Friday, June 06, 2008

REZEKI datang lagi ...

Sepanjang cuti sekolah. Seperti kebiasaanya, rumahku sering sahaja dikunjungi sanak saudara dan rakan taulan. Ada ketikanya tidak putus kunjungan. Malahan, tidak kurang juga saudara dekat dan jauh yang tidur semalam dua dirumah.



Tetamu datang membawa 'rezeki'. Ya, memang benar sekali kata - kata itu. Setiap tetamu yang datang, ada sahaja buah tangan yang dibawa. Dan ada ketikanya, ruang meja 'melimpah' dengan makanan yang dibawa oleh tetamu.



Entah kenapa, sikap atau perangai aku dari dahulu, seandainya ada tetamu yang menyatakan hasrat untuk datang ke rumah. Aku (dengan sengaja atau bersahaja) akan berkata "makan dirumah tau!" Dari situ, ruang perbincangan telah dibuka. Ada tetamu yang akan berkata "Eh, tak payah bang, tak payah susah - susah, kami sebenarnya kena makan diluar...", dengan itu sebenarnya menyenangkan isteriku sendiri, kerana beliau tidak perlu untuk masak lebih.



Dan ada juga yang menyatakan "Ok, kami tak kisah..." maka isteriku sudah tentu merasa mudah untuk menyediakan berapa banyak hidangan yang perlu disediakan.



Berbalik kepada 'tetamu membawa rezeki'. Apatah lagi, disaat ini, apabila ramai yang mengetahui 'status' dan 'kedudukan' aku. Makin murah pula rezeki yang datang. Ada adik beradik yang datang berdua, suami isteri sahaja, tetapi makanan yang dibawa, begitu banyak, melimpah ruah, hingga boleh dimakan hingga sehari dua.



Hari ini, datang lagi rezeki. Saudaraku (sepupu aku), dan familinya (warga Singapura), datang kerumah, setelah 15 tahun tidak berjumpa. Punyalah sakan berborak, akhirnya beliau menyedari sesuatu "eh, abang tak kerja ke hari ini ?" Apabila beliau melihat aku berada dirumah pada waktu bekerja. Barulah aku berterus - terang menyatakan apa yang terjadi kepada aku. Beliau dan keluarga menyatakan simpati yang teramat sangat.



Maka, selama dua hari menetap dirumahku. Segala makan minum 'ditanggung sepenuhnya' oleh sepupu ku itu. Malah, malam tadi, kami keluar untuk makan malam disebuah restoran makanan laut ditepi pantai Pelabuhan Klang sambil menikmati panorama malam.



Sewaktu menikmati makan malam itu, kami berborak tentang pelbagai perkara. Sewaktu aku memperkatakan tentang harga minyak yang naik melampau dan keterlaluan. Sepupu ku ini memberikan komen spontan "I really respect, masa Dr Mahathir jadi PM, dia begitu hebat handle economy, walaupun ada yang kata dia keras, tapi from other side .... dia berjaya memacu ekonomi ... tapi sayang .... Pak Lah terlampau lemah ..."



Aku sengaja memprovok "apa pendapat you tentang Anwar?"



Lalu dijawab oleh sepupu aku dengan bersahaja "ok, begini, kalau bercakap tentang politik, rasanya boleh buat orang bergaduh, tapi ingat, I'm Singporean, I tak boleh mengundi sesiapapun disini ... that's for sure ... I pun tak memihak kepada mana - mana parti ... either UMNO, or PAS ... as an extrimist party... or KeADILan, lead by Anwar ... but for me ... kenapa kita takut sangat nak buat decision ... for our future ? Kalau dia (Anwar) boleh melakukan yang terbaik .... sebagai contoh ... dia kata dia boleh turunkan harga minyak ... maka ... eh, dia kan bekas PM dan bekas Menteri Kewangan ! So what ?!



Aku hanya tersenyum mendengar pendapat dari seorang rakyat luar negara. Yang sudah pasti tidak menjadi ahli mana - mana parti politik di Malaysia.



Syukur Alhamdulillah, aku mendapat 'dua rezeki serentak'. Makan percuma, maklumat percuma.

10 comments:

mama ranggie said...

salam..

ya..die betul ...tun lebih pandai handle economy...

dulu jarang gini keadaannye!...

ummu asiah said...

Alhamdulillah...turut bergembira membaca n3 abg long ni...

memang benar..tetamu membawa rezeki selagi kita redha dan melayan dgn baik..bukan menunjukkan kita tidak suka....

Moga Allah memurahkan rezeki kita dan memberi ketenangan disaat hati kita semua disiat oleh pemerintah yg tak berhati perut, hanya nak memenuhi perut kroni mereka sahaja...semoga Allah kurniakan pemimpin yg lebih baik utk rakyat Malaysia.

Semoga rakyat sedar yg kenaikan harga barang adalah juga satu bala buat kita yg kita tidak nampak berbeza dgn bala taufan, gempa bumi atau peperangan yg menimpa negera luar..

nadia yuna said...

semoga rezeki bertambah lagi untuk abg long kesayangan cik nadia nih
amin..!

tun is better than pak lah!
but anwar is better than tun!
anwar is my favourite forever everlah! =)

ILA said...

Salam Abg Long,
dah lama tak menyinggah k sini.
Bgaimana pula dgn Pelaksanaan Rebate terhadap stiap kenderaan?
apa pandangan Abg Long?

silversarina said...

salam,

1/ syukur tetamu hadir bersama rezeki, itulah kehendakNYA.

2/ harap abang long dan uzair dah sembuh.

3/ pada saya PM dulu ke sekarang ke, rakyat juga yang jadi mangsa , memang barang makin naik dan naik dan naik .

Mak Su said...

alhamdulillah abang long, ada rezeki. makanan + maklumat.

maklang said...

memang kalau ramai tetamu banyak lah rezeki tukan...

dapur maklang dah penuh dengan biskut dan buah2an...rezeki dari kawan2 dan sedara mara yang datang melawat maklang ni ha...

faisal said...

Slm abg long,
alhamdulillah, bila ujian menimpa dan kita bersabar Allah akan berikan nikmat dari sudut lain yg kita tak jangka..:) smoga rezeki abg long terus murah ye,amin..

Neeza Shahril said...

tetamu bawa rezeki dan keluarkan dosa.. dalam ertikata, kita dapat pahala bila layan tetamu. Insyaallah, rezeki akan datang...

neeza tak faham sangat tentang status abanglong. nak baca entry yang lepas, tak boleh pulak sebab takde link...

semoga abang long tabah ye...

Abang Long said...

mama ranggie. Dulu memang jarang sangat kita kena bahana sebegini.

ummu asiah. Bilamana kita tidak patuh kepada arahan Allah. Maka tunggulah bala bencana dari Nya.

nadia yuna. AMIN AMIN. Terima kasih atas do'a itu.

ila. Itu adalah penyelesaian jangka pendek. Dan seperkara lagi, semua orang tahu, bab nak dapat duit tuntutan memang memakan masa yang lama.

silversarina. Bila kita sujud dan taat kepada Allah dan rasul. InsyaAllah DIA akan beri petunjuk untuk pilih pemimpin dimasa hadapan.

mak su. YA, Alhamdulillah.

mak lang. Yang penting, BERSYUKUR.

faisal. TERIMA KASIH atas do'a itu.


neeza shahril. Sebenarnya abang long seorang penganggur.