Tuesday, July 15, 2008

Bicara Bisnes (9)

Kisah 1 - Belum masuk, sudah keluar.


Selama ini, aku tidak pernah mengambil berat tentang hal tersebut. Walaupun dari sudut ekonomi, ianya membayangkan sesuatu yang tidak baik. Kerana, selama ini, sewaktu aku bekerja 'makan gaji', aku tidak pernah berbelanja melebihi pendapatan.


Tiba - tiba, pada hari Ahad yang lalu, iaitu sewaktu aku sedang bersiap untuk bertolak ke tapak pasar tani di Shah Alam. Anakku yang sulung bertanya "abah, gerai kita tak pakai lampu kah ?"


Aku bertanya kembali "untuk apa ?" Lalu anakku menyuarakan persoalan yang bermain difikirannya "bukankah kita akan berniaga sampai malam ?" "takkan tak pakai lampu ?"


"Astagfirullah hal'azim..." aku mengucap panjang. Bagaimana persoalan yang paling utama ini aku boleh terlepas pandang. Maklumlah, selama ini, aku memang tidak pernah berniaga, apatah lagi berniaga pasar malam. Sewaktu berniaga di tapak ekspo tempohari. Setiap tapak dibekalkan dengan lampu.


Hanya tinggal dua jam sebelum bertolak. Aku masih berkira - kira. Maklumlah, untuk dua kali membuka gerai, aku belum lagi mendapat untung bersih, cuma pulang modal sahaja. Sekarang, aku terpaksa mengeluarkan perbelanjaan lagi. Bagi membeli lampu.


Sekarang baru aku faham, mengapa ramai orang seperti tidak percaya, yang aku mahu membuka gerai dengan modal yang sedikit. Rupanya, masih ada lagi perbelanjaan 'tersembunyi' yang tidak diketahui. Selepas ini, aku tidak tahu, apa lagi yang harus aku beli. Macam nak pitam ... hahahaha


# Aku bersyukur kepada MU, Ya Allah. Ujian dari Mu begitu hebat !




Kisah 2 - " Yang mana satu, makcik ?"


Aku sengaja 'menyerahkan' bahagian urus niaga produk dadih kepada anak ku. Kerana itulah produk yang paling mudah untuk dilakukan. Dan kelihatan anak - anakku begitu gembira menjalankan urusan dibahagian itu.


Alhamdulillah, sebanyak 56 gelas dadih berjaya dijual. Dan bakinya, sebanyak 4 bekas, aku sedekahkan kepada peniaga yang menjadi jiran gerai aku.


Sewaktu baki dadih aku berikan kepada jiran gerai. Anak ku tidak menyedari yang bekas meletakkan dadih telah kosong. Tiba - tiba, seorang makcik datang dan melihat bekas tersebut, dan dengan spontan juga anakku bertanya "yang mana satu makcik ?" Tiba - tiba anakku menjadi kaget. "Eh, mana dadih tadi...?"


# Aku kasihan melihat anak ku yang terlalu letih membantu aku. Bila sampai ke rumah, jam 11.20 malam. Tanpa membersihkan tubuh, mereka terus terlena, dan esoknya, mereka perlu bangun awal untuk ke sekolah. Aku berasa zalim kepada mereka. Aku berkira - kira untuk membuka gerai secara berseorangan selepas ini.

20 comments:

masni qisrine said...

tapi sy tgk ank2 abglong begitu gembira dpt tlg abglong
mungkin mrk sndiri merasa bangga
menjadi sebahagian dr tulang belakang keluarga

PuteriSatu said...

Satu hari nanti abang long mesti jadi seorang bisnesman yang cukup berjaya...percayalah...dan saya pasti akan sentiasa doakan abang long...insyaallah...

abang long kena kuat melalui setiap dugaan yang datang...sebab orang yang berjaya...takkan berjaya tanpa dugaan yang mencabar...

