Saturday, June 14, 2008

Belanjawan KECUTKAN Perut

Semenjak harga minyak naik dengan "aksi terlampau". Seluruh rakyat (baca: rakyat sahaja). Begitu terasa bahang dan bahananya. Kebanyakan 'benda' telah naik, harga barangan sudah tidak terkawal lagi.



Maka sebagai menurut saranan dari Piem. Maka, aku adalah diantara rakyat yang mahu bersungguh - sungguh mengikut saranan itu. Iaitu - UBAH GAYA HIDUP. Berjimat.



Malah ada memanda menteri yang memberi saranan supaya menukar makanan ruji dari nasi kepada ubi. Itu juga aku sokong. Kerana selama ini, satu fakta yang tersembunyi adalah, nasi mengandungi kadar kolesterol yang agak tinggi. Malahan pesakit diabetis tidak digalakkan memakan nasi. Tapi, aku agak takut juga untuk makan ubi kayu, kerana ia adalah makanan 'berangin', aku pula adalah penghidap gastrik.



Walau apapun, aku sebagai rakyat. Cuba untuk mengaplikasikan saranan tersebut didalam kehidupan seharian aku. Aku akan cuba sedaya upaya aku.



Walaupun apa yang aku bentangkan dibawah ada antaranya agak kelihatan 'melampau' tetapi bagi diri aku, ini akan berupaya untuk menyeimbangkan dengan kenaikan harga minyak yang 'melampau'.



Ini adalah apa yang aku lakukan, dan saranan - saranan untuk mengubah gaya hidup. Tetapi sekiranya ada perkara yang aku terlepas pandang, diharap pengunjung blog ini dapat memberikan maklumbalas atau cadangan atau saranan. Supaya kita dapat bersama - sama mempraktikkannya.



Andainya dahulu - adalah sebagai cara hidup sebelum ini.
Sekarang - adalah sebagai saranan atau jawapan kearah mengubah cara hidup.



001 - Andainya dahulu, kita mengepam minyak tidak kira waktu.

Sekarang, cuba isi minyak waktu malam, diwaktu haba dibumi sudah semakin menurun, dan bahang pemanasan bumi sudah berkurangan, boleh dilakukan sekiranya kita merancang dengan baik. Ingat, bila mengepam, lakukan dengan kadar yang paling perlahan.


002 - Andainya dahulu, kita suka makan keropok yang agak mahal harganya.

Sekarang, cuba kita beli keropok buatan orang kampong yang harganya antara RM1.40 – RM5.00


003 - Andainya dahulu, kita makan roti canai dengan kuah kari atau dhal (kolesterol tinggi).

Sekarang, cuba kita makan roti putih (contoh: Gardenia atau High 5) dengan jem atau sekaya. Sebuku roti yang dimakan oleh satu keluarga 5 orang boleh bertahan selama 2 hari.




004 - Andainya dahulu, kita membeli beberapa akhbar sehari.

Sekarang, cuba kita beli hanya sebuah akhbar sahaja. Sebagai contoh: Sinar Harian (ini bukan promosi tetapi setakat ini, ini sahaja akhbar yang menghampiri sikap neutral, tidak terlalu condong kepada BN mahupun PR). Jadi, penyokong BN atau PR tidak akan merasa sensitiv. Lagipun cuba bayangkan, kita membeli akhbar yang berbeza, tetapi isinya lebih kurang sama sahaja.



005 - Andainya dahulu, kita bersarapan diluar (waktu bekerja).

Sekarang, cuba kita bersarapan didalam pejabat dengan membawa bekalan dari rumah.



006 - Andainya dahulu, kita lebih banyak membuang masa menghadap TV dirumah.

Sekarang, cuba kita kurangkan waktu penggunaan TV, hatta dirasakan menonton TV jam 8 malam juga tidak membawa banyak perbezaan didalam hidup kita. Malahan, saya pernah cuba untuk tidak membuka tv langsung, dan anak – anak berkomunikasi dengan lebih banyak dengan ibu bapa.

