Monday, February 02, 2009

PROJEK SEMENTARA

WANG BESAR ! WANG BESAR ! WANG BESAR !


Memang menyesakkan bila memikirkan tentang kegawatan ekonomi global. Tiba - tiba, dinegara kita ditambah lagi dengan kegawatan politik. Aku memang malas, menyampah, geram dan benci dengan politik dan politikus. Cuma ada satu kali sahaja aku menyiarkan entri tentang politik.


Sudah beberapa hari, negara digemparkan dengan kisah ADUN 'melompat' parti. Khususnya yang berlaku dinegeri Perak. Aku memang tidak faham dengan sepak terajang arena politik. Tetapi sejujurnya, aku rimas dengan apa yang berlaku. Tetapi bak kata seorang sahabat. Kalau kita tidak ambil tahu pun tidak boleh, kerana ia melibatkan kehidupan seharian kita.


Hinggakan satu ketika isteri aku bertanya "Abang, kenapa semua ini terjadi?" Lalu aku berkata dengan nada serius "Bila ahli politik TIDAK TAKUT kepada Allah, inilah yang berlaku."


Sewaktu pilihanraya, sewaktu hendak MERAYU UNDI. Banjir lumpur pun SEDIA untuk diharungi. Walau kepenatan, walau keletihan, dan walau kelihatan hampir putus nyawa, WAJAH tetap berseri dan senyuman sentiasa 'menguntum.'


Usai pilihanraya, HILANG wajah YB. Sms tidak berjawab. Telefon tidak diangkat. Hendak bertemu dengan YB terpaksa buat temujanji. Dan cuma boleh berbicara untuk 10 minit sahaja. YB teramat sibuk.


Ya, sebagai pengundi, kita semua faham dengan tugas, tanggungjawab dan beban yang terpaksa ditanggung oleh YB. Tetapi sebagai YB, mereka juga perlu faham, andai tidak mampu menggalas AMANAH ini, lebih baik jangan terima tawaran.


Entri ini ditujukan kepada semua YB, samada dalam BARISAN NASIONAL mahupun dalam PAKATAN RAKYAT.


Sekarang tersebar khabar angin menyatakan ada ADUN yang 'dibeli' dengan tawaran harga hingga mencecah jutaan ringgit. Disaat banyak pihak menyatakan 'kami tidak ada wang.' Tiba - tiba 'wang berjuta' boleh pula 'diberikan' kepada seorang dua wakil rakyat ?


Aku tidak tahu bagaimana caranya untuk 'mengajar' wakil rakyat sebegini ? Tetapi yang pasti berlaku ialah, setiap kali berlaku pilihanraya kecil. Maka semua pemimpin dan pimpinan tertinggi setiap parti, akan 'berkampong' didaerah mengundi. Rakyat akan dijadikan sebagai 'RAJA SEMENTARA.'


Usai pilihanraya, barulah RAJA SEMENTARA akan tersedar tentang sesuatu. HARGA GULA NAIK !

17 comments:

Tie said...

Harga gula naik!! Tambang bas sek naik...semua nak naik lagi...Hu hu...

Entah apalah para wakil rakyat dan pemimpin tu... dok goyang kaki dan kekenyangan disuap kot...(bukan semuanya...) Dah nyampah dengan sikap mereka yang hanya pentingkan diri sendiri...

AyKay said...

Long,

berpolitik memang kita kena berpolitik kerana ini pun satu tuntutan agama, tapi BUKAN politik kepartian' yg kita duk alami sekarang. Sekarang yg ada hanyalah pentas untuk individu yg meletakkan kedudukan, wang ringgit, kemewahan, kereta besar, bini(s), etc sebagai yg utama. Macammana kita nak tenteram. Kita akan terus dibelenggu dek kapitalis...

sudah sampai masa kita cambahkan pelapis2 baru yg menjadikan Islam sebagai teras, dan bukan untuk kepentingan sendiri semata2..

maklang said...

hmmm...manusia ni berbagai ragam...kalau ingat Allah sentiasa, InsyaAllah ini takkan terjadi..InsyaAllah

silversarina said...

INgatkan abang long nak bisnes kipas pulak...heheh.

Saya pun dah nyampah nak ikuti politik yang terlalu kotor yang dikotorkan oleh politikus yang tiada maruah diri, hampir setahun sudah bergelar YB namun tugas tak nampak pun yang menunujukkan dia sebgai YB membela rakyat.

sally said...

hahaha Tipah Tertipu rupanaya...

Ingatkan abang long nak bisnes gubahan hantaran org kawin!

"Banyak yg kaya lupa pada Allah
Banyak yg miskin jauh dari Allah
Banyak yg sihat lari dari Allah
Banyak yg sakit meniggalkan Allah"

HABIHA69 said...

Salam Bang Long ittew...hurm..
entahlah bang long...
entah sang politikus yang semakin matang beraksi
ataupun kita yang semakin tidak matang menilai mana intan yang mana kaca...

zino said...

zino pun malas nak ulas pasal ni hehe

kuIna said...

apabila perjuangan atas nama peribadi & gila kuasa beginilah jadinya...

nadinezuharra said...

kita baca,kita lihat,kita fikir..lama-lama jadi geramm.. : )

Jie said...

penatlah abg long pasal ahli politik ni..mereka lupa bahawa kita yg melantik mereka berkhidmat kepada kita.

Neeza Shahril said...

tu bukan wakil rakyat.. itu wakil pijak rakyat.. nak duit semata.. nak pangkat.. nak kedudukan.. nak kesenangan.. bila rakyat minta tolong, "saya sibuk", "saya ada banyak hal lagi nak diuruskan". tak tahu lah...

en_me said...

hi abang long.. salammmz dr me dikejauhannns

ckLah @xiiinam said...

abang Long..
ckLah dulu, hampir2 tak pergi mengundi...dek rasa meluat dengan arus politik negara. Tapi mengenangkan dalam sukatan Sejarah ting 5 ada tajuk 'pilihanraya', dan ckLah selalu pesan pada murid.....'kalau kamu dah jadi 'somebody' suatu hari nanti, janganlah lupa hak kamu dalam negara demokrasi ni ya!!'

lalu...pergilah juga mengundi. Waktu sampai, kunci bilik ngundi baru je bukak..he..he..

izman said...

gula naik itulah hadiah yg kita dapat. bestnya

echah_syed said...

no komen..!cewahh mcm artis pulak :p

semua ada agenda memasing & rakyat mcm kita ni yg menjadi mangsa.

gajah sama gajah berhentam,pelandok mati ditengah-tengah :(

apapun combi masih bersyukur menjadi rakyat malaysia kerana dikurniakan ALLAH kemakmuran walopun pemimpin 'islam' bertelagah sesama sendiri.

ILA said...

Salam Abg Long,
ekonomi krisis yg sedang berlaku..mmg buat orang ramai bimbang..
& secara diam2 juga ila risau..samada company tmpat ila kerja bley bertahan tak sampai hujung tahun:(

Mulan said...

siapa lah agaknya wakil2 rakyat tu yg betol2 ikhlas & dedikasi bekerja dengan amanah yg diberikan tu...

laaa.. orang taiping ke? mertua kita kat sana. akak ipar ngajar kat smke tu...