Sunday, July 20, 2008

Bicara Bisnes (10)

Bisnes BATU atau SABUT.


Satu analisis kritikal.


Walaupun baru 5 kali aku membuka tapak gerai. Iaitu, satu di ekspo, 1 di Seksyen 7, Shah Alam, dan 3 di Sri Andalas, Klang. Namun, kesemuanya belum menampakkan hasil yang baik dan menguntungkan. Semuanya masih dalam kategori 'belum pulang modal'.


Aku merasakan kehidupan aku semakin perit, semakin azab, semakin derita. Sedih, memang sedih. Pilu, memang pilu. Sayu, memang sayu.


Semua langkah yang diambil hanya menunjukkan tanda KEGAGALAN.


Sebagai peniaga, kita mesti sentiasa 'alert'. Ya, aku memang 'alert' dengan situasi sekeliling. Malahan, setiap pergolakan di sekitar aku, yang membabitkan 'perebutan' untuk mengambil hati rakyat oleh dua parti terbesar tanah air juga aku ambil berat. Parti mana yang hendak menjalankan program, dan ada slot bisnes, maka, aku tidak teragak - agak untuk turut serta menambah pendapatan.


Perincian yang membuatkan aku gundah gulana:


Bagi satu tapak, aku perlu membayar sebanyak RM20.00 kepada pihak FAMA negeri. Dan bagi tapak di Sri Andalas, aku perlu membayar wang tambahan sebanyak RM20.00, untuk urusan kebajikan peserta tapak. Manakala bagi tapak di Sek. 7, Shah Alam, aku perlu membayar sebanyak RM30.00 bagi tujuan pemasangan kanopi dan bekalan elektrik.


Ini bermakna. RM50.00 untuk satu tapak di Shah Alam.
RM40.00 X 3 = RM120.00 untuk tapak di Klang.
RM50.00 bagi ekspo.


Duit minyak bagi 5 kali perjalanan untuk setiap tapak = RM50.00.


Jumlahnya: RM270.00


Ini tidak termasuk duit tol, makan minum dan bayaran untuk penggunaan tandas.


Wang masuk atau keuntungan untuk semua tapak adalah sebanyak RM160.00. (bab ini, aku bukan lagi rasa macam nak menangis, tapi memang aku sedang menangis !)


Ini bermakna, wang untuk pelepasan hutang kepada orang tertentu, belum dapat dilangsaikan dalam jarak waktu terdekat.


Setakat ini, aku belum mampu untuk membeli generator yang berharga sekitar RM300.00 (aku tidak pasti, ada pengunjung yang tahu harga yang lebih rendah dari itu).


Ramai teman peniaga yang menyarankan aku supaya membeli beberapa buah bakul besar. Sebagai kemudahan untuk meletakkan barangan supaya tahan lama. Ini kerana buat masa ini, aku hanya menggunakan kotak kertas sahaja. Dimana, bakul besar itu boleh dibeli dipejabat FAMA dengan harga RM25.00 (peniaga tidak pasti berapa harga sekarang, kerana itu adalah harga 2 tahun lepas). Dan meneliti kuantiti barangan yang aku bawa, mereka menyarankan supaya aku membeli 3 buah (paling minimum). Aku hanya tersenyum tawar dengan saranan itu. Yang pasti, aku sudah terasa hendak pitam.


Faktor cuaca. Ada orang kata, hujan membawa rezeki. Ya, aku percaya. Dimana, dalam 5 kali aku buka tapak gerai. 3 kali, hujan turun mencurah - curah lebatnya. Dan aku hanya menerima 'kunjungan' seramai kurang dari 10 orang. Dan hanya 4 orang membeli dadih, manakala seramai 6 orang hanya 'melihat' barang dagangan yang aku bawa.


SEBARAN AM. Dengan kemudahan teknologi yang ada. Aku gunakan semaksimum mungkin. Aku edarkan pamplet atau risalah tentang produk dadih dan barangan herba, melalui blog ini, emel, diedarkan ke seluruh masjid dan surau sekitar Klang dan Pelabuhan Klang. Malahan, aku edarkan kepada ahli UMNO, PAS, KeADILan dan DAP. Sewaktu mereka hendak bermesyuarat. Wang untuk fotostat sahaja telah mencecah RM60.00 (nasib baik ada tabung anak).


