Sorong-Papan-Tarik-Papan,
Buah-Keranji-Diatas-Peti,
Suruh-Makan-Aku-Makan,
Suruh-Mengaji-Aku-Tak Reti.
Baca pantun diatas perkataan demi perkataan. Sejak dari kecil, aku yang tidak mahir berpantun telah bertanya kepada arwah datuk aku. Apa kaitan antara - sorong papan, tarik papan dengan tidak tahu mengaji atau membaca Al Quran. Sayangnya datuk aku hanya tersenyum.
Memang satu yang merugikan andainya kita tergolong didalam golongan manusia yang tidak tahu mengaji atau membaca Al Quran. Terlalu banyak ilmu yang terkandung didalamnya.
Maaf, sewaktu entri ini dimasukkan, dengan tajuk Kisah SEKS. Tidak sampai 30 minit. Seorang sahabat mengirimkan sms. "Abg long nak cerita SEX ... SEX TERLAMPAU ker."
Maaf, kalau hendak mencari kisah seks terlampau, tolong cari diruangan lain. Entri di Blog Abang long hanyalah entri untuk mengkisahkan sesuatu yang membawa kepada PENYERAHAN DIRI secara total kepada Allah. Walaupun tajuknya agak memberangsangkan.
LELAKI bila bercerita tentang seks. Memang juara. Tidak ada lelaki yang mahu menceritakan tentang kelemahan mereka dalam perkara seks. Hatta, yang mati pucuk pun tidak akan sekali - kali mengakuinya.
Kisah bermula pada sepasang suami isteri. Dimana mereka sering berjauhan. Si isteri sering ditinggalkan oleh suami. Suami merupakan pendakwah bebas. Sering berceramah dikota dan luar daerah. Dan ada ketikanya menerima jemputan untuk berceramah ke luar negara.
Si isteri sering kesunyian...
Satu hari si suami pulang kerumah dengan keletihan. Tiba - tiba sahaja si suami mengetuk pintu dan memberikan salam. Si isteri agak terkejut dengan kepulangan suami. Maklumlah, tidak dimaklumkan terlebih dahulu. Dalam perkara ini, aku ingin memberikan sedikit teguran. Dimana, ada suami yang tidak mengambil berat dalam perkara ini. Mereka kurang berinteraksi, malahan ada suami yang membawa rakan ke rumah tanpa dimaklumkan kepada isteri terlebih dahulu. Sedikit sebanyak isteri akan bergelut dengan keadaan rumah dan tanpa sebarang persiapan.
Jadi, dalam cerita ini, isteri itu sudah tentu tidak dapat mempersiapkan dirinya sebaik mungkin bagi menyambut kepulangan suami tersayang.
Setelah menyambut suami. Si isteri terus sahaja ke dapur menyediakan minuman buat suami tersayang. Minuman dihidangkan dengan penuh sopan dan raut wajah yang manis dari seorang isteri. Suami yang sememangnya 'dahaga' terus sahaja menikmati air Teh Misai Kucing. Terasa benar kelegaan diwajah suami.
Si isteri yang sudah lama tidak merasai sentuhan kasih sayang dari suami. Begitu kepingin menikmatinya. Namun apakan daya. Si suami begitu sibuk menyiapkan kertas kerja untuk dibentangkan dalam seminar yang akan datang. Si isteri tidak mahu mengganggu kerja suami.
Si isteri hanya mampu melihat suami dengan pandangan yang begitu mengharapkan. Namun si suami seolah - olah tidak perasan.
Sebagai seorang yang terdidik dengan ilmu agama yang sempurna. Si isteri tetap bersabar. Lalu membuka Al Quran dan membaca dengan khusyuk. Si suami mendengar alunan bacaan Al Quran dengan tenang dan mengasyikkan.
Hingga ke satu ayat, si isteri membaca dengan bacaan yang tidak tepat. Dan si suami menyedarinya, lalu menegur isterinya. Si isteri lalu mengulang pembacaannya. Namun tetap tersilap, sehinggalah 3 kali baru betul bacaan si isteri.
Tiba - tiba sahaja si suami tertanya - tanya, kenapa isterinya boleh melakukan kesilapan dalam bacaan Al Quran. Sedangkan selama ini kejadian seperti itu tidak pernah berlaku. Tiba - tiba terlintas difikiran suami. Ayat yang dibaca oleh isterinya itu. Dan, Allah Maha Berkuasa. Si suami telah tersedar dari kesilapannya.
