Saturday, July 26, 2008

Bicara Bisnes (11)

Keluar dari 'neraka'.


Namanya, Surau Tepi Sungai, Bandar DiRaja Klang. Bangunan itulah saksi utama.


Sejurus selepas menemui seorang manusia yang begitu terkenal seantero Malaya. Selesai berjabat tangan dan mengakhiri satu 'aku janji'. Tiada lagi 'talian hayat' ! Yang pasti menyesakkan dada dan fikiran.


Ya, dibangunan itulah, aku sebagai seorang muslim, meletakkan tubuh aku serapat - rapatnya ke 'tanah'. Mencium lantai yang beralaskan sejadah. Sujud syukur kerana telah 'melepasi' pintu neraka.


Kini, aku adalah manusia bebas. Baru aku 'nampak' dunia. Walaupun cermin mata aku telah kabur dan mesti ditukar dalam kadar segera. InsyaAllah, bila dapat untung nanti, aku akan tukar, pujuk diri sendiri.


Disaat genting sebegini, walaupun talian hayat 'neraka' telah 'langsai'. Tetapi, talian hayat yang 'sebenar' pula menghadapi masalah. Yang pasti, aku sekarang agak 'cacat'. Tetapi bukan OKU. Alat komunikasi, alat sebaran dan alat untuk menghubungi yang tersayang. Alah... telefon bimbit aku. Telah 'dibasuh' didalam mesin basuh. Hasil 'kreativiti' jari jemari si kecil dirumahku. Duit lagi ... nasiblah... labu... InsyaAllah, bila dapat untung, aku akan beli yang baru.


Satu persatu ujian telah ENGKAU berikan kepada aku. Aku redha.


TERIMA KASIH kepada insan yang telah membantu aku dalam KES ini.

8 comments:

marjerin said...

yup..aku setuju kerana INSAN tu lah yang akan selalu memnolong kita dikala kesusahan kalau kita sering ingat pada Dia..

arsaili said...

salam...terus tabah!

fusarium solani said...

salam,
abang long,

kesian, kene mesin yer? kakak saya anaknya celup hp dlm air kopi, jadi biskut he!he!he!

bila diberikan kemudahan, maka bersyukurlah dan teruskan dengan tawakal abang long.

doa saya untukmu sentiasa ada, insyallah.

lla said...

Klu talian hayat tak ada, mati kutulah saya dibuatnya . Susah nak contact kwn2 ajak gi ngeteh .Lgpun bukan jenis menghafal no phone . Sebab tu buat back-up . Satu ada problem, ada satu lagi talian hayat yg blh digunakan . hahaha.... ape2 je la labu .

silversarina said...

salam,

Alhamdulillah , kini saya doakan agar abang long terus melangkah maju ke depan dan InsyaAllah talian hayat yang terbasuh itu dapat diganti tak lama lagi.

kalau ada masa sudilah ke entry baru saya ada saya sebut nama abang long .

zino said...

adik zino pernah "basuh" HP dia..lepas tu eluarkan buka segala yg boleh buka jemur dan biarkan kering.. jangan cuba2 on kan..

dia punya dah boleh guna sprt biasa..

CIKGU PANJI said...

Semoga sagala usaha akan membuahkan hasil suatu hari nanti.

PuteriSatu said...

alahai....siannya...dah dapat gantikan abang long....alhamdulillah...saya tetap doakan abang long..tau...