Catatan 1 - Kalendar.
Kalau tahun 2008. Tiada satu pun kalendar yang tergantung dirumahku. Tetapi tahun ini, setiap bilik, ruang makan, dapur, dan diatas meja tulis pun ada kalendar. Semuanya diperolehi secara percuma.
Ada yang diperolehi sewaktu membeli barangan di Econmart. Ada yang diperolehi dari kedai mencuci gambar. Ada yang diperolehi sewaktu membeli pakaian sekolah. Yang paling aku suka, sebab semuanya 'kalendar kuda'.
Aku yakin, kalendar kuda adalah pilihan ramai. Kerana ianya seperti 'lengkap' dengan maklumat tentang cuti di Malaysia.
Dan kalendar pemberian dari Lembaga Zakat Selangor, melengkapkan pengumpulan kalendar tahun ini. Kerana kalendar itu mencatatkan waktu solat.
Semoga 2009 akan membawa kebahagiaan, kesejahteraan, kejayaan dan sukses dalam segala bidang buat keluarga aku. AMIN.
Catatan 2 - DIARI.
Ini merupakan satu keperluan. Dan ada yang menjadikannya satu perkara yang mesti. Sebenarnya, diari terus berfungsi untuk mengingatkan tentang banyak perkara. Catatan peribadi, catatan harian, setiap kejadian yang telah berlaku dan perancangan masa hadapan.
Malah diari adalah lebih khusus dalam 'penyimpanan maklumat rahsia pemiliknya.'
Kalau dahulu, aku sering memiliki lebih dari satu diari. Sebab, ada yang aku beli, dan ada yang dapat secara percuma. Maklumlah, dahulu sebagai seorang yang berjawatan dalam syarikat. Banyak syarikat yang memberikan diari dan kalendar percuma.
Tetapi bagi tahun 2009 ini. Aku hanya membeli sebuah diari 'planner.' Cukuplah untuk mencatatkan perkara penting. Dan pelan perancangan bagi tahun ini.
Pada muka hadapan, perlu ditulis biodata dan maklumat ringkas pemiliknya. Dan pada muka surat dalam, barulah dicatitkan AZAM dan IMPIAN untuk tahun 2009.
Biarlah AZAM dan IMPIAN itu 'realistik' dengan kemampuan kita.
AZAM dan IMPIAN aku untuk tahun ini:
1 - Mendapat kerja tetap, berpandukan kepada kelayakan dan kemampuan aku.
2 - Mendapat pendapatan sampingan dari bisnes jualan langsung sekurang - kurangnya RM1,000 sebulan.
3 - Mencapai sasaran menjual novel, minimum sebanyak 30 buah sebulan.
Itu adalah diantara sasaran yang berada didalam perancangan.
Pelan perancangan telah diatur dan dibuat secara terperinci. Matlamat atau sasaran ialah untuk mencapai simpanan sebanyak RM5,000 bagi tahun 2009.
Catatan 3 - BLOG.
Selain dari kalendar dan diari. Zaman sudah berubah. Kini, kita sebagai 'BLOGAWAN' mempunyai satu lagi alternatif untuk mencatitkan segala yang kita fikir boleh dan perlu untuk dikongsi bersama iaitu - BLOG.
Kalau diari, ia adalah catitan peribadi yang kebanyakannya tidak boleh dikongsi bersama. Tetapi berlainan dengan BLOG. Dimana pemilik blog boleh sahaja berkongsi suka dan duka, pengalaman dan ada ketikanya boleh 'memberi teguran' secara 'tidak langsung' kepada insan - insan tertentu.
Namun ada satu perkara yang sering menjadi keluhan dan sikap kurang enak didalam dunia blog. Dimana, ada juga pengunjung blog yang TIDAK TAHU MENGHORMATI perasaan pemilik blog. Dimana mereka ini memberikan teguran yang tidak menepati PRINSIP UKHUWAH didalam Islam. Mereka beranggapan BEBAS untuk meninggalkan jejak, tetapi tulisan yang ditinggalkan sebenarnya 'mengguris perasaan' pemilik blog.
Bagi aku, mereka yang digelar 'Anonymous' sebenarnya adalah manusia HIPOKRIT dan PENGECUT !!!
Apapun, yang penting, kepada blogawan semua. Selamat menyambut TAHUN BARU ISLAM, Selamat menyambut MAAL HIJRAH. Dan selamat menyambut tahun baru 2009, dengan semangat dan azam baru.
10 comments:
Semoga apa yang abang long azamkan pada tahun baru ini akan termakbul!...InsyaAllah...
saya sentiasa ada untk memberi sokongan
Saya harap abang long dapat apa yang diazamkan buat tahun 2009 .
Saya suka diari yang kecil sahaja,senang dibawa ke mana-mana, tahun ni diari saya warna merah garang , tanda azam membara :)
selamat tahun baru...
tapi nak komen pasal cendul yg zino nampak tu... aduhh menyelerakan hehe
dulu selalu dapat diary.. sekarang tak lagi. Lagipun neeza dah lama tak menulis dalam diary sebab nanti diary tu dibuang juga.. bila ada blog, neeza tulis blog. ada juga blog peribadi, khas untuk diri sendiri...
selamat tahun baru 2009 abang long :)
moga tercapai apa yg di AZAM kn
... kalebder kuda.. sy suka, senang tengk coti..
Woiiiii, cantik dairi tu bang..
Sepuloh hengit tak dapat tu....
Masa kita buat blog ni kan ada peringkat 'draft' - yang tang tu orang tak nampak. Kita boleh jadikan dairi juga. Kalau 'view' orang nampak lah pulak.
Agaknya bila ada sorang sorang tu sampai empat lima blog dia, satu pulak tak boleh bukak, entah entah dah jadi dairi kot !
Jangan lupa tandakan tarikh bila nak ngeteh2..
semoga dapat apa yang di azamkan...
Post a Comment