"Ya Allah, sudah lama aku tidak menjalankan tugas sebagai seorang suami, ampunkan aku Ya Allah."
Rupa - rupanya ayat yang dibacakan oleh isteri itu adalah seperti dibawah:
"Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka kerjakan tempat bercucuk tanam itu bagaimana saja kamu kehendaki. Dan lakukan (amal yang baik) untuk dirimu, dan bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa kelak kamu akan menemuiNYA. Dan berilah khabar gembira kepada orang - orang yang beriman."
Al Quran, Surah Al Baqarah, Ayat 223.
Dengan perlahan si suami menuju kearah isterinya. Lalu menutup lembaran Al Quran. Si isteri terpinga - pinga dengan tindakan suaminya. Setelah Al Quran diletakkan diatas meja. Si suami lalu mendekati isterinya. Lalu terus mencium dahi si isteri, dengan senyuman si suami terus mencium dahi dan turun kebahagian bawah kelopak telinga.
Apa daya lagi bagi seorang isteri yang setia dan taat kepada suami ...
Cuma dalam kisah ini, hujan tidak turun mencurah - curah.
Memang kerugian besar bagi mereka yang tidak tahu membaca Al Quran.
Bersambung ....
14 comments:
banyak pengajaran dr kisah nie..
seorang suami bukan saja payung kehidupan isteri tetapi surga dunianya, asalkan suami menjalankan tanggungjawab dan amanah berpandukan Al Quran dan As Sunnah. berbahagialah suamisteri itu
maha suci tuhan...
Perkahwinan yang diiringi kasih sayang yang suci dan ikhlas, dan kehidupan suami isteri yang berlandaskan Al-Quran dan sunnah sudah pastinya akan sentiasa berbahgia... walaupun kekadang akan terjadi juga beberapa dugaan yang Allah turunkan untuk menduga keimanan suami isteri tersebut!... Amalkanlah ajaran-ajaranyang terdapat dalam Al-Quran bagi menjamin kebahgiaan sebuah rumahtangga...
sib baik si suami tu paham makna ayat tu.kalau yg tak paham smpi subuhlah bininya dok ulang ayat sama.hehe
pandai abang Long bercerita. penuh pengajaran pula tu.
sorong papan tarik papan
buah keranji dalan perahu
suruh makan saya makan
suruh mengaji,saya malas bukan x tahu
....versi anak saya.
Kalau Allah berkehendak, petunjuk dan hidayah datang tiba-tiba!
me insaf dgn kekurangan n kelemahan diri me yg inih.. salamm abang long dr me dikejauhannns
sibbaik suami faham :)
huhu...
kisah rumah tangga nih...
org bujang takmo campur laa...huhu
atty's - Ada banyak lagi akan menyusul.
------
noorlara - Betul. Yang penting taat pada perintah Allah dan RasulNYA.
------
kulna Jentayutiara - Maha Agung.
------
Nek Cun - Alhamdulillah. Sewajarnya kita taat kepada segala perintahNYA.
------
HappyIrfa - Hahahahaha ... banyak yang tersirat.
------
Cikgu Zue - Semua itu adalah hasil pengalaman dan pembelajaran.
------
sally - Alahai, macam - macam versi pantun ...hehehehehe
------
en_me - Salam dari kedekatan. Kita berkongsi ilmu.
------
Masy - Itulah keperluan ILMU.
------
Chekgu BaniHassim - Tapi yangbujang kena belajar.
Si suami lalu mendekati isterinya. Lalu terus mencium dahi si isteri, dengan senyuman si suami terus mencium dahi dan turun kebahagian bawah kelopak telinga..
alaa..ngape stop kat situ jek.. :p
........
abg long..huby combi mmg dari dulu lagi tak pernah lupa kol setiap kali dia otw balik ke rumah setiap kali out station..at least 30 minutes sblom smpi.
dan satu lagi..combi sgt appreciate huby sbb dia akan minta persetujuaan combi kalo nak bawa balik kawan ke rumah..alhamdulilah :)
ramai yang tahu dan lancar tapi tak faham...
Satu pengajaran yg amat bermakna dan memberi kesedaran bukan shj ttg tanggungjawab dlm rmahtangga tapi tanggungjawab keagamaan.
Post a Comment