Wednesday, March 18, 2009

Malang Memang Tidak Berbau !

Serba salah, Alhamdulillah.


Aku menunggang motorsikal dengan bersahaja, maklumlah dalam kawasan kampong. Dari masjid aku menghala ke sebuah kedai untuk fotostat beberapa dokumen.


Sewaktu melalui satu selekoh, sebuah mtosikal yang ditunggang oleh seorang gadis telah memintas aku. Dan dalam sekelip mata sahaja, tiba - tiba aku melihat si gadis itu hilang kawalan dan terus terseret ditengah jalan, dan motorsikal yang ditunggang telah terbabas dan terus terjatuh kedalam longkang.


Si gadis yang tergolek itu, kelihatan senyap tidak bergerak. Aku terus memberhentikan motorsikal dibahu jalan dan terus berlari kearah gadis itu. Aku adalah orang pertama yang melihat kejadian itu.


Bila dekat, aku merasa serba - salah. Aku tiba - tiba sahaja seperti orang yang kebingungan. Aku seperti tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Walaupun aku mempunyai sijil CPR. Tetapi keadan si gadis itu yang membuatkan aku menjadi buntu.


Si gadis hanya berbaju t sendat, menampakkan bahagian pusat dan berseluar pendek. Berkulit putih gebu. Wajahnya memang cantik. Berambut perang.


Aku pandang sekeliling, orang ramai sudah berkerumun. Tanpa berlengah aku angkat si gadis lalu diletakkan kembali diatas bahu jalan. Supaya tidak mengganggu lalu lintas.


Sekali lagi aku merasa serba salah. Bayangkan bagaimana keadaan si gadis itu yang cedera, dengan pakaian yang seksi dan terbaring ditepi jalan. Memang AIB apabila auratnya terdedah. Dan dalam keadaan begitu, MAAF CAKAP - orang lelaki sudah pasti tidak melepaskan peluang untuk melihat !


Ya Allah. Aku terfikir untuk membuka serban yang aku pakai untuk menutup bahagian aurat si gadis yang boleh merangsang nafsu kaum lelaki. Tiba - tiba mata aku terpandang seorang kakak yang berada disitu. Dengan penuh hemah aku berbisik "kak, maaf ya, saya nak minta tolong sikit, kalau boleh akak pinjamkan jaket akak, sebab saya nak tutup kaki gadis tu' pintaku dengan sopan.


Dan Alhamdulillah si wanita itu memahami keadaan tersebut. Dibukanya jaket yang dipakainya dan ditutup bahagian kaki si gadis itu. Dan dalam masa beberepa minit kemudian, hasil usaha seorang pakcik yang berada disitu, si gadis telah sedar dari pengsan.


Dan tidak lama kemudian, ambulan yang dipanggil telah tiba. Sekali lagi aku serba salah. Ramai yang menyuruh aku pergi bersama si gadis itu. Namun, aku tidak membawa telefon bimbit.


Dan sebenarnya, hakikatnya ialah, aku memang FOBIA dengan AMBULAN. Kerana aku pernah dibawa dengan ambulan beberapa bulan yang lalu dan hampir mati didalam ambulan.


Alhamdulillah, sewaktu dalam saat cemas itu, tiba - tiba seorang gadis lain, menawarkan dirinya, kerana katanya gadis malang itu adalah jiranya.

15 comments:

ILA said...

Bila dah 'Kun fa ya kun'..tak kira masa, tempat @ apa2 keadaan sekalipun kita akan di uji.baik kemalangan @ apa saja...

silversarina said...

Alhamdulillah abang long ada untuk memberi bantuan. Dalam keadaan kecemasan macam tu memang kita bantu jugak , malang memang tak berbau.

Nek Cun said...

Sebenarnya Allah juga hendak menduga Adinda Long sejauh mana iman di dada tuh!... Alhamdulillah kerana adinda berjaya memberikan pertolongan dengan ikhlas disamping cuba menutup 'aib'gadis itu (aurat yg terdedah boleh dikira aib juga)... satu tindakan yang mulia...

chekgu Bani Hassim said...

huh...
macam cerita dalam drama laa...
jarang org ade experience camni..
selalu eksiden kdg2 ramai penonton je daripada penolong...

Jie said...

tiba-tiba saya teringat la pula kisah kawan saya...

dia ckp...dia seterika baju yg bahagian atas saja...yg tak nampak luar tu tidak..bkn ade org nak nampak.

saya pernah nampak seorang wanita pagi2 hantar anak ke sekolah dengan baju 'kelawar' tak pakai baju dalam...saya yang perempuan tertengok....

kenapa org pandang mudah hal2 mcm ni ye...

saya faham apa yang abglong cuba sampaikan dari cerita kemalangan ini...

Anonymous said...

perghhh.. wayang freee tewww..

Neeza Shahril said...

sebab tu lah kita wajib tutup aurat.. bila jadi gitu, habis terbukak lagi.. orang yang tengok pun malu sama.
mujurlah kena kat Abang Long.. kalau orang lain, errr.. tak tahu nak kata lah..

CikguZue said...

Alhamdulillah ada AbangLong waktu tu, jika takde sesiapa yg membantu, susah juga.

Unknown said...

Budak-budak perempuan sekarang ni memang macam tu. Fesyen kononnya. Entahlah. Nak cakap banyak-banyak, ana sendiri tidak pakai tudung... hmmm...

molldanny said...

Benar-benar kejadian ke tuh???

Takut bila dapat pengalaman camtuh, takut tak dapat selamatkan mangsa...

Ohya, Abg Long kena tag, eh!

attyfir said...

dikala kita perlukan pertolongan ade yg sudi..memberi pertolongan..

Mak Su said...

susahlah nak ckp kan abanglong, itu sebabnya penting tutup aurat, tatkala diri sendiri tidak mampu untuk tutup aurat sendiri :(

abanglong, have a nice day.

Sitie BUm BUm said...

byk gak moral story dlm ni.. jaga aurat, sentiasa hulurkan bantuan, berhati2 di jalan raya dan saling kenal mengenali jiran.

Abang Long said...

ILA - Itulah dinamakan TAKDIR.

------

silversarina - Ini semua kuasa Allah. Begitu banyak pengajaran yang boleh diperolehi.

------

Nek Cun - Memang rasa malu tapi sedih.

------

Chekgu Bani Hassim - Kita hanyalah 'alat' untuk membantu.

------

kujie - Ramai yang mengambil mudah perkara WAJIB seperti ini.

------

yginsaf.com - BETUL. Memang 'pertunjukan' percuma !

------

Neeza Shahril - MAAF. Rasa macam nak pandang tak pandang ... alahai ! Kesian memang kesian.

------

Cikgu Zue - Ini semua ketentuan tuhan.

------

Opah De - Sama - samalah kita ambil pengajaran dari apa yang berlaku.

------

molldanny - Tapi ini bukan pengalaman pertama.

------

atty's - Alhamdulillah. Ini semua ketentuan dan rezeki masing - masing.

------

maksu - Kita berusaha. Allah yang menentukan.

------

sbb - Yang penting IKHLAS.

CS @ Mama AA's said...

wa... dasat2. mmg kene berkenalan ngan jiran slalu