Tuesday, June 24, 2008

Bangkit semula !!!

Setelah 4 bulan aku diberhentikan kerja. Aku melalui pelbagai ujian, dugaan, tekanan dan cercaan. Rupa - rupanya, ada juga kebenaran pendapat yang menyatakan bahawa - PENGANGGUR itu adalah 'pekerjaan' yang hina.



Dalam tempoh itu. Aku sebenarnya tidak berdiam diri. Walaupun di peringkat awal, aku terduduk, terdiam, tersungkur, termenung, terkelu, tertiarap. Hingga aku merasakan bahawa ramai manusia yang hanya menjadi 'pemerhati' kepada nasib yang menimpa diri aku.



Rupanya, masih ada manusia yang bukan sahaja memberikan nasihat supaya bersabar dengan dugaan yang tiba. Tetapi telah melakukan sesuatu, supaya aku mendapat 'tenaga' untuk pulih. Mereka ini bukan sekadar memerhati, tetapi telah bersama - sama berusaha menunjukkan jalan untuk aku bangkit kembali.



Diantara mereka, aku senaraikan 'klu' nya sahaja. Sebagai menghargai permintaan insan - insan berhati mulia ini, yang dengan tulus ikhlas membantuku:


1 - Beliau berkhidmat di pejabat ALAF 21 Sendirian Berhad.
2 - Beliau adalah seorang novelis veteran dan prolifik, dan telah menghasilkan karya yang 'ngetop' di PTS.
3 - Beliau adalah seorang wanita yang ku anggap Sifu dalam penulisan.
4 - Beliau adalah seorang pengajar di sebuah institusi pengajian tinggi.


Kepada insan - insan yang aku telah aku sebutkan diatas. Do'a dari ku sentiasa bermain dibibir, samada usai solat, mahupun dimana sahaja aku berada. Aku bersungguh memohon kehadrat Illahi, supaya mereka ini diberikan ganjaran yang terbaik disisiNya.



Memang memenatkan. Memang meletihkan. Memang mendebarkan. Namun, aku tabah menghadapinya. Bukan satu perkara yang mudah sebenarnya untuk mengharungi kepayahan ini. Dimana, selama 4 bulan ini, aku telah menghadiri sebanyak 65 sesi temuduga. Cukup !!!



Aku tidak mahu lagi menjalani sesi temuduga. Seandainya, jika ditakdirkan ada yang berminat untuk mengambil aku sebagai pekerja. Hantarkan sahaja soalan melalui emel, dan aku akan memberikan maklumbalas berserta 'resume'. Dan jika bersetuju, ambil terus. Bukan aku bersikap sombong, tetapi cukuplah pengalaman mengajar aku. Aku terlalu kecewa dengan sesi temuduga.



Aku bergantung terus kepada Allah. Aku berserah diri kepadanya. Jika manusia agak sukar menerima rintihan saudara mereka. Allah Maha Mendengar.



Tiba - tiba sahaja keajaiban berlaku. Aku tidak terfikir. Aku langsung tidak menduga. Aku memang tidak dapat menerimanya di peringkat awal. Tetapi itulah KEHENDAK-NYA !!!!!!



Selama berminggu - minggu lamanya. Aku berusaha untuk mencari peluang untuk memulakan perniagaan. Maaf, pengalaman aku dalam bidang perniagaan adalah '0'. Tetapi, entah mengapa, beberapa orang teman telah menasihati aku supaya membuka bisnes walaupun secara kecil - kecilan. Hingga ada yang berkata, daripada aku mengutip sampah. Lebih baik, aku berniaga.



Diwaktu itu, memang fikiran aku berserabut. Aku tidak tahu dari mana harus aku bermula. Ya, pengalaman aku 'zero' atau kosong. Namun, kehendakNya, tiada siapa yang boleh menduga. Aku bertemu secara tidak sengaja, malah aku akan menceritakan sedikit tentang kisah ini. Walaupun ada yang mungkin kurang percaya, atau ada yang susah untuk percaya, terpulang. Namun yang pasti, ini adalah kisah yang aku alami sendiri.



Satu ketika, sewaktu aku sedang makan buah pisang (seperti biasa, itu adalah hidangan yang disediakan di masjid pada hari Juma'at). Tiba - tiba seorang lelaki yang baru selesai berwuduk, datang menghampiri aku, memberi salam , dan tiba - tiba terus sahaja menarik tangan aku ke satu sudut.



"Maaf, sudah beberapa hari ini, saya sering bermimpi wajah saudara" Kata lelaki ini, terus berbicara.



Aku hanya tersenyum, tanpa berkata apa - apa. Lalu lelaki ini, yang hanya berbaju t-shirt dan berkain pelikat terus berkata "maaf, sekali lagi, boleh saya tahu saudara ni siapa, maksud saya nama saudara?"



