Saturday, August 21, 2010

HADI'S - kisah gembira.


3 untuk 7.


"Kami campur 3 peket sekaligus dalam satu jag. Kacau sampai rata, kemudian tuang dalam 7 gelas kecil, Alhamdulillah, semua orang dapat rasa."


Itulah yang dilakukan oleh seorang ayah berusia 73. Untuk menjaga kesihatan seluruh ahli keluarganya.


Sewaktu aku tiba dirumahnya di Kampong Kuantan, Klang. Aku agak terkejut kerana pakcik ini yang membukakan pagar rumahnya, mempersilakan aku masuk. Aku terus bertanya keadaan kesihatannya.


"Betul, waktu kamu hantar HADI'S ni dua minggu dulu, pakcik memang sakit sangat dibahagian tumit, tapi Alhamdulillah, dua tiga hari lepas, pakcik dah boleh berjalan, dah kurang rasa sakit."


Aku tersenyum puas !

Tuesday, August 17, 2010

Kisah Gembira Pengguna HADI'S


"Kita berkongsi kebaikan..."


Itulah ayat yang aku gunakan. Matlamat utama ialah berkongsi kebaikan. Mendapat manfaat dari produk yang diambil. Menjaga kesihatan.


Banyak perkara utama tetapi sering tidak diberikan perhatian serius. Aku dapati ramai ibu bapa dan penjaga yang kelihatan sayangkan anak, tetapi apabila diteliti sebenarnya tindakan mereka lebih membawa mudarat atau kesan kurang baik untuk kesihatan si kecil.


Sebagai contoh. Ramai anak kecil yang sedang bersekolah rendah diberikan sarapan sajian utama yang sama saban hari iaitu nasi lemak, kuih muih dan roti canai. Ramai yang kurang memberikan roti putih atau roti gandum atau ot sebagai sarapan yang lebih baik, khususnya untuk kesihatan tubuh badan dan perkembangan minda anak - anak.


Pada awalnya, aku menerima penolakan apabila aku mengesyorkan minuman bijirin HADI'S. Sebagai ganti menu pagi. Tetapi setelah aku memberikan penerangan tentang isi kandungan HADI'S dan khasiat yang bakal diperolehi. Akhirnya mereka bersedia untuk berubah dan menjadikan minuman bijirin HADI'S sebagai sajian utama sarapan pagi.


Alhamdulillah. Maklumbalas yang aku terima hingga kini begitu memberangsangkan. Ramai yang menghubungi aku, kesan dari cerita 'mulut ke mulut' oleh pengguna HADI'S yang gembira dengan hasil yang diperolehi.


Kini, semakin ramai ibu, bapa, penjaga yang berpuashati dan senang hati menceritakan kisah gembira mereka. Aku hanya tersenyum.


Tidak ada lagi kisah keluh kesah akibat anak kurang sihat, perut anak sering meragam, anak tidak dapat memberikan tumpuan kepada pelajaran, anak sering masuk tandas sekolah dan sebagainya.


Harap maklum. Ini bukan produk AJAIB ! Ini hanyalah produk minuman bijirin yang berkhasiat.



Penghantaran PERCUMA. Bagi pengguna yang menetap dikawasan - Klang. Pelabuhan Klang. Shah Alam. Pandamaran. Pendamar Indah. Telok Gadong. Sungai Udang. Bandar Sultan Suleiman. Pulau Indah. Rantau Panjang. Padang Jawa. Sri Andalas. Bagi mendapatkan produk dibawah. Sila hubungi - 019 2254910.

Sunday, August 15, 2010

Hadi's Nutri Meal. Minuman Bijirin yang BERKHASIAT.


KESIHATAN didahulukan. AMAL SOLEH diutamakan.


Sketsa Pertama.

Disebuah surau. Seorang lelaki sedang mengurut kaki seorang sahabatnya sambil berbual. Aku yang sedang lalu disitu menegur dan memberi salam. Lalu aku mengedarkan risalah kesihatan. Selepas memberikan penerangan ringkas. Seorang daripada lelaki itu bertanya harga HADI'S. Apabila aku memaklumkan harganya. Lelaki itu terus berkata "Nantilah dulu, saya tak ada duit."


Lalu disanggah oleh sahabatnya "Hai, sampai macam ini punya sakit pun engkau masih nak berkira lagi?"


Aku hanya tersenyum dan terus berlalu dari situ. Tiba - tiba lelaki itu memanggilku semula "Saudara, kalau saya beli banyak, boleh dapat diskaun tak?"


Aku bertanya "Berapa?" Lelaki itu menjawab "3 kotak."


Selepas 4 hari. Aku menerima sms dari lelaki itu "Salam, nak beli HADI'S 3 kotak. Bila boleh dapat? Alhamdulillah, sakit di kaki semakin kurang."



Sketsa Kedua:

Berita yang dibawa dari mulut ke mulut akhirnya sampai kepengetahuan aku. Kisah seorang wanita yang sedang menyusukan anaknya, sedang menghadapi masalah, dimana susunya badannya agak kurang. Apatah lagi bulan puasa.


Lalu aku mengusulkan supaya wanita itu mengambil produk HADI'S. Demi untuk anaknya yang dikasihi. Wanita itu terus mendapatkan HADI'S dan mengamalkannya.


Baru 2 hari menggunakannya. Si wanita itu menghubungi aku. "Dik, Alhamdulillah, akak boleh berpuasa dah, si kecil tu pun tak banyak meragam, eh, kalau ayah akak ada sakit Gout, boleh ambil tak minuman ini?"


Aku hanya tersenyum. Ya Allah, semoga usaha ku ini ENGKAU berkati.



Sketsa Ketiga:

"Ya Allah, punyalah susah hendak suruh anak akak yang kecil itu untuk bersahur, dia tak mahu langsung menjamah makanan, lepas tu, bila tengahari ... terus tumbang... kesian pulak nak suruh puasa." Itulah REALITI yang terpaksa dihadapi oleh ramai ibubapa.


