Friday, July 11, 2008

Bicara Bisnes (7)

Selangkah, bukan setapak.


Dalam usaha membina bisnes ini, aku mendapat pelbagai idea, cadangan dan maklumbalas yang begitu memberangsangkan. Tidak cukup dengan jejak yang ditinggalkan di Blog Abang Long. Para blogger mengirimkan emel secara persendirian.


Aku benar - benar menghargai setiap idea mahupun bantuan yang dihulurkan.


Kini, aku sedang mengorak langkah untuk maju setapak lagi. Dimana, perkara paling penting dalam bisnes ialah PROMOSI. Maka, beberapa orang teman yang mempunyai sedikit kepakaran dalam IT, telah memberikan cadangan, agar aku memasarkan produk melalui jaringan sistem internet.


Mulanya aku cuma tersenyum. Maaf, aku terasa seperti sebuah jenaka, agak kelakar juga. Bilamana, ada teman yang bersungguh - sungguh mencadangkan supaya aku menjadi blogger pertama yang mempromosikan barangan produk 'ala - ala pasar malam' atau 'ala pasar tani' dan disiarkan didalam internet.


Aku cuba bayangkan, seorang peniaga yang menjual char kuey tiaw, dan disiarkan bisnes mereka didalam internet. Bagaimana pembeli akan membeli secara 'on line' ? Memang melucukan. Maaf, aku belum dapat membayangkan bisnes cara itu. Hingga kini, aku masih lagi tersenyum sendirian. Dan, yang pasti perkara ini aku belum lagi suarakan kepada isteri aku. Kerana aku pasti akan ditertawakan.


Biarlah aku lakukan yang sudah sedia ada terlebih dahulu. Buat pengunjung yang baru, atau yang terlepas membaca entri aku yang terdahulu. Disini, aku mewar - warkan sekali lagi, bahawa aku akan membuka gerai tapak pasar tani. Dimana produk utama adalah DADIH. Buatan sendiri. Anda adalah dialu - alukan untuk mengunjungi tapak gerai abang long seperti tercatat dibawah.


Lokasi: Seksyen 7, Shah Alam. (belakang gerai makan Medan Selera).
Tarikh: 13 hb Julai 2008 (Ahad).
Waktu: 4.00 p.m - 10.00 p.m.


Lokasi: Jalan Sri Sarawak 18, Taman Sri Andalas, Klang.
Tarikh: 19 hb Julai 2008 (Sabtu)
Waktu: 7.00 a.m - 12.00 a.m


Untuk makluman pengunjung sekalian. Bersempena dengan pembukaan tapak pertama di Shah Alam itu. Maka dadih akan dijual dengan harga PROMOSI. Iaitu dijual dengan harga RM1.20 satu bekas. Dimana harga pasaran semasa adalah RM1.30 satu bekas. Disaat harga minyak naik menggila. Produk dadih aku masih dijual dengan harga sebelum kenaikan harga minyak. Malahan, dikurangkan pula harganya.


Yang penting, anda merasa dahulu dadih itu. InsyaAllah, setakat ini, dadih itu telah mendapat sambutan dan maklumbalas yang baik dari orang ramai, dimana aku juga bersedia menerima tempahan untuk sebarang majlis.


TETAPI. Perlu diingat, dadih itu hanya dijual dan dihantar secara PERCUMA di kawasan sekitar Klang, Pelabuhan Klang, Bandar Sultan Suleiman, Bukit Tinggi, Kampung Jawa, Sri Andalas dan Shah Alam sahaja.

10 comments:

KAKTINY said...

Abang Long.. jgn diperlekehkan dunia IT nih.. bagi kawan yang mensarankan promosi menggunakan jaringan internet mmg bagus tau..

Jgn ler bg contoh org yang berniaga 'char kue tiaw'.. bang long kan jual DADIH.. boleh dikomersialkan dgn promosi di internet lah..

ada kawan blogger yang terror IT tu, mintaklah tolong ajarkan.. saya yang "kureng ilmu IT' ni pun dok main order online jer.. bolehlah abang long..

contact kawan yang terror IT tu, minta tolong ajarkan.. jgn dok gelak2 plak.. (kalau Sir. Alexander Graham Bell tak 'gila' kerana nak cipta telefon, mana mungkin kita mampu ada 3G skrg ini..)

Cuba dulu buat promosi web nih.. silap2 tak sempat tangan cik kak kat umah tu nak kering - dah ada tempahan baru.. abang long pun entahnya kena naik turun utara selatan utk hantar tempahan..

Allah kan dah janjikan rezeki pada yang berusaha.. banag long org berniaga mesti tahu yang jual pagi ni takkan nak dpt untung seribu malam ni.. berdikit-dikit ler..

mesti boleh punyer.. org berniaga otak kena kreatif, sayap kena lebar, akal kena panjang, hati kena cekal.. jgn mudah patah hati.. walaupun rugi tetap bersemangat.. sentiasa percaya hari esok..

so.. abang long boleh kan kan kan..

(hahaha.. kan dah kena bebel pepagi buta nih..)

masni qisrine said...

sy sokong cadangan bisnes melalui internet tu
try la abglong

wbgmanapun,
terpulang pd abglong lah bila nk laksanakannya...
chaiyo! chaiyo!

Mak Su said...

abang long, jgn malu, itu namanya teknik jurus ke tujuhpuluh delapan iaitu jurus "mengusha market"...terai ler.

fusarium solani said...

Abang Long,
Buka minda dan mata..
Jangan taku atau malu nak minta tolong budak IT itu kaedah promosi. Kalau nak buat rancangan perniagaan atau apa-apa hal pemasaran/iklan saya boleh tolong (Aliff bekas graduan pengiklanan). Insyallah, kat seksyen 7 yer..nanti tengok kite sempat jumpa tak.

zino said...

abang long..
kalau fikirkan char kueh tiew oder online macam boleh gelak.. tapi business IT ni macam macam ada..

kaktiny dah cerita panjang lebar tu.. orang IT lah katakan hehe..(agak je)

tapi abang long boleh fikirkan benda lain yg boleh di online kan.. produk yg orang luar nak bukan org malaysia je.. ada kaedah buat tempatan kaedah bayaran dan abang long pulak mengirim dalam tempuh tertentu..

makna nya kena banyak barang yg boeh di niaga kan kena banyak cara utk di niagakan..

good luck abang long..

Abang Long said...

kaktiny - TERIMA KASIH, idea yang memang menarik.

Abang Long said...

masnie qisrine - memang idea yang menarik !

Abang Long said...

mak su - 'mengusha market' ... hmmmmm

Abang Long said...

fusarium solani - nanti kita bincang.

Abang Long said...

zino - bolehkah kita duduk semeja ?