Monday, March 16, 2009

Sunnah adalah terbaik.

"Naik atau turun, rupanya sama, tapi rasa tak serupa"


Anak aku bertanya, "antara tangga bergerak dan tangga statik, yang mana abah lebih suka guna?"


Aku menjawab "abah lagi suka naik tangga statik." "Kenapa?" Soal anak ku lagi.


"Kalau kita guna tangga statik, kita akan lebih sihat sebab badan kita bergerak, dan kalau kita nak cepat, kita boleh berlari."


Corak kehidupan sudah terlalu banyak berubah. Manusia sudah kurang menggunakan tenaga empat kerat. Yang menghairankan, semakin hari semakin bertambah sumber makanan kesihatan tambahan dan semakin banyak ubat yang dicipta, namun semakin banyak pula penyakit kronik yang muncul.


Dan yang lebih menyedihkan, andainya sesuatu penyakit itu tidak dapat dikesan langsung oleh perubatan moden yang menggunakan pelbagai teknologi tercanggih.


Yang lebih utama, bila kita merenung dengan sedalam - dalam dan sejauh - jauhnya. Didapati, jalan yang terbaik adalah dengan mengikuti SUNNAH NABI.



Membaca Basmallah sewaktu hendak makan.
Makan sewaktu lapar dan berhenti sebelum kenyang.
Mengunyah makanan sebanyak 44 kali, ini bermaksud makanan telah hancur dan lumat sebelum hadam. (Aku terfikir apa muslihat mengunyah sebanyak itu), rupanya menggalakkan supaya manusia makan dengan adab, sopan tertib, tidak gelojoh dan sebagainya)
Digalakkan menggunakan tiga jari sahaja. Ini membawa maksud kita tidak memasukkan makanan terlalu banyak kedalam mulut.
Makan dalam keadaan duduk bersila, dan lebih baik jika duduk mengikut sunnah. Rupanya, makan yang dibawa kedalam perut akan mengikut usus dengan sempurna.



Begitu banyak kelebihan apabila kita mengikut sunnah nabi. MasyaAllah.


Cuba kita lihat dan mengkaji sedalam - dalamnya, bagaimana Rasulullah menjalankan tatacara sewaktu berdagang. Terlalu banyak keuntungan yang diperolehi, malahan orang ramai dari pelbagai bangsa dan agama senang sekali untuk menjalankan urusniaga dengan Nabi Muhammad.


Kenapa kita tidak kembali kearah Sunnah sewaktu berekonomi. Sekurang - kurangnya kita berjaya keluar dari kemelut ekonomi yang sedang teruk melanda dunia.


Yang penting, aku hanya menyampaikan mesej. Tuan dan Puan adalah lebih arif dalam mentafsirkannya.

10 comments:

en_me said...

hi abang long.. me insaf dgn kekurangan n kelemahan diri me yg inih..

Tie said...

Memang betul. Sedang berusaha untuk mengikut sunnah ni... Cuma kekadang dah terbiasa...tu yang terbabas...hihi...

silversarina said...

Terimaksih atas peringatan kembali kepada sunnah Nabi sebab banyak benar kekurangan dalam diri akak , kalau yang barat cepat je ikutnya, sunnah nabi ada je alasannya :(

Jie said...

tiba2 tersendawa...tadi makan tak hengat!

atie said...

salam, betul tu abg long, dulu dah tahu pasal nih...tapi jarang2 guna pun, bagus dapat kongsi ilmu nih, salam kenal dari saya...

Neeza Shahril said...

terima kasih abang long.. banyak sunnah diperlekehkan.. sebagai orang Islam, kita mesti cuba ikut sunnah kan..

Nek Cun said...

Adinda... ada ramai orang yang 'kononnya' ikut sunnah tapi mereka ikut yang 'seronok' untuk depa ajer... contohnya berpoligami...tapi sunnah yang sepatutnya lebih dititik beratkan ketika berpoligami tidak pula diamalkan... harap2 mereka yang terlibat seperti itu akan cepat sedar dari kesilapan mereka...

chekgu Bani Hassim said...

bagus jugak petua dri sunnah tu...
cume nk ikut susah sikit..
tp berdikit2 la...
boleh kut...

zino said...

satu peringatan kepada kita semua... semuga usaha abnglong akan menghasilkan kejayaan.

Abang Long said...

en_me - Saling mengingatkan.

------

Tie - Kita berusaha sebaik mungkin.

------

silversarina - Mengamalkan sunnah dapat lebih ganjaran.

------

kujie - Hahaha ... Alhamdulillah.

------

atie - Salam Ukhuwwah.

------

Neeza Shahril - Yang penting kita berusaha mengikut sunnah.

------

Nek Cun - Sebenarnya terlalu banyak sunnah untuk diikuti.

------

ChekguBaniHassim - Kita berusaha sedaya mampu.

------

zino - TERIMA KASIH setulus ikhlas.