Kini, sudah ramai ibubapa yang bebas dari beban tersebut bila aku mengesyorkan minuman bijirin HADI'S.


Semua peringkat umur boleh menggunakannya. Alhamdulillah. Ramai yang sudah mendapat faedah dari HADI'S.


Seorang jiran berkata "Pagi tadi, kami sekeluarga nyaris tak bersahur, kami terjaga, lagi 1 minit hendak habis waktu, punyalah kelam kabut, nasib baik ada HADI'S, kami ambil sorang sepeket, minum terus ... Alhamdulillah, perut pun tak meragam."


Aku terus tersenyum.


Wednesday, August 11, 2010

Hadi's Nutri Meal. Minuman Bijirin yang BERKHASIAT.


HADI'S Nutri Meal.


Alhamdulillah, telah sebulan menjalankan bisnes produk HADI'S Nutri Meal. Maklumbalas yang diterima sungguh memberangsangkan, malah ada beberapa kali aku sendiri tidak dapat menahan sebak, bilamana pengguna telah datang sendiri dan menceritakan tentang kebaikan produk.


Mulanya aku hanya menggunakan produk ini untuk kegunaan sendiri. Aku menghidap Gastrik dan Migrain sudah belasan tahun. Usah diceritakan bagaimana jika Gastrik atau Migrain datang menyerang. Terasa seperti hendak terbalik dunia ! Maaf, ada ketikanya seperti ringan tangan ini hendak menumbuk BOS ditempat kerja ! Ya, itulah realiti pesakit Migrain ! Sudahlah kita sedang menderita sakit kepala, teman sepejabat dan Bos pula tidak ambil kisah, kerja yang menimbun langsung tiada siapa yang simpati untuk menghulurkan tangan membantu.


Begitu juga jika Gastrik datang menyerang. Memang sakit yang teramat sangat. Siapa yang pernah ambil pisau cukur dan dihiris ditubuh sendiri ? Sakit bukan ? Begitu sakit dan azab jika Gastrik menyerang. Memang tiada maaf !


Malahan, jika siapa yang kena Gastrik. Jika pesakit pergi ke hospital bahagian Kecemasan, maka, mereka akan terus dibawa kedalam bilik rawatan berjumpa Doktor dan terus diberikan suntikan.


Begitulah 'penangan' Gastrik.


Sekarang ini aku berkhidmat pula dengan seorang pendakwah bebas bernama Ustaz Sapidin Amran. Kami bergerak untuk menyampaikan seruan dakwah dan dalam masa yang sama menjalankan bisnes. Memang banyak barang yang kami bawa. Maklumlah kami bergerak 1Malaysia !


Maka, Alhamdulillah. Produk HADI'S Nutri Meal ini kami bawa bersama. Kami berada dalam hampir kebanyakan majlis - Ceramah Perdana, Forum, Bengkel Motivasi, Kuliah Maghrib, Kuliah Dhuha, Kuliah Subuh, Sessi 'Talk Show', dan pelbagai lagi majlis ilmu.


Kami menerima jemputan dari pelbagai pihak. Sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah agama, syarikat swasta, malahan pejabat dan agensi kerajaan, hatta kami pernah dijemput beberapa kali untuk menjalankan usaha dakwah ini kedalam kem tentera. Yang pasti ianya MENYERONOKKAN !


Apatah lagi Ustaz Sapidin agak 'versatile' orangnya. Selain dari merupakan bekas Imam Besar Masjid Pelabuhan Klang, beliau juga merupakan penceramah Radio Selangor dalam slot Suara Mimbar.


Dan, kesempatan terbaik inilah digunakan untuk menceritakan dan mendedahkan tentang produk HADI'S Nutri Meal.


Pada awalnya, aku hanya menggunakan produk ini seperti pengguna yang lain. Satu sachet pagi dan satu sachet malam.


Masuk hari ke4. Perut aku 'meragam'. Dan paling malang sekali, kami sedang berada dikawasan Lebuhraya. Bayangkan bagaimana deritanya aku diwaktu itu. Aku sangkakan, aku sudah tersalah makan. Tetapi bila diimbas kembali, rupanya itulah KESAN dari minuman HADI'S Nutri Meal yang aku ambil.


Masuk waktu Subuh hari ke5. Dengan kuasa Allah. Aku terasa begitu mudah untuk bangun awal pagi dan usai mandi, aku terus sujud syukur. Ya Rabb ! Aku terasa sihat dan segar.


Hingga hari ini aku dan famili terus mengamalkan pengambilan minuman HADI'S.


Maklumbalas dari pengguna ?


Ya Rabbi. Aku tidak menyimpan rekod. Tetapi yang pasti. Hampir dalam setiap ceramah dikawasan Klang, Shah Alam, pengguna @ pesakit @ pelanggan telah menyatakan secara terus kepada aku tentang khasiat dan kebaikan minuman HADI'S ini.


Bayangkan, bagaimana aku dapat menahan perasaan sebak, bilamana seorang jemaah warga emas datang kepada aku dan menyatakan bahawa beliau sudah tidak terasa kebas bila duduk lama dalam masjid. Malahan beliau sudah tidak memerlukan pembantu untuk beliau bangun dari lama beriktikaf dalam masjid. Ya Allah, ENGKAU memberikan aku rezeki dari produk ini, dan ENGKAU juga memberikan aku pahala kerana membantu hamba MU untuk terus beribadah dalam keselesaan.


Kalau aku hendak ceritakan pengalaman aku bertemu dengan pelanggan yang berpuashati dengan produk HADI'S Nutri Meal ini, rasanya 3 hari 3 malam pun tidak cukup. Tetapi, InsyaAllah, aku akan cuba usahakan supaya kisah itu dipaparkan untuk KEBAIKAN seluruh pengguna, khususnya KAUM MUSLIMIN yang sedang menjalanni ibadah berpuasa.


