Wednesday, January 28, 2009

MEMORI INDAH di TAIPING (4)

Zaman Indah.


Bila dikenang kembali. Waktu bersekolah adalah waktu dan ketika yang paling indah dan menyeronokkan. Seolah – olah kita tidak mempunyai sebarang masalah. Yang penting adalah belajar dan menghadap pelajaran.


Tidak kurang juga yang ‘terjatuh’ cinta waktu masih dibangku sekolah. Aku juga tidak terlepas dari fenomena itu. Buat apa hendak menipu. Menyatakan bahawa aku seorang yang ‘alim dan bersih. Malahan, jika mengikut rumusan oleh pakar biologi dan motivasi, itu adalah ‘lumrah’ dan normal. Tetapi harap bersabar, entri pada kali ini, aku tidak akan menceritakan tentang kisah itu.


Sekolah aku adalah antara sekolah yang tertua di Malaysia. Telah melahirkan ribuan manusia yang berjaya dan terkenal. Tetapi yang pasti, aku adalah diantara bekas pelajar yang tidak terkenal.


Aku hanya aktif dalam berpersatuan. Tetapi kurang aktif dalam acara olahraga. Minat sangat dengan permainan bola sepak, cuma seingat aku, aku hanya berjaya menjaringkan gol tidak sampai 50 kali. Dan antara saat paling manis ialah, aku berjaya menjaringkan gol dengan merembat bola dari luar kawasan kotak penalti, dan jaringan aku disaksikan oleh si gadis manis yang memberikan semangat di tepi padang.


Aku sengaja berkayuh melalui jalan dihadapan Sekolah Rendah Kebangsaan KING EDWARD VII. Itulah sekolah kebanggaanku. Siapa yang tidak kenal sekolah itu. Bagi penduduk negeri Perak, sebut sahaja Sekolah K.E, semua orang tahu. Malah, sekolah itu menjadi pilihan utama. Sering menjuarai dalam apa bidang sekalipun.


Manakala Sekolah Menengah King Edward VII, pula terletak dibahagian belakang, tidak jauh dari Sekolah Rendah Kebangsaan King Edward VII. Sekolah K.E, adalah sekolah untuk pelajar lelaki sahaja.


Sekolah K.E, sering bersaing dengan MCKK dan Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR). Terutama dalam acara permainan RAGBI. Malahan, Sekolah K.E setanding dengan Maktab Vijaravudh, Thailand.


Terlalu banyak perubahan yang dilakukan, khususnya hiasan taman. Namun yang pasti, aku tidak ada masa untuk masuk kedalam kawasan sekolah. Bila aku memikirkan makanan yang aku beli mungkin telah sejuk.


Dan aku terus berkayuh, dengan penuh berhati – hati, maklumlah bungkusan makanan yang aku sangkutkan pada bahagian pemegang basikal telah bergoyang dan menyebabkan aku merasa agak bimbang, seandainya bungkusan itu tidak jatuh, atau mungkin aku pula yang akan terjatuh.


Bersambung ... melintas Stesen Keretapi tertua ...

34 comments:

Juezura said...

kenangan lalu yang mengusik jiwa..betul tak ?

Mak Su said...

:)

kenangan indah.

(saya ada cerita, tentang taiping, tapi nak publish esok, 29hb).

Habshah said...

Assalammualaikum,

Saya bukanlah berasal dari Taiping tapi Taiping bandar saya bersekolah.
SK Kamunting sekarang SK Long Jaafar kemudian SMK Kamaruddin ke? Yang sebelah Dr Burhanuddin, dulu namanya Lower Secondary Girls. Saya juga tengok The God Must be Crazy there. lain wayang saya tak ingat.

Ceritalah lagi pasal taiping.

Anonymous said...

kenangan sekolah..rase seperti mahu kembali kembali ke sekolah

nadinezuharra said...

lama juga ye org2 di rumah menanti nak makan mee rebus..hehe,apepun Abang Long dah melalui satu hari yang sangat bermakna..
*tak sabar nak berkongsi memori abang long dlm episod ke-5 pula.. : )

m.q said...

abglong ni mengimbau kenangan sggh la...
ni yg buat sy rinduuuu nk p tepeng

m.q said...

abglong x-king edward yer..
mmg glemer skolah tu
huhu..chenta hati sy dulu budak seratas :)

Neeza Shahril said...

dah sejuk kot mee rebus tu.. kesian orang kat rumah.. yang syoknya abang long lah sebab dapat mengimbau nostalgia lama.. ;)

Dhiaz said...

suka tengok bangunan sekolah lama bentuk mcm ni sebab nampak antik & unik :)

silversarina said...

