Thursday, February 26, 2009

WARKAH CINTA UNTUKMU

Senyum dalam debaran V Senyum yang mendebarkan.


Setelah membaca beberapa blog semalam tentang kenangan indah sewaktu zaman percintaan. Khususnya nostalgia menulis surat atau warkah. Aku hanya tersenyum. Dan seharian semalam aku tersenyum. Bagaikan orang sedang bercinta.


Hingga menimbulkan kesangsian dihati isteri tercinta. Rupanya, kalau sang suami tersenyum memanjang dan berpakaian segak, hati isteri akan berkata - kata.


Dan kebetulan pula, semalam, aku bertemu dengan beberapa orang teman untuk berbincang tentang pelbagai program kemasyarakatan. Sambil sembang santai antara sahabat lelaki dan perempuan itu. Tiba - tiba, dalam keseriusan itu, lancar sahaja aku bertanya mereka "kamu pernah menulis surat cinta tak?"


Apa lagi, suasana yang sebelumnya begitu serius, tiba - tiba bertukar ceria. Manakan tidak, soalan aku memang lari dari topik asal perbincangan.


Tidak kira lelaki mahupun perempuan. Semuanya tersenyum simpul. Mereka menjawab secara jujur. YA. Semuanya pernah menulis SURAT atau WARKAH CINTA.


Seorang demi seorang menceritakan tentang pengalaman masing - masing menulis warkah cinta. EH. Bukankah ini perbuatan NORMAL ?


Pelbagai gaya, pelbagai rentak, pelbagai teknik, pelbagai corak, dan pelbagai ragam sewaktu menulis WARKAH CINTA.


Yang paling menggelikan hati. Ada seorang sahabat menceritakan tentang WARKAH CINTA yang beliau kirimkan telah dimasukkan sedikit 'bedak sejuk' yang dihancurkan. Kerana terlalu miskin dan tidak mampu membeli bedak CUTICURA.


Dan ada seorang sahabat perempuan yang 'mendedahkan isi kandungan' WARKAH CINTA beliau, dimana katanya, sewaktu ulangtahun perkahwinan beliau yang ke 21. Suaminya menceritakan bahawa, dalam WARKAH CINTA yang diterimanya dari 'girlfriend' @ isterinya itu, terdapat sebanyak 21 ayat yang diulang - ulang, dimana ayat itu berbunyi "TERPULANG KEPADA ABANG."


Malam tadi, aku menggeledah almari pakaian. Lalu mengeluarkan semua surat atau WARKAH CINTA. Isteri aku kehairanan. Lalu aku membuka semula WARKAH CINTA yang diutuskan kepada kekasih @ isteri aku. WARKAH CINTA yang berusia hampir 20 tahun.


Aku baca satu persatu. Lalu menatap wajah isteri tercinta. Merah padam wajahnya, bila WARKAH CINTA nya aku baca.


Lantas aku bertanya "mana yang lebih mendebarkan ... sewaktu membaca WARKAH CINTA atau sewaktu kali pertama disentuh?" Isteri aku tidak menjawab, cuma sekadar mencubit manja bahuku.


Dan kesempatan untuk entri pada kali ini. Aku dengan sengaja mahu blogawan yang aku sayangi menceritakan pengalaman mereka berhubung dengan WARKAH CINTA. Tetapi, ini bukan TAG.



1 - Bila kali pertama menerima WARKAH CINTA ?
2 - Dalam WARKAH CINTA ada lirik lagu atau puisi atau pantun atau syair atau sajak ?
3 - Dalam sampul WARKAH CINTA, ada ditabur bedak atau haruman ?
4 - Masih disimpan semua WARKAH CINTA ?
5 - Ada disertakan gambar ?
6 - Masih disimpan WARKAH CINTA itu didalam sampul asalnya ?
7 - Pernah dibaca selepas itu ? atau disimpan buat kenangan dan sebagai harta ?
8 - Tarikh WARKAH CINTA pertama yang diterima ?
9 - Adakah sesiapa yang tahu tentang WARKAH CINTA anda ? Umpamanya anak atau saudara ?
10-Pendapat ANDA. Mana lebih mendebarkan ... antara Surat @ WARKAH CINTA atau emel atau sms ?


ANDA boleh sahaja menjawab diruangan komen disini dengan memaklumkan bahawa ANDA telah melaksanakan misi ini. Ataupun ANDA menjawab di BLOG PERIBADI ANDA.


TERIMA KASIH SETULUS IKHLAS DARI ABANG LONG.