PUASA adalah ibadah yang memerlukan kekuatan FIZIKAL dan MENTAL !


Cuba bayangkan bagaimana kita hendak berpuasa dalam keadaan tubuh yang kurang sihat ?


Hanya satu sachet diambil diwaktu sahur. Dan InsyaAllah, minuman HADI'S akan membantu dalam penjagaan kesihatan secara optimum.


Dalam satu majlis, sewaktu sedang menjual produk HADI'S ini. Berlaku dialog antara seorang warga emas dan seorang gadis, dimana gadis ini membelek produk HADI'S dengan begitu lama lalu ditegur oleh pakcik warga emas ini:


Pakcik: "Tak payah belek ... beli sahaja ... bagus produk tu!"
Gadis: "Berapa harga sekotak ni bang?"
Aku: "RM40 sahaja Cik." Aku menjawab dengan senyuman.
Gadis: "Hmmm..." (kelihatan berkerut dahi)
Pakcik: "Cik, kalau ikut harganya tu ... murah sangat .... mana lebih berharga ... 'make up' atau NIKMAT SIHAT?"


Aku hanya tersenyum. Dan si gadis membeli 2 kotak. Untuk siapa ? Untuk AYAH dan IBUnya.

Sunday, August 01, 2010

Tuhan Masih Mencintaiku.

Lily Haslina.


Itulah nama novelis yang menulis karya - Tuhan Masih Mencintaiku.


Maaf ya. Rasanya novel ini masih belum ada dipasaran. Aku belum membacanya. Tetapi aku memang tidak sabar untuk memiliki hasil karya Lily Haslina.


Kerana apa ? Kerana seperti hasil karya beliau - Menunggu Cinta Tuhan. Aku benar - benar tersentuh dan jiwaku terasa dekat dengan Al Khaliq.


Inilah namanya DAKWAH dalam Penulisan.

Sunday, July 25, 2010

Bengkel Penulisan ALAF 21


Bagaikan Air Terjun Niagara.


Alhamdulillah, syukur dan terima kasih aku ucapkan kepada ALAF 21, yang telah berjaya menganjurkan bengkel penulisan.


Penceramah utama, Sri Diah. Aku lebih selesa dan mesra memanggilnya dengan panggilan Kak Sri. Setelah bertahun mengenalinya, kedua - dua buah keluarga mengenali antara satu sama lain. Akhirnya atas dorongan dari para sahabat, dan atas niat untuk berkongsi pengalaman, maka aku menghadiri kursus penulisan dibawah bimbingan Kak Sri.


Setiap kali bertemu dengan Kak Sri. Pasti ada sahaja ilmu yang dicurahkan. Dan pasti ada sahaja bantuan yang dihulurkan. Hingga aku terasa seperti seorang adik dengan kakak layaknya.


Kenapa aku sebutkan tentang air terjun Niagara ? Kerana pada hari kursus tersebut. Selama 4 jam kami berada didalam bilik kuliah. Aku terasa seolah - olah Kak Sri mencurahkan segala ilmu dan pengalaman beliau dalam bidang penulisan.


Segala aspek diterangkan. Setiap teknik penulisan diberikan bimbingan semaksima mungkin. Diselang - selikan dengan pengalaman mahal Kak Sri.


Yang pasti, kelas ini begitu 'kelas!'


Apa yang disyorkan oleh Kak Sri, benar - benar berlaku. "Kita jadikan kelas hari ini tidak formal, anda boleh terus mengajukan soalan pada bila - bila masa." Dan inilah yang terjadi. Sewaktu Kak Sri sedang memberikan kuliahnya. Para peserta terus berinteraksi dan berdialog secara langsung dan santai dengan beliau.


Barulah kedengaran luahan hati peserta yang memahami pahit getir untuk menjadi seorang novelis. Barulah kami memahami tugas dan peranan berat yang terpaksa dipikul oleh seorang yang bergelar EDITOR !


Untuk menjadi seorang penulis, tidak semudah yang disangka, tetapi tidaklah terlalu sukar seperti yang yang digambarkan. Yang penting, minat, usaha, banyak membaca dan komited serta konsisten.


Kepada Kak Sri - TERIMA KASIH atas segala apa yang diberikan. Minda kini sarat dengan pelbagai rencam ilmu hasil didikan Kak Sri.

Kepada ALAF 21 - TERIMA KASIH kerana berjaya menganjurkan bengkel penulisan untuk melahirkan ramai lagi penulis.

Kepada Sahabat Baru - TERIMA KASIH kerana sudi berkenalan, kita bersama membina jaringan antara kita dalam usaha untuk memartabatkan agama dan bangsa.

Wednesday, July 21, 2010

PAKAI BERBOGEL


Si Jubah dan Si Seksi.


Usai berwuduk disebuah masjid, aku sedang menghala ke pintu untuk masuk kedalam ruang solat, tiba - tiba mata aku tertancap ke arah sebuah kereta Wira.


Kelihatan seorang gadis (maaf ya, pandangan aku setelah melihat bentuk tubuhnya). Si gadis sedang menantikan si ibu untuk keluar dari kereta. Dengan begitu payah, si gadis itu memegang tangan si ibu dan membawa ibunya masuk kedalam masjid.


Namun, apabila sampai sahaja kebahagian pintu ruang solat, si ibu lalu menyuruh anaknya itu pergi. Dan si gadis itu memeluk dan mencium ibunya, dan si gadis terus beredar dari situ dengan tergesa - gesa. Aku yang berada berdekatan dengan kedua insan ini hanya berdiri diam memerhatikan mereka.