Dan setakat ini, aku hanya menerima tempahan dadih sebanyak 200 bekas untuk sebuah program DAP cawangan Pandamaran. Penghantaran adalah PERCUMA, kerana Pandamaran termasuk di dalam Parlimen Pelabuhan Klang.


Aku mendapat nasihat dan teguran dari peniaga yang bersimpati. Dimana, mereka menyatakan bahawa produk yang aku niagakan tidak bersesuaian dengan 'tema' lokasi perniagaan. "Cuba, Saudara perhati, cuma Saudara seorang sahaja yang berniaga barangan herba, dan dadih, dan yang 'bergerak' hanyalah dadih. Barangan herba ni, sesuai untuk tapak ekspo atau pameran perniagaan atau pesta, abang nasihatkan supaya kamu cuba perniagaan kering, seperti jual ikan kering dan ulam - ulam..."


Aku hanya memandang anak mata peniaga senior ini dengan pandangan yang cukup sayu. Terharu dengan nasihat yang begitu ikhlas untuk membantu saudara sebangsa dan seagama.


Bila aku perhatikan senarai tapak yang disediakan oleh FAMA, didapati hampir satu ratus tapak jualan disediakan. Tetapi, hingga kini, aku hanya dapat memilih dua lokasi sahaja, iaitu di Sri Andalas dan Shah Alam. Itupun, aku terpaksa pilih kerana lokasinya yang berdekatan dengan rumahku. Faktor utama adalah kerana, van yang aku gunakan tidak mampu untuk bergerak jauh, itupun van itu aku pinjam (dari mertua aku).


Setiap tapak perniagaan dibawah FAMA, maka kanopi dan lampu disediakan oleh pihak penganjur. Ini bermakna, jika aku berhasrat untuk membuka tapak gerai pasar malam dibawah JKKK. Maka payung sendiri mesti dibawa, setakat ini aku hanya ada sekaki payung sebesar 8 X 8 dan keadaan payung itu juga telah koyak sedikit. Ramai peniaga yang menyarankan supaya aku membeli kanopi. Kerana zaman berniaga menggunakan payung sudah tidak relevan lagi. Malahan penggunaan kanopi seluas 10 X 10 adalah paling effisien. Malah boleh bertahan seandainya angin bertiup kencang di kawasan perniagaan.


Hasil tinjauan, aku mendapati bahawa harga terendah yang boleh diperolehi adalah RM220. Itupun di pekan Banting. Dan seorang pakcik bersedia membelikan kanopi itu "kalau kamu percaya pada pakcik, pakcik boleh tolong belikan, kamu tak payah susah nak pergi kesana, pakcik ikhlas nak tolong, pakcik rasa sedih sangat dengar cerita kamu ni..."


Aku hanya mendongak, memandang ke langit terbuka.


Sebagai seorang muslim yang mengucap dua kalimah syahadah. Aku telah melakukan sebaik mungkin apa sahaja suruhan dariNya. Apa sahaja zikir yang yang mustajab, telah aku lakukan. Segala jenis solat sunat, aku telah rasakan dan menjiwai. Do'a ma'thurat menjadi basahan bibir. Ayat seribu dinar menjadi amalan dikala matahari terbit hingga bulan menampakkan diri.


"Ya ALLAH, seandainya ini semua adalah kifarah kepada dosa ku, maka aku hanya mengharapkan pengampunan dari MU. Hanya aku bermohon kepadaMU Ya ALLAH, berikanlah kasih sayang dan simpati serta redha MU kepada anak - anakku yang masih kecil, sebagaimana limpahan kasih sayang yang dicurahkan oleh ibuku kepadaku".


Kepada pengunjung sekalian. Dengan penyiaran entri pada kali ini, aku MEMBUKA peluang dan ruang untuk sesiapa sahaja untuk - memberikan sebarang cadangan, maklumbalas, malah aku bersedia menerima TEGURAN, KRITIKAN, CERCAAN DAN HENTAMAN dari sesiapa sahaja. Supaya aku tahu dimana kekurangan aku, untuk diperbaiki. Yang penting, aku dapat menghidupkan anak - anakku. Kerana mereka adalah AMANAH buatku.


Gelanggang sudah DIBUKA dan aku tidak akan melawan.