007 - Andainya dahulu, kita pergi ke surau atau masjid berdekatan dengan rumah, dengan menaiki kereta atau menunggang motor.

Sekarang, cuba kita pergi ke surau atau masjid yang berdekatan dengan berjalan kaki. Lebih baik, sekiranya kita pergi secara beramai – ramai dengan seluruh ahli keluarga. Disamping baik untuk kesihatan, ianya juga menjana keakraban dalam kehidupan keluarga, kerana sewaktu berjalan itu, kita dapat meluangkan masa berbual dengan ahli keluarga, disamping berpimpin tangan. Sebab, ada suami isteri yang telah bertahun hidup bersama, tetapi seolah – olah hilang ‘grip’ dalam perhubungan. Terasa malu untuk berpimpin tangan. Sedangkan sewaktu bertunang, terasa tidak mahu melepaskan jari – jemari ‘si dia”.

008 - Andainya dahulu, kita bermain bola di dewan futsal yang berhampiran.

Sekarang, marilah sama – sama bergotong – royong membuka padang baru, sama – sama menebas rumput dan membersihkan kawasan. Selain dari dapat menjalin ikatan kejiranan, tubuh kita juga sihat dan saling mengenali keluarga masing – masing.

009 - Andainya dahulu, kita sering mengunjungi pawagam untuk menonton filem.

Sekarang, apa kata kita cuma beli vcd atau dvd filem, panggil jiran tetangga, dan kita buat wayang percuma didalam rumah.

010 - Andainya dahulu, kita membeli kaset atau cd lagu.

Sekarang, kita tidak perlu beli lagi. Cukuplah mendengar lagu dari saluran radio yang ada, lagipun banyak saluran yang boleh dipilih. Saya sendiri amat meminati saluran Klasik Nasional.

011 - Andainya dahulu, kalau pergi ke Kuala Lumpur, kita akan memandu sendirian.

Sekarang lebih baik kita masuk dengan rakan dan sahabat. Tetapi lebih baik kalau pergi ke Kuala Lumpur dan bersiar – siar di bandaraya dengan menaiki pengangkutan awam, ada komuter, ada LRT, ada Star, malah macam – macam ada.

012 - Andainya dahulu, selepas sahaja solat berjemaah di surau atau masjid, tidak sempat imam menghabiskan zikir dan do’a, kita telahpun beredar dari surau atau masjid.

Sekarang, lebih baik kita terus duduk di surau dan masjid, apatah lagi kalau ada ceramah atau pengajian. Selain dari mendapat ilmu, kita juga dapat menjamu selera, kerana kebiasaannya, setiap surau atau masjid akan mengadakan jamuan sekiranya ada program pada hari tertentu. Kalau tidak ada pengajian, apa salahnya kita terus beriktikaf di surau atau masjid, sambil membaca al-Qur’an, selain dari mendapat pahala dan keberkatan, kita juga menjimatkan kos untuk pergi dan balik dari rumah ke surau.

013 - Andainya dahulu, setiap bulan kita mengunjungi restoran makanan segera.

Sekarang, kita beli sahaja ayam dan serbuk perencah, dan kita masak atau goreng sahaja ayam dirumah. Begitu juga kita boleh membeli daging burger keluaran bumiputera seperti Ramly Burger, dan masak sahaja dirumah. Atau kita bancuhkan sahaja segala bahan untuk membuat pizza dan kita masak dirumah, malah kita boleh mencipta resepi sendiri seperti “pizza ikat perut” bagi menggantikan pizza “Hawaiian delite”.

014 - Andainya dahulu, kita sering menukar aksesori dan kelengkapan didalam kereta atau motor.

Sekarang, tidak perlu lagi hendak menambah aksesori. Kerana, yang penting kita jaga keadaan dan keselesaan kenderaan. Dan kelihatan bersih luar dan dalam. Serta enjin sentiasa berada didalam keadaan baik.

015 - Andainya dahulu, kita mandi 3 atau 4 kali sehari.

Sekarang, apa salahnya kita hanya mandi dua kali sehari. Tetapi itu pun bergantung kepada keadaan dan keselesaan tubuh kita. Kalau badan berpenyakit, itu tidak dapat dielakkan.