Aku memerhatikan pergerakan kedua insan ini dengan perasaan yang berbaur. Sewaktu hendak beredar, si gadis memalingkan wajahnya dan memandang aku dengan senyuman yang begitu menawan, dan aku membalas senyuman itu.


Ya, bukankah senyuman itu sedekah.


Hatiku berkata. Segalanya kelihatan begitu indah. Hubungan ibu dan anak. Keduanya begitu bersopan. Namun, pakaian si ibu begitu indah, memakai jubah hitam dan bertudung labuh, masuk kedalam masjid untuk bersolat dan seterusnya menghadiri majlis ilmu. Tetapi, sayangnya, si anak, memakai baju ketat lengan pendek dan berseluar jeans jenis londeh yang boleh menampakkan bahagian atas seluar dalam.


Ya Allah. Akhir zaman.

Saturday, July 17, 2010

bersuluk ...


Diam. Cakap. Diam. Cakap.


Manusia memerlukan 2 tahun untuk belajar bercakap. Tetapi memerlukan 50 tahun untuk belajar menutup mulut.

Dosa yang paling banyak berpunca dari mulut.


Hendak dapat pahala paling mudah ?


DIAM dan SENYUM. Paling mudah, paling senang untuk mendapat pahala ialah dengan menutup mulut.


Lalu, aku duduk diam dalam bilik. 1 jam, aku terasa letih. 2 jam, aku terasa rimas. 3 jam, aku terasa seram, bukan sedikit seram tapi memang menyeramkan. Aku terasa, maaf, bukan terasa tetapi memang aku hendak lari, aku hanya memandang daun tingkap yang terkuak sedikit diwaktu malam.


Aku cuma berada didalam bilik. Bukan didalam liang lahad.


Aku terasa segala harta yang aku miliki seperti sudah tidak ada ertinya langsung.

Saturday, July 03, 2010

PENGEDAR HEBAT !


Soalan Tanpa Suara.


Sepanjang aku berkhidmat dengan pusat tahfiz ini. Tidak dapat dinafikan, aku menghadapi pelbagai ujian dan mehnah. Tetapi, tidak kurang juga peristiwa melucukan. Aku merasakan bahawa aku berhadapan dengan lebih banyak perkara atau peristiwa melucukan berlaku. Hingga ada waktunya, aku tertawa hingga terasa sakit rahang dan senak perut.


Sewaktu aku sedang melayan pelanggan yang berkerumun dimeja bisnes. Seorang gadis berdiri tidak jauh dari aku. Si gadis hanya tersenyum memandang kearah aku. Tidak dinafikan. Memang wajahnya cantik. Tinggi lampai orangnya. Bertudung labuh dan berjubah.


Beberapa ketika, aku memandang kearahnya, si gadis tetap memandangku dengan tersenyum. Begitu manis dan menawan senyumannya.


Ya, sejujurnya, aku merasa tidak keruan.


Habis sahaja urusan. Aku mengemas barangan. Dan si gadis mampir kearahku. Lalu dipegangnya produk. Dibeleknya produk. Aku segera berkata "Produk itu memang bagus ..." dan aku terus bercakap dan bercakap memberikan penerangan tentang produk itu.


Tiba - tiba si gadis memberikan bahasa isyarat. Rupa - rupanya si gadis tidak dapat mendengar. Aku terlopong. Dengan senyuman aku juga menunjukkan bahasa isyarat "memohon maaf."


Sekarang, terpulang bagaimana pengunjung blog ini hendak menggambarkan bagaimana aku "berbual" dengan si gadis itu, disamping memberikan penerangan tentang produk kesihatan.


Akhirnya. Si gadis bersetuju membeli produk yang diingininya.


Dan kami bertukar kad bisnes.


Beberapa hari kemudian. Si gadis mengirimkan sms. "Saya berminat untuk menjadi pengedar."

Saturday, June 19, 2010

Bukan Demam Bola.


DEMAM.


Dunia aku berputar. Dunia aku terasa gelap gelumat. Dunia aku bergoyang. Aku terasa seperti hendak meninggal dunia. Semuanya dek kerana aku demam selama 2 hari ... 3 hari.

Pukul 2 pagi. Aku kesejukan yang teramat sangat. Aku menggigil kesejukan, hingga bergoyang katil. Urat nadi aku terasa hampir putus.


Isteriku hanya berupaya membacakan doa syifa'. Dia menghubungi ibunya. Bimbang kerana keadaan aku yang kelihatan begitu kritikal.


Syukur Alhamdulillah. Ya Allah, aku bersyukur kepadaMU kerana memberikan ujian sebegini. Ya, ujian demi ujian.


Kalau dahulu. Dari kecil, aku mengambil peperiksaan darjah 5, SRP, SPM, dan STPM. Aku tidak pernah menjejakkan kaki menuntut ilmu ke mana - mana universiti.


Kini, ujian dari Allah. Aku terasa seperti akan menghadiri konvokesyen untuk mengambil segulung Ijazah Kedoktoran. Alhamduilillah.

Sunday, June 13, 2010

1hari. 1Wawancara. 1Produk.


1 - "One Day Care."


Bertarikh 3hb yang lalu. Aku dan isteri memang berdebar. Si kecil yang berusia 4 tahun akan menjalani pembedahan. Si kecil memang tidak tahu apa - apa. Tetapi, aku sebagai ayah, sudah tidak dapat melelapkan mata.


Sewaktu diberikan taklimat terakhir sebelum pembedahan. Aku sudah terasa seperti hendak demam. Dan sewaktu mendukung anakku kedalam wad pembedahan. Dipintu akhir, aku terus mendukung dan memeluk erat anakku. Aku mencium bertalu - talu, umpama akan berlaku perpisahan selamanya.


Syukur Alhamdulillah. Setelah 2 jam menunggu. Akhirnya Doktor keluar dengan senyuman. Barulah aku terasa DUNIA AKU CERIA KEMBALI.



