Thursday, April 09, 2009

KISAH SEKS (3)

Bukit Gantang - Bukit Selambau - Batang Ai.


Maaf. Entri kali ini tidak ada kaitan dengan nama tempat diatas. Tapi nama yang tertera itu memang ada kaitan. Baca dengan maksud berlapis - lapis. Ini bukan entri lucah. Tapi sejujurnya, setiap individu dari jenis LELAKI pasti akan merasa ghairah dan boleh menaikkan nafsu syahwat. Kalau ada lelaki yang berkata "aku tidak merasa apa - apa". Bererti, lelaki itu memang - A.B.N.O.R.M.A.L !




Itulah wajah - wajah dan batang tubuh gadis yang menyertai program realiti TV - "Malaysian Dream Girl".




Dan ini pula adalah wajah gadis - gadis MELAYU. Yang turut sama menyertai program tersebut. Diantara sessi yang akan dijalankan oleh program ini ialah, sessi memakai - baju dalam dan seluar dalam SAHAJA.


Aku tidak pasti corak program ini. Adakah ianya akan menggunakan sistem pesanan ringkas SMS. Bak kata seorang sahabat yang berkata dengan jujur dan lurus "Dua Bukit sudah menyebabkan gangguan pada Batang Ai."


Aku bukan hendak mempromosi rancangan ini. Tetapi kalau ada yang hendak menyiasat lebih lanjut, sila klik disini.


Tapi aku rasa. Ada juga orang Melayu yang akan bersetuju dengan program ini.


Bak kata seorang pakcik "nak buat macam mana, ini kan akhir zaman, sudah moden ....hehehehe" Pak cik itu menjawab dengan galak sekali.


Lalu aku menjawab dengan bersahaja "Katakan pakcik sedang menonton rancangan itu dengan khusyuk sekali, tiba - tiba malaikat MAUT datang dan mencabut nyawa pakcik."


Si tua pakcik keparat itu terus terdiam.

26 comments:

AyKay said...

Long,

inilah tugas berat para pemimpin yg berada ditapuk kepimpinan dan boleh melakukan dasar2 bagi membendung gejala2 sebegini.

Bila maka Yahudi menyerang Gaza semua bangkit bingkas mengutuk tindakan kejam mereka, tapi bilamana tusukan demi tusukan aqidah datang menyerbu masyarakat kita, ada yg secara sambil lewa mengatakan inikan pilihan peribadi, hak individu, maka pilihlah yg mana satu....

Kita yg masih ada sedikit kesedaran, sama2lah mainkan peranan setakat mampu.

kayteeze said...

Eh eh.........betul laa.... tak sangka ya, mereka tu posing pakai gitu... ingat kat negeri omputeh je... Eeee...malunya...

Susahlah...nak tegur ni... setengah orang boleh terima, alhamdulillah. Cuma yang belum sedar tu kot2 mempengaruhi anak2 gadis yang kurang perhatian tu....

Perkara begini, payah nak diutarakan..lebih2 lagi kat media. Bila ada fatwa tentang yoga pun ramai yang melenting.....

yginsaf.com said...

me hingatkan "Si tua pakcik keparat itu terus PADAM".. ghitewww

ZARA ALUWI said...

Assalamualaikum Sdr. Abang Long,

Peserta yg mengikuti program itu perlu mencari diri mereka sendiri. Mereka sepatutnya bertanya kepada dirinya sendiri, mengapa atau perlukan memasuki pertandingan sedemikian?

Terpengaruh untuk mencari populariti dan kekayaan, mereka sanggup menggadai maruah diri dan bangsa. Dari perilaku mereka akan mencerminkan siapa diri mereka yang sebenarnya.

noorlara said...

Abang Long,
yang menyertai program realititu gadis melayu tapi bukan gadis Islam yg kamilah, nak salahkan sape.......tu le satu kelemahan lelaki pantang mengengok yg seksi dan dan lupe surga neraka walau umo kira dah dok tepi liang lahat cuma tak nampak jek...semoga Allah selamatkan generasi islam kita yg akan kini dan yg akan datang. Ibubapa dan masyarakat memikul amanah yg sama beratnye, nak buat ngan tidak jek

ez said...

salam..
salam kenal pak long..
pak long..sy sedih la..
emm..xtau nak kate ape..tepuk dada tanye iman

atty's said...

tak pernah tgk..citer nie

anda ditag,kalo free buat lor..ye

izman said...

kalau tanya nafsu memang nak tengok pertandingan ni

© Opah De said...

Sian kat pakcik tua tu. Mahu buat solat taubat Nasuha dia malam Jumaat ni... huhu... Yang opah tak faham, kenapa ada orang Melayu yang dibenarkan menyertai rancangan tu? Kalau gitu, sia-sia aje kita haramkan orang Melayu sertai acara Miss Malaysia dulu. Takkan nak buat undang-undang baru kot padahal dah jelas dan nyata, apa yang berlaku adalah haram.

manje said...

salam abg long

tak tau lak ada rancangan seumpama ini... huh dah byk sgt rancangan realiti yg terlalu 'bebas' mcm nih...

Neeza Shahril said...

hahaha!!! gelak sakan neeza baca situa pakcik keparat.. tak shenonoh shungguh dia kan... hehee..

ILA said...

Salam & kabare buat empunya blog ni
Bab ttg persembahan mreka ,ianya di luar kawalan kita.Siapa kita selain hanya skadar utk mgeluh di blog saja.
Tapi cukup memberikan pgertian & peringatan kpd rakan2 lain yg m'baca entry ini.
Namun Abg Long, Kalau ila buat survey...dlm 10 lelaki,bapa org je yg m'nolak dari menontonnya??
Kecuali kalau ada rancangan gusti sbagai pganti,ok gakkk...
heheheh

yginsaf.com said...

abang long, me send u email.. dapat x? hmmm

aNIe said...

