Monday, July 28, 2008

Bicara Bisnes (12)

Gaya Tradisional.


Aku melekatkan sehelai kertas kenyataan bersaiz A4. Di merata tempat, dibatang pokok, dinding hentian bas, papan kenyataan surau, tiang elektrik, dinding bangunan (yang tidak bertulis 'stick no bill').


Risalah yang sama aku edarkan di masjid dan surau.


Yang pasti, aku melihat ada jemaah yang mengerutkan dahi. Tetapi aku rasa, tidak ada apa yang salah dengan ayat yang tertulis di dalam risalah itu. Dan aku juga yakin aku tidak melakukan sesuatu yang melanggar undang - undang negara.


Selain dari itu, aku juga memaklumkan tentang bisnes aku melalui emel dan juga tersiar didalam blog ini. Cuma, aku tidak dapat menyebarkan berita tentang bisnes aku didalam akhbar 'mainstream media' , mahupun akhbar yang dikatakan bertaraf 'akhbar nyamuk'. Kerana yang pasti, setiap ruang iklan memerlukan bayaran atau ongkos.


Pengusaha kecil dan halus seperti aku mana mungkin dapat menyediakan sejumlah wang untuk tujuan itu. Modal pun belum pulang lagi.


Aku teringat kepada iklan yang memaparkan adegan penjual akhbar yang melaungkan perkataan "suratkhabar lama... surat khabar lama..."


Inilah ayat yang tertera di dalam risalah aku yang berbunyi:




PERCUMA ! PERCUMA ! PERCUMA !


Penghantaran PERCUMA bagi ANDA yang menetap di kawasan Klang, Pelabuhan Klang, Sri Andalas, Bandar Bukit Tinggi, Bandar Sultan Suleiman dan Shah Alam.


Rasailah DADIH keluaran ZURAH ENTERPRISE. Pasti menyelerakan !

Menerima tempahan untuk sebarang majlis.

Anda pembaca dan peminat novel ALAF 21 ?
Anda memerlukan produk herba keluaran HPA ?
Anda memerlukan pencuci dan pembersih serta makanan tambahan jenama AMWAY ?


Ya, semuanya ada, dan memudahkan anda untuk mendapatkannya.


Tidak perlu menghabiskan wang untuk petrol.
Tidak perlu menghabiskan wang untuk TOL,
Tidak perlu menghabiskan wang untuk bayaran parkir.
Tidak perlu buang tenaga.
Tidak perlu buang waktu anda yang begitu berharga.


Perlukan produk seperti diatas ? Emelkan kepada alamat yang diberikan. Dan penghantaran adalah PERCUMA !!!


Alamat emel: safmi_80@yahoo.com


TERIMA KASIH.





Sebanyak 100 helai kertas kenyataan telah di fotostat dan ditampal dimerata tempat yang strategik.


Bermula minggu ini, aku akan edarkan pula di pejabat - pejabat.


Strategi yang aku lakukan begitu TRADISIONAL.

19 comments:

Web Sutera said...

Cara tradisional atau termoden, yang paling utama ialah usaha pemasaran. Usaha, doa & tawakal, saudara, insyaallah, akan berjaya!

Saya sudah rasa produk Abang Long, sedap! Cubalah.

marjerin said...

semuga berjaya dalam bisnes anda

zino said...

selain email.. mungkin perlu letak no talipon kot.. mana tau pakcik yg kat masjid tu nak bertanya macam mana?

nak kena belajar buka akaun email pulak nanti..

mungkin perlu ada sedikit maklumat produk yg di iklan kan..

semuga berjaya..

KAKTINY said...

abang long..

sekali lagi tiny khabarkan.. berakit2 ke hulu..

takpe kalau guna cara dulu2.. tak salah..

tapi.. dunia skrg dah maju.. mungkin perlu ada tambahan di sini dan di situ..

tiny cadangkan abang long call si aliff (fusarium sollani) tu.. diharap beliau dpt membantu.. mencari idea yang jitu.. utk mengiklankan product abang long tu..

ok.. sebagai tanda sokongan (dan kejayaan cara pengiklanan 'tradisional' abang long nih..) tiny nak order dadih abang long utk gathering tiny and kawan2 blog (perjumpaan kecil2 makcik2 kepoh jer.. heheheh)

tiny e-mail kat abang long the details..

teruskan usaha.. jgn putus asa..

Neeza Shahril said...

syabas abang long. way to go.. ni baru permulaan. ada 1 cerita tentang seorang janitor yang dibuang kerja bekerja menjaja tomato akhirnya berjaya. mungkin abang long pernah dengar cerita tu. Tak mustahil benda ni akan berlaku kepada abang long. Ameen...

fusarium solani said...

syabas, abang long berani walaupun tradisional untuk bergerak.

kata pepatah,

siap nak beli akal? apa dia akal?
dari diam duduk, baiklah berdiri! dari berdiri baiklah berjalan!
dari berjalan baiklah mengembara!
dari mengembara bawa berniaga
dari berniaga beroleh untung!

arsaili said...

salam...bagus tu abg long..ni la cara2nya..dan mungkin rakan2 yg ada function bole order dr abg long

lla said...

Tradisional pun tradisional la . Janji bisnes masyukkkk..........

PuteriSatu said...

tak per abang long..ni baru permulaan...saya tetap akan doakan murah rezeki abang long selepas ini...

qistina said...

corak marketing yang agak lemah lah abang long, jangan campur adukkan segala macam produk dalam satu risalah kerana ianya akan mengelirukan pengguna, cuba fokuskan pada produk yang abg long rasa 'HOT' aje. yang lain lain tu tak salah kalau abg long masukkan dalam risalah yang lain.

manje said...

salam

emm tak kisah la gune cara ape pun abg long... janji kite berusaha... :)

Mak Su said...

apa sahaja abang long, asalkan ikut syariat....good luck

abanglong said...

bang. instead of photostat, cuba print kat kedai printing. i print utk phamplet my side business, unit trust tu is rm10 utk 1000 pcs

Web Sutera said...

Wah, abang Long. Banyak komen, pendapat & nasihat.

-- Web Sutera
http://pasalbuku.blogspot.com
http://themakan.blogspot.com

amer zaman said...

erm..macam best jer..

macammana abg untungg?

Kak Lady said...

Syabas abang long...biarlah secara tradisional...gunakanlah apa saja asalkan bisnes abang long akan maju...

John Melawi. said...

salam singgah bang,

yang penting usaha tu bang. syukur semoga berjaya.

kolej saya pun banyak perniagaan yang berjalan. kalau abang nak berniaga di sini pun boleh. insyaAllah lancar.

UiTM puncak perdana, shah alam.

kaklong said...

marketing yg paling 'rendah kos' untuk permulaan. long sgt berani. terus terang, aku takkan hidup dgn marketing strategi ini. aku 'penakut'!

Am said...

Jgn Bimbang AbgLong, walaupun tradisional tetapi selalunya ia paling berkesan

Am ada satu cadangan, apa kata buat satu iklan yg cantik2 dan minta kawan kepilkan kat blog masing2.