Wednesday, February 04, 2009

WAHAI WAKIL RAKYAT.

POLITIK V SUNNAH.


Yang dihebohkan ialah tentang politik. Yang dikecohkan ialah tentang pergolakan akibat tindakan wakil rakyat yang tidak menjaga amanah rakyat. Akhbar arus perdana menyiarkan berita itu dimuka hadapan. Bagaimana teruknya krisis yang berlaku.


Sejujurnya, sudah hampir 20 tahun aku tidak membeli akhbar arus perdana. Nanti disatu ketika, dilain waktu aku akan kisahkan, kenapa aku mengambil tindakan tersebut. Bagi aku, akhbar arus perdana tidak dapat memberikan pengisian ilmu dan bersikap jujur terhadap agama Islam.


Bila aku menghubungi beberapa orang saudara mara aku yang menetap di daerah Changkat Jering. Mereka memaklumkan bahawa kehidupan mereka adalah seperti biasa. Tiada kekecohan yang berlaku. Berlainan dengan gambaran yang diberikan oleh akhbar arus perdana, yang cuba menggambarkan bahawa kerajaan Negeri Perak akan tumbang.


Cukup. Aku bukan seorang penyokong fanatik atau ahli UMNO atau BARISAN NASIONAL.
Aku juga bukan seorang penyokong tegar PAS atau KeADILan atau PAKATAN RAKYAT.


Aku hanyalah seorang rakyat Malaysia yang telah menunaikan tanggungjawab kepada negara dengan menjadi seorang pengundi. Telah 5 kali aku mengundi. Aku tidak pernah bersorak bila BN menang. Aku juga tidak melonjak kegembiraan bila PAS menang.


Usai pilihanraya. Kehidupan aku 'begitu-begitu juga.' Tiada perbezaan. Kalau adapun mungkin disebabkan aku dinaikkan pangkat oleh pihak majikan, 5 tahun yang lalu, maka aku boleh 'bermewah' sedikit.


Aku tidak mahu membebel menceritakan tentang wakil rakyat dinegara kita. Aku yakin dan aku pasti tentang satu perkara. Kalau dibuat 'survey' tentang wakil rakyat dinegara kita. 9:10 orang akan menyatakan rasa tidak puas hati.


Aku membayangkan tentang satu perkara yang MESTI diambil iktibar oleh setiap wakil rakyat yang beragama Isalam. Yang penting ialah setiap wakil rakyat beragama Islam telah MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH. Maka, aku rasa tidak perlu untuk menyatakan 'tugas dan tanggungjawab sebagai seorang Muslim yang mengucap dua kalimah syahadah.'


SOLAT. Memang ada wakil rakyat yang beragama Islam yang tidak solat. Aku berani kerana mempunyai maklumat dari seorang muslimah yang menyatakan bahawa ada wakil rakyat yang tidak bersolat. Kalau wakil rakyat tidak bersolat. Maknanya mereka TIDAK TAKUT kepada Allah.


Imbas kembali apa yang dilakukan oleh Khalifah Sayydina Ali. Sewaktu sedang bersolat, apabila datang seorang peminta sedekah. Lalu Sayyidina Ali menghulurkan tangannya, dan si peminta sedekah terus mengambil cincin besi dari jari Sayyidina Ali.


Imbas kembali, bagaimana Saidina Omar 'mengendap' diwaktu kegelapan malam untuk 'MEMASTIKAN' tidak ada rakyat yang kelaparan. Bila beliau menghampiri sebuah khemah, didapati ada sebuah keluarga yang sedang kebuluran, dimana si ibu memasak seketul batu untuk 'menyedapkan' hati si anak yang kelaparan. Lalu apakah yang dilakukan oleh Saidina Omar ?


Beliau sendiri memikul gandum dari PERBENDAHARAAN NEGARA, dibawa ke khemah dan dimasakkan gandum itu lalu diberi makan keluarga miskin itu.


Imbas kembali, apakah yang diperkatakan oleh Saidina Uthman ?


