Monday, January 19, 2009

MEMORI INDAH di TAIPING (1)

NOSTALGIA yang meletihkan.


Sudah hampir 30 tahun aku tidak mengayuh basikal. Apatah lagi sebuah basikal tua. Baru - baru ini, sewaktu pulang ke kampong halaman di Taiping. Untuk menziarahi kedua ibubapa aku yang sudah uzur. Baru aku tersedar, ada sebuah basikal tua didalam setor. Lama juga aku membelek basikal tua itu.


Lantas aku mengambil keputusan untuk menggunakan basikal tua yang menjadi milik Paklong aku. Basikal tua itu telah digunakan zaman - berzaman oleh Paklong aku, ditahun 60'an. Sekarang, basikal tua itu disimpan didalam setor dirumah orang tuaku.


Aku terpaksa menuntun basikal itu ke kedai basikal berhampiran. Kerana kedua - dua tayarnya telah bocor dan rosak. Hanya beberapa bahagian basikal itu sahaja yang dibaiki. Yang lainnya tidak boleh diganti kerana alat gantinya sudah tidak ada dalam pasaran.


Sesudah membaikpulih. Kos keseluruhan termasuk mencantikkan basikal adalah sebanyak RM31.00.


Dengan perasaan gembira dan senang hati aku terus sahaja mengayuh basikal tua itu, sambil menyanyi lagu - BASIKAL TUA. Dendangan Allahyarham Sudirman.


Wow ! Aku terasa seperti seorang manusia yang bebas. Sambil mengayuh sambil mengangkat tangan, maklumlah kawasan kampong, jadi ramai yang mengenali aku, dan kami bertegur sapa. Termasuklah anak - anak gadis yang tersenyum memandang kearah aku, sambil berbisik sesama sendiri.


Pada mulanya kayuhan aku agak laju. Tetapi apabila mula mendaki jambatan yang merentangi landasan keretapi Taiping. Aku sudah tidak mampu untuk mengayuh, lantas aku turun dari basikal dan menuntun atau menolak basikal menaiki jambatan. Tercungap aku dibuatnya.


Dan saat yang paling indah. Bila menuruni jambatan. Aku hanya perlu mengawal brek tangan. Dan nasib baik aku memakai kasut. Kalau tidak, boleh nahas juga, maklumlah kalau brek putus, sekurang - kurangnya aku boleh gunakan kekuatan kaki untuk menghentikan basikal.


Bersambung ... tempat yang dilawati ...di Taiping.

18 comments:

Tie said...

Ooo....jenjalan dengan basikal tua!!

Best betul laa....hi hi...

en_me said...

nostalgia abang long tewww.. kannns

sally said...

memang seronok balik kampung sambil mengimbau kenangan lama..especially yg sweet-sweet gitu..

echah_syed said...

abg long taiping katne??

combi pernah mengayuh basikal dari kamunting jaya ke taiping garment mase tunggu SPM result :)

sgt memorable!

nadinezuharra said...

terharu bile bace part abang Long gi repair basikal tua tu..maklumlah..kalau tak kerana rajin abang Long,dah pasti basikal tu masih terperuk sepi dlm stor mengenangkan nostalgia dn jasa2nye yang dah lama berlalu.(eceh..mcm paham2 pulak bahase basikal kn..hehe)

*suka juga kayuh basikal di kg di sabak bernam..

m.q said...

bestnya abglong
nk join jugak la

ILA said...

Salam Abg Long..
Aduii...tersenyum saya bila mbaca entry ini.sungguh bernostalgia di samping mgayuh basikal tersebut.Cuma..tak tercungap2 ke lepas tu??

aNIe said...

Abang Long...rindunya nak naik basikal...masih ingat lagi 10 tahun dulu...akak pergi ke pejabat mengayuh basikal dengan kasut bertumit...berbaju kurung...dan pernah sampai ke bandar Melaka mengayuh basikal kerana hendak pergi belajar menjahit...seronok...

Yana Ismail said...

alaahai..dah lama tk naik beskal..rinduuu

Nek Cun said...

Adinda long, InsyaAllah pada cuti raya cina nih nekcun sekeluarga akan ke Taiping kerana menghantar pinangan untuk anak lelaki nekcun. Depa tu duduk kat Taman Lela... nekcun pun tak tahu kat mana, tapi anak nekcun tu tahu ler umah girlfriend dia tuh!... eemmmm... silap2 haribulan entah2 adik beradik adinda long plak!... hehehe... bersedara ler kita!... Lepas tuh kami akan berehat kat Lake town resort plak!...mai lah join kami!...hehehe...

Abang Long said...

Tie - bukan berjalan dengan basikal, tapi mengayuh...hahahaha


en_me - memang nostalgia habis...


sally - memang manis kenangan itu.


echah_syed - kat KG. BOYAN.

Abang Long said...

Nadine Zuharra - rasanya nak bawa balik basikal tu ke Pelabuhan Klang.


masnie_qisrine - Jom kita pakat mengayuh.


ILA - sampai dirumah, baju basah kerana berpeluh... tapi memang best.

Abang Long said...

aNIe - macam mana ghopenye kayuh basikal dengan kasut tumit tinggi ?


Princess Liyana - jom naik kat belakang, hahahaha


Nek Cun - alahai, Taman Lela terletak disebelah KG. BOYAN. Kampong Abang Long

Ain Mardhiah said...

salam banglong.. ingat saya lagi? saya dah jumpa dah jawapan bang long aritu. big brother dalam spanish -hermano mayor.. tapi selalu panggil hermano je.. tu je la yang saya tahu

btw, basikal tua sangat banyak kenangan.. saya suka naik tapi tak pernah jalan sebab tinggi sangat! ^_^

wanhamery said...

basikal tua abang long...dalam kenangan kak long..

izman said...

rindunya nak naik basikal. dah bertahun rasanya tak naik. may be 8 thn kot.

tak sabar nak tunggu entri tempat menarik di taiping ni....

CikguZue said...

basikal ada palang!
teringat masa saya kecik2 dulu dgn basikal berpalang ni la saya mula belajar berbasikal keliling kampung...heheh...yg bestnye time lepas tangan.

Prof. Dato' Dr.Burhanuddin Yeop Majlis said...

Salam. Bila lihat gambar basikal ni teringat masa zaman saya kanak-kanak lagi.