangkang yang paling MESRA RAKYAT. Aku sebagai pemerhati luar akan menyatakan bahawa MAT SABU adalah orangnya. Aku tidak pernah melihat mana – mana pemimpin PAS yang sanggup makan, minum dan berbual mesra dengan orang ramai di ‘TEPI LONGKANG’ atau dimana – mana gerai kecil di tepi jalan selain dari Mat Sabu.



Hatta menurut beberapa orang sahabat aku yang menjadi penyokong PAS dari dahulu. Kalau berlangsung program besar anjuran PAS. Hampir semua pimpinan tertinggi PAS akan duduk semeja sesama sendiri sewaktu menjamu selera. Tetapi Mat Sabu akan berborak dan melayan rakyat marhaen ditepi dewan besar. Maaf, aku tidak pasti sejauh mana kebenarannya.


Bagi aku sebagai pemerhati luar, secara peribadi menyatakan bahawa MAT SABU adalah pejuang rakyat yang sebenar. Mat Sabu adalah PEJUANG TULEN dalam PAS.


Kepada Abang Mat Sabu. Kekalahan dalam pertandingan bagi jawatan Timbalan Presiden ada hikmahnya. Mungkin Abang Mat Sabu kurang memberikan masa untuk mendalami ilmu yang barakah di hauzah – hauzah ilmu.


Aku terbaca mengenai kejayaan – demi kejayaan yang dicapai oleh pejuang Hizbullah. Hasil hubungan akrab mereka dengan para ulamak dihauzah ilmu.


Terlintas dibenak fikiran aku. Akan kata – kata arwah datuk aku di awal tahun 70’an dahulu.


“Kamu jangan jadi orang politik ... nanti kamu lupa baca Al Quran...”

Saturday, June 06, 2009

Dari Kubur ke Masjid.


Pagi ke kubur. Malam ke Masjid.


"Kita sudah merancang, tapi Allah juga merancang, dan yakinlah perancangan Allah adalah yang terbaik."


Beberapa hari lepas, seorang jiran aku telah dimasukkan kedalam ICU, akibat masalah jantung. Seorang lelaki yang telah lanjut usia, kalau tidak salah aku, umurnya sudah menjangkau 80 tahun.


Sewaktu si ayah dimasukkan kedalam ICU. Anggota keluarganya pula sedang dalam persiapan untuk mengadakan majllis kenduri kahwin. Memang keluarga itu berada didalam keadaan serba salah, kerana itu yang aku perhatikan dari riak wajah anggota keluarga itu.


Namun, atas nasihat dari beberapa orang yang lebih tua dalam keluarga itu. Maka persiapan itu diteruskan juga. Dan beberapa orang ahli keluarga lainnya bergilir - gilir menjaga dan menziarahi orang tua itu di hospital.


Takdir adalah penentu segalanya. Si lelaki itu akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi Jumaat. Alamdulillah, persiapan urusan jenazahnya begitu cepat dilakukan.


Dan sewaktu aku pergi sekali lagi pada petangnya. Keluarga itu sedang bersiap untuk bergerak ke Selayang untuk upacara akad nikah.


Kelihatan pengantin lelaki seperti tidak bermaya. Menahan sebak, maklumlah, ayah baru sahaja 'menemui Illahi' pada waktu pagi. Dan waktu malamnya si anak akan melafazkan akad nikah.


Kelihatan begitu ramai yang memberikan perangsang kepada pengantin lelaki untuk bersabar dan tabah menghadapi ujian sebegitu.


Aku tidak dapat berkata apa - apa. Kerana kita tidak berhadapan dengan situasi itu dalam keadaan sebenar.


Aku mendengar salah seorang anggota keluarga berkata "Bagaimana si anak tidak terharu ... perkara ini akan menjadi sejarah dalam hidupnya ... hari yang sama, diwaktu pagi... ayah meninggal dunia, malamnya dia melafazkan akad nikah... akan terakam dalam diari hidupnya."


