Monday, February 16, 2009

MEMORI INDAH di TAIPING (8)

Makan Sapu Tangan.


Dengan 3 buah basikal dan 2 buah motorsikal, kami berkonvoi ke Kuala Sepetang. Walaupun jarak dari rumah Pak Long ke Kuala Sepetang hanya dalam 2 km. Tetapi, disebabkan kami berkonvoi sambil berborak. Maka, hampir setengah jam baru kami sampai ke destinasi yang dirancang.


Inilah kali pertama aku sampai dengan berbasikal. Kali pertama aku datang ke Kuala Sepetang ialah hampir 20 tahun yang lalu, dengan rakan - rakan aku menaiki kereta. Tiba sahaja digerai Mak Teh, kami terus masuk kedalam warung itu. Alhamdulillah, orang tidak berapa ramai, mungkin disebabkan hari bekerja.


Kami gabungkan dua buah meja untuk mencukupkan 'korum' seramai 10 orang. Lalu, bermulalah episod memesan makanan yang digemari. Memang terhibur melihat gelagat saudara mara dan bapa saudara, apatah lagi yang ada semuanya lelaki.


Sewaktu memesan makanan itulah, ramai yang terkejut kerana aku langsung tidak memesan apa - apa, walaupun didesak, namun aku memberikan alasan paling munasabah untuk tidak menyentuh sebarang makanan. Aku katakan bahawa aku masih dalam keadaan berpantang. Aku hanya memesan segelas air kosong. Dengan senyuman dan ramah aku menyatakan jangan bimbang, aku ok.


Bila makanan terhidang didepan mata, apa lagi yang mampu menyekat selera makan yang berkobar - kobar. Yang paling aku tidak dapat lupakan ialah, mereka makan tanpa seorang pun yang mengangkat kepala, tanda begitu 'khusyuk' menghadap segala jenis mee yang ada.


Dalam tempoh beberapa minit sahaja, semua orang telah menghabiskan makanan, dan sepupu aku yang memang dari spesis 'kuat makan' telah memesan makanan tambah. Dan dengan perasaan 'tidak malu,' telah memesan dua bungkus lagi untuk dibawa pulang.


Usai menjamu selera, kami berjalan - jalan disekitar jeti, memerhati panorama petang di Kuala Sepetang, sambil berbual santai dan bergurau senda.


Ah ... betapa malangnya, apabila didapati sebuah basikal yang dibawa telah pancit tayarnya. Kedai basikal memang jauh. Apa lagi yang boleh dibuat, melainkan terpaksa menggunakan khidmat 'orang kuat' untuk mengangkat basikal dan dibawa dengan motor.


Bersambung ... melihat 'kawan - kawan lama' di Night Safari.

10 comments:

sharifah said...

alahai..sodapnya, hingga menjilat jari, nape abg long tak makan? tak tergugat ke tgk udang tu...

AyKay said...

alahai...sodapnya..teringat masa2 duk kamunting dulu

NURAZZAH8 said...

abang Long...meleleh ayaq lioq tengok mee dengan udang besar tu!!! lain kali tolong makan bagi pihak saya .... hehehehe....

ILA said...

Salam buat Abg Long,
Sampai bilakan tempoh berpantang itu??
& sampai bilakah hanya melihat rakan2 menikmati keenakan makanan2 tersebut...


& sampai bilakah...ianya harus berpenghujung???

sally said...

halamak, cair air liur tenguk udang yg menggiurkan iteww....

Neeza Shahril said...

sedapnya... takde resepi ke abang long??

misz_A said...

makk aiihhh udang diaaaa....
nyesal masuk blog niii..hehehe..laparrrr...

chekgu Bani Hassim said...

ni kedai yg masuk majalah 3 tu ek??
masyuk sungguh udangnye...

baik order udang goreng tepung cenggini...

Mak Su said...

mee banjir? ooh.. yang masuk majalah tiga tu?

izman said...

apsal yer abang long ada chemestry ngan buaya ni?? he.3x

pernah tengok tivi pasal kesedapan mee udang tu. tah bila boleh sampai sana.