Showing posts with label SEKS-A. Show all posts
Showing posts with label SEKS-A. Show all posts

Wednesday, July 21, 2010

PAKAI BERBOGEL


Si Jubah dan Si Seksi.


Usai berwuduk disebuah masjid, aku sedang menghala ke pintu untuk masuk kedalam ruang solat, tiba - tiba mata aku tertancap ke arah sebuah kereta Wira.


Kelihatan seorang gadis (maaf ya, pandangan aku setelah melihat bentuk tubuhnya). Si gadis sedang menantikan si ibu untuk keluar dari kereta. Dengan begitu payah, si gadis itu memegang tangan si ibu dan membawa ibunya masuk kedalam masjid.


Namun, apabila sampai sahaja kebahagian pintu ruang solat, si ibu lalu menyuruh anaknya itu pergi. Dan si gadis itu memeluk dan mencium ibunya, dan si gadis terus beredar dari situ dengan tergesa - gesa. Aku yang berada berdekatan dengan kedua insan ini hanya berdiri diam memerhatikan mereka.


Aku memerhatikan pergerakan kedua insan ini dengan perasaan yang berbaur. Sewaktu hendak beredar, si gadis memalingkan wajahnya dan memandang aku dengan senyuman yang begitu menawan, dan aku membalas senyuman itu.


Ya, bukankah senyuman itu sedekah.


Hatiku berkata. Segalanya kelihatan begitu indah. Hubungan ibu dan anak. Keduanya begitu bersopan. Namun, pakaian si ibu begitu indah, memakai jubah hitam dan bertudung labuh, masuk kedalam masjid untuk bersolat dan seterusnya menghadiri majlis ilmu. Tetapi, sayangnya, si anak, memakai baju ketat lengan pendek dan berseluar jeans jenis londeh yang boleh menampakkan bahagian atas seluar dalam.


Ya Allah. Akhir zaman.

Thursday, November 05, 2009

LIBIDO LELAKI


Naik, Turun, Naik, Turun, Naik, Turun.


"Yang kuat, terlampau kuat, sampai isteri tak boleh tahan. Yang lemah, terlalu lemah, sampai isteri menderita ..."


Begitulah dialog antara aku dan isteri, sewaktu dalam perjalanan pulang dari hospital, usai menziarahi seorang sahabat yang mendapat kemalangan.


Kami bersembang tentang hubungan seksual suami dan isteri. Hubungan intim. Dan apabila dialog itu aku lafazkan, isteri aku ketawa berdekah - dekah. Aku tersenyum dan menggelengkan kepala.


Kisah seorang sahabat aku yang meminta bantuan. Memang mengejutkan. Selama ini, jika ada perbualan tentang hubungan seksual lelaki. Dialah yang paling hebat bercerita. Boleh ternganga mulut dibuatnya. Rupa - rupanya, itu hanyalah kisah untuk menutup aib yang tersimpan sekian lama.


Kisah sebenar ialah, sahabat aku itu tidak mempunyai kekuatan kelelakian yang normal. Atau kata ringkasnya MATI PUCUK !


Lalu aku bertanya soalan paling terbuka. "Kalau kamu melihat aggota tubuh wanita yang terbuka, adakah alat kelamin kamu akan bereaksi?" Sahabat aku hanya menggelengkan kepala dan menunduk lemah.


"Jadi ... selama ini .... isteri kamu?" Aku menduga dengan soalan yang tergantung. Dan sahabat aku bersuara "selama ini ... dia banyak kali mengesyorkan supaya aku pergi berubat."


Dipendekkan kisah. Akhirnya aku membawa sahabat aku bertemu dengan seorang pengamal perubatan tradisional. Yang aku telah kenal sekian lama.


Hampir tiga bulan proses rawatan itu berjalan. Kini, Alhamdulillah, sahabat aku sudah hampir pulih sepenuhnya. Dengan USAHA, KEYAKINAN dan yang terpenting DOA !


Baru - baru ini, aku mengirimkan satu sms separa lucah kepadanya "Bagaimana sekarang, pokok kelapa sudah ok?"


Lalu dijawab oleh sahabat aku dengan riang sekali "Bukan pokok kelapak, tapi sudah jadi Menara KLCC daa ..."


Alhamdulillah. Semoga BAHAGIA hendaknya. AMIN.



SEKS & Lelaki. Bak Irama & Lagu


Friday, January 16, 2009

GEJALA BARU

Seluar Pendek atau Purdah.


Semakin hari semakin ramai gadis kecil molek yang memakai seluar pendek dikampong aku. Hinggakan ianya bukan lagi menjadi satu perkara yang janggal. Tapi satu yang lumrah.


Bayangkan, gadis yang memakai seluar pendek ini menunggang motor, berkeliaran disekitar kampong. Sudahlah berseluar pendek dan ketat. Menampakkan dengan jelas bentuk pinggul atau punggung mereka, ada yang kelihatan leper dan ada yang kelihatan bulat melentik dan berisi.


Maaf, jangan ada yang kata aku seorang yang kuat seks, atau aku tidak mempunyai keinginan untuk terus melihat. Bila aku membaca jurnal kesihatan. Satu perkara yang lumrah, bila mana seorang lelaki itu akan merasa ghairah bila melihat objek seks, khususnya gadis atau wanita yang memakai pakaian yang seksi atau ada bahagian yang terbuka.


Sudahlah memakai seluar pendek yang ketat, ditambah pula dengan memakai baju yang tidak berlengan, baju yang nipis, dan ada ketikanya kelihatan 'tali' pakaian dalam mereka terkeluar sedikit.


Lebih 'menyeksakan' naluri seorang lelaki, bilamana ada gadis yang lebih berani dari itu. Dengan memakai seluar pendek, dan memakai baju - T yang pendek hingga menampakkan pusat.


Aku tidak pasti REAKSI ibu bapa mereka. Adakah ibubapa atau penjaga mereka tidak faham tentang bab aurat ? Atau ibubapa mereka memang 'TAK KISAH' apa anak gadis mereka hendak pakai ?


Hingga kini, aku masih menunggu jika ada pihak terutama Sister In Islam akan mengeluarkan kenyataan tentang perkara ini. Kerana mereka amat prihatin dengan NASIB WANITA ISLAM. Satu ketika dahulu, aku pernah mendengar ada pemimpin yang mengkritik wanita yang berpurdah. Kononnya pakaian itu menampakkan ciri - ciri EKSTRIM atau MELAMPAU.


Aku tidak mengatakan haram memakai pakaian tersebut. Tetapi bagi wanita yang sudah berkahwin, pakailah dihadapan suami. Banyak masalah boleh diselesaikan.