Aneh tapi Benar.
Adik aku melaporkan sesuatu yang aneh tapi benar. Kejadian berlaku dikampong aku di Taiping.
1 - Solat Subuh di Masjid Taiping melimpah ruah. Hingga terpaksa diadakan sebanyak tiga kali.
2 - Penyokong PAKATAN RAKYAT menguasai Bandar Taiping. Dimana - mana dan disetiap jalan, lorong dan ceruk. Kelihatan penyokong dan bendera PAS, DAP dan KeADILan.
3 - AIR TIADA ! Ini suatu perkara yang ganjil dan aneh. Sepanjang hidup aku di Taiping. Bandar itu tidak pernah terputus bekalan air. Malahan, paling teruk pun, air akan mengalir perlahan.
4 - Laungan TAKBIR bergema dan bersiponggang disegenap Bandar Taiping !
5 - Orang Melayu memegang bendera ROKET. Perempuan China tua mengibarkan bendera PAS. Hakikatnya, politik perkauman sudah tiba dipenghujungnya.
6 - Taukeh kedai memberikan air mineral secara percuma, untuk orang Islam berwuduk. Kerana masjid terputus bekalan air.
7 - Penyokong BARISAN NASIONAL menguasai seluruh hotel di Bandar Taiping. Hingga tidak ada satupun bilik yang berbaki.
8 - Pelbagai gelagat yang menyakitkan hati dilakukan oleh penyokong parti politk yang terlibat.
9 - Ibu saudara aku yang tinggal di kampong terpencil di daerah Matang, berkata dengan ceria "depan rumah aku dah ada jalan tar."
10- Kepada seluruh pengundi di Parlimen Bukit Gantang. Undilah dengan bijak sana, pilihlah - PEMIMPIN YANG BOLEH MENJADI IMAM dalam solat. InsyaAllah, selamat dunia dan akhirat.
11 comments:
pilih pemimpin yang boleh memimpin di dunia dan juga akhirat, Takbir!
X NAK KOMEN PASAL POLITIK,TP POPIAH TAIPING EN3 YG LEPAS MEMBUAT AIR LIUR MELELEH,HEHE
kalo kat banngi ni sokmo takdo air..
pilih pemimpin yang amanah,cekap dan boleh memimpin..
Menarik, MENARIK, MENARIK!!
TAKBIRRRRRRRR!!!
Uii.. tentu tauke restoren mamak tersengih 24 jam.. sbb menderu2 datang, ngeteh2 24 jam.. hik hik
InsyaAllah bertambah makmur Bukit Gantang bila pemimpin berjiwa rakyat dan penuh ilmu agama.
Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Di atas kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah.
Saya sebagai hamba allah menyampaikan seruan Allah dan RasulNya.
“Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud].
Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Kembalilah ke jalan Islam dan memperjuangkan Islam bukan atas dasar memperjuangkan Assabiyah iaitu bangsa kerana Rasulullah SAW tidak mengaku akan umatnya yang memperjuangkan assabiyah…
Rasulullah SAW telah mengkabarkannya kepada seluruh manusia bahawa bukanlah dari umat Muhammad jika mereka memperjuangkan bangsa.
Adakah kita hanya mengamalkan ajaran Islam separuh masa dan separuh lagi kita meninggalkannya...???
Allah SWB berfirman :
" Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu " (Al-Baqarah(2):208)
Bersatulah saudaraku dengan kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah…!!!
Bersatulah kita di bawah panji kebesaran Islam…!!!
Ingatlah wahai saudaraku...
Sekecil kecil dan sebesar-besar amalan di dunia akan di hitung di akhirat kelak.
MAMPUKAH KITA MENJAWABNYA NANTI APABILA KITA BERDEPAN DENGAN ALLAH SWT...???
Ya Allah, aku telah jalankan perintahmu…
hebat sungguh perancangan masing2. namun perancangan Allah lebih hebat. semoga pemimpin yg terbaik akan terpilih.
Semoga apa yg dicanang, dilaungkan, dijanjikan semasa berkempen akan di tunaikan dan dilaksanakan..
Apa yg penting kebajikan RAKYAT terbela.
insyaAllah kebenaran pasti menang
TAKBIR !
Post a Comment