Sudah 30 aku tidak lalu disitu, jadi aku sengaja 'corner' baring, menyusup ke tempat yang dahulunya menjadi tumpuan ramai iaitu Panggung Cathay yang telah beberapa tahun ditutup. Di panggung itulah aku pergi menonton bersama dengan ayah dan ibu. Filemnya ialah KISAH SEORANG BIDUAN, lakonan Dhahlan Zainuddin. Dan tidak berapa lama kemudian menonton pula filem THE CHAMP, aku sudah tidak ingat lakonan siapa, tetapi aku terpasa balik, kerana tiket telah habis dijual, dan datang semula pada petang yang sama. Dan filem terakhir yang aku tonton bersama adik - adikku di pawagam ini ialah filem THE GOD MUST BE CRAZY. Sememangnya 'crazy' kerana kawan sekolah aku ada yang menonton dua kali.
Kemudian aku terus menyusup ke Jalan Tupai, (disinilah terjadinya sebuah tragedi, dimana dikisahkan penyanyi Jamal Abdillah merana akibat ditinggalkan kekasih, waktu itu dia belum popular), dan dijalan ini juga aku ada kisah tersendiri (akan diceritakan dilain episod).
Aku melintas disebuah Balai Bomba, itulah hebatnya warisan di Bandar Taiping, dimana Balai Bomba berada dipusat bandar. Lalu aku terus 'corner' baring ke kiri dan melalui Jalan Panggung Wayang. Sepanjang jalan ini dahulunya terkenal dengan begitu banyaknya warung menjual pisang goreng, ubi goreng, dan segala macam makanan bergoreng, tetapi kesemua peniaganya adalah berbangsa China.
Akhirnya, tempat yang aku tujui sudah sampai. Iaitu bangunan Supermarket Larut & Matang. Dimana, dibahagian bawah supermarket itu terjual pelbagai jenis makanan yang popular dan sedap seperti, mee rebus, popiah, cendol, rojak sotong, bee hoon sup, ais kacang dan sebagainya.
Aku parkir basikal dihadapan bangunan itu. Inilah keistimewaan penuggang basikal, dimana kita boleh parkir dimana sahaja kita suka, asalkan tidak mengganggu lalulintas, lagipun, mana ada kawasan parkir basikal ?
Basikal pun aku tidak kunci, kerana bila aku memesan makanan untuk dibungkus dan dibawa pulang, basikal itu hanya berada beberapa langkah dari gerai makanan, lagipun, siapakah yang 'tergamak' hendak mencuri atau melarikan sebuah 'basikal tua' ?
Sambil menunggu itu, aku sempat mendongak ke bahagian atas bangunan Supermarket Larut & Matang itu. Dimana, dibahagian itulah pelajar - pelajar lelaki akan duduk atau bersantai beramai - ramai sambil belajar untuk menjadi 'orang dewasa'. Dimana, disitulah pelajar lelaki akan mula belajar merokok, mencarut dan mengorat pelajar perempuan. Alhamdulillah, aku tidak termasuk didalam golongan itu.
Bila makanan sudah siap dan aku sudah membayar harganya, aku tersenyum. Inilah keistimewaan Taiping. Harganya masih murah, malahan jauh lebih murah berbanding dengan harga makanan beberapa bandar lain dalam negara kita.
Bila sahaja aku sedang menjinjit beberapa bungkusan makanan yang banyak itu. Barulah aku tersedar ... oh, dimanakah hendak aku letakkan bungkusan makanan yang banyak itu ? Basikal tua itu tidak ada bakul ! Alahai ...
Bersambung ... lalu depan sekolah ...
24 comments:
yes...Supermarket Larut & Matang.... saya suka makan popiah basah bawah tu...sedap yang teramat...
Popiah di situ memang salah satu popiah yang nekcun paling suka. Kalau nekcun kena kerja outstation di Taiping (Pejabat Latihan kami di Kawasan Utara)tidak pernah nekcun lupa untuk beli popiah di situ...eemmm... terlioq plak bila ingat popiah tuh!... hehehe...
aku tak pernah sampai ke taiping. tapi orang cakap memang makanan murah kat area utara ni..nanti ader maser aku nk pusing2 satu malaysia..