016 - Andainya dahulu, kita boleh bercakap sehingga 2, 3 jam dalam telefon.

Sekarang, apa masalahnya kalau kita bercakap dalam 2, 3 minit sahaja. Lagipun, kalau terdesak sangat hendak bercakap, apatah lagi soal bisnes, maka lebih baik kita adakan pertemuan. Dan berbuallah, dari matahari belum terbit hingga matahari terbenam.

017 - Andainya dahulu, kita pergi berkelah dan menginap serta makan minum di hotel, setiap bulan.

Sekarang, alangkah baiknya kalau kita pergi berkelah beramai – ramai, kita gabungkan beberapa keluarga, masak ramai – ramai, dan kita pergi berkelah dan mengadakan permainan. Selesai semuanya kita pulang kerumah. Jimat kos dari segenap segi.

018 - Andainya dahulu, kita minum teh 2,3,4 kali sehari (pantang dipelawa rakan sepejabat), hingga tugasan didalam pejabat agak terbengkalai.

Sekarang, tidak perlu lagi keluar. Cukuplah kita minum air masak atau air mineral. Selain dari menjimatkan wang, kita juga dapat menjaga kesihatan. Masih tidak takut melihat bagaimana keadaan orang yang kena potong kaki, tangan akibat diabetis ?

019 - Andainya dahulu, bila waktu makan tengahari, kita akan makan semahu – mahunya, dan makan sepenuh pinggan.

Sekarang, apa kata kita cuma ambil sayur rebus, ikan masak sup dan ulaman. Selain dari mengelakkan makan daging (yang boleh mengakibatkan kadar kolesterol naik), kita juga menjimatkan belanja. Dan lebih baik, jika selepas makan kita hanya minum air panas (air kosong) kerana sudah terbukti, barangsiapa yang mengambil minuman sejuk atau bergas, akan mengakibatkan pelbagai penyakit, khususnya serangan jantung.

020 - Andainya dahulu, kita seorang pencinta buku.

Sekarang, tidak perlu diubah sikap anda terhadap ilmu. Malahan, jika dahulu kita membeli majalah yang kurang menjana minda, apatah lagi majalah yang memaparkan aksi wanita separuh bogel, dan majalah yang memaparkan kisah seks sahaja. Maka adalah terlebih baik dan aula, sekiranya sekarang kita gunakan wang itu untuk membeli buku agama atau yang ada unsur kebaikan.

021 - Andainya dahulu, kita sering ‘melepak’ dengan kawan - kawan diwarung kopi.

Sekarang, apa kata kita ‘melepak’ dirumah dan biarkan isteri kita membancuh ‘fresh orange’ atau air buah – buahan untuk kita nikmati bersama seluruh ahli keluarga. Terlalu banyak kebaikannya.

022 - Andainya dahulu, kita sering ke stadium untuk melihat perlawanan bola dan sebagainya.

Sekarang, apa kata kita menonton sahaja siaran langsung dari rumah. Tetapi sekiranya tiada siaran langsung, rasanya tidak mengapa jika kita tidak menontonnya. Rasanya kita tidak akan menjadi orang zaman batu sekiranya kita tidak menonton perlawanan bola dan sebagainya.

023 - Andainya dahulu kita adalah peminat fanatik kepada rancangan realiti tv.

Sekarang, rasanya adalah lebih baik kita hentikan tabiat itu. Khususnya dari segi membuang duit untuk mengundi dengan cara sms. Lebih baik kita gunakan wang itu untuk membuat panggilan kerumah ibu bapa kita dan berbual lama – lama dengan mereka.

024 - Andainya dahulu, kita sering membiarkan atau mendiamkan anak – anak kita dengan membiarkan mereka bermain ‘video game’.

Sekarang, adalah baik dan bermanfaat seandainya kita bawa seluruh ahli keluarga untuk bermain badminton atau bersenam diluar rumah. Banyak faedahnya.

025 - Andainya dahulu, kita membuang akhbar yang kita baca.