Sekarang ni ntah aper2 ler program realiti yang disiarkan...sampai dah tak larat dah...tu le sekarang ni ramai anak2 muda yang rosak moral akhlak mereka...sebab terdedah dengan berbagai2 gejala nak glamer...sanggup lakukan apa saja...

Chekgu BaniHassim said...

mmg kene pulang paku buah keras nmpk kat pacik yg galak tuh...huhu

Rasha_rz said...

wawww...... lama kak ila tidak ke sini, komputer sakit. masuk2 je ke sini, ada yang panas rupa2nya. yg menariknya N3 ni lebih dahsyat pengunjung & pemberi komennya, mlebihi kesah cendol yang mengghairahkan di bawah sana. huiyo... dahsyat!

Rasha_rz said...

wawww...... lama kak ila tidak ke sini, komputer sakit. masuk2 je ke sini, ada yang panas rupa2nya. yg menariknya N3 ni lebih dahsyat pengunjung & pemberi komennya, mlebihi kesah cendol yang mengghairahkan di bawah sana. huiyo... dahsyat!

[S]itie [B]Um [B]Um said...

hm..pertandingan ratu cantik..org islam xleh join kan?? tp nape program realiti show yg ala2 ratu cantik gak diorng benarkan ek?? patut di kaji ni!!!

Nek Cun said...

Adinda Long... gadis-gadis melayu yang masuk program tu, bukan sahaja mereka yang rugi kerana harta mereka yang sepatutnya hanya menjadi hak suami mereka telah dapat dilihat oleh orang lain, tetapi mereka juga dengan tak secara langsung telah 'mengheret ibu bapa' mereka jalan ke neraka!... Na'uzubillahminzalit!...semoga anak cucu kita dilindungi Allah dari perkara yang sedemikian itu...

MaRyAm DzuLkifLi said...

salam paklong (ehh btl kn pggln ni~),,
1st time mrym btandang ke sini~hurmm...
bg mrym kan,,ni la name dia ghazwul fikri=perang pemikian yang org yahudi sedang tanamkan dalam diri org2 islam sejak dulu..

hidup skrg susah sangat..lagi2 jadi gadis di era zaman akhir zmn ni~tp bersyukur sgt mrym dilahirkan dlm fmly yg masih terjaga dr semua anasir xbaik nih...

tentang pandangan masyarakat yg setuju bende nih semua coz nak memenuhi tuntutan nafsu dunia semata...n pompuan2 tu bg mrym kan,,if tubuh diorang gemuk,itam cm arang n bebulu2 CONFIRM 100% diorg xkan nak masuk rancangan nih...diorang xbersyukur lgsg dgn keindahan tubuh yg Allah anugerahkan...pada hal keindahan tubuh tu cuma utk tatapan suami....

n tentang pakcik tuh,,dia kate dh akhir zmn ye~bia kita di akhir zaman tapi jangan kita yg jd gol ygmengakhirkan zaman..

untuk menegakkan syiar islam tu memang xmudah,,xpernah mudah...ade je liku2...tu la tugas kite sebagai muslimin akhir zmn...berjuang kembalikan zmn kgemilangan islam suatu wktu dahulu...sebab Allah dh janji..islam pasti akan menang..sekian wslm~

Abang Long said...

AyKay - Kita wajib melakukan amar makruf dan mencegah kemungkaran mengikut kemampuan kita.

------

kayteeze - Usahakan mengikut memampuan dan daya upaya kita.

------

yginsaf - Nasib bida masih baik ... hahahaha

------

ZARA ALUWI - Perlu diingat, AZAB Allah - Maha Dahsyat, tidak terperi, bagi mereka yang menentang hukum NYA.

------

noorlara - Tugas kita ialah menegur, itu adalah tugas yang WAJIB. Kelak kita akan dipersoalkan dihadapan Allah di alam Mahsyar.

------

ez - Kita tidak terlepas dari hukuman andainya kita tidak menegur.

------

atty's - Lebih baik jangan tengok.

------

Izman - Memang betul.

------

Opah De - Dari satu segi, gadis itu sudah HILANG perasaan MALU.

------

manje - Semakin hari masyarakat kita semakin parah.

------

Abang Long said...

Neeza Shahril - Inilah yang dinamakan - Tua nak mampos, tapi masih tak sedar diri.

------

ILA - Bila 'khalifah' lupa tentang IMAN.

------

aNIe - Ada yang kata inilah ISLAM HADHARI.

------

Chekgu BaniHassim - Yang penting, kita sudah bercakap.

------

Rasha r_z - Yang penting tugas kita selesai di dunia.

------

S B B - Itu yang hairannya ...

------

Nek Cun - Inilah akibat dari kurangnya IMAN. Dan tidak ada asas agama dalam keluarga.

------

Maryam - Seluruh umat Islam akan menanggung DOSA andainya tidak ada sipa yang berani menegur.

kuIna Jentayutiara said...

itu yg menyertai peraduan yg x ikut serta tp separuh bogel dijln pn ramai gak org kita..

bukankah nabi telah berpesan jauhi JALAN KEARAHNYA.. tp kita siap bagi jln kearah kemungkaran tu

Masy said...

mcm2 laaa mesia ni huhu

anasxz said...

sapa lawi yg jadi tokey my dream girl tu...

bisnes ma..

SARNIA said...

Abg Long inilah hasil kemajuan negara dan pengorbanan rakyat...