Friday, February 06, 2009

YOB BERPANTUN

YOB kejor YOB !
Kejor Yob, kejor !


Dalam tempoh 48 jam, begitu banyak sms yang aku terima, khususnya dari sanak saudara, teman dan sahabat. Samada yang menetap di Perak mahupun yang tinggal diluar Perak. Semuanya mengirimkan sms berbaur marah, geram, sakit hati dan ada juga yang masih sempat berpantun.


Maafkan aku YOB ! Aku memang tidak akan dapat membalas sms kalian. Kedudukan kewangan aku sudah meruncing. SETIAP SEN adalah NYAWA.


Seperkara lagi, aku sendiri tidak tahu bagaimana untuk menasihati YOB. Kerana aku bukan ahli politik, bukan poliTIKUS, jauh dari menjadi seorang poliTIPU, ataupun poliTIBAI, apatah lagi menjadi seorang poliTAMAK.


Teman faham, ada orang sedang bergembira dinegeri kita YOB. Tetapi percayalah, BERJUTA - JUTA rakyat sedang menangis, sedih dan pilu memikirkan, apa akan terjadi beberapa bulan akan datang.


Dapat makankah ? Dapat kerjakah ? Dapat bantuankah ? Dapat berjalankah ? Dan pelbagai perkara yang menggerunkan sedang menerjah minda dan fikiran rakyat Malaysia dan penduduk bumi.


YOB. Bila teman 'menjelajah' dari satu blog ke satu blog. Teman dapati begitu banyak blogawan yang meletakkan entri tentang - KATAK. Memang teman tersenyum. Begitulah manusia, dalam keadaan terdesak dan mendesak, tiba - tiba sahaja pelbagai idea boleh terpancul keluar.


Jadi, teman fikir, untuk 'meredupkan' sedikit api kemarahan YOB. Apakata kita berpantun, YOB dan pengunjung blog ini cuma 'bertugas' menyambungkan sahaja pantun itu:


Lompat si katak lompat,
Lompatlah tinggi tinggi,
(Sila sambung...)


Lompat si katak lompat,
Lompat atas tangga,
(Sila sambung...)


Lompat si katak lompat,
Lompat keatas darat,
(Sila sambung...)


Samada YOB dan pengunjung blog ini penyokong BN ataupun PR. Jangan malu dan segan. Tunjukkan bakat 'terpendam' anda dalam berpantun.

9 comments:

Irfa said...

lompat sikatak lompat
lompat terus masuk perigi.
ops..katak pisang ke katak lombong?
hehe

echah_syed said...

kena redha kerana inilaa ketentuan illahi..

KUN FAYAKUN..

tanpa izin yg diatas semua tidak akan berlaku.mungkin ade hikmah disebalik apa yg berlaku.

apapun marilah kita bersyukur kehadrat ilahi kerana ALLAH masih syg kpd kita rakyat malaysia tiada peperangan & mala petaka,bencana besar seperti negara lain.

marilah muhasabah diri kerana setiap yg berlaku mesti ada sebabnyerr.

percaya pada ketentuan ILLAHI adalah wajib sebagai seorg islam yg beriman dgnnyer.

wallahualam

ckLah @xiiinam said...

Patek, seorang rakyat kecil tidak berjenama dari Perak Darul Ridzuan.....menjunjung kasih ke atas Duli Tuanku atas Titah bestari baginda tengahari semalam...

Daulat Tuanku...

izman said...

tak leh nak fikir, politik mmg memeningkan.

Neeza Shahril said...

tak reti berpantun..
tapi rasanya katak memang sesuai duduk dalam kolam aje.. tak boleh pergi tempat lain.. nanti lupa daratan..

zino said...

semua katak ,baik di air atau di darat akan tertanya tanya kenapa semua org sebut nama dia hehe..

Nek Cun said...

Sume tuh adalah katak yang tamak sbb dah giler kosa... kok tak dapat belah ni dia lompat belah tu ngan harapan akan dapat habuan... tapi takut akhir nanti depa plak yang kena lompat pagaq dewan rakyat bila rakyat dok tolak depa kuaq nanti...hehehe...

Nek Cun said...

Sume tuh adalah katak yang tamak sbb dah giler kosa... kok tak dapat belah ni dia lompat belah tu ngan harapan akan dapat habuan... tapi takut akhir nanti depa plak yang kena lompat pagaq dewan rakyat bila rakyat dok tolak depa kuaq nanti...hehehe...

silversarina said...

Manusia tak gerun kuasa Allah, semoga dikembalikan keadilan di bumi ini. Amin.