21 comments:

masni qisrine said...

memandang anak2 abglong
seumpama laskar pelangi..
( masih dlm mood novel laskar pelangi nii..)

semoga mrk berhati besar
dlm mnjlni frasa hidup
ini frasa kesempitan
bukan disengajakn
ttpi telah ditulis oleh Maha Kuasa

teruskan
dugaan ini pasti mampu ditempuh
krn kita dijanjikan
dugaan yg mampu kita tangani..
walau lelah
lihatlah wajah laskar pelangi itu
utk mendpt kekuatan
Allah melihat dn membiarkan
untuk mberi kita pelajaran & pngjaran ttg hidup
semoga abglong dn keluarga sentiasa di dlm keberkatan dn redha Allah..

p/s: hanya dr sy yg kurang arif dn masih mentah dlm meniti hidup..

goboklama said...

abang Long,jgn putus asa. Mgkin tiba masanya abglong kena cuba multiple bisnes,ikut org cina,lebih bnyak cabang,lebih bnyak untungnya. Qisst akan hantar e-mel ke Abg.Long,silalah baca ye :)

goboklama said...

laaa...mana e-mel addressnya?

goboklama@gmail.com

ayu_mkay said...

salam abg long :)

setiap penyakit ada ubatnya. begitu juga dengan dugaan yang diturunkan untuk kita. semoga abg long sekeluarga kuat menghadapinya.

terima kasih sudi berkunjung ke blog saya :)

PuteriSatu said...

abang long...

bergenang airmata saya baca entry abang long nih...saya nak tolong abang long pun...tak tahu macamana...abang long jauh kat klang sana...apakata abang long berniaga kerepek2/atau maruku/tapi pastikan gred terbaik...sebab mak dan bapa mertua saya berniaga bermacam jenis kerepek, alhamdulillah...laris...ini plak dah dekat2 nak raya nih....insyaallah....ini satu pandangan dari saya....abang long kena kuat ye...jangan cepat putus asa...insyaallah tuhan janjikan hikmah yang kita semua tak sedari....wallahualam...

thafiexq said...

abg long.. usah berputus asa..sedey bile baca entri ni. abg long mmg kental! saya doakan abg long dimurahkan rezeki!yey

arsaili said...

salam abg long, it just the begining...teruskan usaha..pelbagaikan produk jualan..alang2 berniaga..so jual pelbagai barangan...even kat umah pun bole jual

abanglong said...

salam banglong
saya rasa setuju dgn cadangan puteri 1 tu. ambik kepek. dulu saya keja kilang, base dari pemerhatian; bila time dekat puasa tu order mmg banyak. dan mungkin puteri1 boleh memberi barangan itu secara kredit. maksudnya ambik dulu one batch. bila nak ambik second batch, bayar the first batch punya and so on. beli pukal pastu repack kecik2.
-saya yg masih mentah dlm dunia perniagaan-

echah_syed said...

sedeh sgt baca citer abglong..

combi tak tahu nak cadangkan ape2..

kwn combi jual minyak ostrich made from perak.kat sabah mmg laku sgt minyak tu..kat sana tatau laa pulak..kalo abglong nak combi bole tolong dptkan alamat dia.

isteri abg long keje ekk.kalo tak dia bole jadi baby sitter.kat perumahan combi mmg ramai org yg nak minta tolong jaga anak2..mmg bole buat kerjaya kalo sanggup.

combi bagi contoh je ni..harap abglong tak marah ye :)

Am said...

Abg Long,

Ni hanya cadangan Am sahaja ya, apa kata cuba cari rakan kongsi, sebab utama Am cakap begini ialah bila ada rakan kogsi modal lebih besar jadi lebih byk kemudahan ada. Iru satu satu lagi lebih byk idea yang datang dan lebih luas kawasan abg long boleh berniaga

Satu lagi cuba abg long berniaga dipasar malam.

Akhir sekali, abg long dah dapat tapak untuk pasar ramadhan ker, inilah peluang besar untuk abg long kerana bulan ramadhan dadih selalunya lebih popular

KAKTINY said...

BERAKIT-RAKIT KE HULU... BERENANG-RENANG KE TEPIAN...

(sbb abanglong tak melawan maka tak nak komen panjang2..)

ILA said...