KAKTINY said...

abang long.. pendapat dua kupang saya.. kalau anak2 abang long MAHU dan BOLEH catch up berniaga dan belajar.. biar mereka teruskan.. jgn dihalang..

mungkin itu akan jadi pembakar semangat utk mereka lebih berjaya dlm pelajaran.. mereka lebih menghargai erti 'kesusahan' dan 'keazaman'..

semoga mereka ada tekad menyatakan bahawa.."aku tahu susah ayah nak cari duit.. jadinya, aku nak belajar betul2 supaya ayah tak susah2 lagi macam ni.. aku nak bukak kedai atau kilang utk ayah.."

dan jika mereka berjaya nanti, dgn bangganya mereka boleh ceritakan - "aku dulu masa belajar, tolong ayah aku jual dadih kat pasar malam.."

jadinyer, bagi peluang pada mereka buktikan kemampuan mereka..

nurazzah8 said...

abang long, Alhamdulillah anak2 bersemangat utk menolong. Galakkkan mereka, cuma jangan sampai pelajaran terabai.

Saya ingin sekali pergi ke gerai abang long, tapi hai Ahad sekolah anak ada sukan, balik dah lewat tghr... balik tu terus lepak... bila dah malam baru teringat...rasanya waktu itu gerai abang long dah tutup...

atakpe...lain kali InsyaAllah saya datang.

CRAZY BEAUTIFUL88 said...

salam...anak-anak abang long begitu sayangkan abang long. kita sebagai mak bapak mesti terharu bila anak-anak sudi menolong

Mak Su said...

berniaga mmg byk dugaan, semoga abang long sentiasa alert

Noushy Syah said...

Salamz Abg Long..

Selamat berjaya in the new bzs,things would be better insyaallah.

Take care.

abanglong said...

salam abang long.
tahniah kerana mempunyai semangat dan dorongan keluarga yg kuat. and sy doakan moga abang sekeluarga berjaya, insyaALLAH.

tentang keluar sebelum masuk.. dlm perniagaan ni, itu dikira modal. usaha kita dan pengorbanan kita itu adalah modal. semangat dan keazaman itupun adalah modal walaupun itu semua tidak ada kayu pengukurnya.
dan modal itu boleh diibaratkan semasa orang memanah. tali busur ditarik kebelakang dengan kuat dan tegang baru dilepaskan. semakin kuat kita tarik kebelakang, semakin jauh panah itu meluncur dan semakin laju ia pergi. bermaksud, jika kita nak maju; segala modal modal tadi- kita terpaksa memberi perhatian dan tumpuan yg semaksima mungkin :)
insyaALLAH sukses..

ILA said...

gerai pasar malam ye??
pasar malam mana tu abg long??

fusarium solani said...

kalau anak nak membantu, biarkan. bila mereka rasa kesusahan, insyallah mereka akan tahu menghargai kesenangan hidup.

namun jaga pelajaran mereka abang long.

semoga terus berjaya!

Abang Long said...

masni qisrine - memang seronok, sampai rumah tidur tak sedar diri...

Abang Long said...

puterisatu - betul dan benar sekali, kena kuatkan semangat !

Abang Long said...

kaktinya - Abang long simpan kata - kata yang diberikan !

Abang Long said...

nurazzah8 - TERIMA KASIH atas SEGALANYA !

Abang Long said...

crazy beautifull88 - memang benar - benar terharu. Yang penting sikap dan kasih sayang mesti ada.

Abang Long said...

mak su - betul tu, MESTI alert sentiasa....

Abang Long said...

noushy syah - TERIMA KASIH atas do'a itu.

Abang Long said...

abanglong - TERIMA KASIH atas kata kata perangsang itu. Saya amat menghargainya !

Abang Long said...

ila - di Sri Andalas dan Sek. 7, Shah Alam.

Abang Long said...

fusarium solani - TERIMA KASIH atas pendapat yang diberikan. Amat dihargai.