Sekarang, adalah baik sekiranya kita kumpul untuk beberapa bulan, dan kita jual, dapat juga duit poket untuk anak ke sekolah.

026 - Andainya dahulu, kita membeli ubi kayu dan cili dari pasar.

Sekarang, apa salahnya kita gunakan setiap inci tanah disekitar rumah kita dengan menanam pokok yang boleh mendatangkan hasil. Ubah, dari menanam pokok bunga kepada tanaman yang boleh dimakan. Seperti ubi kayu, cili, bendi, jagung (sekadar menyebut beberapa contoh).

027 - Andainya dahulu, kita kerap ke kedai berhampiran dengan rumah untuk membeli barangan keperluan yang telah kehabisan, pergi pula dengan menaiki kereta.

Sekarang, lebih baik sekiranya kedai itu terletak berhampiran dengan rumah, maka kita berjalan kaki sahaja. Selain dari kita boleh bersenam, kita sebenarnya boleh mengukuhkan semangat kejiranan. Cuba bayangkan, sepanjang laluan kita hendak ke kedai, pasti kita akan bertegur sapa atau memberi dan menerima salam dari jiran tetangga. Tetapi, kalau boleh jangan berhenti dan berbual, banyak keburukannya.

028 - Seandainya dahulu, kita membeli kerana mahu membeli.

Sekarang kena ubah motto itu - kita membeli kerana ‘perlu’ membeli, bukan kerana ‘hendak’ membeli.

029 - Andainya dahulu, kita membeli dan menggunakan pen yang berjenama dan mahal harganya.

Sekarang, apa kata kita membeli pen yang murah harga dipasaran. Lagipun tidak siapa tahu, tulisan atau tandatangan anda menggunakan pen jenis apa.

030 - Andainya dahulu, kita membeli dan memakai pakaian atau barangan yang berjenama luar negara.

Sekarang, apa salahnya kita membeli barangan buatan tempatan. Lagipun, tidak ada sesiapa yang akan membelek baju yang anda pakai itu jenama apa.

031 - Andainya dahulu, kita memakai alat solek buatan luar negara.

Sekarang, apa salahnya kita cuma memakai bedak sejuk serai wangi (boleh dibuat sendiri di rumah).

032 - Andainya dahulu, kita merokok dan menjadi perokok tegar.

Sekarang, cuba – cubalah berhenti merokok, tetapi kalau tidak dapat menahan nafsu untuk merokok, maka cubalah gulung kertas surat khabar dan hisaplah asapnya hingga tidak dapat bernafas lagi.

032 - Andainya dahulu, kita balik kampong dengan memandu berseorangan.

Sekarang, rasanya adalah lebih baik jika kita gunakan pengangkutan awam, lagipun tidak berbaloi seandainya kita balik kampong seorang, tetapi kita kena bayar harga minyak yang sudah naik secara ‘TERLAMPAU’, kena bayar TOL lagi, kena bayar parkir lagi ditambah dengan penat dan letih disebabkan memandu.

033 - Andainya dahulu, khususnya diwaktu malam, hampir seluruh ruang dirumah kita terang – benderang dengan lampu yang pelbagai bentuk.

Sekarang, kita jimatkan dengan membuka hanya dikawasan yang ada manusia sahaja.

034 - Andainya dahulu, kita akan bergerak secara solo, samada ke pasar, pusat membeli belah, surau atau masjid.

Sekarang, cubalah kita pergi secara berdua, suami isteri. Ataupun secara berkumpulan dengan ahli keluarga yang lain mahupun bertemankan sahabat. Banyak faedahnya.


035 - Andainya dahulu, kita adalah "mat rempit" atau "minah rempit".

Sekarang. berhentilah dari melakukan pekerjaan yang tidak membawa faedah itu. Kita cuma ada dua pilihan, pertama - bawa lebih laju dari kebiasaan, kalau dahulu kita memecut 200kmsj, sekarang cuba bawa 400 kmsj, sekurang - kurangnya, seandainya berlaku sesuatu, kita tidak akan menyusahkan sesiapa, kita cuma akan dimandi dan dikapankan sahaja. Pilihan kedua adalah, BERHENTI dari merempit. Kerana dengan memecut motor, anda sebenarnya membuang duit dengan cara yang membazir.




