Sunday, April 19, 2009

Kasih yang berkekalan.


Seredup wajah kasih.


Dalam beberapa minggu ini. Aku kerap berulang - alik ke kampong halaman aku di Taiping. Penat memang penat. Letih tidak tertanggung.


Ayah ku semakin uzur dan kesihatannya semakin merosot. Namun setiap kali pulang ke kampong, tidak banyak yang aku dapat bantu. Selain dari berbual dan memberikan sentuhan kasih sayang dari seorang anak kepada seorang ayah.


Bila aku pegang tangannya dan kupimpin untuk ke dapur atau ke bilik air. Air mata aku memang tidak dapat ditahan dari mengalir.


Tangan itulah yang menyentuh dan membelai aku diwaktu kecil. Tangan itulah yang memegang aku sewaktu bertatih. Tangan itulah yang banyak mendidik aku. Dan kini tangan ayah sudah semakin tidak bermaya. Hanya tinggal kulit dan tulang seorang tua.


Ingatan ayah juga semakin merosot. Ayah menjadi seorang yang pelupa. Hinggakan ayah terlupa beberapa perkara penting dalam hidupnya.


Ibu bercerita tentang perihal ayah yang menunggu kakak dan abangnya di muka pintu di tengah malam. Sedangkan kakak dan abangnya telah lama meninggal dunia.


Ibu aku juga uzur. Jika ayah menghidap penyakit paru - paru kronik. Ibu pula berhadapan dengan masalah penyakit Gout, dan kandungan asid dalam darahnya agak membimbangkan. Akibat penyakitnya itu, ibu menghadapi masalah untuk berjalan atau bergerak kemana - mana.


Hati siapa yang tidak bimbang ?


Sudahlah keadaan aku yang ... (Maaf, aku tidak mahu lagi menceritakan tentang nasib diri aku).


Setiap kali pulang ke rumah orang tua aku. Aku hanya mampu berdoa dan berdoa dan terus berdoa. Ada ketikanya aku merasakan bahawa aku sudah tiada iman lagi.


Beberapa hari lepas, sewaktu pulang ke kampong. Adik aku mengajak aku untuk mandi di air terjun Taiping. Aku tidak melepaskan peluang itu.


Tiba sahaja di air terjun. Aku terus sahaja masuk kedalam air dan berendam. Fikiran aku menjadi tenang sedikit.


Inilah enti bersejarah. Kerana inilah entri yang aku masukkan diwaktu petang dalam keadaan terlalu letih. Inilah entri buat kali pertama aku memasukkan wajah aku yang sebenar walaupun dalam sudut yang berbeza. Inilah entri yang buat kali pertama aku masukkan keadaan ayah ku yang uzur.

20 comments:

zino said...

kami dapat memahami nya.. di rumah kami pun ada seorang insan yg memerlukan bantuan sepenuh masa.. semuga tabah dan sabar dengan ujian Allah..

Nek Cun said...

Adinda Long... nekcun do'akan ayahanda adinda cepat sembuh dari penyakitnya. Itulah adat hidup ini, bila umur dah tua kita akan mula menghadapi segala penyakit yang mungkin akan menyerang pada bila-bila masa sajer!... kekadng tu, tak sempat tua pun, ada yang sudah mulai menghadapinya. Tetapi, anggaplah itu semua adalah dugaan Allah kepada hambanya. Sesungguhnya sesiapa yang selalu diduga oleh Allah, maka itu menunjukkan yang Allah sayang kepadanya!... InsyaAllah.

Anonymous said...

Tie rasa sayu laa... terus teringatkan ayah Tie tu, walaupun masih sihat lagi, rambut dah pun penuh memutih...

Jasa orang tua kita memang tak mampu kita balas....

Neeza Shahril said...

banyakkan bersabar Abang Long..
banyakkan berdoa..
teruskan berdoa sebab Allah tahu kekuatan iman seseorang..
jangan sesekali putus harapan ya..
lupa pulak nak bagi phone number yang abang long mintak tu.. nanti ya.. Insyaallah..

Puteri Satu said...

airmata saya yang bergenang membaca entry ni...apapun pernah melaluinya zaman arwah atok sakit dulu...dapat rasakan apa yang abang long rasakan...banyakkan bersabar ye...

