Thursday, January 15, 2009

ZIONIS adalah PEMENANG.

Kedai RUNCIT, Kedai Burger.


Zionis sedang merayakan kemenangan. Zionis sedunia sedang tersenyum gembira.


Hingga ke saat ini, semua usaha Zionis telah mencapai kejayaan. Umat Islam masih tidak dapat bersatu dalam segala segi.


Hendak memboikot, kita berpecah.
Hendak berdemonstrasi, kita tidak bersatu.
Hendak bersuara, kita tidak sekata.


Inilah akibat dari umat Islam yang telah jauh meninggalkan Al Quran dan Sunnah Nabi.


Sewaktu umat Islam di Palestin sedang berdebar jantung, menantikan hujan peluru dan bom. Umat Islam di Malaysia pula sedang berdebar menunggu keputusan Anugerah Juara Lagu 2008.


Usai bersalaman dengan jamaah setelah selesai solat Isyak berjemaah. Aku terus ke gerai menjual burger. Sebuah gerai kecil yang diusahakan oleh seorang anak muda dikampong aku.


Akibat tidak tahan mendengar rengekan dari anak - anakku untuk makan burger. Lalu, adik ipar aku yang memang rapat dengan anak - anakku, terus sahaja menghulurkan sedikit wang kepada aku "bang, beli burger 10 biji."


Sewaktu tiba digerai burger itu, telah ada beberapa orang sedang menunggu burger yang sedang dimasak. Aku terus sahaja memesan burger.


Sewaktu aku sedang menunggu burger dimasak, baru aku perasan, rupa - rupanya ada tiga orang sedang bekerja digerai itu. Dan ketiga - tiganya aku kenal.


Lalu aku menegur dengan ramah "hai, tiga - tiga sekali bisnes disini?"


"Aha ... tak menang tangan sekarang bang" lalu dijawab oleh anak muda yang mengusahakan gerai burger itu. Aku terus bertanya lagi "banyak ke burger yang dijual sekarang?"


"Alhamdulillah bang, kalau dulu, nak jual 30 biji sehari pun susah, tapi sekarang, 50 hingga 100 biji pun boleh, dan sekarang saya kena buka awal, dari pukul 6 petang sampai malam" pemuda itu menjelaskan panjang lebar, sambil bibirnya terukir senyuman.


Aku terus bertanya "kamu jual burger jenama apa?"


Dengan spontan pemuda itu menjawab "Ramly Burger."


Aku tidak pasti adakah situasi yang sama berlaku ditempat lain. Tetapi, seandainya sama, maka ini adalah rahmat dari Allah. Ini adalah hikmah disebalik apa yang berlaku.


# Inilah KESAN KECIL akibat dari BOIKOT.
# Gambar diatas tiada kena mengena dengan entri ini.
# Ada juga yang memberikan fikiran yang agak 'ekstrim'. Andainya TESCO ditutup. Berapa banyak kedai runcit yang perlu dibuka, dan berapa ramai orang Malaysia yang boleh bekerja didalam kedai runcit itu.


Tapi ada satu perkara yang menggemparkan akan aku ceritakan dientri akan datang. Aku baru terbaca sebuah buku yang meramalkan apa yang akan berlaku pada tahun 2009. Dan peristiwa itu telah berlaku. Tunggu ...

11 comments:

attyfir said...

semoga rezeki peniaga2 kita..bertambah murah..amin..

aNIe said...

Alhamdulillah...anak2 muda melayu mendapat rezeki dari apa yang berlaku...dulu orang berebut nak pi makan burger McD...

echah_syed said...

ade yg nak campak talipon NOKIA dlm laut ker sbb boikot ekeke :p

AyKay said...

saya rasa barang yg dah beli tu kita guna la, lagipun dah bayar & if duit tu pergi ke zionis dah sampai pun dah. Tapi memang lepas ni beli phone M'sia je.
BTW burger tepi jln tu guna sos tomato Maggi ke or Aminah Hassan? Maggi pun rasanya dibawah syk induk zionis. hehehe

Sulela said...

Ada jugak yang kata takleh nak guna komputer dah sebab ada jenama Intel tu, tapi macam yang AyKay komen tu la...barang tu kita dah beli, jadi guna la. Dah jadi harta dah...

Semoga produk barangan keluaran bumiputera akan mendapat sambutan daripada pengguna lak lepas ni...insyaAllah...

zino said...

gunakan hak sebagai pengguna.... kita ada banyak altenatif

Anonymous said...

Submit your Blog to our Newest PR 3 Web Directory for Bloggers. Visit KeywordDir.info

NURAZZAH8 said...

Penjual-penjual burger Ramly hendaklah ikhlas dalam perniagaan mereka. Janganlah dek kerana hendak mengambil kesempatan atas situasi sekarang, mutu dan kualiti burger yang dijual tidak dijaga dan ambil mudah sahaja. Sepatutnya anak-anak muda ini hendaklah berlumba-lumba mencari formula dan cara bagaimana hendak menjadikan burger jualan mereka semakin sedap dan nampak bermutu dan berkualiti seperti burger McD....
cthnya: kualiti sos dan sayuran yang diletak di dalam burger hendaklah di jaga...

Abang Long said...

atty's - ya, semoga bertambah murah rezeki mereka.


aNIe - zaman sudah berubah, tapi itulah takdir namanya.


echah_syed - tak perlu campak, yang sudah ada simpan sahaja.

Abang Long said...

AyKay - memang banyak produk mereka, tapi kita perlu bijak memboikot.


lela - inilah masanya kita gunakan produk bumipuera.


zino - betul tu !

Abang Long said...

nurazzah8 - memang betul. Pertama Niat kerana Allah. Ikhlas dalam meberikan perkhidmatan. Dan bertanding secara sihat dengan produk bukan Islam.