# Ada sesiapa lagi yang hendak sambung ?



Ada sesiapa lagi yang mahu menambah cadangan atau saranan untuk dikongsi bersama, tinggalkan jejak anda, saya hormati pandangan yang diberikan.

22 comments:

masni qisrine said...

sy rasa contigency plan yg diunjurkan oleh abglong ni boleh diterima pakai dn sgt2 mudah utk di implement...

chaiyo!! chaiyo!!


**matahari bawa mendung pergi**

mamaranggie said...

saya setuju betul kali ni dgn bng long...

memang sgt bernas!

nurazzah8 said...

abang long, saya rasa kita sbg 'Rakyat" mmg telah lama mengamalkan sifat berjimat-cermat, tetapi in my own opinion, pemimpin jangan hanya pandai menyuruh rakyat berjimat cermat, tetapi pemimpin perlu terlebih dahulu menunjukkan contoh melalui teladan... sebelum menyuruh rakyat berjimat-cermat (yg mmg telah tertekan kerana segala-gala barang naik harga) , pemimpin terlebih dahulu patut berjimat-cermat.

Jika dahulu isteri-isteri menteri bershopping sakan di luar negara, skrg elok lah bershopping dalam negara sahaja, lebih elok kurangkan sifat suka bershopping, kerana pada saya isteri2 menteri ini sudah pun mempunyai segala-galanya...everything sudah lengkap... mereka bershopping hanya utk menghiburkan hati...
apatah lagi semuanya ditanggung, (duit cukai kita lah termasuk sama)

baju2 pemimpin yg sudah tidak hendak dipakai lagi (selalu pakai hanya 2-3 kali sahaja... disebabkan terlampau byk baju...selalu shopping kan) sedekahkan kpd orang2 yg susah di kampung2 pendalaman...

tapi kan baju isteri menteri yg lip-lap penuh labuci mana makcik kat kampung nak pakai kan...sayanglah pulak nak pakai gi sawah ke, gi menoreh ke... hehehe...(hurm..dah merepek lah pulak saya nih)

bukan apa...rakyat skrg dah muak jika pemimpin hanya pandai menyuruh sahaja tetapi tidak pandai menunjukkan contoh teladan yg baik,...
rakyat menderita, tapi pemimpin terus hidup dalam kemewahan...

ya Allah...ampunilah dosa hamba2 mu ini...

Pendidikan: said...

Salam!
Memang baik apa yg dicadangkan.
Kalau orang2 muda merasa tertekan dengan kenaikan harga minyak, bagaimana dengan warga emas? Mereka lagi tertekan.
Salam.

CikguZue said...

wa...banyak dah saranan tu. Memang kadang bila difikirkan ada hikmat disebalik semuanye ni, menjadikan kita muhasabah semula dan berusaha untuk menjimatkan perbelanjaan. ia bukan di kala ekonomi atau ada isu2 mendatang sahaja, tapi boleh diaplikasikan setiap masa.dan tidak mengira yg kaya mahupun yg miskin. yg besar atau yg kecik.para menteri atau rakyat jelata. Pembaziran amat baik dielakkan.

Elhakim said...

salam...

emtahlah abang long...
TAK DAPEK DEN NAK NOLONGNYER HAA....

samo-samolah kita meraso...

nasib badan..

silversarina said...

banyak saranan yang baik yang saya kena ambil kira sebab kebanyakan habit yang dinyatakan memang pun habit saya , terasa banyak dah membazir .Terimakasih.

Ayu said...

terima kasih atas cadangan abg long tuh.. byk yg boleh diguna pakai tuh

fusarium solani said...

dah buat semua yang disaran banag long lama sebelum minyak naik! ialah saya rakyat yang marhein!

Mak Su said...

andai, dan sekarang...ntah ler abang long

lla said...