Sekolah King Edward VII memang terkenal .. pasti banyak kenangan abang long di situ .

Tak sabar nak baca kisah cinta di bangku sekolah abang long :)

Tie said...

Hi hi...jenjalan dengan basikal rupanya... baru perasan.. macam citer bujang lapuk...ha ha..

Pernah cinta monyet? Lucu laa...mujurlah Tie dulu sekolah convent... tetap innocent gitu..hihi..

HABIHA69 said...

Salam abang Long....abang Long buat ekspedisi mengintai memori silam yer...sonok lah baca En3 nih...Penat mangayuh jangan lupa pekena Cendol Taiping maa.....

en_me said...

me pernah gi zoo taiping jakkks.. ehehe

Abang Long said...

Kak Zue - memang mengusik jiwa, Alhamdulillah tidak sakit jiwa.



Mak Su - memang indah :)




Habshah - Seorang lagi yang mengenal Taiping, nanti saya hubungi Saudari.

Abang Long said...

PeminatJutawanMalaysia - memang betul, ada ketikanya rasa macam nak balik ke sekolah semula ...



Nadine Zuharra - kisahnya satu hari sahaja, tapi sebab ada ecahan, maka jadi panjang ceritanya...



masni_qisrine - siapakah si jejaka chenta hati adik tu ???

Abang Long said...

Neeza Shahril - kalau ikut ceritanya pendek sahaja, tapi sebab ada pecahan episod ... hahahaha




Puteri - bangunan sekolah itu dibina, sebelum Abang Long dilahirkan lagi ....



silversarina - SMKE memang terkenal. Kisah CINTA akan disiarkan pada episod akhir, harap bersabar hehehehe ....

Abang Long said...

Tie - sekolah Convent ? alahai ... di pusat bandar tu ....



HABIHA69 - Orang Tepen jugak ke ? hehehehe ....



en_me - buat apa di zoo ? hihihi

achik said...

zaman sekolah mmg kenangan terindah.. :)

ILA said...

Abg Long,
Bungkusan makanan tersebut pasti mjadi sejuk sebelum sempat di jamah:p

simboliknya kenangan itu...

muadzlife said...

wah...itu betul mengusik jiwa kan bro..:)

izman said...

ye, sesungguhnya kenangan masa persekolahan adalah masa yg sukar dilupakan.

AyKay said...

Long, siri Taepeng ni ada berapa? Boleh buat buku ni.

Apa2pun my 7 years living in Taepeng tought me a lot of simplicity, one-at-a-time, balance harmony and energetic mind, etc.

Mula2 pindah KL agak2 jakun gak, now dah ok lah. Cuma kekadang jakun tengok cara org2 bandar berhibur

arsaili said...

saalam..kenangan yg indah

maklang said...

kenangan masa kecik ni memang best kan...

take care abang long...

maklang said...

kenangan masa kecik ni memang best kan...

take care abang long...

Nek Cun said...

Adinda Long, jatuh cinta semasa dalam alam persekolahan memang bukan 'something abnormal'. Bagi nekcun itulah kenangan yang terindah ketika meniti usia remaja... dan ramai juga yang berakhir dengan 'cinta monyet'...hehehe...

Abang Long said...

achik - zaman persekolahan dan zaman remaja memang terasa begitu indah



ILA - ceritanya memang panjang tapi hakikatnya sekejap sahaja ...hahaha

Abang Long said...

muadzlife - memang sentimental ...



izman - betul, malah ia menyimpan begitu banyak memori.

Abang Long said...

AyKay - harap bersabar, ada 30 episod kesemuanya ... hehehe





arsaili - memang kenangan yang begitu indah.

Abang Long said...

maklang - kenangan waktu remaja paling best ... dunia terasa begitu indah.

Abang Long said...

nekcun - 'cinta monyet' hahaha

Ibu said...

ohhhh ... K.E juga sekolah ayah sy ... mgkn dia 'senior' abg long :D

Ibu said...

ohhhh ... K.E juga sekolah ayah sy ... mgkn dia 'senior' abg long :D

echah_syed said...

mengimbau semua kenangan combi nih :)