2 - WAWANCARA dengan I LUV ISLAM.


Bila Puan Editor majalah tabloid I LUV ISLAM menyatakan hendak mewawancara aku tempohari. Aku terasa seperti hendak menolak. Maklumlah, aku bukannya seorang yang terpelajar, apatah lagi seorang pakar.


Tetapi bila mengenangkan bahawa ilmu Islam WAJIB dikongsi. Akhirnya aku menyatakan persetujuan.


Alhamdulillah, sewaktu diwawancara, lidah aku begitu fasih dan lancar memberikan ulasan. Mungkin ini ada kaitan dengan pengalaman pahit selama ini.


Kepada sesiapa yang ingin melihat wajah Abang Long yang sebenar. Sila dapatkan majalah tabloid - I LUV ISLAM. Ruangan - Apa kata pakar ... M/S 08.



3 - Produk Islam.


Maaf, sebenarnya aku memang sudah lama mengetahui tentang kewujudan dan perkembangan produk yang diusahakan oleh kaum Muslimin yang mengikuti syariat dan menepati hukum syarak.


Tetapi, aku tidak terlibat secara langsung. Aku hanyalah pengguna yang mempunyai niat untuk memajukan produk Muslim.


Tiba - tiba, dengan kuasa Allah. Mudir (Bos) aku, dengan penuh kerendahan menyatakan bahawa, selama aku membantunya dalam mengusahakan tahfiz, aku telah berjaya meningkatkan hasil jualan untuk pembangunan tahfiz. Dan beliau menyarankan supaya aku mengambil peluang untuk mengusahakan dan memperkembangkan satu produk.


Produk itu ialah SUSU KAMBING + MADU + Disyifa'kan dengan 30 juz Al Quran. Ini bukan produk jualan langsung. Ini adalah produk yang dihasilkan oleh sebuah Madrasah Tahfiz, bertujuan untuk menambah dana mana - mana pusat tahfiz.


Nantikan entri akan datang, bagaimana untuk mendapatkan produk hebat ini. Produk ini tidak dijual dipasaran terbuka. Hanya boleh didapati pada setiap program ceramah agama dan kuliah Maghrib sahaja.


Ingat satu perkara. Produk ini telah - DISYIFA'KAN dengan 30 juz Al Quran. Banyak KHASIAT dan KEBERKATANNYA - InsyaAllah.


Ya, produk ini memang lain dari yang lain.


1-Diusahakan oleh pusat Tahfiz.
2-SUSU KAMBING + MADU.
3-Disyifa'kan dengan doa PENAWAR.

Friday, June 11, 2010

Suntikan. Menyuntik. Disuntik.


Kemas-Lama. Kemas-KINI.


Banyak sungguh yang hendak dikemaslama dan dikemaskinikan. Ada cerita lama tapi rasanya belum basi lagi. Dan ada banyak cerita baru yang berada dalam senarai.


1 - Kisah pelajar tahfiz.
2 - Anak baru selesai pembedahan.
3 - Bingung Bisnes.
4 - Rehlah ke Terengganu.
5 - Produk Muslim.
6 - Ulasan dalam I LUV ISLAM.
7 - Jemputan kenduri.
8 - Keliru. Mak kata pergi, ayah kata jangan, aku pening.
9 - Antara Tawakal dan Tangkal.
10-Antara Abdul Rahman Auf dan Rabi'atul Adawiyyah. Penembak Tepat.


Hari ini Jumaat. Harap dapat lebih masa untuk beriktikaf. Ya. Yang pasti, aku ada terlalu banyak dosa !


"Ya Allah, aku mengharapkan PENGAMPUNAN MU, aku mengharapkan BIMBINGAN MU, aku mengharapkan PERTOLONGAN MU!"

Wednesday, June 02, 2010

LOGO ANTI israel LAKNATULLAH


1LOGO. 1Aqidah. 1Perjuangan.




Kita berteriak. Kita bertempik. Kita melaungkan slogan - ANTI israel LAKNATULLAH.
... jemari kita masih mengepit sebatang ROKOK.


Kita bersemangat. Kita meluap marah. Kita meredah berdemonstrasi.
... jom pergi KFC.


kus - semangat kita BERMUSIM.


Sedangkan SETIAP SAAT saudara kita umat Islam Palestin:


D' tembak. D' rogol. D' bunuh. D' sepak terajang. D' hina. D' pukul.


Jom. Usaha terkini yang paling minima dan paling mudah untuk kita tunjukkan. Kita gunakan dan kita sebarkan.


1LOGO. 1MESEJ. 1SUARA.


Jadikan logo itu sebagai iklan di FB dan Blog peribadi.


Bak kata seorang ulamak. "Nak pergi berperang, berjuang di Palestin, kita takut, nak berikan WANG untuk perjuangan, kita takut duit habis, nak hulur RM10 untuk Palestin, menggigil jari, tapi kita dengan mudahnya habiskan beratus RM untuk menukar SPORT RIM kereta baru, nak berdoa .... ramai yang tidak bersolat ... habis tu ... kita sering MIMPIKAN SYURGA ..."


ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ

Tuesday, June 01, 2010

ZIONIS ZALIM. ISLAM PENYAYANG.


ZIONIS BERJAYA.


Aku singgah disebuah restoran. Kelihatan begitu ramai LELAKI warga emas sedang bersorak menonton rancangan gusti. Sambil minum air kopi dan menghisap ROKOK pelbagai jenama.


Begitu asyik. Begitu ghairah. Begitu melekakan. SEMUANYA LELAKI !


Sebelumnya, hampir semua saluran radio dan TV menyiarkan berita bagaimana ISRAEL LAKNATULLAH menyerang sebuah kapal misi keamanan dan kemanusiaan.


