Friday, March 27, 2009

MEMORI INDAH di TAIPING (11)

POPIAH LARUT MATANG.


Usia aku sudah melewati 40 tahun. Dari tanah kelahiran aku di Pulau Singapura hinggalah aku menjejakkan kaki dibahagian utara Malaysia. Segenap tempat yang ada menjual popiah, maka aku akan cuba merasa.


# Gambar disebelah, tidak menepati ciri -ciri POPIAH TAIPING.


Terus - terang. Kalau anda penggemar popiah. Maka pada kali ini aku memang hendak mencabar tekak kalian.


Cuma ada dua tempat sahaja yang menjual popiah yang paling sedap di Malaysia. Bukan aku sahaja yang rasa sedap, tapi orang ramai, hatta pelancong luar negara pun mengakui kesedapannya.


Satu di Pulau Pinang, sebuah gerai (stall) berhampiran dengan Masjid Jelutong. Dan sebuah lagi dibahagian bawah Supermarket Larut & Matang, Taiping.


Setiap kali aku pulang, aku pasti akan membeli paling kurang RM2. Tetapi sekarang, apabila keadaan kesihatan aku yang kurang mengizinkan maka popiah sudah menjadi 'memori duka' buat aku. Kerana salah satu ramuannya ialah berisi sengkuang.


Popiah yang dijual di Taiping. Memang sedap, menyelerakan. Kalau tidak percaya, cuba lihat, sewaktu orang memakan popiah Taiping, sewaktu mereka mengunyah popiah, mata mereka akan terpejam menandakan betapa sedap dan nikmatnya makanan itu.


Kedai menjual popiah dibawah Supermarket Larut Matang sebenarnya ada dua buah. Dan kedua - duanya memang sedap, jadi tidak perlu berebut untuk membelinya. Yang menaikkan selera, bila popiah sudah siap digulung, maka sedikit sambal akan disapu diatas popiah, dan selepas itu sedikit kacang halus akan ditabur.


Memang boleh kecuq ayaq liuq !


Entri tentang popiah dan pelbagai makanan yang sedap dan menyelerakan didaerah Taiping, akan disiarkan terus menerus. Untuk memberikan maklumat tambahan kepada mereka yang bercadang untuk pergi ke Taiping bersempena dengan hari Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang.


Dimana, proses penamaan calon akan berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Taiping. Samada anda penyokong BN mahupun penyokong PAKATAN RAKYAT. Bab makan, politik ditolak ketepi.

10 comments:

Unknown said...

Yup, betoi2. Bab makan politik tolak tepi. Janji halal dan sedap :D

Masy said...

pergghhh dah lama x mkn popia basah. sedapnyeeeee~

sally said...

hadui..ari tu balik lupa nak singgah beli popia..cis!

achik said...

tiba2 teringin la plak nak makan popia basah.. ;p

attyfir said...

semalam atty baru je makan popia..selalu time lunch mmg makan popia..tk jemu2..

silversarina said...

Sedapnya popia basah tu... lama tak makan sebab kat sini orang hanya makan popia goreng , ada pernah orang jual popia basah tapi tak sedap .Kakak saya di KL pandai buat popia basah tapi saya tak sempat nak belajar buat lagi :(

noorlara said...

kalau kat ipoh ni ade gaks terjumpa popiah yg sedap, rangup dengan inti sengkuang bersos cili pekat kat pasar malam, tapi lara lebih suke yg goreng. datang ipoh bawakle sepinggan popiah taiping tu

echah_syed said...

kalo kat sabah ni..terpaksa telan ayaQ liuQ jek abg long huhu.. :(

popia bwh larut matang tu mmg marbeles..!

aNIe said...

Abang Long ni...sebut tempat popiah sedap tu jauh sgtlah...nak pi beli pun tak boleh...ngidam ni tau...heheheh

chekgu Bani Hassim said...

rase tak sedap pun, janji mata nmpak sedap dah cukup utk menggamit org utk beli...

tatau la abg long tau ke tak, klau kat shah alam ni, popiah s. ali memang glemer..
memang meletop...
org sanggup beratur panjang kalau bulan pose tu...
laku gile dan sedap...huhu