Friday, February 13, 2009

MEMORI INDAH di TAIPING (7)

HEBAT tapi MURAM.


Usai membeli dipasar Changkat Jering. Aku dan ibuku terus menaiki kereta menuju ke rumah Pak Long yang tinggal di Matang.


Aku memandu santai, dalam gerimis petang. Sambil berbual pelbagai perkara dengan ibu. Bagi aku, biarlah aku memandu perlahan, lagipun permukaan jalan tidak berapa elok, terlalu banyak lubang kecil dan besar.


Hampir setengah jam, aku tiba disatu selekoh. Bertentangan dengan sebuah kawasan yang hanya mempunyai sebuah bangunan ala kolonial. Itulah kawasan yang lebih dikenali sebagai Kota Ngah Ibrahim.


Sebuah kawasan yang dahulunya terkenal, hebat, dan menjadi tumpuan, itulah kawasan pentadbiran Ngah Ibrahim, seorang pejuang Negeri Perak.


Entah kenapa, aku hanya pernah menjejakkan kaki sekali sahaja kedalam bangunan itu hampir 20 tahun yang lalu. Tidak tertarik langsung. Tiada yang boleh menarik perhatian orang awam. Aku pun tidak tahu, kenapa jadi begitu, sedangkan kota itu adalah kota warisan sejarah anak bangsa.


Sewajarnya pihak berkuasa tempatan memikirkan bagaimana caranya untuk mengembalikan semula 'kegemilangan' kota tersebut, supaya, sekurang - kurangnya menjadi kawasan tumpuan pelancong. Untuk lebih mengenali sosio budaya dan sejarah Negeri Perak.


Tiba dipersimpangan, aku membelok ke kiri, dan lebih kurang 500 meter, aku tiba dirumah Pak Long yang sudah lama tidak kujengah.


Waktu aku sampai, hujan sudah mula turun mencurah - curah. Sesudah bersalaman dengan Pak long dan Mak long serta sepupu aku yang lain dan bertanya khabar berita. Aku menyerahkan dua bungkus plastik berisi kuih muih.


Sambil bergurau aku berkata kepada sepupu aku "Alang, kalau makan kuih ni dengan kopi panas ... sedap."


Oh ya, sepupu aku dipanggil dengan nama gelaran 'alang' masih dara sunti yang ayu dan manis senyumannya. Maklumlah gadis kampung yang belum terusik !


Hanya berbaju T dan berkain batik.


Oh ... sebentar kemudian, sudah terhidu aroma kopi kampong buatan sendiri. Layan ...


Bersambung ... berbasikal dan bermotor ... berkonvoi ke Kuala Sepetang.

16 comments:

nadinezuharra said...

setuju kalau tempat2 bersejarah macam ni dimajukan..kalau masih di takuk lama,tak mustahil generasi moden tk mengetahui apa sejarah yang tersimpan di tempat sendiri..

Nek Cun said...

Nekcun pernah pi bangunan colonial tu semasa buat Treasure hunt yang dibuat dari Ipoh dan sekitar Taiping (Maklumlah Training center pejabat Nekcun di Utara terletak di Taiping - tu yang selalu ke Taiping tuh!). Itulah pertama kali nekcun tahu ada bangunan tu di situ. Tapi masa tu bangunan tu nampak agak terbiar sahaja... sayang, ia ada historical value tetapi tidak dijaga....

CikguZue said...

bangunan tu,kan...dari jauh pun dah nampak, anak tangganya begitu unik.
kopi buat sendiri...huiii...tentu sedap tu.lagi2 yg buat tu si anak dara,ye...amvoi amboiii...

cikMilah said...

moh ke Kuale Sepetang, cari mee banjir udang...:))

zino said...

banyak tempat sejarah macam terebiar le jenerasi muda.. (dan juga tua) macam tak berminat nak ke tempat2 tersebut.. kenapa ya?...

Jie said...

saya suka Taiping...redup dan sejuk

Abg long minta email saya ye?

ku_zie2k@yahoo.com

en_me said...

me pernah gi zoo taiping jakks.. ahaks

Anonymous said...

Selalu dengar pasal zoo aja. Teringin nak tengok sendiri bangunan tu.
Aroma kopi pulak, emmm...

Abang Long said...

Nadine Zuharra - Memang malang dan menyedihkan, bila pihak yang bertanggungjawab pun seperti tidak ambil kisah.

Abang Long said...

Nek Cun - Tempat seperti itu, sewajarnya dinaiktaraf hingga menjadi Pusat Pelancongan.

Abang Long said...

CikguZue - Bangunan itu memang klasik. Nasib baik Abang long sudah berkahwin.

Abang Long said...

CikMilah - JOM ! Serius ni !

Abang Long said...

zino - Sebenarnya boleh berjaya, yang penting ada kesungguhan.

Abang Long said...

Kujie - memang AMAN, DAMAI, dan tenang.

Abang Long said...

en_me - Ada kawan di zoo ? hehehe

Abang Long said...

mawarmerah2008 - Jom pergi zoo ! Sambil menikmati kesegaran kopi.