Wednesday, April 29, 2009

Corat - coret Pesta Buku (3)


Kak Sharah. Buku Prima.


Setiap kali bertemu. Pasti ada sahaja yang kami akan bualkan. Kami akan bercerita mengenai novel, tanpa sebarang tapisan. Kami akan bincangkan mengenai pelbagai topik. Tetapi yang paling aku suka dengan insan yang seorang ini adalah, sikapnya yang begitu terbuka. Sedia menerima kritikan. Malah tidak keterlaluan, aku merasakan bahawa aku dan Kak Sharah adalah umpama - adik dan kakak.


Beliau adalah pembaca novel, peminat novel, penerbit novel dan pengurus besar BUKU PRIMA. Walaupun baru dua tahun berada di persada perbukuan. Namun, beliau adalah wanita yang cekal mengharungi badai. Mampu membawa novel terbitan Buku Prima setanding dengan ALAF 21, Creative Ent, KarnaDya dan lain - lain penerbit.


Antara yang membanggakan ialah Kak Sharah mampu bercerita tentang setiap novel yang dicetak dan diterbitkan oleh Buku Prima.


Setiap pengunjung pasti akan teruja dengan sikap ramah mesra Kak Sharah. Beliau bukan sekadar mempromosikan buku atau novel terbitan Buku Prima, malah mampu bercerita tentang kelebihan setiap novel.


Wajahnya kelihatan penuh ceria dan penuh keyakinan untuk memajukan syarikat Buku Prima, yang merupakan salah satu daripada anak syarikat Karangkraf Sendirian Berhad.


Apa yang pasti. Aku yakin Kak Sharah mampu membawa Buku PRIMA melangkah lebih jauh ke arah kecemerlangan.

8 comments:

chekgu Bani Hassim said...

byk ke shopping buku abg long??

Indah Hairani said...

Salam abang long..
sangat setuju dengan cerita abanglong ttg kak Syarah, org penting di Buku Prima. Dalam puluhan penulis Prima terselit saya yang sangat kecil..namun dia ttp nampak saya...itulah orangnya..wassalam

Abang Long said...

Chekgu BaniHassim - Banyak juga, penuh bonet kereta...

------

Indah Hairani - Dia mempunyai banyak kelebihan, dan yang penting ialah keikhlasannya untuk memajukan orang lain.

zino said...

nampak masih meriah dengan cerita pesta buku..

izman said...

argh... ruginya tak dapat ke pesta buku tu...

sally said...

kak syarah ni mcm library bergerak ya abang long? hehehe..mesti org nya comel dan petah berkata2..

Meriah sungguh pesta buku tu yaa..kalah 'Jom Heboh!'

Anonymous said...

tahun ni me x pergi book fair.. uhuhu

Mencari Sinar Bahagia @ Tommy said...

Salam abang long...

Boleh berkenalan ke...
Kalo boleh,singgahlar blog saya..
Hope to hear fr U soon..