Sunday, June 01, 2008

Sempena 50 TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA.


Bersempena dengan sambutan 50 tahun TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA. Jubli emas. Maka pada awal pagi tadi, aku dibawa oleh adik iparku, seorang Kapten (U), ke Subang.



Sebenarnya, beberapa hari sebelum ini, aku sememangnya keberatan untuk pergi kesana. Apatah lagi dengan kedudukan aku yang masih terumbang - ambing. Kataku kepada isteriku "kalau keluar sahaja dari rumah, tentu nak guna banyak duit, duit minyak, tol, makan minum diluar..."



Isteriku hanya mendiamkan dirinya sahaja. Dia memang faham dengan situasi kami yang begitu kritikal diwaktu ini. Walaupun begitu, hatiku sering terdetik, bila mengenangkan rintihan anak - anakku yang begitu kepingin untuk melihat pertunjukan udara di Subang.



Lagipun, ini bukannya pertunjukan biasa, malah ini adalah sejarah, dimana TUDM mengadakan pertunjukan sempena 50 tahun penubuhannya. Dan yang paling menariknya, pertunjukan iu diadakan begitu dekat dengan kawasan aku di Pelabuhan Klang, dimana jarak perjalanannya tidak sampai 30 minit.



Namun akhirnya, dengan ketentuan Illahi. Tiba - tiba sahaja adik iparku mendapat pelepasan selama dua hari. Beliau yang bertugas di TUDM Kuantan, menalifon isteriku (kakaknya), memaklumkan tentang hasratnya untuk membawa aku sekeluarga ke TUDM Subang. Apa lagi, bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, apabila aku menyatakan persetujuan untuk pergi, maka riuh rendah rumahku dengan sorakan kegembiraan anak - anakku (termasuk isteriku).



Inilah dinamakan rezeki. Bukan sekadar dibawa keluar untuk menyaksikan pertunjukan itu, malahan segala kos ditanggung sepenuhnya oleh adik iparku itu. Sementelahan pula beliau masih bujang.



Yang menariknya, kenderaan yang aku bawa itu, telah melepasi semua halangan dikawasan TUDM. Yang sememangnya dikawal ketat. Manakan tidak, adik iparku memakai pakaian (overall) anggota TUDM, berpangkat Kapten. Setiap selekoh atau persimpangan jalan, kami sentiasa menerima tabik hormat. Hingga aku sendiri terasa 'semacam' sahaja.



Lalu aku dengan bersemangat, menyatakan kepada anak - anakku "ingat, kalau nak orang tabik hormat kat kita, kena belajar rajin - rajin, masuk askar" Lalu, dengan spontan anak - anakku menjawab dengan jeritan penuh semangat "baik Tuan!"



Pertunjukan yang diadakan bukanlah setaraf dengan pertunjukan LIMA di Langkawi, tetapi syukur Alhamdulillah, sekurang - kurangnya, anak - anak ku didedahkan dengan jet - jet pejuang tempur dan pertunjukan kecanggihan jet - jet pejuang, khususnya MiG-29N. Yang menunjukkan kehebatannya diudara. Jet MiG-29N adalah diantara jet pejuang yang tercanggih didunia setakat ini.


Dan begitu juga dengan pertunjukan jet SUKHOI, yang ternyata hebat ! Dan memukau hadirin.



Usai pertunjukan, aku dan keluarga telah menikmati makan didaerah TTDI. Maklumlah, 'orang pokai', sewaktu hendak memesan makanan, aku hanya mendiamkan diri sahaja, tetapi syukur alhamdulillah, adik iparku dengan bersahaja telah memesan nasi beriani. Apa lagi, 'bersantaplah' kami sekeluarga dengan penuh nikmatnya.



Anak - anakku begitu gembira dengan pemberian cap - MiG-29N. Dan inilah kenangan yang tidak akan dapat dilupakan.



Syukur Alhamdulillah dengan setiap pemberian dari MU - YA ALLAH.


TERIMA KASIH aku ucapkan buat adik iparku - KAPTEN (U). Jasamu tidak terbalas !

14 comments:

Noushy Syah said...

Wow tentu ceria dapat saksikan the airshow live tu..

Selamat berhujung minggu Abg Long.

Abang Long said...

noushy syah, memang mengujakan !

CIKGU PANJI said...

Alhamdulillah, kerana kegembiraan itu.

mama ranggie said...

al hamdulilah..dapat gak anak2 pergi ya abg long!

masni qisrine said...

seronoknye...
hujung mgu yg best..

Ayu said...

Alhamdulillah...
saya doakan moga Abg Long cepat2 dapat kerja.. ya Allah Kau permudahkanlah rezeki kmai Ya Allah.. aminnnnnnn

Mak Su said...

sabar ada hikmahnya

Sabiah said...

jarang dapat peluang nak tgk show mcm tu.bestnya.

Abg Long,semoga hari2 lepas ni akan ada berita yg menggembirakan.

arsaili said...

salam..semoga terus dipermudahkan

lla said...

Masa ayah saya masih dlm 'air-force' dolu memang kerap saya lihat pertunjukan yg sebegini . Seronok tau jd anak askar ni, mcm2 pengalaman yg kami dpt . Pergi dan balik sekolah diambil oleh trak askar, setiap pagi dpt sarapan percuma berupa sebiji telur rebus, seketul ayam goreng, dan sekeping sandwich .Paling best bila ayah baru balik dr operasi dlm hutan, sy dan adik2 berebut makan makanan dlm pek dan tin yg dibawa balik oleh ayah . Bila berpindah, dapat merasa menaiki kapal laut dan helikopter ' Charlie' . Seronok sgt masa tu . Tapi yg tak bestnya, terpaksa berpindah - randah . Baru je nak berkenalan dan rapat dgn rakan sekolah terpaksa berpindah pulak . Ketika dlm Darjah 1 sy terpaksa berpindah sekolah sebanyak 3 kali . Akhirnya, bila dah malas nak buat pertukaran sekolah sy, sy terpaksa ditinggalkan dgn atuk di Sarawak sementara ayah dan emak tinggal di Semenanjung . Masa tu sedih sesangat tapi yang seronotnya sy dilayan mcm tuan puteri oleh atuk, mak2 saudara, dan bapa2 saudara sy . Hehehehe.... rasa mcm di syurga la pulak . Nasib baik 2 thn aje klu tak...........??????

faisal said...

waaaa, bestnya:) pernah tengok sekalil je rasenya pertunjukan camtu,huhu...smoga mereka sentiasa gembira abg long ye..

pB said...

salam



pB yang dok kat puchong ni tak tahu apa apa pun ttg show ni.

rugi lak rasanya sebab bukannya jauh pun subang dgn puchong tu.

moga abg long terus tabah ...

Abang Long said...

cikgu panji. Ya, Alhamdulillah.

mama ranggie. Sudah rezeki.

masni qisrne. Memang seronok.

ayu. AMIN. AMIN.

mak su. YA benar sekali !

sabiah. InsyaAllah.

arsaili. InsyaAllah.

lla. Banyak betul pengalamannya ya.

faisal. Demi anak - anak.

pb. TERIMA KASIH atas do'a itu. Amat dihargai.

Serenity said...

Good words.