HURU HARA dibom PALESTIN.
Hari pertama persekolahan. Aku menemani anak kelima disekolah, yang baru menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Pelbagai gelagat yang dirakam.
Yang paling menarik perhatian aku ialah, terdapat ibu dan ayah yang lebih teruja untuk duduk didalam kelas berbanding anak – anak mereka. Kelihatan mereka begitu menjaga dan memberikan lebih perhatian kepada anak – anak.
Memang betul zaman sudah berubah, ada ibu dan bapa yang duduk disebelah si anak dan mengambil gambar foto. Sambil berposing dengan si anak. Untuk kenangan sempena hari pertama persekolahan si anak dalam tahun satu.
Ibu dan bapa yang berada diluar kelas hanya tersenyum dengan gelagat ibu dan ayah yang berada didalam kelas. Para guru pula terpaksa menahan sabar, senyum dalam geram. Namun, suasana begitu harmoni.
Huru hara, dibom (Di Palestin).
Perasaan bercampur baur. Aku yakin dan pasti, seluruh rakyat Malaysia berasa simpati yang teramat sangat dengan kejadian yang berlaku kepada saudara kita di Palestin.
Geram, marah, sedih, benci, bercampur baur. Aku perhatikan, ada wanita yang begitu emosi sewaktu bercakap tentang nasib umat Islam di Palestin, hingga menggeletar jari tangan mereka, menahan kemarahan yang teramat sangat.
Aku tidak pasti, adakah rakyat Malaysia yang berani dan nekad untuk pergi ke bumi Palestin untuk berjuang bagi mendapatkan SYAHID, kerana menentang Yahudi @ Israel LAKNATULLAH.
Aku berseru kepada semua. Hendak terbang ke Palestin untuk berjuang, ada yang kata risiko terlalu tinggi. Hendak boikot barangan Yahudi @ Israel LAKNATULLAH, kita masih teragak – agak dan masih tidak bersatu dalam tindakan. Maka usaha terakhir kita sebagai umat Islam ialah berdoa sahaja.
Andainya berdoa juga kita tidak lakukan. Maka aku tidak tahu apa lagi yang boleh kita lakukan. Tanda – tanda kiamat sudah begitu banyak dan tidak terkira lagi.
# *Gambar : Meratap...seorang lelaki Palestin meraung ketika mengecam mayat tiga anaknya yang terkorban akibat bedilan kereta kebal Yahudi di Hospital Shifa, Gaza.
Aku berasa gerun bila memikirkan tentang hal yang akan berlaku seterusnya. Bila aku menyatakan bahawa kemuncak kezaliman oleh Yahudi @ Israel LAKNATULLAH. Diwaktu itulah Nabi Isa akan diturunkan, diwaktu itulah Imam Al Mahdi akan muncul dihadapan Ka’abah. Dan Dajjal LAKNATULLAH akan menunjukkan kekuatannya.
Usai memberikan tazkirah. Lalu anak aku bertanya “abah, macam mana rupa Nabi Isa, Imam Mahdi dan Dajjal?”
13 comments:
Anak2 Tie dulu tak pernah ada problem first day kat sekolah. Biasa ayah mereka antar, dan terus gi kerja je.. Tak yah tunggu2... Mungkin kerana mereka tu mudah dpt kawan...
Tie memang geram terhadap peristiwa di Palestine tu... Tie malas nak buat entry mengenainya kat blog kerana rasa nak mendidih darah ni...marah bukan saja pada Israel tapi pada pemimpin2 Islam yang mewah tu...
Patutnya kalau dah terlalu sayangkan harta dan nyawa mereka, bagi senjata kat palestine pun dah kira membantu... Tak sanggup lihat anak2 palestine hanya berupaya baling batu je....Tak guna berunding dan bercakap itu ini. Rasa nak tenyeh mulut2 tu dengan najis lembu !!
alhamdullilah anak2 saya semua okeh..
antar..salam semua..terus saya tinggalkan..
yg kesian..anak2 yg tak bersalah yg menjadi mangsa..kekejaman..
buat masa ni saya lega, anak2 yang ke sekolah semua dah besar, tunggu si baby w tu punya giliran plaks esok esok, ntah camana ler :)
anak2 maklang dah besar2..dah tak payah tunggu dah..
pilu melihatkan nasib seagama yang diperlakukan begitu kejam...
Kezaliman Yahudi memang sudah melampau. Tapi bagaimanapun nekcun yakin ALLAH yang maha mengetahui apa yang diaturkannya kepada semua makhluknya. Kita sebagai makhluk yang dhoif, selain melakukan apa yang boleh seperti membaikot barangan yang berkaitan laknatullah yahudi itu, kita teruskanlah berdo'a untuk kesejahteraan semua umat Islam di dunia ini. Sesungguhnya dunia ini sudah hampir ke penghujungnya!...
marilah pakat anjur doa Qunut Nazilah dkt masjid d kawasan masing-masing. Amin
ha.3x, teringat pulangan pengalaman saya bawa anak tadika 3 hari lepas. kelakar..
abg long...
jom kita pakat gesa kawan2 dan jiran boikot barangan amerika, israel dan sekutunya...tampal list barangan dan kedai2 tersebut di rumah..
hari ni saya baru dpt maklumat rupa2nya tesco tidak termasuk dalam rangkaian kedai yang patut diboikot..
Tie - inilah akibat dari takut kepada manusia melebihi dari takut kepada Allah !
atty's - anaknya ada keyakinan diri yang tinggi. Bagus !
mak su - uiks, ada lagi yang kecil ke ?
maklang - syukur alhamdulillah bila melihat anak-anak semakin membesar ya.
nekcun - ada lagikah kemuncak kezaliman ?
AyKay - jom ! seruan yang baik.
izman - keletah si kecil, bahagia betul !
ummuasiah - kita wajib bersatu demi Islam !
memang seronok tengok telatah ibubapa bila anak masuk sekolah.. kadang2 boleh nampak cikgu geram sebab seolah2 ibubapa tak nak keluar dari kelas.. susah diorang nak buat kerja..
sama2 lah kita berdoa untuk kesejahteraan penduduk palestin walaupun itu lah selemah2 iman..
sebak perih
mengingat nasib Masjidil Aqsa
...merah lagi Semenanjung Gaza
dek darah pekat hanyir berbaur
jerit tangis hiba
anak isteri pejuang Hamas
menadah peluru motar zionis
yang rakus menggerogoti
segenap ruang dan isi
bumi Palastine
Celaka Israel...
Post a Comment