# Semoga TARIKH CINTA ANDA berkekalan.

PROMOSI: SILA DAPATKAN NOVEL DIBAWAH. Hadiahkan kepada yang TERSAYANG.


Blogawan akan bertambah dari semasa ke semasa:

Blogawan yang telah memberikan jawapan, akan ditandakan dengan ucapan TERIMA KASIH.

Kujie. - Ketika cinta itu mati, kau TIDAK perlu mati bersamanya... HEBAT ! TERIMA KASH
Nurazzah8
Silversarina
Maklang
Nekcun - Berkongsi pilu bila terlepas momen yang indah. TERIMA KASIH
CHEKdenoor - Pengalaman menakjubkan, disayangi dari usia muda. Best ! TERIMA KASIH
Zino - Menerima surat misteri. Dari gadis yang menyayangi dari jauh. TERIMA KASIH
NadineZuharra - WARKAH CINTA beredar dizaman 'cinta monyet', wow ! TERIMA KASIH
Kak Lady
Kak Ungku

Cik Milah
Mak Su
- "Hmmmmmm". Jawapan kepada WARKAH CINTA. Si teruna tertunggu - tunggu. TERIMA KASIH
Neeza Shahril
Cikgu Zue
Echah Syed - cinta adalah impian...namun kenyataan tak seindah harapan. TERIMA KASIH
Tie - Akhirnya, terdedah kisah lama ! Sebuah WARKAH yang NOSTALGIA ! TERIMA KASIH.
Zalisa - Telah dijawab diruangan komen. TERIMA KASIH
Sally
Opah De - Jawapan sudah diberikan, bagai nak pecah perut dibuatnya ! TERIMA KASIH.
Ramlah Rashid - Kisah lucu sewaktu menjadi rebutan dua jejaka. Begitu kompleks ! TERIMA KASIH
AyKay - Jawapan dalam ruangan komen. TERIMA KASIH
Jentayutiara
- Diterima sewaktu di kolej. Salah alamat. Pengalaman berharga. TERIMA KASIH.
ILA - Kerap menerima warkah layang. Memang seram ! TERIMA KASIH
Izman - Kisahnya SANTAI habis ! belum pernah dipaparkan dimana - mana akhbar ! TERIMA KASIH.
Mersik
Farah Aminuddin - 'Jawapannya ada didalam ruangan komen blog ini.' TERIMA KASIH
Atty's - HIBA, kisah cinta yang memilukan. Tapi kuat semangat ! Tahniah. TERIMA KASIH
Goboklama
Irman Rahs - Tiada pengalaman. Jawapan paling jujur ! TERIMA KASIH
Nik Zulina - Bercinta selepas berkahwin. Tiada pengalaman menerima WARKAH CINTA. TERIMA KASIH
Chekgu BaniHassim
en_me
atreyu - Saudara Semaya Se Perak. TERIMA KASIH
Ummu Asiah
Eyman Hykal

Norzailina Nordin- WARKAH CINTA beliau memang menggetarkan. Hebat ! TERIMA KASIH.
Lily Haslina
Laila Kamilia - Jawapan yang jujur dan mendebarkan. TAHNIAH ! TERIMA KASIH.
Iris Ixora - Seorang 'mamatok' yang menceritakan kisahnya membaca WARKAH CINTA dibawah lampu pelita. Menarik ! TERIMA KASIH
Liza Zahira
Hezzy Azra
- Jawapan yang 'selamba habis' ! TERIMA KASIH
Lily Suriani
Lynn Dayana

44 comments:

maklang said...

alamak Abang long ni...terlalu peribadilah nak cerita kat sini...he..he..:)..( tersenyum2 tatkala menaip ni...teringat warkah2 cinta lama dan cinta yang kian mekar sekarang..he..he...)

Ungku Nor said...

tak pernah bercinta la bang..hahahaha ;p

Button Planet said...

alamak...abang Long... terlalu peribadi untuk dikongsi bersama....

ni nak kena korek balik kotak2 lama kat atas loteng tuh! Harap2 tak kena makan dek anai-anai...hehehe

Nurazzah8

Mak Su said...

lllaaaaa, abang long, saya malu bab-bab cintan-cintun ni, kih kih kih. maklumlah, saya ni kan spesis shy-shy cat. ahaks.

eehhhmmm, camner ek? anak2 saya pun selalu nak korek2 cerita saya, tapi saya selalu tutup story, ahaks.

nanti - nanti saya berikan respon ek, kih kih kih (gelak shy-shy cat)

sally said...

mcm mana dgn kes bercinta ngan org lain, kawin ngan org lain?

hohohoho

nadinezuharra said...

nnti saye coretkan di blog..
*wah,membaca entri abg long ni pun dah berdebar2..apetah lagi nak menjawab soalan2 ni semua..hihi

Mak Su said...

abang long, tak sangka, teruja pula saya nak jawab terus soalan abang long tu, kat blog saya, n3 tajuk C.I.N.T.A, tapi tak berapa jujur ler... kah kah kah

zino said...

nak kena korek khazanah lama ni.. mana tau masih tersimpan hehe

Nek Cun said...

