Wednesday, June 25, 2008

TERIMA KASIH atas sokongan ANDA.

Assalamu'alaikum warah matullah hiwabarokatuh.


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Dengan setulus ikhlas Abang Long menjemput semua pengunjung untuk hadir ke program di bawah. Abang Long akan memulakan perniagaan kecil - kecilan. Ini adalah sumber pendapatan Abang Long untuk menyara kehidupan keluarga. Abang Long amat mengharapkan sokongan dari semua pengunjung yang dikasihi.

Buat pengetahuan semua, ini bukan gerai kekal. Hanyalah sebuah tapak kecil untuk perniagaan sehari sahaja, khusus untuk program ini. Kenyataan ini dibuat selepas beberapa emel yang abang long terima, dimana ada pengunjung yang menyangka abang long mendapat sebuah kedai.


Tempat: Dewan Serbaguna Telok Gadong, Klang.
Tarikh: 29/06/2008
Waktu: 8.30 pagi - 11.30 malam.


Program:~

* Malam Kesenian.
* Pameran Kerjaya.
* Pameran Kesihatan.
* Demo Bomba & JPA.
* Gerai Jualan Produk Muslim.


Personaliti:

Muadz feat Akhbar & Dakmie, Amrain.

Ustaz Wan Akasyah & Ustazah Siti Norbahyah. Kamal Affendi.




# InsyaAllah, Abang Long akan membuka gerai jualan yang menjual dadih dan barangan herba.

# Juga, sila baca entri dibawah.

22 comments:

CikguZue said...

salam abang long,

semoga sukses dan mendapat keberkatan drpd Ilahi atas usaha berniaga ini. hanya doa dpt diberi dr kejauhan ini...

dadih tu buat sendiri,ye? tentu sedap tu...

masni qisrine said...

tahniah abglong..
cmne nk p ek???
sy nk beli dadihhhhh...

best best best...

cikMilah said...

tahniah Abang Long, 9 dari 10 pintu rezeki adalah melalui berniaga. Semuga maju dan berkat.Dadih..sedap tu..
Barangan herba tu boleh jual secara pos ka?

zino said...

salam kenal...
dah baca cerita abang long di bawah.. semuga tabah dengan apa juga dugaan.. semuga berjaya dalam perniagaa yg baru di mualakan..

maklang said...

doa maklang semuga abang long berjaya dalam bidang perniagaan pulak...

maaf maklang tak dapat lah nak pergi. macamanapun makalng doakan smuga sukses sentiasa...amin...

Mak Su said...

semoga abang long sukses selalu dlm bidang perniagaan ni...

Neeza Shahril said...

salam...
tahniah abang long atas usaha ni..
Insyaallah, kalau neeza balik malaysia, ada rezeki, neeza singgah sana.. sedap juga dadih homemade ye..

masni qisrine said...

haaa..bak kata cikmilah..
abglong bt la jual dadih & herbal online...:)

Abang Long said...

cikguzue - TERIMA KASIH. Ya, dadih itu dibuat sendiri.

masni qisrine - Datanglah ke gerai abang long,

cikmilah - Dadih itu memang sedap, buatan sendiri. Sehingga ini belum boleh diposkan.

zino - TERIMA KASIH atas kata perangsang itu.

maklang - TERIMA KASIH atas do'a itu.

maksu - TERIMA KASIH saya ucapkan.

neeza shahril - Jemputlah datang.

PuteriSatu said...

abang long...rindu aar kat tulisan2 abang long...

Tingin nak pegi...nak rasa dadih abang long...tapi weekend ni dah janji ngan MIL nak balik Sepang aar...last week baru pegi kenduri kawin kat dewan serbaguna telok gadong..dewan yang sama atau lain abang long..yang lepas KFC masuk simpang kanan tu ye..?

goboklama said...

semoga berjaya,amiinnn...

Mersik said...

Abg long , kat sana ada tempat ngeteh2 tak? hik hik

masni qisrine said...

hahaha..pokcik ni asyik ngeteh ajo...

farah said...

tahniah abg long...semoga mendapat sambutan. maaf, saya x dpt pergi kerana pd hari tu husband sampai dari kg. abg long, mohon la tapak utk meniaga dibulan puasa nanti.

KAKTINY said...

baguih abang long baguih.. tahniah.. berniaga ni lebih baik dari makan gaji..

Jentayutiara said...

salam abg long..
moga berjaya, jauh nie xleh p cuma hantar doa aja.

faisal said...

Slm abang long..
jangan lupe update nnti camne situasi kat sana ye abg long..sy tak dapat menghadirkan diri sbb ada kenduri kahwin sepupu pada hari tersebut..chaiyok2 abg long!!! smoga berjaya..

silversarina said...

InsyaAllah gerai jualan ini akan menjadi titik tolak abang long untuk terus menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Dadih memang satu jualan yang menguntungkan ( anak2 suka makan, so akak selalu buat dan memang akak tau jualannya menguntungkan ).

Semoga berjaya . Amin.

ZLAA said...

Salam. Selamat berjaya. Nanti tambahlah lagi barangan jualan.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam.

Dah terlepas. Memang bukan rezeki saya nampaknya.

Banyak untung? :)

Abang Long said...

cikguzue - ya, dadih tu buat sendiri, nak cuba ?

masni qisrine - kalau nak buat tempahan pun boleh.

cikmilah, memang ada cadangan untuk buat secara pos, tunggu ya ?

Abang Long said...

zino - TERIMA KASIH.

maklang - TERIMA KASIH atas do'a itu.

mak su - TERIMA KASIH, amat dihargai do'a yang diberikan.