Memang menjadi lokasi tumpuan pelancong. ZOO TAIPING atau sekarang dikenali sebagai 'Night Safari'.
Aku tidak pasti berapa kali aku sudah masuk ke dalam Zoo Taiping. Asal sahaja ada saudara mara datang kerumah orang tua, aku akan membawa mereka untuk berkunjung ke zoo Taiping. Hingga ada yang perli "hang takdak sedara lain ka?"
Untuk entri pada kali ini, mohon dari setiap pengunjung, tolonglah jangan ketawakan aku.
Bukan apa, tetapi rasanya seronok bila melihat haiwan yang pelbagai dalam zoo. Dengan suasana zoo Taiping yang AMAN, DAMAI, TENANG, NYAMAN, SANTAI. Ada ketikanya terasa bagaikan menjejakkan kaki ke luar negara. Sungguh ! Kalau tidak percaya, jom kita pergi beramai - ramai, dan melihat 'kawan - kawan' kita yang bergayut di dahan pokok. 'Mereka' sentiasa riang ria. Dengan pemberian sebutir dua kacang, 'mereka' sudah tersenyum kepada kita.
Paling aku tidak dapat lupakan, bila satu ketika dahulu, aku memberikan air krim yang hampir habis, lalu 'kawan' aku itu terus menjilatnya, bila tersentuh sahaja dimulutnya, terus sahaja 'kawan' aku menjerit dan membuang ais krim, lalu terus meloncat naik ke atas pokok, aku rasa terkejut dan tergamam.
Bila aku tanya pada penjaga zoo, rupa - rupanya monyet memang tidak boleh terkena 'barang sejuk'. Jadi, berhati - hatilah bila kita 'berkawan' dengan 'kawan' kita itu.
Cuma, minta maaf banyak - banyak, dalam kesemua haiwan yang ada dalam zoo Taiping. Aku cuma tidak boleh melihat ular. Rasa geli dan seram. Jadi bila sampai ke tempat spesis itu, aku akan terus melencong ke arah lain.
Dan kawasan haiwan yang paling lama aku suka melepak ialah tempat kurungan sang BUAYA. Entah kenapa, sejak dari kecil, aku memang suka memerhati buaya. Dan satu ketika dahulu, aku adalah pengujung yang paling bertuah, kerana pernah naik dan duduk diatas buaya, dibawah pengawasan dan kendalian pegawai zoo yang bertugas.
Cuma sedikit nasihat dari aku. Kalau boleh, sebelum masuk kedalam kawasan zoo. Sila beli makanan ringan diluar, atau di Bandar Taiping. Selamat poket anda.
Bersambung ... nak naik, tapi tak boleh naik.
16 comments:
salam abglong..
saya lom penah lagi sampai ke taiping..
zino pernah sampai sekali kat zoo taiping tu.. nak kena bawa hazwan melawat ke zoo ni hehe
atty's - jom pergi Taiping !
zino - Jom pergi sekali lagi ! hehehe
Lagi satu, sebelum terlupa. Kalau sampai kat kandang rimau, tengok saja dari luar.
Jangan memanjat ke dalam.. hik hik
Adinda, satu lagi... dekat dengan zoo tu ada taman bunga kan.. nekcun dengar, katanya kalo waktu malam kat situ banyak 'auw-auw-auw'...betul ke? Buatlah citer sikit pasal auw-auw-auw tuh... nekcun pun tak tahu, betul ke ada? Hanya dengaq depa kat jer!...
jangan beli makanan langsung lagi selamat kannns.. hi abang long ittewww
masa baru2 kawin rajin gaks gi zoo taiping, tapi sekarang bila anak dah 4, malas plaks. maklumlah, susah nak gerak, keretapi dah panjang.
teringat pergi zoo Taiping masa masih anak gadis sunti lagi. time tu sekolah buat rombongan utk pengawas.
sekarang tentu lagi ramai 'sedara2' yg ada kat sana.
salam..abg long..
sy x penah sampai zoo taiping..tp kalo zoo melaka tu penahla..hehee..
tp ape yg sy dgr, taiping satu tmpat yg sgt cantik..penuh kehijauan n ketenangan...
Nampak gaya Abang Long bleh jadik duta pelancungan daerah Taiping leee, biasa gaks ke Zoo Taiping seronok tu lom lagik naik Bukit larut kan kan kan Abang Long!
taiping oh taiping,indah menarik menawan hatii.. hehe
*pagi td mimpi terserempak ular senduk..ish,mmg seramlah abg long..tp saye berani plak pegang,dulu2 mase kat zoo negara.. Kulit die sejuk je..eish,teringat blk br rase geli ya amat :D
combi tahu abg long nak naik ape..?? naik kuda padi kot ekeke :p
Mersik - hik hik hik ... kalau nak cuba juga ?
NekCun - nanti akan diceritakan.
en_me - sekali sekala .... boleh
maksu - bila berderet, itulah yang bestnya ... hehehehe
CikguZue - sedara kita memang bertambah ...hahahaha
ez - Taiping memang indah, aman dan damai .... JOM !
noorlara - rasa seronok mempromosikan bandar tempat tinggal.
nadine zuharra - kita sama rasa ...hehehehe
echah_syed - alahai kuda padi ? hahahahaha
Post a Comment