Adinda Long, sebenarnya susah gak nak citer apa yang adinda tagged tuh... maklumlah nekcun ni dulu 'anak dara pingitan'.... hehehe.... nantilah nekcun response dalam blog nekcun ya!... skrg ni agak bz skit plak.

p/s: Esok datang pesta buku Karangkraft ke? Nekcun akan ada kat sanan esok dan Sabtu pagi jer sbb ptg kena terbang ke Brunei plak...

echah_syed said...

senyum simpul combi bila baca tajuk n3 abglong nih.. :)

mcm best jer sbb kisah cinta combi bole buat novel laa abglong :p

kalo nak buat n3 tak bole main tipu2 sbb abe combi pun baca gak huhu.. :(

wahh mcm tak sabo nak baca kisah centa kengkawan kat sini termasuk ABG LONG tau..jgn ngelat! :)

Tie said...

Adoi mak !!

Tie tak pernah tulis surat cinta ni...terima surat tu ada laaa...

Lagipun Tie bukannya bercinta, cuma kawan2 je...kita dulu innocent laa...Hi hi..

Nanti la, abang long...Mungkin Tie akan cuba respond...

AyKay said...

Long,

dulu mula dgn cinta cinun aka style budak hingusan. habis SPM bawak diri masing2,,,,alih2 now ni org yg dilafazkan cinta harian sekarang adalah org yg sama time lafaz cinta masa form 2. apa kelas nih...

Long, i tak reti sgt bab2 cinta dulu2 tu. tapi sampai la nih bercintan, dgn org yg sama je.

farah, s. said...

wawawahhh... bestnye kehidupan orang berkahwin yg hidup bahagia ni. boleh kenang2 warkah cinta dulu2. ahaiii... :)

ILA said...

apa ni Abg Long...malu lahhhh..
btw ila cuba..
tapi ringkas2 jerrr
..hehe

fuhhhh...naik bulu roma,citer bab2 ni...

izman said...

er...3x. nanti saya buat stori kat blog saya.

CikguZue said...

alahai...susah nak cerita ni. nak kata warkah cinta pun bukan...so, kira beresla yea..hehe.

Tie said...

Abang Long ooii !!

'Warkah Cinta" dah siap !!

chekdenoor said...

aha....susah tu.... nanti chekdee fikirkan.... rasanyer ada terima tu..cuma kena banyak mengingatkan..kisah-kisah lama...heheheh..... nanti ya abg long.....

aNIe said...

Larrr....bukan tag ye...tapi panjangnya senarai yang kene ...dan banyaknya soalan...hahahah

Bang long...nanti akak jawab ye...

heheheh....(senyum2 simpul ni)

syamimi said...

salam,

Ikhlas saya kata yang saya memang saya tak pernah terima dan menulis warkah cinta, semua main talipon aje :)

Anonymous said...

salam,

saymimi tu saya silversarina, tersilap guna blog dia .

Rasha_rz said...

Adinda.sebetulnya, surat cinta kekanda bkn utk suami sekarang, tp waktu cinta monyet dedulu. memang best bl dpt surat cinta. berdebar2. bila dengar enjin motor posmen, kanda duduk di panking dpn rumah. takut kang bonda murka. hehehe. tp apa2pun itu zmn berhingus. suami kanda, adalah kekasih awal & akhir.bkn lagi cinta monyet / cinta kertas. oleh itu, pengalaman bercinta dgn dua cara berbeza dgn lelaki tidak sama,meninggalkan pengalaman yg tidak serupa. tp ianya bukan rahsia sbb suami kanda tahu semuanya menerimam pula seadanya. katanya : semua org punya sejarah silam dan itu milik sendiri.berhak utk dikenang dgn syarat tidak diulang.