Lalu aku sengaja bertanya kepada seorang pakcik. "Apa berita terbaru di Palestin?"


Jawapan yang diberikan oleh pakcik ini benar - benar memeranjatkan.


"Entahlah ... apa nak jadi dunia sekarang .... tapi apa kita nak buat ... dah nasib mereka begitu ... takkan nak pergi ikut berperang .... gila apa .... kalau kita MAMPUS .... siapa nak bagi makan anak bini kita ?"


SYAITAN melompat KEGEMBIRAAN. YAHOOOOO !
IBLIS tersenyum KERIANGAN.
MISI KAMI BERJAYA !!!


Disudut lain. Beberapa orang insan Muslim. Menyedari hakikat sebuah perjuangan. Dan mereka berjuang mengikut kebolehan dan kemahiran serta kemampuan mereka.



Akhirnya, terciptalah sebuah laman yang berupaya menyaingi Facebook. Laman itu diberikan nama - MillatFacebook. Laman ini akan berjaya dengan SOKONGAN seluruh kaum muslimin. InsyaAllah.

Monday, May 31, 2010

DEDAH PAYU DARA PUNCA GEMPA BUMI - ULAMA IRAN

*Gambar : Ayatullah Kazem Sadeqi (Ulama Iran).


Isu payu dara tiba-tiba 'meledak' di laman sembang Facebook, apabila seorang penulis blog wanita menggesa 'rakan sejantina' membuktikan dakwaan ulama Iran, Ayatullah Kazem Sadeqi yang berkata wanita seksi dan perbuatan mendedahkan buah dada sebagai punca gempa bumi, adalah salah.


Ketika pengguna internet melayari laman rasmi dikenali 'Boobquake', gempa bumi 6.5 skala Richter yang melanda Taiwan, mencetuskan jenaka online, di kalangan pelayar internet, apabila mereka bertanya sama ada ia adalah bukti kenyataan ulama berkenaan.


Lebih 55,000 orang menyokong laman Boobquake nukilan Jennifer McCreight yang menyifatkan dirinya seorang pejuang wanita yang lantang bersuara dan tidak beragama, menunjukkan gambar payu daranya yang besar.


“Tidak, gempa bumi Taiwan belum lagi menunjukkan kesan ketara. Jika kita dilanda gegaran pada kekuatan yang sama sehingga esok, mungkin kita terpaksa terima pendapat ulama itu ,” kata pelajar senior kolej itu ketika mengemaskini blognya.


McCreight yang tinggal di Indiana, Amerika Syarikat, menggunakan laman sembang sosial Twitter untuk mendapatkan pandangan wanita seluruh dunia untuk menguji sejauh mana kebenaran dakwaan ulama itu bahawa wanita seksi boleh menyebabkan ‘bumi bergegar’.


“Ramai wanita zaman ini tidak memakai pakaian yang sopan sehingga menyebabkan ramai lelaki ‘sesat jalan’ dan mencemar kesucian diri, menyebabkan maksiat berlaku secara berleluasa di kalangan masyarakat dan meningkatkan jumlah kejadian gempa bumi,” kata Sadeqi baru-baru ini.



# Ulasan Abang Long:


"Tidak perlu kajian ter-per-inci. Hakikatnya. Setiap lelaki NORMAL akan BERGEGAR iman dan naluri mereka bila melihat wanita yang mendedahkan tubuh mereka.

Tuesday, May 25, 2010

I LUV ISLAM. Sumber rujukan PA.


I LOVE ISLAM sumber rujukan PA.


Tugas aku kini rupanya tidak semudah yang disangka. Aku bukan sahaja berhadapan dengan orang ramai. Tetapi, aku berhadapan dengan soalan yang ada ketikanya menggetarkan sanubari aku !


Aku bukannya lulusan agama dari mana - mana pusat pengajian. Apatah lagi penuntut lepasan pondok. Dan yang pasti, aku masih terus mencari ilmu dari segenap sumber.


Cuba bayangkan satu perkara mudah. Ibu bapa atau orang ramai sering beranggapan, jika kita bekerja dengan institusi agama, maka kita tergolong dalam golongan agamawan. Kita akan menjadi sumber rujukan kepada pelbagai permasalahan hukum.


Tetapi hakikatnya ialah. Aku bukannya mahir atau pakar dalam perkara itu. Cuma, sudah ditakdirkan Allah. Aku bekerja atau berkhidmat dengan sebuah institusi pengajian ala pondok moden.


Dalam bab ini. Aku terasa betapa kerdilnya diri aku. Lebih membimbangkan, bilamana aku diamanahkan tugasan sebagai PA ! Aku bukan sekadar perlu menjalankan tugasan pejabat, malah lebih jauh dari itu. Aku perlu merancang banyak program luaran.


Namun, aku bersyukur. Disaat aku memerlukan ilmu untuk menjadi petunjuk kepada kerjaya aku. Aku temui sebuah majalah Islam yang begitu bersesuaian dengan keperluan semasa dan sering aku jadikan sebagai rujukan dalam pelbagai perkara.


I LUV ISLAM. Sebuah majalah kontemporari. Padat bermaklumat dan santai. Persembahannya tidak terlalu berat. Penyampaian bahasa dan bahan dipermudahkan. Malahan, penuh bermotivasi.


Yang pasti. Majalah I LUV ISLAM, adalah TEMAN ISTIMEWA yang aku bawa dalam setiap program. Ramai yang bertanya, adakah aku menjual majalah itu. Aku tersenyum dan mengatakan bahawa aku hanya membaca.


Setelah menelek dan membelek majalah ini dalam beberapa keluaran. Aku merasakan majalah ini berupaya untuk mendapat tempat dihati khalayak yang cenderung kepada ilmu Islam yang syumul.


