Friday, April 03, 2009

MEMORI INDAH di TAIPING (12)


Cendol Taiping.

1 - "Pulut taruk kasi lebih."
2 - "Taruk kacang sikit lebih."
3 - "Gula merah lebih sikit."


Itulah ungkapan yang sudah sinonim buat mamak cendol di Taiping. Dan yang menariknya si mamak tidak pernah membantah, malah dengan gelengan kepala dan sedikit senyuman, si mamak hanya menjawab "bole, bole..."


Jangan takut. Harganya tetap sama.


Lokasi mamamk penjual cendol ialah seperti dibawah:


1 - Sebelah Restoran Bismillah (bertentangan dengan Jam Besar, Pasar Besar Taiping).
# Jam Besar Taiping, akan membunyikan siren bila tiba waktu berbuka dibulan Ramadhan. Dan bunyi siren itu akan kedengaran sejauh 5 km.
# Aku telah mula makan cendol disini sejak tahun 1978.


2 - Berhampiran Sekolah Menengah St. George Taiping.
# Jangan bimbang kerana kawasan parkir begitu banyak dan luas. Dan menariknya, anda boleh menikmati cendol dengan laksa. Dijual oleh seorang kakak. Dimana dia menjual dari atas motornya.


3 - Selang beberapa gerai ada sebuah lagi gerai mamak memjual cendol. Di gerai ini, anda boleh menikmati cendol dengan pasembor.
# Jadi kepada 'penggila' cendol. Jangan bimbang banyak gerai mamak cendol di Taiping. Tidak perlu berebut - rebut.


4 - Dihadapan Stesen Keretapi Taiping.
# Anda boleh menikmati cendol dan dalam masa yang sama menikmati kecantikan senibina Stesen Keretapi yang tertua di Malaysia.


5 - Sebelah bangunan MARA.


6 - Dibawah bangunan Supermarket Larut Matang.


7 - Berhampiran bangunan Pawagam Cathay. Jalan Tupai.


Tetapi yang paling sedap ialah disebelah Restoran Bismillah.


Ini adalah tips buat anda yang mahu membawa pulang cendol kerumah. Kalau rumah anda dekat dengan bandar Taiping. Contohnya: Beli sebungkus besar cendol. Dan pesan kepada mamak itu "jangan taruk ais, gula kasi lebih."


Dalam perjalanan pulang kerumah. Belilah ais (air batu) dimana - mana gerai. Dan campurkan ais dengan cendol yang telah dibeli. Maka hasilnya, cendol anda akan menjadi banyak. Tetapi harganya tetap sama. Seperkara lagi, bila anda membeli cendol tanpa ais, maka dalam perjalanan pulang kerumah, tiada ais yang akan cair. Maka rasanya tetap sedap.


Kepada penyokong Barisan Nasional dan PAKATAN RAKYAT yang sedang berkempen di Parlimen Bukit Gantang. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Cuba bayangkan, sewaktu anda sedang penat yang keterlaluan, hampir hilang tenaga, terlalu lapar dan terlalu dahaga. Tiba - tiba dihadapan anda:


Terhindang - Semangkuk CENDOL. Sepinggan LAKSA. Sepiring PASEMBOR.


Boleh MELELEH AYAQ LIOQ !

14 comments:

kuIna said...

baru pekena cendul pulut tp kat sini FATIN CONER la... tp guna ais kiub.. sy suka yg guna ais sagat/kisar..

sy prnh pekena kat sten ketapi tu sambil mengendap mengintai..

Irfa said...

emm..semua nak lebih sib baik harga tak terlebih.hehe.abg long dah makan cendol tu dr tahun 1978/
saya belum lahir lagi masa tu.

Puteri Satu said...

alahai..sedapnya abang long...asyik tunjuk makanan je nih..hish...

Neeza Shahril said...

neeza baru makan ABC dua hari lepas di MK.. cendol.. takde lah pulak.. kena suggest ni hehee..

Jie said...

Salam Abang Long...

bagai luluh hati melihat cendol itu....

kalau sy mengidam, ni abglong punya pasal la ni

Masy said...

sedapnye cendol puluttttt!!! tp sy tgh batuk skang ni... huhuhuh

Nek Cun said...

Adinda... nekcun memang tabik betul ngan orang Taiping kerana memang banyak makanan yg sedap2 kat Taiping dan yg best tu... harganya pun memang berpatutan... itulah yg agaknya ramai staff syarikat kami yg kalo dah dapat tukar balik Taiping tak mahu dah tukar ke tempat lain walaupun ditawarkan naik pangkat!... hehehe...

noorlara said...

ooit kecur namapk cendol, mai semangkok! kat Ipohpun ade, kat Jalam Maxwell dan kat sebelah temple Batu Gajah, sedap punyer.
Boleh cube kat sebelah Restoran Bismillah tu bile ke sana nanti.

ina said...

abg long,mmg cendol air sagat lagi best...skrg dorang lagi suka taruk ketul...tak ada umph aaa...

maklang said...

CENDOL ..SEDAAAAP....

lukmanw@gmail.com said...

Salam

Berikut adalah link macamana nak manafaatkan order cendul pulut;

http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/2009/03/order-cendol-dulu-baru-minta-pulut.html

Lukmanw

Mak Su said...

hah!!!!! (tekejut plaks)

saya penah gi mkn cendol kat bawah supermarket larut matang.... :)

Imma Yusri said...

ermmm memang tengah mencari cendol ni... buget nak makan cendol kat Kuala Kangsar... nak pekena ngan laksa kuala, tapi dah dengar cendol bismillah ni, terus berminat nak ke sane... thanz bro 4 da information.. hehehe

A humble and handsomeTaiping boy. said...

Whoa.. sedap ni... tak boleh tahan la.. sekolah mana?