Tuesday, July 01, 2008

Bicara Bisnes (1)

Syukur Alhamdulillah. Ini adalah langkah pertama aku di alam bisnes, yang sebelum ini, sememangnya telahpun aku ceburi, tetapi hanya dengan satu produk sahaja, iaitu menjual dadih. Tetapi, pada kali ini, jualan agak rencam. Selain dari dadih, aku juga menjual barangan herba.


Di meja jualan aku juga, seorang rakan telah menumpang untuk jualan barangan beliau. Dan aku mendapat komisen.


Untuk beberapa siri entri yang mendatang. Aku akan menceritakan segala pengalaman yang telah aku harungi, dalam satu hari, pengalaman berniaga secara kecil - kecilan. Dan bukan tujuan aku untuk mengajar sesiapa, tetapi lebih kepada untuk berkongsi cerita, berkongsi ilmu dan berkongsi pengalaman.


Walaupun jejak atau langkah aku umpama seorang anak kecil yang baru belajar A, B, C. Namun, InsyaAllah, pelbagai pengajaran yang aku kutip dan timba akan aku dedahkan untuk renungan bersama.


Yang penting adalah berusaha, walaupun perit, walaupun sakit. Dan di susuli dengan do'a dan bertawakkal kepada Allah.



Bukan mudah untuk melakukan sesuatu yang pertama di dalam hidup kita. Apatah lagi perkara itu tidak terfikir oleh kita akan dilakukan sendiri. Begitulah yang boleh aku perkatakan sebagai mukaddimah kepada entri Bicara Bisnes bahagian pertama ini.


Namun, keseronokan memang ada. Bukan sahaja kerana kita melihat 'wang masuk' tetapi semangat setiakawan, perpaduan dan kerjasama sesama peniaga begitu jelas kelihatan. Ada yang dengan bermurah hati, memberikan tunjuk ajar yang begitu bernilai. Yang pasti, Ekspo itu telah menerbitkan perasaan AKU BOLEH.

11 comments:

Ayu Mohamad said...

Alhamdulillah.......
mudah2an bertambah maju dan dipermudahkan Allah hendaknyaaa aminnnnnn

Juezura said...

Tahniah abang Long. Semoga abang long terus berjaya.

arsaili said...

salam abg long..wahhh bangga nya tengok abg long telah melangkah setapak ke hadapan...semoga suksess selalu..ada kat KT ni

Anonymous said...

all the best!

ILA said...

Salam Abg Long,dah lama tak mampir k sini.
Alhamdulilah....harap2 berjalan lancar apa yg di kehendaki.
terasa terkilan tidak mgetahui ttg pameran DI telok Gadong tu.kmungkinan pameran mana lagi, yg bakal A.Long sertai??
jgn lupa bagi tau kat ila ye:D

Kaktiny said...

yess. abang long boleh..
selagi kita fikir kita boleh.. pasti kita boleh lakukan.. Malaysia Boleh.. (?)hihihi..

Anonymous said...

Tahniah Abg Long, yg besar itu bermula dari yang kecil. Semuga semuanya selamat ya

CikguZue said...

Tahniah...semoga perniagaan tu diberkati dan dipermudahkan segalanya oleh Allah taala.

m.q said...

chaiyo chaiyo abglong

fusarium solani said...

tahniah abang long!

semoga diberkati Allah!

Abang Long said...

ayu - Alhamdulillah...

kak zue - TERIMA KASIH.

arsaili - TERIMA KASIH, bila nak jumpa ya ?

kak long - TERIMA KASIH.

ila - InsyaAllah.

kaktiny - Ya, aku boleh !

am - TERIMA KASIH.

cikguzue - TERIMA KASIH.

masni qisrine - gulp !!!!


fusarium solani - AMIN.