Malaysia oh negara ku. Beberapa hari ini, suasana dinegara kita benar - benar hangat , dihangatkan oleh unsur - unsur politik yang tidak berkesudahan.
Ada orang cuba untuk menunjukkan kesetiaan kepada orang tertentu, ada pula yang menunjukkan kesetiaan kepada parti politik tertentu. Tanpa menghiraukan apa yang bakal terjadi atau telah berlaku. Tidak ada pihak yang mahu mengalah.
Apabila aku perhatikan. Ada dua tajuk yang berbeza iaitu - TAAT SETIA dan DERHAKA.
Aku mendiamkan diri. Memikirkan sendirian. Terlalu banyak perkara yang boleh dijadikan iktibar.
Bagi aku, aku tidak akan menjadikan akhbar Utusan sebagai bahan rujukan. Yang penting sebagai seorang Muslim yang telah mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH, aku HANYA meletakkan AL QURAN sebagai panduan dan pedoman.
Usai solat, aku HANYA memohon ampun dari Allah Azza Wajalla. Bersungguh dalam MEMOHON PENGAMPUNAN dari Allah yang menjadikan manusia dan sekalian alam.
Aku BERISTIGHFAR dan perbanyakkan BERSELAWAT ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Salallahu 'alaihiwasallam.
"Ya Allah, Ya Rabb, aku bermohon kepadaMU, Ya Allah, aku pohon kepadaMU Ya Allah, jadikanlah aku termasuk kedalam golongan orang yang HANYA menurut perintahMU dan tidak berbelah bahagi KESETIAANku kepadaMU. Dan janganlah ENGKAU masukkan aku kedalam golongan orang yang kufur dan derhaka kepadaMU Ya Allah."
Wahai kaum muslimin. Aku bukanlah seorang yang alim dan bijak. Cuma sebagai seorang manusia yang telah mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH. Aku berasa perlu untuk saling ingat mengingati sesama saudara muslim.
Ingatlah. Kita diciptakan dari setitis AIR MANI yang HINA. Keluar dari rahim seorang ibu yang mulia dalam keadaan BERBOGEL tanpa seurat benang ditubuh. Dan kesudahannya, kita akan MATI dan tubuh kita hanya disaluti oleh KAIN PUTIH. Dimasukkan kedalam liang lahad dan dihimpit oleh tanah yang BUSUK. Kita akan BERSOAL JAWAB dengan Mungkar dan Nakir hingga hari KIAMAT.
Diwaktu itu, KUASA, PANGKAT dan GELARAN. Langsung tidak berguna.
Hanyalah AMALAN MULIA dan KETAATAN kepada ALLAH yang diambilkira.
Wahai saudaraku kaum muslimin sekalian. TAATlah, TAKUTlah, kepada Allah. Janganlah kamu bersikap ZALIM terhadap sesama manusia. Kerana Allah itu MAHA PENGASIH, MAHA PENYAYANG dan MAHA EHSAN.
Tiada kecantikan bahasa yang dapat aku berikan. Hanyalah renungan bersama - Diruang kubur yang sempit, gelap gelita dan menakutkan. HANYA AL QURAN yang akan bersinar dan bercahaya.
Bacalah AL QURAN. Fahami isi kandungan AL QURAN. Beriman dengan AL QURAN. Laksanakan kehidupan menurut tuntutan AL QURAN. Jadikan AL QURAN sebagai sumber panduan dan perundangan dalam kehidupan.
14 comments:
ya, semua perkara sepatutnya dipandukan pada panduan Allah dan sunnah Nabi, nescaya kita selamat.
terimakaseh abang long kerana tazkirah di pagi hari ni...tenang aje bila baca macam ni pagi2...
terimakaseh sekali lagi..
Long....
terima kaseh.
kalaulah para cendikiawan n pemimpin kita berfikiran begini semuanya... aman sejahtera hidup. tapi itulah, hidup ini diberikan pilihan, untuk dipilih diantara kita, nak jadi org kanan ke org kiri
tazkirah sambil sengal sengal ghitewwww.. hi abang long salammms dr me yg inih..
jom solat zohor..! :)
tq abg long..salam..
tq abg long..salam..
ada yang lupa Allah adalah pencipta segalanya.. ramai yang takut dengan manusia.. seolah2 manusia ni mampu buat macam-macam..
skrg semua org bertuhankan wang dan kuasa. apa nk dikata...
ini juga sbnrnya adlh ujian dr Allah, berjayakah kita sbg hambanya utk mengharungi ulah yg sekecil ini...?
tentang kes itu, jalan yg terbaik ialah undian semula. tapi sayang Sultan enggan mempertimbangkannya... :(
thanks abg long atas ingatan ini..
subhanallah abang long. kalau mereka tahu betapa beratnya tanggungjawab sebagai ketua / pemimpin nescara semua menelangkupkan tangan. minta tidak dicalonkan. waallah hualam.......
iya, ingatlah kedatangan dan kepergian kita.
Assalamualaikum Sdr Abang Long,
Salam ziarah. Saya tercari-cari gambar mengambil wuduk dlm carian google. Maka saya terambil gambar artikel ini tanpa kebenaran saudara terlebih dahulu. Harap saudara maafkan. Saya menulis artikel dlm blog (zaraaluwi.com)tentang 'bagaimana tidur anda'. Salah satunya mengambil wuduk.
Artikel saudara banyak memberi menfaat kepada pembaca.
Post a Comment