Neeza Shahril said...

abang long, terlalu peribadi untuk dikongsi sebab... peribadi.. :)
boleh tak kalau tak share mengenai benda ni.. bimbang ada hati yang terluka...

en_me said...

perghhh.. abang long yg romantik tewwww

Jie said...

baru nk buat homework ni..bkn senang nak 'selongkar' memori lama

attyfir said...

salam ..abg long..siap sudah..

cikMilah said...

ishh.. ishh.. ish... malu ai...ada tu....yang dia tulis tu tak leh syer.. yang cikMilah tulis kat dia.. "I love you more than chocolate"!

ummu asiah said...

wah abg long..

baguihla..dalam dok tensen and gerrraaammm tiba2 dapat tugas mcm ni...bnyk lagi tu org kene jawab...saya....tunggggguuuuu...

anyway terimakasih include saya...mcm mak lang...malu ahhh...tapi akan cuba juga....boleh abg long buat novel ye..paling kurang nama yg tersenarai akan beli buku tu confirm!!!

semua dapat kerja baru..mengemas kotak, laci or loteng...ha...ha...ha..

chekgu Bani Hassim said...

saya pun tak pernah bercinta yang betol2 bercinta...
camne nk ckap ek, tpi wujud perasaan tu.

kalau nk dibanding 3 tu, surat paling thrill laa..
tp kalau kantoi, org terbace atau kantoi dek cikgu disiplin, letih la nak menjawab...huhu

Hjh Nik Zulina said...

Tak sempat nak bercintala abang long..Bila kenal terus kawin sebab dah dapat restu mak bapak..lagipun nak elak fitnah..so bercinta lepas kawinla..Alhamdulillah berkat..

Nek Cun said...

Adinda... cubalah tengok warkah cinta kekanda yang tu yek!...

farah, s. said...

Abang Long,

saya jawab kat sini boleh? hehe. Saya segan nak tulis kat blog sebabnya tak pernah menulis pasal cinta2 ni semua. hehehe

1. Kali pertama sy terima warkah cinta dr mr.tunang saya. kalau tak silap thn 2007

2. Ada lirik lagu dan frasa2 cinta yang sidia create sendiri. Sebab mmg dia pandai sastera. Hahaha

3. takde pulak tabur2 wangian ni ;p

4. saya tak simpan pun. hilang ntah kemana. T_T

5. Takde disertakan gambar :) sbb hari2 nampak dia. takperlu gmbr kot. dh kenal.hehe

6. dh hilang oh. careless nye.

7. sblm hilang tu, penah bc sekali lg. kelakar pun ada. rs mcm tak percaya. sbb sy ngan dia sm2 pendiam. tk byk ckp. tak sangka leh terjatuh cinta pula ;p

8. tak igt tarikh. tp thn 2007

9. Haha. ni best. Mak dan adik2 saya terjumpa warkah tu dlm kereta. Huish. mcm mana la sy leh tertinggal. punyelah diorg sakat2 sy.tp ade certain phrases yg diorg tak fhm sbb surat ditulis dlm bi ;p

10. Surat lg mendebarkan :)


Okey, mission accomplished.
^^

~finee~ said...

salam kenal abg long

Unknown said...

Cinta sebelum kahwin tak ada dalam kamus hidup saya :D

Rasha_rz said...

dinda. jom g blog kekanda.

fusarium solani said...

Kisah saya abang Long sudah dengar sendirikan? ;)

kuIna said...

sy selalu menulis warkah cinta pd dia bila kata2 tak mampu mengucapknnya.

...>> nanti sy langsaikn tugas ini..

irman_rahs said...

takde jawapan la suma solan tu...klu adapun suma solan jawapnnya satu je...xada bagi setiap jawapan...

m.q said...

sy pun nk buat la
T_T

Rumah Kuning said...

uwa....ab long. maaf saya tak sanggup berkongsi di blog. adik beradik, ipar duai, saudara mara,rakan-rakan dan anak murid ramai yg membaca blog saya.segan....maaf

umar_skyscooter said...

hai,nice blog walking.Erm,nak jemput tuan rumah ke kenduri blog sye ni di http://chipmunk18.blogspot.com ,n jgn lupe linkkan blog ni yer,ok thanks n bye

eyman hykal said...

Abang Long... seingat saya letak bedak kat dalam surat tu tak ada lah, tapi saya selalu guna writing pad yang wangi-wangi tu... ehem!

(Surat-surat tu semua sudah dibakar beberapa tahun yang lalu..)

Ainul Husna said...

Salam kenal...
menarik tajuk ni...mengimbas nostalgia..apapun jua..tahniah kerana masih menyimpan warkah cinta lama...

nadinezuharra said...

salam hujung minggu abang Long..haa dah siap dah tugasan tu,abg Long lihat di blog ya,sudut sidebar kanan di link Pesanan Darimu Untukku iteww..hehe..