Setiap perkara pasti ada penyelesaiannya....
Tertarik dgn cadangan rakan blog kita iaitu puteri1.Rasanya kalau paling dekat kat sini utk dptkan stok kerepek tersebut ialah di Kachung darat,Banting .Kalau kat daerah klang masih kurang pasti.

fusarium solani said...

Salam,

Abang Long, sebab dada ALiff baca entri ini. Mengapa tak hubungi Aliff?
Sudah Aliff beri no.tel bimbit tempohari!

Kalau perlukan bantuan cakap terus pada ALiff. Dekat blog ni Aliff cuma boleh tulis sahaja.

Mengenai perancangan dan untung batu, memang Aliff faham. Beginilah, cuba abang Long berniaga bahan-bahan yang mudah. Contohnya
jambu batu potong dan jusnya (buat sendiri-original) dengan dadih. Bahan makanan mudah laku di pasar malam dan tani.

Kawasan Aliff bekerja ini, orang berniaga apa pun habis dalam masa sejam waktu tengahari. (lunch hour).

Cuba call Aliff sekali? Kalau tak boleh, ym aatu emel Aliff no.phone abang long, biar ALiff call.

lla said...

Abg long, kuatkan semangat,tabahkan hati dan jgn mudah berputus asa . Teruskan berdoa krn Allah pasti akan menjwb doa kita .Antara lambat dgn cepat shj dan dtgnya juga dlm pelbagai bentuk .Ingat lg tak pd kisah "Butterfly" ?
Sometimes struggles are exactly what we need in our life . If Allah allowed us to go through our life without any obstacles, we would not be strong as what we could have been .
I asked for strength.......
And Allah gave me Difficulties to make me strong
I asked for wisdom.....
And Allah gave me problem to solve
I asked for prosperity......
And Allah gave me Brain n Brawn to work
I asked for courage.......
And Allah gave me Danger to overcome
I asked for love.......
And Allah gave me Troubled people to help
I asked for favour.......
And Allah gave me opportunities
I received nothing I wanted
I received everything I needed

Mak Su said...

jgn risau, sentiasa berlapang dada (itu dugaan bagi peniaga-peniaga plaks)

Anonymous said...

Apakata dadih tu di bekalkan di kantin kantin sekolah,jual luar sekolah, letak di kedai runcit dan restaurant.

maklang said...

abang long..

banyak2 bersabar ye...and take care..nantikan email maklang ye..

blackpurple @ jowopinter said...

Salam.

Saya membaca tulisan ini dengan perasaan yang berbaur. Saya bersimpati. Saya pernah dan kadang-kadang masih merasai apa yang abang long rasai. Kerana saya juga berniaga, walaupun di bidang perniagaan yang lain, yang lebih berisiko.

Semoga abang Long terus kuat. Abang Long bukan gagal, cuma belum berjaya. Tuhan sedang menguji.

Sya sudah emel abg long.

Sastri said...

salam abang long... saya turut merasa sedih tapi saya harap dan doakan abang long tetap tabah dan sabar... insyaAllah, sedikit demi sedikit nanti semuanya akan berjalan dengan baik...

zino said...

abanglong..
tak tau nak komen macam amna.. nak cuba bayangkan apa dan bagaimana perasaan jika berada dalam situasi yg sama.. boleh ke saya tabah seperti abanglong..

sambil merenong cuba memikir apa yg patut di niagakan.. apa keperluan pengunjung yg datang ke sana.. apa yg di cari bagaimana menjual nya bagaimana memikat pelanggan singgah membeli.. segalanya perlu ketabahan dan kecekalan

yg penting jangan kita berasa kesal dengan apa yg berlaku .. kita terus berusaha membaikki kelemahan yg ada.. ambil maklum segala cadangan kawan dan rakan niaga yg lebih lama berkecimpung..

kami doakan abanglong akan berjaya juga nanti.. inshaallah..

Kassim Selamat said...

Sdr. abang long,
Saya mengikuti catatan sdr ttg bisnis ni...simpati jugak.

Penjualan dadih tuu satu bisnis yg baik cuma produk herba tu agak lambat sedikit pulangannya.

Nasib sdr lebih kurang spt nasib anak saya. Anak saya juga berniaga kecil2an di pasar2 malam...berniaga air minuman.

Apa kata sdr cuba berniaga minuman. Modalnya sikit tapi untungnya besar.Tambah pula hampir bulan puasa ni.

Semoga Allah membuka pintu rezeki sdr...Amin!