# Harap maklum. Blog ini akan mengalami tsunami tidak berapa hari lagi.

Wednesday, June 03, 2009

SAYANG kerana ALLAH


PELUK AYAH.


Ini bukan entri tentang seks. Sewaktu aku hendak menulis ini pun, berbagai perkara terlintas di fikiran aku. Kalau aku hendak mencari 'jalan selamat' atau 'play safe' sewaktu menulis, maka tidak akan sampai matlamat atau tujuan asal aku membuka blog. Aku menulis ialah untuk berkongsi cerita, mungkin ada orang yang tidak bersetuju dengan apa yang aku tulis, tetapi yang pasti aku, seperti mana jutaan lagi penulis blog yang lain, kita tidak akan dapat memuaskan hati semua orang.


Maaf, agak lari permulaan cerita dengan tajuk.


Aku yakin dan aku pasti. Ramai orang yang akan memeluk tubuh insan yang kita sayangi, yang kita kasihi, yang kita cintai atas pelbagai sebab.


Sejak dari kecil lagi, kita diajar untuk memeluk tubuh seseorang. Ayah memeluk tubuh ibu. Ibu memeluk tubuh anak, anak memeluk tubuh ibu dan ayah.


Cuma, apa yang aku ingin perkatakan disini ialah. Tentang satu perkara yang agak lumrah. Tetapi bukan semua.


Anak lelaki aku rasa tidak ada masalah untuk memeluk tubuh ibunya dengan perasaan kasih sayang suci dan penuh penghormatan. Dari kecil hinggalah dewasa. Malahan, anak lelaki yang manja akan lebih kerap memeluk ibunya.


Cuma, aku perhatikan (bukan semua), anak perempuan memeluk ayahnya. Seolah - olah ada satu perasaan halus (mungkin malu) untuk memeluk ayahnya seerat - eratnya. Seperti mana si anak perempuan, sewaktu kecil, memeluk ayahnya dengan kuat, erat dan dengan perasaan kasih sayang dan penuh kemanjaan.


Paling ketara, aku dapat melihat sewaktu bersalaman memohon ampun dan maaf sewaktu Hari Lebaran. Si anak lelaki dengan perasaan penuh bersyukur dan terharu bersalam, mencium tangan ibu dan terus memeluk ibu dengan perasaan kasih abadi. Dan seterusnya melakukan yang sama dengan ayah. Bersalam, mencium tangan si ayah, mencium pipi ayah dan memeluk tubuh ayah yang sudah tua seerat - eratnya.


Tetapi, anak perempuan yang telah dewasa, ada yang cuma bersalam, mencium tangan ayah, mencium pipi (perbuatan inipun ada yang tidak dilakukan), itu sahaja.


Pernah aku lihat, bagaimana seorang ayah mencium pipi anak perempuannya dikhalayak ramai, dan aku lihat wajah si anak itu merah - kemerahan seolah - olah menahan malu yang teramat sangat.


Tetapi harus diingat. Bukan semua anak perempuan yang telah remaja, dewasa dan berkahwin tidak memeluk ayah.


Satu soalan dari Abang long buat pengunjung perempuan, wanita dan isteri orang. Adakah ANDA malu untuk memeluk ayah sendiri ? Jika malu ... kenapa ?

Tuesday, June 02, 2009

BEBAS disebalik CHADOR


KEBEBASAN WANITA IRAN.


Selama ini, bila aku bermain ombak dan berendam di air laut. Ataupun berendam dan menikmati air terjun, aku sering memerhatikan keadaan kaum wanita yang hanya 'bermain' air di bahagian tepi sahaja.


Kaum wanita hanya sekadar memerhatikan sahaja khalayak ramai khususnya kaum lelaki dan anak - anak kecil bebas untuk bermain, berenang dan bergembira didalam air. Dan kaum wanita hanya setakat boleh tersenyum sahaja.


