Sunday, June 08, 2008

Sketsa - Ubah cara hidup.

Sketsa 1 - Timbang dan Bilang.


Aku: "Berapa semua apek?"
Apek: "Sulat kaba 2 kilo, botol kaca anam, botol plastik besar 4, botol plastik kecik tak kira".
Aku memandang apek dengan terkulat - kulat.
Aku: "Berapa semua apek?" aku bertanya sekali lagi.
Apek: "semua anam linggit anam puluh sen".
Aku: "Kenapa botol kecik tak kira pakai timbang?"
Apek: "Siapa pun tak mau beli maa"
Aku: "Kalau macam tu, aku ambil balik".
Apek: "Lu mau buat apa dengan itu botol kecik?" Apek bertanya kehairanan.
Aku: "Habis tu, Apek mau ka ?" "lu kata tak ada orang mau beli". Aku sengaja menduga.
Apek itu menggaru kepala.


# Alhamdulillah - rezeki ada dimana - mana.




Sketsa 2 - Mandi kah atau peluh kah ?


Sampai sahaja dipintu surau, yang terletak hampir satu kilometer dari rumahku. Aku ditegur oleh Pak Siak yang bertugas.


Pak Siak: "Assalamu'alaikum"
Aku: "Alaikumsalam warahmatullah hiwabarokatuh"
Pak Siak memandang aku sambil matanya terkebil - kebil.
Pak Siak: "Apa kena dengan kamu ni?" "Basah kuyup baju kamu?"
Aku: "Berpeluh pak cik... berjalan dari rumah ke sini"
Pak Siak: "Eh, kemana perginya motorsikal kamu?"
Aku: "Sengaja tinggalkan dirumah... ikut saranan kerajaan... ubah cara hidup...jimat minyak".
Pak Siak: "Ya tak ya juga, daripada membazir minyak naik motor...lebih baik jalan kaki".
Aku: "Masalahnya kaki saya dah sengal sebab jalan jauh, balik nanti kena urut ... kena pakai minyak juga".
Pak siak memandang aku tanpa berkata apa - apa.


# Minyak naik dengan naik minyak sama sahaja bahananya !




Sketsa 3 - Ubah cara hidup, makan di Masjid atau Surau.


Sewaktu melangkah keluar dari rumahku untuk ke surau. Isteri ku bertanya:

Isteri: "Malam ini, abang balik makan dirumah ke?"
Aku: "Tak, abang makan di surau".
Isteri: "Ada ceramah ke?"
Aku: "Ha'ah, lepas ceramah ada makan, pihak surau masak nasi hari ni"
Isteri: "Jimat belanja hari ini".
Aku: "Alhamdulillah, mintak mintaklah surau masak nasi tiap tiap hari, jadi jimat beras dirumah".


# Aktifkan jawatankuasa dan program di surau di kawasan anda ! Banyak faedahnya !

14 comments:

cikgooden said...

maaf yer..tersesat ke daearah bang long ni....gatal tangan nak komen.kekkk..'
:kalau nak jimatpun takkan samapai makan kat surau bang..."

masni qisrine said...

abglong
sy berdoa semoga apa yg di alami abglong skrg adlh titik tolak utk kejayaan dan murah rezki abg long sekeluarga pd masa depan...amin

Allah xkn menduga hambanya dgn dugaan yg tak mampu ditanggung..

**pstt pstt..teringin nk berkunjung ke rumah abglong :))

nurazzah8 said...

Abang Long,
ya..ini semua adalah dugaan dan cobaan Allah kpd hamba-hambaNya yang beriman. Rezeki Allah ada di mana-mana, semoga AbgLong tabah menghadapi semua ini..disamping berusaha dan bertawakkal kpd Allah.

AbangLong, minta laluan ....
teringin nak balas komen cikgooden...

cikggoden, disebabkan ini adalah pertama kali anda menjejaki blog abg long, mungkin anda tidak memahami situasi sebenar... harap faham dgn situasi abglong...

cikgooden said...

mintak ampun...saya tak ketahuan duduk [perkara sebenar
sori bang long...saya budak baru....

Rasha_rz said...

assalamualaikum abang long, lama kak ila tak ke sini. mudah2an sihat sekeluarga. abagn long, pemimpin suruh beralih dari beras ke ubi, bukan dari rumah ke surau....
hehehe, jangan marah ha...

arsaili said...

salam abg long..teruskan mencari dan mencari..semoga dilapangkan pintu rezeki

Kak Lady said...

AbgLong...sejak segalanya naik ni...banyak yang kene ubah...jgn hati yg berubah sudahlah...hehehhe

silversarina said...

Insyaallah rezeki ada di mana-mana. harap abang long terus tabah hadapi ujian dari Yang Maha Kuasa.

nadia yuna said...

abg long
kalao keje kat airport abg long nak tak? roger nadia cepat eah
kalao nak.. esok pagi uncle nak jumpe kat terminal 3 subang

kalao nak roger nadia tao

nanti nadia call uncle, tanya lebih proper..

habaq ya abg long

sebelum petang

=)

nadia yuna said...

humm..
abg long pernah kerja perkapalan dalam bidang ape ye?

nadia try mana mampu ye abg long
sbb selalu uncle ambil pekerja area 17-28 tahun

tapi kalao abg long ada experience
nadia boleh try bagitao

roger nadia eah

kt ym pon ok
kalao x e-mail je
tinggal contact no kat e-mail pon ok kot

Mak Su said...

nak tanya, surau kat ner? maksu sekeluarga nak gi gaks...hihihi

Hasrul Halid said...

Tak mampu untuk meminta Along bersabar. Kerana andai saya di tempat Along, lagi caca-merba jadinya!

Nak harapakan kerajaan??? Ceh!

lla said...

Apa juga fenomena dan perubahan yang berlaku dalam negara, kita sebagai rakyat perlu akur dan bersabo aje la . Nak berpiket dan membuat demontrasi jalanan, takut kena sumbat kat KEMTA sebagai tahanan ISA . Nak nangis guling2 depan Pak Lah, nanti tak pasal2 kena hantar kat sepital mental lah pulok .Lagipun saya sbg salah seorg penjawat awam telah sain kontrak sampai pencen utk sentiasa menjlnkan tugas dan menurut perintah shj . Gegegege........ cha alif but..... CAABUUUUUUT,ada org dah nak naik minyak . Hehehehe.... jgn mare yer brother .

Abang Long said...

cikgooden, salam ukhuwwah.

masni qisrine, TERIMA KASIH atas do'a itu, InsyaAllah boleh.

nurazzah8, wahai Puan, TERIMA KASIH atas ingatan 'penguat semangat" itu.


rasha_rz, teringat kisah makan ubi kayu di zaman Jeppun dahulu.

arsaili, TERIMA KASIH ats do'a itu.

kak lady, hatiku tetap pada yang satu.


siversarina, InsyaAllah, hati ini tetap tabah.

nadia yuna, TERIMA KASIH atas bantuan yang dihulurkan. Amat dihargai.

mak su, nak pergi surau, jomlah.

hasrul halid, harap bertenang.

lla, sudah kelihatan kekuasaan Allah.