Cuma sebagai pekerja disektor yang khusus dalam pendidikan agama. Aku suka mengesyorkan kepada pihak penerbitan I LUV ISLAM supaya dapat diwujudkan ruangan khas untuk berita yang berkaitan dengan institusi pengajian pondok yang tumbuh mekar, khususnya di negeri Selangor.


Kepada yang belum mengenali majalah ini, sila dapatkan dipasaran. InsyaAllah, majalah ini berupaya membantu kefahaman Islam dengan gaya yang begitu menarik.

Sunday, May 16, 2010

Dakwah & BISNES.


Membeli sambil menderma.


Itulah motto bisnes tempat aku bekerja sekarang. Pada kali ini, anda semua akan didedahkan tentang satu perkara yang selama ini menjadi persoalan kepada ramai orang.


# Inilah rupa bentuk bisnes / gerai jualan sewaktu ceramah.


Buat makluman para pengunjung dan sahabat sekalian. Sudah 6 bulan, aku bekerja dengan seorang Ulamak yang juga seorang pendakwah bebas. Beliau juga merupakan Mudir merangkap Pentadbir atau Pengarah sebuah pusat tahfiz Al Quran.


Namanya ialah Al Fadhil Ustaz Mohd Sofiuddin Bin Amran. Seperti dientri yang lalu. Aku adalah Pemandu @ Drebar @ Penulis Blog @ Penjual @ Jurufoto @ Pelayan @ Kerani Kaunter @ Pembantu Peribadi kepada Ustaz Sofiuddin ini.


Beliau juga merupakan seorang penceramah didalam stesen radio Selangor FM. Kami akan pergi memenuhi pelbagai program diserata negara.


Jika ada sesiapa yang berhajat atau berhasrat untuk menjemput beliau untuk sebarang majlis, adalah dipersilakan dan dialu - alukan. Beliau bersedia memenuhi sebarang bentuk majlis ilmu.


Dan AKU. Sebagaimana kebiasaan. Dimana sahaja ada program. Maka, aku akan bertugas untuk membuka gerai menjual pelbagai produk Muslim. Jadi, sekiranya ada yang berminat untuk menjemput Ustaz Sofiuddin, maka aku ingin menasihatkan supaya kami diberikan peluang untuk membuka gerai jualan. Kerana, segala hasil dari jualan akan digunakan untuk pembangunan tahfiz ini.


Andainya banyak barang terjual. Maka, banyaklah komisen. Tetapi, jika tiada barang yang terjual. Maka, tiadalah komisen. Apapun, yang penting, aku SIHAT. Kerana, itu juga rezeki.


# Ada sesiapa yang berhasrat untuk memberikan peluang bisnes kepada Abang Long ? Kalau boleh janganlah bisnes yang besar dan memerlukan modal besar. Biarlah bisnes kecil, modal kecil, tapi boleh dilakukan dengan ISTIQAMAH.


# Bagi sesiapa yang berhasrat untuk membeli novel atau bahan bacaan terbitan ALAF 21. Maka, pembelian minimum ialah sebanyak 2 buah novel. Dan penghantaran adalah PERCUMA. HANYA bagi penduduk sekitar - Klang, Pelabuhan Klang, Shah Alam, Bandar Sultan Suleiman, Sri Andalas.

Saturday, May 08, 2010

Yang Tersedap.


Jalan - Jalan Cari Makan.


Sepanjang aku mengikuti program yang dibuat oleh pendakwah ini, aku dapati ada satu perkara yang benar - benar hampir sama antara aku dan pendakwah ini. Iaitu, kami sering bergurau dan menikmati makanan dan minuman yang sama.


Kali ini, aku akan menceritakan tentang bagaimana kami menjadi semakin arif dalam urusan mencari makanan atau minuman yang paling sedap.


Sepanjang penjelajahan aku seluruh Selangor ini. Dalam tempoh beberapa minggu ini. Aku dan pendakwah bebas ini akan memilih untuk menikmati air Lai Chee Kang. Bukan air LCK sejuk, tapi yang panas. Tetapi kami akan meminta ais ketul diasingkan.


Hampir beratus gerai, warung dan restoran yang kami singgah. Terlalu mendukacitakan, tidak ada satu warung pun yang boleh diberikan anugerah atau piala AIR LAI CHEE KANG TERSEDAP ! Nahi, nahi !


Bagaimana kami membuat penelitian ? Mudah sahaja. Kami pernah minum LCK di sebuah restoran di Kota Cornwallis, Pulau Pinang, dan kami dapati air LCK disitu adalah paling sedap. Satu mangkuk boleh dikongsi berdua. Isinya banyak dan pelbagai bahan dimasukkan kedalamnya. Bau atau aromanya memang membangkitkan perasaan ghairah untuk menikmati setiap isi sudu yang dimasukkan kedalam mulut.


Ops ... Maaf. Ramai yang sudah bertanya satu soalan yang paling utama.


Abang Long bekerja dengan siapa ?


# Natikan jawapannya dalam entri akan datang ... :)


Yang pasti, sedikit dari rupanya disiarkan. Baru kelihatan tangannya.

Wednesday, May 05, 2010

TUGAS BARU.


6 bulan berjalan, menjalani dan perjalanan.


Ramai yang sudah tahu dan ramai juga yang belum tahu tentang satu perkara - APA KISAH ABANG LONG SEKARANG ?


Diruangan ini, aku akan mendedahkan apa yang telah berlaku kepada diri aku selama 6 bulan ini. Hanya perkara yang sensitif dan ada unsur 18SX sahaja yang tidak akan dipaparkan. :)


Bermula dari bulan November 2009. Bolehlah dikira sebagai waktu akhir sempadan azab dan sengsara serta derita selama hampir 3 tahun. Aku hampir tumbang. Namun, Alhamdulillah, masih ada ramai sahabat yang menjadi 'tongkat sakti' diwaktu itu, yang memapah aku dengan perasaan KASIH SAYANG dan UKHUWAH sesama MUSLIM.


