Kepada anda semua. Sambutlah HARI RAYA ILMU. Yang diadakan satu kali dalam satu tahun. Jangan lepaskan peluang ini.
Bukan mudah untuk mendapatkan bahan bacaan yang pelbagai dalam satu bangunan, didalam satu kawasan, dan seluruh penerbit yang menyertai pesta ini, bermurah hati memberikan pelbagai diskaun dan harga menarik untuk setiap produk buku yang dijual.
Kini, anda bukan sahaja berpeluang membeli buku dengan harga menarik, malahan ada penerbit yang memberikan 'harga runtuh' bagi hasil terbitan mereka.
Bukan setakat membeli buku. Pesta ini juga menjadi satu acara terbesar untuk para blogawan untuk bertemu buat pertama kali, kedua kali dan berkali - kali.
Disebelah kiri blog ini (left side bar). Abang long sengaja meletakkan beberapa buah buku yang harus dimiliki oleh peminat buku @ pencinta ilmu. Buku - buku tersebut mendapat reaksi dan maklumbalas yang baik dan hangat dari peminat buku.
"Menuntut ilmu adalah wajib bagi lelaki dan perempuan."
21 comments:
salam abang long,
maaf kerana saya begitu sibuk sekali sekarang ini... tak sempat nak balas emel atau cari orang spt yg abg long mohon tempohari... sbb semua student saya sedang berjuang dimedan peperiksaan sekarang ini. Masing2 sibuk mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan projek penyelidikan masing2.
*** tapi dlm kesibukan sempat juga bertemu rakan bloggers hari sabtu lepas...*** Mohon maaf kerana terlupa nak inform abang long... kalau idak tentu abg long dpt jumpa bro Zino...
Yes...Pesta Buku... aduish...tapi bila lah saya nak pergi ya...? harap dapat meluangkan masa ..anak2 dah merengek nak pergi...
saya dah dapat.. hehe
best nye org KL..sy ni kalo nk beli buku cuma harapkan kalo HASANI di SP tu buat potongan harga.. :)
hmm tp KLIBF ni pun awad la buat tgh2 bulan...gaji pun lum masuk...hehe
insyaAllah sampai ke sana, apatah lagi bila Arif setiap hari bagi hint "jom ke pesta buku!!", :)
teringin gak nak pegi, tapi tak tau lagi bila..cuti ujung minggu kut.
Insyaallah.
Long,
tak kesempatan nak p, tapi yg lepas2 ada p, fuyyyyyyo rameinyor manusia...
selamat beraya ilmu buat semua penggemar2 buku :)
Saya dah pergi semalam 20 April 2009.
salam abg..long..nanti kalo jumpa..atty beli
Salam perkenalan buat Abang Long,
Wah, sudah ke Pesta Buku? Banyak yang diborong?
Kalau terlanjur ke sana, carilah Hidayah Cinta di gerai PTS.
IlhamHamdani,
Canberra, Australia
me tak sempat gi pwtc lagikks..
salam hormat buat abg long.
saya sempat pergi minggu lepas.dari semua buku dlm list tu, satu pun saya xbeli lagi.Insyaallah, minggu ni pergi lagi skali.mesti beli buku2 tu
abg long..
sy x pegi lg pwtc...tp nak g gak..tp tunggu gajila bleh best sikit beli buku..heheh..setuju ngan kak luna..heheh...
buku wajib yg sy nak cari the secret..cri kat mph melaka aritu da abis..hehhe
sy merenung dr kejauhan dgn ke'jeles'an...
terima kasih Abg Long
berkongsi maklumat:D
abg long... tlg komen cerita *antu saya hari ni, kat blog saya. tq ek.
Salam Abg Long...
saya setiap tahun sejak beberapa tahun lepas adalah pengunjung tetap Pesta Buku tetapi...
akibat kesihatan ...kaki yang belum baik saya berkemungkinan besar tidak dapat hadirkan diri.
sedih...tapi tak apa..saya beli buku online
Salam abang long...
Terasa rugi sgt sebab tak dpt ke pesta Buku itu....maklumlah lesen keluar dpt sekejap je...tu pun dah petang....
Abang Long,
Nampaknya tak sempat jugak nak buat majlis penyerahan hadiah di pesta buku. Sabtu Ahad ni saya duty di gerai Karangkraf. Kalau Abg Long datang singgahlah...saya ada di gerai bawah dekat dengan booth Alaf.
bestnyeee!!!! sygnye blom gaji masa tu huuhuuuh~
Assalamualaikum Abang Long,
Memang meriah pesta buku berkenaan. Ramai kenalan penulis dapat ditemui. Namun ada juga penulis/blogger yg ingin saya temui tidak dapat bertemu, ini termasuklah Abang Long. Cuma dengar cerita rakan saja.
Post a Comment