Friday, January 30, 2009

MEMORI INDAH di TAIPING (5)

Nikmat dalam hujan...


Bila berada di Taiping, satu perkara harus diingat. Taiping adalah kawasan yang paling banyak menerima hujan dalam setahun. Hampir setiap hari hujan akan turun. Sewaktu berkayuh melintasi bangunan LLN (Lembaga Letrik Negara). Kelihatan langit agak gelap, dan sudah ada setitik dua air hujan yang turun. Maka, aku terpaksa berkayuh dengan agak laju.



Waktu itu baru aku teringat. Sudah hampir 30 tahun tidak berbasikal. Dan selama waktu itu, aku menaiki kereta, dan kalau menunggang motor, maka baju hujan sudah tersedia didalam bakul.



Tetapi, bila ku kenang kembali, sudah lama aku tidak mandi hujan. Apa salahnya, biarlah badan aku basah, lagipun kalau aku mandi hujan dengan cara itu, tidak ada siapa yang akan memandang kearahku. Malah orang ramai akan lebih bersimpati kerana seorang pengayuh basikal basah dek hujan.


Sewaktu melalui Stesen Keretapi Taiping. Aku terpaksa memperlahankan kayuhan, maklumlah kawasan itu agak sempit dan sibuk dengan kenderaan yang bergerak perlahan. Walaupun pada mulanya aku bercadang untuk singgah sebentar di Stesen Keretapi itu, tetapi cuaca tidak mengizinkan.



Usai melintas Stesen Keretapi, maka aku kembali mengalami nostalgia lama. Berkayuh dalam hujan. Hujan telah turun dengan selebat – lebatnya. Begitu besar butiran air hujan yang turun, hingga terasa sakit muka aku, dan paling merimaskan bila aku tidak dapat membuka kelopak mata kerana air hujan yang begitu lebat.



Sampai sahaja dirumah. Adik aku tersenyum memandang kearah aku lalu bertanya “la, awat basah?” Aku dengan bersahaja menjawab “baru lepaih mandi ayaq teghejun.”


Sambil menghulurkan bungkusan makanan kepada adik aku. Aku terus masuk kedalam bilik air. (Bab ini tidak perlu diceritakan, sebab kita orang Malaysia).



Alhamdulillah, makanan yang dibeli masih agak panas. Cukup seronok melihat ayah, ibu dan adik menjamu selera. Makan mee rebus, popiah dan rojak sewaktu hujan petang turun mencurah – curah. Aku hanya makan biskut dan air susu. Maklumlah itu sahaja yang termampu untuk aku diwaktu kesihatan belum pulih sepenuhnya.


Tiba – tiba sahaja ibu aku bertanya “hang tak nak bawak balik pekasam ka?” Aku mengangguk, lalu berkata “rasa macam nak pi Changkat Jering... mak nak ikut ka?” Aku memandang kearah ibuku.


Bersambung ... membeli kuih dangai di Pasar Changkat Jering.


# Selesai sahaja kisah - MEMORI INDAH di TAIPING. Sebanyak 30 episod. Maka kuiz akan diadakan. Hanya 3 orang pemenang sahaja akan dipilih. Setiap seorang akan diberikan hadiah SATU NOVEL.
# TERIMA KASIH kepada Encik Zainal Abidin Jahaya. Bekas pelajar SMKE. Atas sumbangan yang amat bermakna ini.

13 comments:

ILA said...

Adui..ni baru episod ke-5..perlu menanti 25 episod yg lain...
Kuih Dangai?? apakah itu??
bley di perlihatkan??

noorlara said...

Abang Long
hahahaha singgah cahangkat jering jgn lupa beli ikan pekasam, sedulu masa baru pindah ke Perak ingatkan ikan tu berpasir rupa-rupanye beras goreng tapi sampai sekarang tak pandai makan, apatah lagik maman pekasam tu. Apapun masih dibuai nostalgia masa silam ye Abang Long, layannnnnn

sally said...

Kuih dangai? huish..meleleh dah ayaq lioq nih bila teringat gula dia yg melekit-lekit tuhh.. tapau abanglong!

Irfa said...

salam abg long..
pekasam?sedap tuh makan ngan nasi panas

celoteh cik fa said...

wah! abg long...banyak nyer memori indah di taiping....sampai 5 bab....hehehe....btw, bila abg long balik taiping? saya balik pt buntar raya cina baru2 ni.

Sabiah said...

baca kisah memori indah di taiping dari episod 1.Tapi ni baru pertama kali tinggal komen.

mgkin sbb teringat kat kuih 'dangai' tu..

abg long,pegi x pesta buku alaf?

Mak Su said...

oooh, kat sana kalau sidai kain, kena siap sedia berkejar...asik asik, angkat jemuran...hujan dah turun :)

Tie said...

Ooo...ada hadiah ke?? he he... suka sangat bila dengar tentang hadiah ni..

echah_syed said...

pernah dgr jokes ni tak..?? org taiping selalunyer ramai anak sbb hari-hari ujan hehe.. :p

zino said...

ada kuiz ka? nak kena simpan 30 episod tu ..haha..

Mersik said...

Patutnya on da way balik, abg long singgah ke rumah Pendekar Mustar ,

"Erniee.. angkat jemurannn, hujan dan turunnn... brr brr

Hik hik

Tie said...

Salam Abang Long.... ada frienship award sedang menunggu...jemputlah datang ke blog Tie....

Cikgu Amir said...

baru jumpa blog ni.mmg indahnya taiping. saya baru mula jadi guru praktikal di georgie. taiping indah. georgie indah. tapi budak georgie mentekadarah. haha