Camna le nak ubah gaya hidup dgn menaiki pengangkutan awam sebab pengangkutan awam kat Malaysia ni belum begitu 'efficient' lg . Stesen LRT yg paling dekat kat rumah saya adalah di Kelana Jaya . Dr KJ nak ke BU terpaksa ambil teksi di mana tambangnya tak krg dr RM5 . Bas Awam pula hanya beroperasi hingga sekitar Seven Eleven Damansara Utama atau di One Utama . Dari situ nak ke rumah adalah lbh kurang 5 km. Brpeluh jg nak jln kaki . Klu naik teksi dr situ mmg depa charge RM4 - RM5 jg la . Nak tak nak terpaksa naik keta nak pi mana2 . Satu hari klu tak gi ngeteh dgn kwn2 kat Idaman Cafe, mmg mcm cacing kepanasan . Suami dah faham sesgt, sebut jer nama my best friend mmg dpt lesen besar nak blk pukul berapa pun dr ngeteh . Hehehehe..... so mcm mana nak buat tu ?

maklang said...

InsyaAllah akan cuna saranan Abanglong ni...terimakaseh ye...

Rasha_rz said...

amboi, banyak ANDAI. dan, kak ila nak menambah andai tu. Andai ubi kayu tu berangin, buang dulu anginnya. sedut, kempiskan. barulah dimakan hamba rakyat.
dan, mantan penjajah pun tersenyum malah mengilai. dulu hamba rakyat tak sanggup makan ubi kayu maka mintak merdeka, selepas 20tahun merdeka, hamba rakyat kembali...

ummi365 said...

Alhamdulillah apa yang abang long sarankan ummi dah amalkan semenjak tahun lepas. Bersama2 kita berjimat cermat.

Kak Lady said...

Abang Long...rasanya segala apa yang patut kita ubah dah tersenarai dah tu...kak lady pun dah memulakan langkah berjimat cermat sekarang...usah membazir...kerna membazir itu perangai syaitan...

muzem said...

Naik-LAH!.

KZue said...

Kak long memang suka dengan idea2 abg long tu..isi minyak time pagi2 buta masa pergi kerja atau malam bila keje malam..tak beli surat kabar..baca online jer ...eheheh lagipun suratkhabar tak leh claim rebate income tax ..

blackpurple @ jowopinter said...

Cadangan-cadangan yang bernas dan praktikal. :)

Kalau dulu blogging 7 jam sehari, sekarang blogging 2 jam sudahlah. Jimat sedikit pakai karan. :)

Abang Long said...

masni qisrine - rasanya, banyak lagi yang boleh dilakukan dan dikongsi bersama.

mamaranggie - jom kongsi idea untuk kebaikan bersama.

nurazzah8 - BERSETUJU ! sewajarnya dan semestinya, pemimpin mesti terlebih dahulu berubah !

pendidikan - semua orang, setiap peringkat, semuanya berasa tertekan.

cikguzue - setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Dan ini adalah pilihan rakyat.

Abang Long said...

el-hakim - hakikatnya, ini adalah pilihan kita, kerana kita yang memilih mereka.

silversarina - yang penting kesedaran.

ayu - sama - samalah kita praktikkannya.

fusarium solani - nasib kita sama - marhaein.

Abang Long said...

mak su - memang, sudah tidak terkata, hanya berdo'a sahaja.

lla, rasanya kita perlu 'case to case basis'.

maklang - ya, ini untuk perkongsian bersama.

rasha rz - mendalam sungguh maksudnya !

umi 365 - kita berkongsi bersama.

kak lady - termasuk membazir sewaktu memilih pemimpin !

muzem - turunLAH !!!

kakzue - bijak, bijak !

jowopinter - kalau boleh, 3 kali seminggu.

farah said...

saya x tau la depa ni nk suruh kita ubah cara hidup camne lg. kalo saya sendiri la, rasanya dah lama saya ubah cara hidup. nk ubah cmne lg pun x tau la. dan rasanya org lain di luar sana pun ramai dah ubah cara hidup cuma mereka & keluarga serta kroni mereka je yg x ubah2 cara hidup....hehehe