Hehehe...abang long...nanti basikal tu kene pasang bakul rotan yang besar tu...ingat tak? Orang dulu2 selalu beli ikan dari cina2 penjual ikan yang menggunakan bakul rotan besar di belakang basikalnya...
Supermarket Larut Matang? Waaaa..banyak memori kat situ wehh..
BBG kat Wisma Persekutuan pula menyimpan kenangan bila ada satu hambaallah yg begitu obses dgn saya..huhu..
Aduhaiiii...nmpaknya kena 'cankeng' saja bungkusan tersebut sewaktu jln pulang:)
cankeng = pegang
Suspen akak , ingatkan basikal dicuri..hehehe.
Meleleh air liur bila baca senarai makanan yang dijual di situ , kat kemaman ni payah nak jumpa semua tu.... tak sabar nak tunggu sambungan kisah Taiping ni :)
Popiah...sedap aku nengok n3 ngko nih...terliur da plak pk popiah nih.
o... pak long orang perak rupanya? bagus2. senegeri rupanya kita? patutlah akrab..........
salam abg long..wahhh menarik nostalgia lama ya...moga sehat selalu
banyak kenangan di taiping ni...
wah,sdp2 nampaknye menu kat kedai yg abg Long cite ni..terbayang semuanya dpn mata..especially mee rebus tu,my feveret tau.. :p
nurazzah8 - jom kita rancang ramai - ramai untuk pergi ke Taiping ?
Nek Cun - JOM kita balik Taiping ?
Chuckiesd - JOM ikut saya balik Taiping !
me dah sampai zoo taiping jakkkks.. ehehe
dulu selalu pergi taiping.damainya pusing2 tasik dan makan laksa.entah bila le pulak boleh sampai teping.
aNIe - Sepatutnya fesyen basikal tua ada tempat duduk besar dibelakang, dan boleh diletakkan bakulnya sekali.
sally - JOM melepak di Supermarket ! Siapakah hamba Allah tu ?
ILA - gantung pada pemegang basikal... hehehe
silversarina - tak berbaloi kalau nak curi basikal tua...hehehehe
Burung Belatuk - popiah di Taiping memang sedap !!!
Rasha_ra - alahai kekanda orang mana ? Perak daerah mana ?
arsaili - Alhamdulillah, kalau balik kampong lagi sihat.
zino - JOMLAH melawat Taiping !
Nadine Zuharra - Mee Rebus memang sedap !
en_me - dah sampai zoo Taiping ? Dah jumpa kawan lama ? hehehehe ... maaf ya, bergurau.
CIKGU PANJI - Makan laksa tepi Tasek ... alahaiiiii
Abang Long, lagi satu orang Taiping tak sebut "Taiping"...tapi "Tepen"...
JOM Balik Tepen!!!!
Tie tak pernah ke Taiping...drebar belum bawak lagi ke sana...
Cerita God must be crazy tu memang best... cuba cari dlm internet.. dulu jumpa, tapi lupa nak bookmark pulak...
abg long kat bwh supermarket tu laa combi dok mkn ABC :p
smpi skrg pun masih singgah pekena ikan keli sambal.. :)
combi pernah keje kat taiping supermarket tp sebulan jer..
skrg ni cendol pulut kat belakang BSN tu port combi bila balik taiping..trylaa sgt yummy!
best jugak naik basikal ronda2 kan.. exercise kaki.. sambil dapat angin segar.. pastu tak payah kisah nak tunggu lampu hijau merah kuning hehehe..
nurazzah8 - ya betul !!!
Tie - JOMLAH MELAWAT TAIPING !
echah_syed - alahaiiii ... pernah kerja di Supermarket Taiping ?
Neeza Shahril - disana boleh berbasikal ?
Post a Comment