Aku lantas memperkenalkan namaku kepada lelaki ini. Dan beliau juga memperkenalkan namanya. "Begini, apa yang saudara buat sekarang, maksud saya, saudara kerja apa sekarang ?"



Aku hanya tersenyum lalu menjawab "saya tidak berkerja .... saya menganggur"



Lalu terjadilah dialog yang panjang antara aku dan lelaki ini. Hingga akhirnya, aku terkelu, aku terdiam, tidak dapat berkata apa -apa. Aku seolah - olah bermimpi.



Di dalam masjid. Dengan al - Qur'an dijadikan 'ikatan'. Maka termeterailah sebuah perjanjian yang paling aneh dalam dunia.



Aku (seorang penganggur dan FAKIR), mengadakan MoU dengan seorang saudagar yang bertaraf JUTAWAN. Yang memiliki kilang yang besar. Dengan penghasilan pelbagai produk. Aku seperti bermimpi. Aku tidak mempunyai pengalaman, dan aku juga tidak mempunyai MODAL ! Maaf cakap, tiada satu sen pun di dalam poket aku. Yang menariknya, aku tidak bekerja untuk saudagar tersebut, aku akan menjalankan bisnes ini sendiri.



Maka, dengan sukacitanya, aku ingin memaklumkan dan mewar - warkan. Bahawasanya, aku akan memulakan bisnes kecil - kecilan. Dengan menjual produk herba dan dadih. Dan lokasi pertamanya adalah di Dewan Telok Gadong, Klang. Pada hari Ahad, 29 hb Jun. Bersempena dengan Ekspo Kesenian dan Produk Muslim.



Pelbagai program sehari suntuk diadakan bersempena Ekspo tersebut yang diadakan untuk meraikan 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Pameran dari pelbagai agensi kerajaan. Forum tentang kasih sayang. Ceramah pencegahan jenayah. Persembahan nasyid dari kumpulan yang terkenal. Dialog dan diskusi. Dengan personaliti terkenal, seperti Siti Nurbaiyah dan Wan Akashah, dan pelbagai lagi acara menarik diadakan selain dari gerai jualan produk muslim.



Dijemput semuanya hadir beramai - ramai, dan sekaligus memberikan sokongan kepada aku yang akan memulakan kembali kehidupan aku untuk menyara keluarga.



Tempat: Dewan Orang Ramai Telok Gadong, Klang.
Tarikh: 29/06/2008
Masa: 9.30 pagi - 11.30 malam.



# Untuk makluman, di jemput berkunjung ke gerai aku yang menjual produk DADIH dan barangan HERBA. Ya, sila jemput .... dan bertemu dengan Abang Long secara langsung.

5 comments:

dhiya zafira said...

Salam Abang Long..

Syukur Alhamdulillah, ALLAH mempermudahkan jalan abang long. Allah sentiasa bersama-sama umatnya yang sabar dan redha. Saya doakan perniagaan abang long berjalan lancar.

masni qisrine said...

kadang2 kalau kita kesempitan
kita tidak berputus asa
terus berusaha dn berdoa..

rezeki akan dtg tanpa diduga

kerja Tuhan siapa tahu...

semoga sukses abglong...chaiyo!!chaiyo!!

fusarium solani said...

Salam,
Tahniah abang Long,

Tak boleh janji untuk datang sebab terlibat dengan kerja di Islamic Relief. Namun saya cuba jugalah.

Sekali lagi, tahniah dan semoga terus maju!

farah said...

rasanya yg no.(1) tu saya tau sapa tp yg lelain tu x pasti sapa dia. anyway, tahniah sekali lg dr saya abg long. sememengnya rezeki dtg nyer dr ALLAH. apa yg berlaku pd abg long ada ujian dr ALLAH. abg long mmg seorg yg tabah. semoga selepas ini, rezeki abg long akan bertambah murah. bang, bila nk jumpa ni?

"Vidara Nieta" said...

Vee pernah gak hidup menganggur.. mmg perit! berbulan2 gak menghadiri interview yang..aduhai..tak payah cakap berapa banyak. walaupun mungkin tidak seperit yang Abg Long lalui, tapi Vee faham sangat2 mcmana perasaan tu. Memang rasa terjatuh, tersungkur, tertiarap..menangis!

Vee selalu memotivasikan diri dengan kata2 ni, "Kadangkala, bila keadaan terdesak, kita akan menjadi lebih kuat, malah lebih daripada apa yang kita sangkakan."

Memang betul, kesusahan buat kita boleh jadi lebih kuat.

Moga-moga bisnes abg long sukses!
hmm.. rasa berminat pulak dengan dadih ni...

yelah, kenaikan minyak dan gaji 'seminima' ini masih merupakan satu 'beban' utk ditanggung!