Monday, March 02, 2009

EKONOMI yang SUJUD kepada ALLAH


Aku hanyalah HAMBA ALLAH.


Aku bukan seorang ULAMAK.
Aku bukan seorang tokoh POLITIK.
Aku bukan seorang ahli AKADEMIK.


Namun, aku mengaku bahawasanya;


Aku adalah seorang anak keturunan Banjar.
Aku adalah seorang Muslim,
Aku adalah seorang rakyat Malaysia.


Aku amat berharap agar aku 'dipandang' Allah sebagai - HAMBA NYA.


Sudah beberapa minggu dan bulan. Rakyat Malaysia khususnya 'disesakkan' oleh berita politik yang panas.


Dan sudah beberapa bulan, warga dunia 'disesakkan' oleh berita ekonomi yang menjunam.


Berkatalah secara jujur. Dimana sahaja aku pergi dan berbual, khususnya dengan RAKYAT JELATA - WARGA MALAYSIA.


Hampir keseluruhannya melahirkan perasaan berikut dengan perkembangan politik ditanah air:


MARAH. BOSAN. CEMAS. BINGUNG. MELUAT. MENYAMPAH. MEMBODOHKAN RAKYAT. Dan semua yang bersifat - N.E.G.A.T.I.F !!!!!


Kami sebagai rakyat tidak mahu mendengar lagi peristiwa bergaduh di Parlimen.
Kami sebagai rakyat tidak mahu mendengar lagi peristiwa wakil rakyat melompat.
Kami sebagai rakyat tidak mahu mendengar lagi peristiwa peruntukan wang tidak cukup.


Aku bukan seorang AHLI UMNO.
Aku bukan seorang AHLI PAS
Aku bukan seorang AHLI PKR
Aku bukan seorang AHLI DAP.


Aku hanya seorang AHLI KARIAH MASJID.


Bagi aku sebagai seorang pengundi, MEMINTA kepada SELURUH AHLI POLITIK.


Dengarlah rayuan dan rintihan kami.


Apa yang kami mahu ?


Kami sebagai rakyat mahu supaya HARGA BARANG diturunkan, bukan sekadar "DIPANTAU",
Kami sebagai rakyat mahu supaya TOL - DIHAPUSKAN atau dikurangkan.
Kami sebagai rakyat mahu supaya BAHASA MELAYU dikekalkan dalam semua mata pelajaran.
Kami sebagai rakyat mahu supaya PELUANG PEKERJAAN diwujudkan.


Sekarang sudah TERBUKTI, sekarang sudah NYATA, sekarang sudah TERANG LAGIKAN 'DISPOTLIGHTKAN', sekarang sudah JELAS. Ekonomi yang berasaskan kepada akal manusia tidak dapat bertahan.


Kenapa kita masih mahu kepada ekonomi yang menjahanamkan ?


Bukankah Allah telah berikan panduan ?
Bukankah Nabi Muhammad S.A.W telah tunjukkan ?
Bukankah Islam telah ajarkan ?


HANYA EKONOMI ISLAM yang mampu dan terus RELEVAN.


Kenapa masih BERDEGIL ?


Marilah kita pakat ramai - ramai bersolat DHUHA. Bertempat di DATARAN MERDEKA. Diimamkan oleh :
Perdana Menteri
atau Timbalan Perdana Menteri.


Merayulah, menangislah, merataplah, mengadulah, merintihlah, 'dihadapan' ALLAH.


Biarlah AIR MATA kita 'membasahi' DATARAN MERDEKA. Semata - mata mengharapkan kasih sayang dan keredhaan Allah. Supaya Allah memberikan nikmat dan ganjaranNya.


Bukankah ALLAH adalah PENTADBIR ALAM SEMESTA yang MAHA BERKUASA ?

20 comments:

attyfir said...

abg long banjaroes..kulaan le kita..hehehehe

AyKay said...

Long,
Banjar n jawo samo ka?

setuju sgt bab2 meluat tu.

setuju lagi bab kembali kepada yang Satu.

Harap ada yang mendengar rintihan kita

nadinezuharra said...

yang paling diharapkan,agar
-pemimpin dpt memberi tauladan
-adanya undang2 telus
-jenayah dihapuskan..walau sekecil kuman pun..
-atasi kebanjiran warga asing..
*kadang2 rasa tidak selamat walaupun di rumah sendiri..wajarkah..?

Tie said...

Tie sokong abang long !!

noorlara said...

idop Abang Long,
setuju bebeno ngan permintaan Abang Long tu memangpun itu agenda utama yg sepatutnye dilaksanakan bukan bercakar macam anjing ngan kucin (yg herannye anjin kucin pun banyak yg tak bercakaran lagiks)
Jgn sampai rakyat memberontak dah leeee kang semua jadik katak lompat hahahahaha

ILA said...

sukar utk meluahkannya di sini...kerna malas utk memikirnya lagi..
Abg Long apa khabar??

Firewabbit said...

hye abang long. sorry but i wanna ask lah.

ekonomi islam tu ekonomi yg mcmana sebetul2 nya?


hrmmphh. sugguh bergelodak kan politik skrg di malaysia?

i just hope it doesnt interfere our peace.


assalamualaikum.

chekdenoor said...

setuju tu....

semua yang berlaku...melambangkan kebodohan bakal PM yang takutkan isteri....heheheheheh

Bakal PM tu...anak didik mathir.....hehehehe.... undang-undang boleh tukar-tukar......

en_me said...

hi abang long.. salam dr me dikejauhannns

izman said...

jgn diharap pada pemimpin2 itu, cukuplah kita harap pada ALLAH.

Mak Su said...

aku hanya ingin jadi Hamba Allah, yang merdeka di bumi tercinta :)

Jie said...

kalau "teguran Tuhan" pun kita tak ambil kisah, nanti teguran berubah menjadi hukuman,

Mudah-mudahan Tuhan masih memberikan kita kesempatan.

Nek Cun said...

Begitulah jadinya kalau dalam hati hanya ingat nak hidup di dunia sajer. Lupa yang kita hidup ni untuk mencari jalan ke akhirat... tapi kebanyakkan pemimpin kita (walau pun Islam) telah lupa akan jalan itu. Depa ingat nak 'kenyang' kat dunia jer... Minta2 kita tak jadi macam depa walaupun hidup kita tak semwah depa tuh!... marilah kita sesama kita menegakkan ekonomi Islam dengan membeli barangan buatan orang Islam...Tinggalkan Harry Porter tapi bacalah Menggamit Syurga Firdaus... hehehe...(Sorry adinda... sempat nak promo tuh!...)

echah_syed said...

task warkah cinta dah siap..sila sila ke umah combi :)

Unknown said...

Selalunya, masa susah aje kan, kita ingat kat DIA. Bila senang, buat-buat tak ingat. Sabar aje aku.

azza_irah said...

kesempatan yang diberi dalam ruang masa yang cukup terhad amat penting utk di ambil kira. jiak satu peluang kita lepaskan kemungkinan utk datang peluang kedua amat tipis..

salam kenal dari sedetikhati..

Led said...

kekadang dah tak larat nk amik tau pasal keadaan politik kita skg.rasa mcm penuh tipu daya. yg pembangkang lak buat keadaan lgi teruk.

Insaflah said...

SALAM PERJUANGAN

Aku, Dia & Rezeki. said...

SALAM PERJUANGAN

Aku, Dia & Rezeki. said...

SALAM PERJUANGAN