Friday, January 09, 2009

TENTANG atau TATANG ?

Sebuah kisah PERJUANGAN.


Lima orang sahabat begitu bersemangat untuk menyertai demonstrasi ANTI ISRAEL @ ZIONIS LAKNATULLAH.


Mereka berkumpul di Starbuck, menikmati secawan kopi. Sambil menunggu seorang lagi rakan yang masih belum tiba. Mereka begitu sabar menunggu sambil menghirup kopi yang begitu enak sambil menghisap rokok jenama Dunhil.


Mereka terus berbual dalam bahasa rojak, antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Akhirnya, rakan yang ditunggu mucul jua. Sambil bersalaman dan bertanya khabar. Mereka terus sahaja bergerak menuju destinasi untuk berkumpul bersama ribuan lagi orang ramai yang dijangka menghadiri demonstrasi itu.


Apabila lalu dihadapan 7-Eleven. Seorang rakan lalu masuk kedalam kedai untuk membeli sedikit barangan sebagai bekal. Sejurus, rakan itu keluar dan menjinjit sebuah bungkusan yang berisi beberapa keping coklat KitKat dan beberapa botol air Coca-Cola.


Lalu barangan itu diagihkan kepada rakan - rakan yang lain. Namun seorang lagi rakan terpaksa masuk kembali ke dalam kedai 7-Eleven, kerana beliau telah kehabisan rokok, dan terus membeli rokok Benson & Hedges.


Dan dalam keadaan bersemangat mereka terus berjalan laju untuk bersatu dengan puluhan ribu rakyat yang sedang berkumpul untuk berdemonstrasi.


# Aku ingin sekali meliht Ulamak dan Mufti serta para Tuan Guru, memimpin umat Islam, dan berada dibarisan hadapan untuk berarak mengetuai perarakan demonstrasi. Dengan memakai JUBAH DAN BERSERBAN. Tentu ada kelainan !

# Ini sebuah kisah rekaan semata - mata. Tetapi, aku sendiri pernah melihat seorang pemuda yang bersemangat lalu melaungkan TAKBIR !!! sambil mengangkat tangan dan jarinya masih mengepit sepuntung rokok.

* Poster itu diambil dari Laman Web Persatuan Pengguna Islam, Malaysia.

9 comments:

NURAZZAH8 said...

jangan lupa hari sabtu di Stadium Melawati...datang beramai-ramai...jam 10 pg - 12 tghr...

anjuran: Aman Palestin (sebuah pertubuhan NGO)

NURAZZAH8 said...

maaf, Stadium Melawati , Shah Alam

Nek Cun said...

Adinda Long, kekadang itu yang susahnya kita di Malaysia nih... kalau kita baikot sangat barangn depa tuh, kang banyak pulak company bankrupt dan akan ramai pulaklah anak bangsa kita yang tak ada kerja. Contohnya ada anak saudara nekcun yang kerja kat Johnson & Jonhson kata, kalau syarikat tu tak boleh buat profit tahun nih, ramai pekerjanya akan diberhentikan termasuklah dia... jadi, kita tersepit di tengah-tengah nampaknya!...

noorlara said...

pekabo Abang Long?
itulah masalahnya kalau perjuangan atas dasar ikutan bukan atas kesedaran sendiri. Perjuangan perlu ilmu, iman dan kekuatan jiwa. Larapun dah start boikot barangan yg berkaitan ngan yahudi laknatullah tu. kalau bleh tak mau sesenpun duit kita bantu beli peluru untuk bunuh saudara sendiri di Palestin.

malam ni di stadium Perakpun ada perhimpunan untuk menyokong rakyat Palestin tu!

AyKay said...

Long,

Mengecam Zionis n kuncu2nya memang menjadi kemestian kita.

Boikot brg2 depa pun disokong penuh.

Tapi mungkin cerdik pandai dikalangan kita (dari segi agama dan ekonomi) perlu perjelaskan, tanpa dikuasai oleh emosi benci kita, kesan2 lepas boikot nanti.

Adakah kita ready menghadapi keadaan jika US consumers boikot brg2 electronic kita, cips dari penang, sawit kita, tektil products kita, dan export size kita terus gawat dari yg dah tengah gawat. Kita ada local plan ke?

silversarina said...

Saya jugak hampir melanggar bantahan boikot sebab lupa, nasib baik anak saya ingatkan dan terus letak kembali barangan ke atas rak, memang nak kena kuat semangat untuk terus boikot barangan yang biasa saya pakai sehari-hari.

CikguZue said...

kat Uk ni, kalau barangan berjenama spt yg disenarai, mudah dikesan dan mudah utk dielakkan. tapi tak sangka, kekadang sayur2an pun import dr Israel...slalu kena belek2 dulu baru beli.

maklang said...

memang ke boikot ni...anak2 sibuk dok tanya, KFC, Pizza Hut dan burger King tu tak leh makan dah ker sekarang?

aShaBuLz said...

kita kene kuatkan semangat untuk terus memboikot..memang agak sukar tapi cubalah sedaya mampu.

saya pun akan berusaha untuk tunjukkan pada israel yang mereka bukanlah paling berkuasa.

Allah sentiasa ada bersama orang yang benar..hoho