Anonymous said...

salam abang long yg sedang berendam itteww..

ps.: abang long, me send u emel - apa citer? hmmm

cikceriacorner said...

sedih kan abg long..ape2 pon smga tabah ye..selagi mereka ada..kita hargai..
abg long..bestnye berendam kat dlm air tu..mesti segar kan..eheh

rudy bluehikari said...

anak yang menghargai ibubapa syurgalah balasannya. Seronoknya mandi air terjun. Lama dah tak berendam...wajib pergi ni.

AyKay said...

Long,

dalam sayu baca n3 ni, terasa pulak yg Long bertuah, kerana sempat menjaga kedua mereka ketika begini.
Saya hanya sempat menjaga arah ayah kerana arwah ibu pulang semasa saya berada nun jauh 12jam penerbangan kerana mengejar segulung ilmu.

semoga U tabah dgn dugaan, anggaplah spt peluang untuk mendapat keindahan hidup berilmu.

sally said...

abang Long,

Untungnya abang Long masih punya ayah dan ibu..
Biarpun uzur,
namun masih dpt ditatap wajah mereka, masih boleh digenggam tangan mereka,
masih boleh diusap bahu dan kepala,
masih boleh direnung mata mereka,
masih boleh dipeluk dan dicium wanginya...
dan masih boleh dimohon ampun sejala dosa...

Bersyukur la abang Long....

izman said...

saya doakan agar ayahanda dan bonda abg long akan pulih.

sabarlah dengan ujian ini, Allah sedang menguji hambanya.

Mak Su said...

saya fahami perasaan abang long itu. moga terus tabah.

Jie said...

Salam AbangLong

semoga lebih tabah dan sabar

Che Sue said...

salam abg long..selalu gak singgah sini.keluarga sebelah suami baru jumaat lepas kehilangan datuknya yg telah lama sakit.alangkah bertuahnya org tua tu kerana pergi mengadap Penciptanya pada hari yg mulia..sya baru jer balik dr kg suami berziarah.tambahan pulak cuti hujung mggu.anak2 yg ada program ditangguhkan.
bersabar ajer lah abg long kerana inilah tika n saatnya kita menghadapi karenah org tua kita sepertimana mereka melayani karenah anak2nya di waktu kecil dahulu..

dfario said...

Abg Long, jgnlah serabutkan fikiran abg long ttg ayah & bonda di kampung. InsyaAllah, kami sebagai anak2 & menantu mereka akan sentiasa berada disisi mereka bagi memenuhi segala keperluan & kehendak mereka selagi ada hayat mereka & selagi kami berkemampuan. Doakan yg terbaik utk mereka berdua. Jagalah kesihatan Abg Long. Semoga cepat sembuh.

Nukilan ida said...

salam ziarah....bersabar lah abg long.. Yang Maha Mengetahui takkan diberi ujian kepada kita yang tidak mampu kita hadapi..

m.q said...

sedihnya membaca
tentu tak sehebat sedih hati yg menanggung...
sedihnya melihat
tentu tak sehebat hati yg menanggung getar saat2 memimpin tgn ayahanda..

Indah Hairani said...

salam buat abanglong,
Hati saya tersentuh menghayati tulisan abanglong. Harap abang long tabah...sy yakin setiap pembaca akan berdoa untuk abah dan ibu abanglong..wasalam..harap abanglong tabah

-Ain-Dak In- said...

abg long.tatkala bukak blog abg long ni mata terus tertancap kat n3
ni..
syahdu sgt sehingga ain menitiskan air mata..
bukan ape...
perasaan abg long sama dgn perasaan ain ketika menjaga arwah ayah ketika sakit dulu...

tanggal 1/8/08 akhirnya ayah pergi jua mengadap illahi...

tok abg long...
sbg anak lelaki harap abg long tabah...
mmg perit nak terima kenyataan ni...
tp percayalah segala dugaan n cabaran ada hikmahnye...

semoga allah pjgkan usia beliau..
amin..

-ainnia-

PINATBATE said...

Salam kenal Abang Long..
Saya memahami situasi abang Long sebab saya pernah melihat mak dan abah saya menjaga ibu yang uzur sehingga akhir hayat mereka( kedua-dua nenek saya)

saya berdoa semuga Abang Long tabah dan kuatkan semangat..teruslah berdoa kepada Allah yang maha mendengar setiap permohonan hambanya..