Wednesday, July 02, 2008

Bicara Bisnes (2)

Oh along, aku tiada pilihan !


Barang jualan atau produk telah ada. Lokasinya juga telah ada. Tetapi ada satu perkara yang benar - benar merungsingkan. Sehingga ke tarikh akhir, iaitu 1 hari sebelum pembukaan tapak. Aku masih belum menyelesaikan bayaran deposit.


Inilah beban terakhir yang aku fikirkan. Air mata pilu seperti menunggu masa untuk keluar. Aku pergi ke 4 buah bank. Menyatakan hasrat untuk membuat pinjaman. Sewaktu di kaunter pertanyaan lagi, pegawai bank telah menunjukkan tanda - tanda yang aku tidak akan beroleh pinjaman. Sewaktu bertemu dengan pegawai bertugas, mereka memandang aku dengan pandangan sinis. Manakan tidak. Aku hanya mahu meminjam wang sebanyak RM500 sahaja.


Pegawai bank menasihati aku supaya mengambil pinjaman, sekurang - kurangnya RM5,000. Tetapi, persoalannya adalah, aku bukannya hendak membuka perniagaan yang besar. Cuma aku hendak membuka sebuah tapak kecil sahaja.


Untuk apa aku perlu membuat pinjaman yang besar. Aku cuma hendak membeli payung, meja jualan, papan plywood, plastik barang dan bekas untuk simpan duit. Itu sahaja. Termasuklah wang deposit sebanyak RM50.00 untuk satu tapak. Dimana, jumlah keseluruhan, lebih kurang RM400.


Itu adalah barangan asas untuk memulakan perniagaan kecil - kecilan.


Setelah puas merayu untuk mendapatkan bantuan kewangan dari saudara - mara gagal. Pihak bank juga menunjukkan reaksi yang sama. Akhirnya, aku nekad. Aku sudah tiada pilihan lain. Dengan berat hati aku berkunjung ke sebuah premis yang memberikan pinjaman. Aku terpaksa bertemu along.


Prosesnya begitu mudah. Usai mendapat wang. Aku terus ke pejabat urusetia program. Membayar wang bagi tapak perniagaan.


Namun, harus diingat. Wang yang diperolehi hasil perniagaan itu. Bukan menjadi hak mutlak milik aku. RM200 terus sahaja aku serahkan kepada along. RM200 mesti diketepikan terlebih dahulu, untuk membayar harga barang yang aku perolehi dari syarikat herba tersebut. Bakinya, sebanyak RM35, aku simpan untuk modal pusingan.


Ini bermakna, aku belum lagi mendapat wang untung bersih. Apatah lagi mendapat wang yang boleh menyara kehidupan aku sekeluarga. Aku terima, inilah hakikatnya.

10 comments:

masni qisrine said...

alaaa..jgn la pinjam along...

KAKTINY said...

takkan bank tak bagi nak pinjam RM500?.. RM5,000 boleh bagi, 500 tak leh bagi.. melampau betul.. bank mana tu?.. nanti saya call chairman dia..

kenapa tak try minta kat koperasi tekun (bawah mecd tuh).. takpun cari mana2 koperasi kat area abang long tu and jadi ahli..

byk sbnrnya cara utk dapatkan modal berniaga.. tapi kena betul salurannya.. takkan agro bank pun mengada2 jugak?.. RM500.. tak bagi?.. musykil musykil..

lla said...

Berakit2 ke hulu abg long . Sesungguhnya jalan menuju kejayaan memang penuh onak dan duri . InsyaAllah suatu hari nanti abg long pasti akan merasa kemanisannya. Semoga langkah pertama ini akan menjadi perintis kepada abg long untuk bergelar usahawan berjaya pada hari yang telah ditentukan-Nya .

fusarium solani said...

next time jangan pinjam along...
kalau nak sertai skim bawah mecd tuh...banyak cara abang long!

pernah susah said...

secara logiknya mana ada bank bagi pinjaman RM500.

kan ada saudara mara, takan tak boleh membantu wang sebanyak itu.

sy pernah jugak susah, takde duit...pegi pajak gadai..buat muka tebal gadai rantai isteri untuk dpt duit sebanyak RM160.

Rasha_rz said...

bukan ke along tukang bagi orang pinjam duit lepas tu ugut?

p/s gurau je. jangan marah ha, nanti kena jual...

Abang Long said...

masni qisrine - waktu itu, memang terdesak ....

kaktinya - tiada satu pun bank yang sudi memberikan pinjaman sebanyak itu, dan fikiran memang buntu untuk mencari sumber modal.


lla - ya, yang penting berusaha...

fusarium solani - sebenarnya, bila waktu sudah terlalu suntuk, abang long sudah tidak punya banyak masa untuk berfikir.

pernah susah - tidak terfikir untuk menggadai barang kemas isteri...

rasha_ra - sao je aku ....hehehehe

lookkg481 said...

aslmkm....

lebih baik gadai barang kemas dari pinjam along...barang kemas boleh tebus balik..pinjam along kalau tak kena gaya barang kemas yang ada pun tak buleh nak selesaikan hutang along....

saya percaya isteri saudara lebih rela digadaikan barang kemasnya jika dibawa berbincang daripada meminjam daripada along...

cuma pendapat saya...

PuteriSatu said...

alahai abang long...klu saya tahu...insyaallah saya boleh dulukan duit saya....

dfario said...

Bila masa abg long minta pinjam dgn saudara mara???

Kami semua tak tahu apa2 pun????