"Aku tidak akan makan, selagi ada rakyat aku yang kelaparan, dan aku akan berhenti makan, sebelum rakyatku kekenyangan."


Imbas kembali apa yang diucapkan oleh NABI MUHAMMAD S.A.W disaat - saat kematiannya ?


"UMMATI, UMMATI, UMMATI."


Semua media dan parti politik bercakap tentang isu politik semasa. Yang diceritakan ialah posisi dan polisi dan kerusi dan agihan dan wakil rakyat dan isu hudud dan pembangkang.


Yang dikisahkan ialah 'Rakyat perlu berkorban' dan diulang - ulang 'rakyat perlu berkorban' dan diulang lagi 'rakyat perlu berkorban.'


Memang menjengkelkan. Bila kita menyebut perkataan 'wakil rakyat.' Ini bermakna mereka adalah HAMBA RAKYAT. ORANG SURUHAN RAKYAT. SUARA RAKYAT. NAFAS RAKYAT.


Tetapi baru setahun menjadi YB. Cuba lihat gaya, cara hidup dan percakapan HAMBA RAKYAT ini.


Sepatutnya antara manifesto parti politik yang bertanding ialah ikrar seperti berikut:


"Kami BERSUMPAH, kami akan berkorban untuk rakyat. Kami BERSUMPAH untuk menurunkan harga barang. Kami BERSUMPAH untuk mengambil sedikit sahaja dari gaji kami sebagai wakil rakyat, dan seandainya kami melanggar SUMPAH, maka secara automatik status kami sebagai wakil rakyat akan terlucut."


Ada wakil rakyat yang berani bersumpah sebegini ? Kalau ada, itulah wakil rakyat yang akan mendapat undi dari aku.

6 comments:

Tie said...

Kalaulah pemimpin kita punya kesedaran begini....tentu lah negara kita makmur, kan....

Abanglong..... tak teringin ke nak masuk politik ni?? Tie akan Afundi Abanglong...hi hi..

Jie said...

Selalu kita berjumpa soalan begini
Jangan tanya apa kerajaan patut bagi pada kita tapi tanyala apa sumbangan aku sebagai rakyat kepada negara tercinta

Tetapi sebenarnya rakyat adalah tuan punya kepada negara dan bos kepada kerajaan. Dalam mana-mana negara moden, konsep ini dihormati sepenuhnya. Malangnya, selepas 51 tahun kemerdekaan, masih ramai yang gagal menghormati rakyat sebagai tuan punya negara. Kerajaan cumalah pihak yang dilantik rakyat untuk mentadbir negara.

Kerajaan adalah pengurusan dan pemegang-pemegang jawatan awam adalah berkerja untuk rakyat. Upah dan gaji kakitangan kerajaan serta perbelanjaan kerajaan yang lain dibayar dengan wang rakyat yang datang bertitik peluh.

Kerajaan yang dilantik rakyat mesti menghormati suara hati rakyat yang melantiknya. Ia sama sekali tidak boleh mengugut atau menghukum bosnya.

Kepada pemimpin kami jangan lupa tanggungjawap kamu kepada saya , awak, dia, kami, mereka sebagai rakyat.

Irfa said...

tumpang baca je sbb xpandai komen psl politik

Nek Cun said...

Wakil rakyat sekarang ramai yang mempunayi kepentingan sendiri. Mereka lupa bahawa apa yang mereka dapat itu adalah hak rakyat, dan tidak mustahil juga adalah hak anak-anak yatim!... jika mereka seorang Islam, berjawablah mereka di dalam kubur nanti kerana memakan harta anak yatim!...

HABIHA69 said...

Salam Bang Long ittew...itulah yang turut menjengkelkan jiwa dan sanubari saya...nak kata mereka tidak tahu berfikir tak juga...(masing2 ada PHD holder kurang2 pun ada Sarjana ) mungkin mata mereka itu dah dikaburi oleh "RM" sehingga lupa apa tanggungjawab mereka setelah dipilih oleh Rakyat....hisss...geramm...

en_me said...

hiq abang long..
salammmz dr me dikejauhannns