Semakin hari semakin ramai gadis kecil molek yang memakai seluar pendek dikampong aku. Hinggakan ianya bukan lagi menjadi satu perkara yang janggal. Tapi satu yang lumrah.
Bayangkan, gadis yang memakai seluar pendek ini menunggang motor, berkeliaran disekitar kampong. Sudahlah berseluar pendek dan ketat. Menampakkan dengan jelas bentuk pinggul atau punggung mereka, ada yang kelihatan leper dan ada yang kelihatan bulat melentik dan berisi.
Maaf, jangan ada yang kata aku seorang yang kuat seks, atau aku tidak mempunyai keinginan untuk terus melihat. Bila aku membaca jurnal kesihatan. Satu perkara yang lumrah, bila mana seorang lelaki itu akan merasa ghairah bila melihat objek seks, khususnya gadis atau wanita yang memakai pakaian yang seksi atau ada bahagian yang terbuka.
Sudahlah memakai seluar pendek yang ketat, ditambah pula dengan memakai baju yang tidak berlengan, baju yang nipis, dan ada ketikanya kelihatan 'tali' pakaian dalam mereka terkeluar sedikit.
Lebih 'menyeksakan' naluri seorang lelaki, bilamana ada gadis yang lebih berani dari itu. Dengan memakai seluar pendek, dan memakai baju - T yang pendek hingga menampakkan pusat.
Aku tidak pasti REAKSI ibu bapa mereka. Adakah ibubapa atau penjaga mereka tidak faham tentang bab aurat ? Atau ibubapa mereka memang 'TAK KISAH' apa anak gadis mereka hendak pakai ?
Hingga kini, aku masih menunggu jika ada pihak terutama Sister In Islam akan mengeluarkan kenyataan tentang perkara ini. Kerana mereka amat prihatin dengan NASIB WANITA ISLAM. Satu ketika dahulu, aku pernah mendengar ada pemimpin yang mengkritik wanita yang berpurdah. Kononnya pakaian itu menampakkan ciri - ciri EKSTRIM atau MELAMPAU.
Aku tidak mengatakan haram memakai pakaian tersebut. Tetapi bagi wanita yang sudah berkahwin, pakailah dihadapan suami. Banyak masalah boleh diselesaikan.
17 comments:
tgk kat tv skang pun da lebih kurang mcm kat gambo tuh... mana kementerian yang bertanggungjawab? kalo dulu rambut panjang kene banned? skang ni org yg serupa tak pakai baju apesal tak banned plak.. btol tak? hehe..
alahai.malu sy nak dengar.malu sy nak tgk.
isyy...isyy..memang men'sia sui'kan kaum hawa.
Abg Long...... chekdee selalu gak bergaul dalam mereka-mereka dari dua dunia yang berbeza ini.
Silapnyer kepada yang bertudung likup ialah..sikap mereka yang suka membuat penilaian dan hukuman..bahawa mereka yang terdedah sana sini....adalah ahli neraka...lalu mereka tidak berbaik baik terhadap golongan ini malah menjauhkan diri dan memandang dengan pandangan yang sinis.
Kepada golongan yang terikut0ikut cara barat ini pula...selalu jer kata....pakaian bukan ukuran keimanan...heheheh...macamlah mereka ni orang beriman...heheheh
So....kita yang lebih dewasa...perlulah berkawan jer dengan semuanyer...tak payah tegur diret...tapi kita hanya perlu tunjukkan contoh amalan kita.....
Selamat mencuba
Ia menyedihkan.
Teguran dan didikan perlu dipupuk dari usia anak-anak masih kecil.Payah rasanya seorang individu yang sudah dididik supaya manis bertudung sejak dari usia 6 tahun hendak menukar imej seksi& terdedah secara tiba-tiba.Mesti mereka rasa malu,pelik dan janggal.
Jadi,ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting.Berilah contoh yang baik dan ajar anak memakai pakaian yang sopan,dan terangkan mengapa ia wajib bagi kita.Kerana kita seorang ISLAM.Itulah yang membezakannya.
Macam abang long musykil itulah jugak yang saya musykil , mak bapak tak sedar ke anak-anak tu keluar rumah pakai apa atau memang makbapk pun sama suka yang seksi-seksi.
Dah jadi trend budak2 sekarang, ntah apa yang bestnya pakai pakaian camtu. Seolah2 mereka seronok bila orang tengok mereka...hmmmm nak tarik perhatian orang dengan cara yang ntahapehape. Sebab ni la meningkatnya kes rogol. Lepas tu nak salahkan siapa pula.
Dalam hal ni, mak dan ayah kene amek perhatian. Jangan biar anak2 pakai pakaian sebegiu. Kalau jumpa, amek dan gunting2kan sebelum dibuang ke dalam tong sampah...hehehe
org pempuan sendiri yang suka menyumbang :(
selalunya ibubapa tak kisah - anak dara pun apa lagi - berkisah le...
bole jamu mata ni..ekeke :p
Entah laa...budak2 sekarang dah hilang malunya... Kita yang tengok pulak yang rasa segan...
Agaknya mak bapak mereka dah berbuih mulut menegur....biasanya mereka suka sangat ikut kengkawan... ibubapa dianggap kolot.. Susah laaa
salam,
yang pakai seluar panjang pun kadang tu malu nak tengok, bila bajunya singkat, seluarnya sangat ketat. Macam mana ye nak hilangkan keadaan ni?
salam,
yang pakai seluar panjang pun kadang tu malu nak tengok, bila bajunya singkat, seluarnya sangat ketat. Macam mana ye nak hilangkan keadaan ni?
memang menjadi kemuskilan... adakah ibu bapa mereka sedar perkara ini.. atau anak anak berlakon bila di rumah.. sebelum keluar pakaian kan main sopan bila bersama kawan2 semua jadi tranformer.. bertukar..
semuga perkara ni tak berlaku kepada ahli keluarga kita sedara mara kita jiran jiran kita dan seumpama nya..
berani kah kita menegur nya..
gerbanginfoanda - semuanya sebab wang, semuanya jadi halal.
Sabiah - nak buat macam mana, terpaksa telan walaupun pahit.
chekdenoor - sememangnya berdakwah itu akan menemui jalan sukar.
Nadine Zuharra - Ya, memang betul, kaedahnya ialah kita mesti ikut cara Islam.
silversarina - memang musykil, tapi rasanya sebab tidak ada proses tarbiyah.
lela - memang pakaian itu agak ekstrim, dan boleh merangsang biologi lelaki ... alahaiiii
mak su - bila lunas agama diketepikan.
mohdkholid - betul, betul, betul !
echah_syed - memang betul, tapi bahaya terselindung kita tak nampak.
Tie - masalahnya, bila sudah terhantuk baru terngadah !
zany - bila manusia lupa kepada asal usul dan ajaran agama.
zino - teguran perlu berhikmah.
Post a Comment