Bagi gadis, perempuan ataupun wanita yang 'berani, maka mereka tidak kisah. Mereka juga akan bermandi manda walaupun ada yang basah dengan berpakaian sepenuhnya malah ada yang mandi dengan bertudung.


Baru - baru ini, beberapa orang sahabat aku yang pulang dari melancong ke negara Iran, telah menceritakan tentang bagaimana 'bebasnya' wanita disana. Aku memang tergamam bila mendengar butir bicara mereka.


Manakan tidak. Negara yang terkenal dengan pelbagai sekatan keatas pergerakan wanita. Dipimpin oleh para Mullah, Hujjatul Islam, dan para Ayatullah yang sering dikatakan sebagai terlalu tegas dalam perlaksanaan hukum Islam. Tiba - tiba aku mendapat berita yang sebaliknya.


Sahabat - sahabat aku bercerita, bagaimana isteri - isteri mereka begitu selesa, senang hati dan bebas untuk berenang, berendam dan bermain dalam air, samada di kolam renang mahupun di kawasan laut. Dan kawasan - kawasan itu 'dikuasai' sepenuhnya oleh muslimat yang bertugas. Kawasan itu adalah kawasan LARANGAN UNTUK LELAKI !


Bukan sekadar itu sahaja. Malahan kaum wanita Iran begitu jauh terlibat dan aktif dalam sukan, ekonomi, pendidikan dan politik. Malah, dari pelbagai segi, wanita Iran sebenarnya jauh lebih moden dari mana - mana wanita di dunia, khususnya wanita dari sebuah negara Islam yang lain.


Bukan bergurau, tetapi para sahabat menyatakan bahawa di sebalik 'chador' yang dipakai oleh wanita Iran. 'Didalam chador' itu, sebenarnya wanita Iran jauh lebih sofistikated.


Bila aku bertanya, bagaimana para Mullah boleh membenarkan semua perkara ini berlaku ?


Jawapan yang aku terima benar - benar mengejutkan aku "Kami dapat maklumat, dimana para Mullah menyatakan bahawa kaum wanita atau muslimat sepatutnya mendapat lebih dari itu."


Yang pasti. Sejak dari dahulu lagi aku memang 'tertawan' dengan kecantikan wajah gadis Iran.

Monday, June 01, 2009

BERPOSING DALAM MASJID


Gambar Foto.


Andainya tersalah maklumat, terlebih dahulu aku memohon maaf. Ceritanya mudah, aku mengambil gambar dalam ruangan solat di Masjid Sultan Salahuddin atau lebih dikenali sebagai Masjid Negeri Selangor. Dan aku ditegur supaya tidak mengambil gambar dalam kawasan atau ruangan untuk bersolat.


Pihak keselamatan mengarahkan supaya aku tidak mengambil gambar didalam ruangan solat. Aku akur dengan arahan itu. Bila aku memerhatikan keadaan sekililing, barulah aku perasan, memang ada papan tanda amaran tidak dibenarkan untuk mengambil gambar.


Seingat aku, tiada larangan untuk mengambil gambar didalam kawasan solat di Masjid Negara, mahupun didalam kawasan Masjid Putrajaya.


Malahan, kelihatan ramai pelancong yang bergambar dan berposing di pelbagai sudut didalam kawasan masjid tanpa sebarang sekatan. Cumanya, bagi jemaah wanita, mereka diarahkan untuk berpakaian menutup aurat.


Aku tidak pasti kenapa ada arahan dan peraturan yang berbeza dalam hal ini. Sedangkan aku pernah bertanya kepada beberapa orang ulamak, dimana mereka menyatakan bahawa tiada arahan ataupun larangan dari segi agama untuk mengambil gambar didalam masjid.


Malahan, aku merasakan bahawa alangkah bagusnya jika kita boleh bergambar dan berposing didalam masjid.


# Blog Abang Long akan mengalami tsunami tidak berapa lama lagi. Mohon maaf atas segala kekurangan. Harap maklum. 30