Wednesday, January 21, 2009

MEMORI INDAH di TAIPING (2)

KAYUHLAH ke Taman Tasek Taiping.


Aku mengambil masa selama 30 minit untuk sampai ke Taman Tasek Taiping. Itupun sudah terasa letih. Rasa tercungap - cungap. Baju yang aku pakai sudah lencun dek peluh. Kalau diperah, boleh dapat air satu baldi. Kalau 30 tahun yang lalu, aku boleh 'merempit' dengan rakan - rakan sekolah tidak sampai 15 minit dari rumah ke Taman Tasek Taiping.


Setibanya aku di satu lokasi. Aku berhenti dan tersenyum sendirian. Itulah lokasi dimana aku dan kawan - kawan sekolah sering melepak, sambil memberi makan beruk dan monyet. Dan itulah juga lokasinya dimana aku jatuh cinta pandang pertama, dengan seorang gadis yang bersekolah di Treacher Methodist Girls School atau ringkasnya TMGS. Mulanya cuma pandang - pandang, kemudian jeling - jeling, kemudian bertegur sapa, kemudian ... oh, terasa indah dunia aku diwaktu itu (akan diceritakan dilain episod), sayangnya waktu itu belum ada internet dan telefon bimbit.


Sewaktu aku bersendirian, menghirup udara segar sambil duduk diatas basikal tua. Tiba - tiba sahaja seorang lelaki berjambang datang memberikan salam. Lalu menegur aku. Rupanya aku sedang berada didalam kawasan petak untuk letak kereta. Hilang berkecai nostalgia aku. Sedih rasanya, tempat aku jatuh cinta pandang pertama telah dijadikan kawasan letak kereta.


Sambil tersenyum aku memohon maaf. Lalu beredar dari situ. Aku terus mengayuh. Mengelilingi Taman Tasek Taiping. Nasib baik aku tidak membawa pisang. Kalau tidak, sudah tentu aku dapat memberi makan monyet yang ada di Taman Tasek Taiping.


Memang meletihkan, walaupun aku belum berkayuh mengelilingi satu pusingan Taman Tasek. Kalau dahulu, aku boleh berlumba dengan kawan sekolah mengelilingi Taman Tasek itu hingga 5 kali pusingan. Dan masih sempat bersiul dan mengusik anak gadis sekolah Convent atau TMGS. Tapi kali ini, boleh hilang akal dan menambah bala kalau aku melakukan sedemikian.


Kalau aku buat juga, mungkin orang ingat aku sewel. Sudahlah naik basikal tua, rambut di kepala yang sudah memutih. Masih ada hati ...


Sampai disatu persimpangan, aku memperlahankan kayuhan basikal. Itu adalah lokasi bagi sesiapa yang hendak naik ke Bukit Larut atau lebih dikenali dengan panggilan Bukit Maxwell. Begitu banyak perubahan yang dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan. Dimana papan tanda yang disediakan begitu banyak dan jelas tanda tunjuk arahnya.


Dan aku terus berkayuh, lalu membelok ke kiri. Dan terus masuk ke Bandar Taiping, untuk membeli mee rebus.


Bersambung ...

27 comments:

NURAZZAH8 said...

Abang Long, alamak...tengok gambar pokok tua dengan dahannya mencecah seberang jalan kat Taman Tasik Taiping ni mengembalikan nostalgia saya juga! ...semasa sekolah rendah saya sekolah TMGS yang kat kaki bukit Maxwell tu dan tepi tasik tu...alahai...rindunya nak balik Taiping semula....

teringat kami berjalan kaki mendaki Bukit Maxwell sampai ke puncak...di tengah jalan hujan lebat..habis basah kuyup dan kasut saya putus tali... lalu berjalanlah berkaki ayam hingga atas...alahai......nostalgia menghirup udara petang di tepi tasik...

abang long..dah pandai mengurat ya masa sekolah....hehehe

AyKay said...

Long,
thanks for sharing ur memoires. i was also in Teapin for 7 yrs.

Masa mula2 kerje kena posting di Gunung Semanggol dan duduk d Kamunting Bukit Jana. Taman Tasek Taiping jadi tempat tumpuan hari minggu dgn isteri. Time tu baru kawin.

Udara sejuk tu antara sebab kami cepat beranak pinak kot. Kenangan sampai la nih,,, sampai dpt kak angkat yg baik

ILA said...

Seronok bila mengingatkan kmbali nostalgia dahulu.
Kalaulah ada doremon, tentu Abg Long ada peluang utk kmbali mjenguk di zaman itu:p

hehe..gurau je;)

@ju said...

Salam,
Saya pernah tinggal di Taiping sewaktu umur 4 @ 5 tahun....tak banyak memori yang boleh diingati..melainkan gelongsor besar yang ada di Taman Tasik Taiping itu...baru-baru ini saya kembali ke Taiping untuk menjejak semula memori indah itu...Taiping sudah banyak berubah...tapi syukurlah kerana gelongsor itu masih kekal di situ untuk saya tunjukkan kepada anak-anak saya tempat permainan ibunya sewaktu kecil.

Its me said...

allamak besambung la pulokkkk!!

cikMilah said...

