Wednesday, April 01, 2009

MEMORI INDAH di TAIPING (12)


Tak tahan dengan kuahnya !!!


MEE REBUS TAIPING. Pertama kali aku makan mee rebus ialah pada awal tahun 80'an. Dimana harga pada waktu itu ialah RM1.00 SAHAJA.


Waktu itu ialah hari Keputeraan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung. Tetapi aku tidak ingat Agung yang mana satu. Waktu itu, pelajar sekolah diberikan tiket percuma untuk menonton wayang.


Jadi, aku diberikan wang sebanyak RM2.00. Dan aku pergi ke sekolah dengan menunggang basikal. Dari sekolah, kami berarak beramai - ramai ke Panggung Cathay.


Tentang cerita ke panggung, aku akan kisahkan dilain episod.


Usai menonton wayang. Kami beramai - ramai menghala ke gerai makan dibawah Supermarket Larut & Matang. Kami menjamu selera. Itulah kali pertama aku makan bersama rakan - rakan diluar. Terasa seronok sangat. Dan pada hari itu, semua gerai di bawah Supermarket itu dipenuhi dengan pelajar sekolah.


Dan disitulah, buat kali pertama aku terlihat wajah seorang gadis yang sungguh ayu. Si gadis itu juga memakai baju sekolah. Jadi, sudah tentu aku tahu beliau dari sekolah mana. Bila aku pandang kali kedua, tiba - tiba sahaja mata kami bertentang antara satu sama lain. Tidak berkelip. Maaf, kisah ini juga akan disiarkan dilain episod. Si gadis tiba - tiba sahaja menjadi tidak keruan...


Kepada sesiapa sahaja yang akan pergi ke Taiping. Khususnya yang akan pergi berkempen. Maka silalah pergi ke mana - mana gerai yang menjual mee rebus. Dijamin sedap, murah, berpatutan. Tapi ingat, jangan bungkus untuk dibawa pulang. Kerana dijamin, mee rebus itu akan rosak.


Yang paling sedap mee rebus di Taiping ialah pada KUAHnya. Aku kalau menghadap mee rebus, dijamin aku akan terlupa untuk menjaga anak - anak. Dan untuk 'matching' dengan mee rebus ialah dengan mengambil minuman air kelapa. Memang kena 'gu'.


Seingat aku. Paling hebat aku pernah makan mee rebus ialah sebanyak dua pinggan. Dan aku bawa pulang sebungkus. Sampai dirumah, aku makan mee rebus itu sekali lagi. Weiii ... malulah nak pesan sampai tiga pinggan, nanti orang kata nak makan ke nak mentedarah !?


OK. Jangan lupa untuk 'pekena' mee rebus Taiping. Kalau ada yang kata tak sedap, boleh tuntut balik wang itu dari penjual mee rebus. Katakan Abang long yang 'rekomen'.

20 comments:

Irfa said...

alamak,dah jadi 2 tujuan saya kalau pegi taiping.itupun kalau en hubby nak gi umah makcik dia kat sana.pertama nak makan mee udang kuala sepetang dan mee rebus abg long rekemen ni.ni blog punya pasal asyik citer psl makan2

ILA said...

HMmm..di gambar tu seperti Mee Ladna le Abg Long.
JIka Di Banting Mee Rebusnya nmpak lain .

Abang Long said...

HappyIrfa - Abang long hanya rekomen yang tersedap sahaja.

------

ILA - Setiap daerah mee rebusnya memang kelihatan ada kelainan. Tapi cuba try test tengok mee rebus Taiping, dijamin hingga menjilat sudu !!!

izman said...

uu.... abg long crita pun dah sedap. bila la saya nak sampai taiping ni...

Abang Long said...

Adinda Izman - Jom kita set !

sally said...

memang sedap abang long, saya berani jamin kalau tak percaya!

First time makan masa kekecik dulu ketika aruah mak bawa jenjalan kt Taiping atau on the way to rumah abang di Batu Kurau.

Huishh..tak tercakap tahap kelazatannya...

Abang Long said...

sally - Jom kita balik Taiping ! Bawa keluarga dan merasai kelazatan mee rebus itu.

aNIe said...

Abang long...sampai sekarang masih sedap lagik ke mee rebus Taiping tu...masih asli rasanya dari dulu atau jadi lebih sedap atau pun...kurang sedap...

Mee yang di dalam gambar tu begitu menggamit selera...

Abg Long ni bercerita tentang mee rebus siap ada selingan gadis ayu tidak keruan...hahahah

Abang Long said...

aNIe - Rasanya tetap kekal sepertimana tahun 80'an dahulu. Jom pi rasa balik ...hehehehe

silversarina said...

Rindu nak makan mee rebus , nampak macam sama mee rebus Ipoh.... nyum nyum.

Abang Long said...

silversarina - Mee rebus Taiping tak sama dengan mee rebus Ipoh.

AyKay said...

Long,

mee rebus Teipin memang sodap. Yg dekat supermarket thestore tu pun best.

tapi seingat saya, mee rebus yg tak leh lupa ialah tepi jalan on the way to Kuala Gula. Aduih, tak kesah kreta lalu lalang bila dah hirup kuah dia yg... alahai... bila nak p nih.

Unknown said...

Askum, salam perkenalan.. wah, nampak sedap la mee rebus nie... mana nak cr kat KL nie yekk... huhuhu...

CikguZue said...

tak pernah makan mee rebus Taiping. tapi nampak macam mee Jawa. sama ke?
takpe takpe...ada chance singgah Taiping masa balik M'sia nanti. hihi...address please...

chekgu Bani Hassim said...

laparnye perut ni time tgk gambar mee rebus dgn kuah yg pekat tu...
terliuq kejap...

Neeza Shahril said...

neeza dah kecur air liur tengok mee rebus ni..
berniaga mee rebus pun bagus gak kan.. apa kata, abang long mulakan.. nanti neeza pergi makan hahaha!!

Nek Cun said...

Nekcun ngan atok, kalo pi taiping tak kan lupa makan popiah ngan sotong kangkong... lepas ni nak kena cuba plak mee rebus tuh!...

Abang Long said...

AyKay - Bagi abang long, mee rebus Taiping ada keistimewaan tersendiri.

------

shiemz - Di KL memang tak akan dapat mee rebus istimewa macam tu.

------

ChikguZue - Cubalah, memang sedap. Cari yang dibawah Supermarket Larut Matang.

------

ChekguBani Hassim - Bukan setakat terliuq, dah meleleh pun ..hahaha

------

NeezaShahril - Tak payah susah - suah, jom kita pi Taiping, lepas makan mee rebus kita lepak kat Taman Tasek Taiping.

------

Nek Cun - SET, SET, SET. Jom kita pi sana. Kita pekena ...

Juezura said...

Huhuhu sedapp mee rebus! kat bagan datoh pn ada mee rebus tapi sure tak sama rasakan? last week balik tak sempat pekena mee rebus pun.

ABDUL LATIP said...

Assalamualaikum

Terima kasih atas ucapan dan doa yang baik untuk saya. Semoga Abang Long dan keluarga juga bahagia.