Bermula dari bulan 9, adalah waktu kemuncak. Dimana, tanpa disangka, aku meluahkan perasaan (seumpama gunung berapi meluahkan lahar). Dihadapan sekumpulan Ulamak dan para ustaz. Aku menceritakan segala - galanya tanpa perasaan malu.


Kerana bagiku KELUARGA adalah paling utama. Setiap SEN adalah NYAWA !


Akhirnya, ketentuan Allah. Seorang ustaz yang juga pendakwah bebas dan merupakan mudir disebuah pusat Tahfiz. Telah bersedia untuk mengambil aku menjadi seorang staff di pusat tahfiz itu.


Yang paling menarik ialah, Ustaz itu mengambil aku bekerja tanpa melalui SESSI TEMUDUGA. Kerana, seperti yang telah aku nyatakan bahawa. Aku TIDAK MAHU untuk ditemuduga. Aku benar - benar kesal dan tersangat kecewa dengan proses temuduga.


Maka, bermulalah episod aku bekerja dan berkhidmat dengan pusat tahfiz tersebut. Pelbagai pengalaman telah aku timba. Bila aku dan ustaz tersebut menghadiri pelbagai jemputan program di seluruh negara.


Apakah tugas hakiki Abang Long ? :)


Tugas aku begitu rencam, dan yang pastinya, tugas aku langsung tidak sama dengan cara dan corak aku bertugas di syarikat perkapalan.


Aku bertugas sebagai PEMANDU (Drebar - bahasa mudah).
Sebagai PA,
sebagai Penulis Blog,
sebagai PEGAWAI PENGIKLANAN,
sebagai PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM,
sebagai PENIAGA PRODUK MUSLIM,
sebagai PENYAMBUT TETAMU,
sebagai JURUGAMBAR yang langsung tidak professional (atas nama JURU FOTO KOMTAS),
sebagai KERANI KAUNTER,
dan sesekali sebagai IMAM TUA.


Pendapatan aku berpandukan kepada margin keuntungan perniagaan harian. Inilah rezeki yang Allah berikan kepada kami sekeluarga. Samada cukup atau tidak, itu urusan Allah. DIA yang menghidupkan dan DIA yang mematikan segalanya.


Yang pasti kami sekeluarga wajib berjimat dalam segala urusan. Alhamdulillah, kalau dahulu, selama 3 tahun, aku langsung tidak punya apa. Dan sekarang, sekurang - kurangnya sekarang ada juga beberapa sen dalam poket. ALHAMDULILLAH.


Kehidupan aku sekarang adalah bersama pusat tahfiz ini. Dari selepas Subuh, aku akan berada di pusat tahfiz itu. Dan program akan bermula dari jam 6 petang. Khususnya program kuliah Maghrib.


Banyak lagi akan aku ceritakan dalam blog ini. InsyaAllah, bersambung lagi ...


TERIMA KASIH KHUSUS kepada penulis blog, HANYA ANDA dan Allah sahaja yang MAHA MENGETAHUI siapakah yang telah menghulurkan sumbangan kepada Abang Long.


Setiap kali pelajar tahfiz berdoa. NAMA - NAMA KALIAN sentiasa aku sematkan dalam doa itu.


AMIN.

#Eh, apa kena mengena dengan gambar Lai Chi Kang dalam entri ini ? Jawapannya dalam entri akan datang. Hehehe ....

Monday, May 03, 2010

lelaki tua (1)


TUA LIAT.


Sepanjang aku berkhidmat dengan seorang pendakwah. Aku dapati golongan LELAKI TUA adalah golongan paling sukar untuk dibentuk.


Golongan lelaki tua merasakan bahawa mereka sudah masak dengan segala - galanya. Dan mereka maha mengetahui segalanya.


Ops ! Maaf. Aku tidak emosional. Aku jarang emosi sewaktu menulis. Tetapi, apa yang aku dedahkan adalah dari rancangan REALITI MASJID.


Baru - baru ini aku disergah oleh seorang lelaki tua. Puncanya mudah sahaja. Aku menjalankan bisnes dengan pelbagai produk. Dan sebuah tabung derma diletakkan berhampiran meja jualan.


Lalu seorang tua memberikan aku not RM10. Produk yang dibelinya berharga RM6 sahaja. Kebetulan aku tidak ada wang tukar yang kecil. Jadi aku bertanyakan kepada lelaki tua itu, andainya beliau mempunyai wang kecil. Dia hanya menggelengkan kepala.


Lalu lelaki tua itu berkata kepadaku "wang baki masukkan dalam tabung derma ini." Aku menganggukkan kepala tanda faham.


Dan aku terus pergi kearah seorang ustaz untuk bertanyakan samada ada wang kecil. Tiba - tiba aku disergah oleh lelaki tua itu "Hoi, aku nak tengok duit tu masuk tabung ni!" Dia berkata dengan suara garang.


Dan kali ini aku terpaksa nekad. Aku berkata dengan bersahaja "Maaf, pakcik, saya tak jual barang ini, sebab saya tak ada duit kecil, kalau pakcik nak barang ini, pakcik berikan wang kecil." Aku terus mengambil semula barang itu dari tangan lelaki tua itu. Dan lelaki tua itu memang tergamam dengan sikap aku.


Lalu lelaki tua itu berkata "Kenapa ni?" Aku terus berkata dengan selamba. "Kalau nak berurusan biarlah cakap dengan bahasa yang bersopan, bukannnya dengan sergah orang, semua orang ada MARUAH."


Orang ramai yang ada disekeliling aku terus memberikan reaksi spontan "Aha... janganlah tau nak sergah orang .... kalau nak derma pun, buatlah diam - diam."


Dan orang tua itu terus berlalu pergi dengan mengomel tanpa henti.