Ai...ingat baik-naik Abang Long, jangan-jangan yang Abang Long mengurat tu , Nurazzah8 tak...hahahaha, jangan marah ya Azzah dan Abang Long...

izman said...

wah.3x, mengenang cinta pertama nampaknya abglong.

sesungguhnya nostalgia lalu memang boleh membuat kita mengelamun, apatah lagi kenangan manis.

NURAZZAH8 said...

tumpang lalu abang long,

cik Milah.......kahkahkahkah.....gelak guling-guling akak baca apa yang cik Milah tulis....
mungkin betul jugak tuh... tapi kan akak rasa masa akak sekolah rendah kat TMGS tuh, abang long tak pandai cakap lagi, masih pakai lampin lagi dan hisap susu botol lagik!!!

hehehe.;-))

Anonymous said...

Happy Wednesday! Bloghoppin' here... Hey, I have an interesting tutorial for you that I have written myself. It is about adding Adsense on your Single Post in XML template. I hope you'll like it! God Bless you!

maklang said...

memang seronok kalau ingat zaman muda2 kan...

abang long dah ok ke sekarang?

Abang Long said...

Wahai Puan Nurazzah8. Jom kita balik Taiping. Tentang bab mengurat tu akan diceritakan dalam episod akan datang.

Wahai Puan Jamilah. Rasanya tidak, sebab Abang Long mengurat gadis yang muda sedikit dari Abang long, manakala Abang long pula MUDA SEDIKIT dari Puan Nurazzah8. Hahahahahahahahahaha .... aku tak pernah buat statement macam ni ...

Abang Long said...

AyKay. TUNGGU ! Gunung Semanggol dimana ? maksudnya posting kerja atau apa ?

"Udara sejuk tu antara sebab kami cepat beranak pinak kot." Amboi ... ini statement ganas ni ..!!! hahahaha

Abang Long said...

ILA, dirumah memang ada doremon, tapi dibuat mainan ...


@ju, baru semalam kami anak beranak main gelongsor itu ... alahai ...


che_mie, ada 30 episod semuanya.

Abang Long said...

izman, sewaktu muda belia, memang banyak kenangan manis...


maklang, zaman muda ? hahahah ... sekarang sudah tua ... hahahaha

en_me said...

memori lamerr memang indah abang long.. kannns

chekdenoor said...

abg long..... so...ada sambungan ker kisah jatuh hati tu....heheheheh....ker atau sekadar cinta lama jer.....

m.q said...

wah...ada cerita ttg si jantong hati..huhuhu...
boleh buat novel la abglong

"mulanya di sini...tepeng"
hahahahah...

AyKay said...

Long, i ni dulu kerje buat2 bancuhan lepastu pam le kekolam tinggi2 sampai romah orang.
kan di Gunung Semanggol tu ada kompeni yg jaga air sampai lalani. Simpang 4 dkt masjid tu. Sykt induk tu dari luar negara, dulu i dgn kompeni orgputeh tu, pastu kena posting GSemanggol buat2 air lah.

cikMilah said...

Ohhhh ya ka.., Abang Long muda sedikit dari Azzah, dan Azzah pula muda sedikit dari cikMilah...
Tumpang lalu untuk Azzah ya..
kita dah clarify pasal ni masa jumpa Puan Silver hari tu..hehehe...pecah rahsia, ya adik-adikku sayang..!
Anyway.. mee rebuih Taiping mmg malatop!

Abang Long said...

en_me - memori lama memang indah ...


chekdenoor - tunggu sambungannya ...


masnie_qisrine - buat novel ? alahai ... nak tanya Encik Norden dari ALAF 21.


AyKay - tok wan abang long tinggal di Gunung Semanggol ....

Abang Long said...

Wahai CikMilah - semakin lama diceritakan kisah memori ini, semakin terbuka siapa DIRI Abang long yang sebenarnya.

Yang penting adalah kesabaran untuk terus mengikuti kisah selanjutnya dalam MEMORI INDAH di TAIPING. Sebab ada 30 episod semuanya.

Mak Su said...

saya berkenalan ngan taman tasik ni melalui hubby, dia orang taiping :)

selain tu, dia mesti bawak saya minum abc kat mall yang tepi bas stand tu.

IdaAnuar said...

salam..lama tak jenguk blog ababg long...pasal taiping ni mengingat kan saya pada bagan serai jugak...sungai bogak tahun 2001

noorlara said...

Abang Long,
Mengenang kisah silam kekadang bleh meleleh airmata atau tertawa sakan tak kurang juga yg membuat kita kesal atau bersyukur. Tak ada dulu mana ada sekarang, hidup ini seperti menyiapkan sebual novel, habis cerita habislah kita....kita tidak pernah terlewat untuk mencatat plot cerita yg molek-molek untuk dikenang nanti

Am said...

Memang menarik bila kembali ke tempat yang banyak memberi kenangan indah tapi yang tak menariknya bila banyak perubahan pada tempat itu

Neeza Shahril said...

memang Taiping bandar yang menyegarkan mata sebab penuh dengan rimbunan pokok kiri kanan jalan.. walaupun neeza rasanya baru sekali dua kesana tapi neeza ingat bab banyak pokok tu..

bestnya dapat jalan2 di taiping..

zino said...

teringat kisah bermalam di rumah rehat taiping.. kira2 6 tahun lalu.. lama dah tu..